Iklan

Sharemyloves Geng!

18 June 2015

Hanya untukmu, sayang.


Salam dan selamat berpose korang!

#larikejapdariceritababpose

Kegigihan seorang aku. Gitew opening ayatnya, nak cerita betapa kali ni cuti 3 bulan aku lalui dengan penuh bermakna dan berlainan dari cuti bersalin sebelum-sebelum ini. Berpantang kali ni walaupon sangat meletihkan tapi aku sangat-sangat enjoy. Ceh enjoi la sangat..kuikuikui yela berpantang sambil menjaga anak-anak yang semakin membeso memang fuhhhhh lah, urut dada beribu kali sehari kot!

Bulan Mac bersalin. Bulan April berpantang dan bulan Mei selamat dah aku berkonvo, bulan Jun aku naik keje :) memang Allah SWT dah aturkan pembukaan tahun 2015 yang sangat cantik bagi aku. Alhamdulillah. Today nak cite pasal konvo pulak. Itu yang buat opening kegigihan seorang aku tu. Kuakuakuakua. Gigih ke uols?

Sebelom aku berjaya konvo beribu juta onak duri aku lalui. Padahal nak amek segulung diploma je pon. Derrr? Tapi its ok at least dapat jugak aku segulung diploma walaupon terpaksa melalui segala pahit dan getir perjuangan dalam menghabiskan pelajaran. Hamboi bahasa taraf sastewaran negara Class A ni. Muahahahaha. Actually aku start belajar Jun 2010 and now Jun 2015. 5 tahun der nak abeskan diploma. Ehhh jangan salahkan aku tau, salahkan ibu ngandong ni haa ateee dah tetiap tahun mengandng bersalinnnnnn je mana tak diploma pon 5 tahun kuikuikuikui.

Aku start belajar mase aku masih bujang masih free hair, rambut blonde panjang sampai ke bahu. Hahahah zaman jahiliah lagi mase tu, tak kenal shawl nilopak atau paridah lagi mase tu. Mase first semester pon dah best sebab ramai kawan, yela bila amek e-pjj ni kena independent sendiri cari kawan dan join group untuk assignment. Memasing pon dah keje dan belajar cuma part time so kena tawadoq bebetul kalo tak tu yang jadi study half way. Then setelah dapat kawan kitaorang macam ngam untuk semester 4 then sikit demi sikit kawan makin hilang sebab tak continue atas pelbagai sebab. Ade yang CGPA kurang, ade yang repeat paper dah maximum, ade yang memang malas dan macam-macam lah. Until aku grade ni pon sorang dua je kawan dari dulu. Yang lain entah kemana :(

But finally after banyak dugaan pada aku berjaya jugak aku grade. Sebelum itu aku nak share antara pahit manis aku mase belajar dulu, aku paling taleh lupa masa aku kawin. Boleh pulak masa sanding belah laki time tu sama tarikh final exam paper Agama. Ko ghase camne kah aku? Paper agama tu start 9.00 - 11.30 pagi tau. Memang gelabah aku. Nasib la umah Erie pon dekat Shah Alam kalo dekat JB nun? Matik la pengantin takde sebab tengah amek exam. Muahahahaha. Mase aku amek paper tu seyes kepala aku tak angkat langsung, terus tunduk pulun menulis dan menulis jawapan. Ntah betoi ntah idok, belasah sajo kuikuikuikui. Kepala ingat nak bersanding pas zohor mana ingat nak exam dah. Nasib tak lukih gambo orang sanding atas kertas jawapan kuakuakukaukua...

Pas abis jawab dalam kul 11 aku terus kuo dewan, zasss terus pegi mekap kat mak andam then terus tergopoh gapah pakai baju pengantin sesiap. Yang ma aku pulak asik kol kol kol kollllll hadoi stresss tau dok. Mase tu aku dah le paking jauh beno dari kedai andam tu. Pulak dengan crown2 veil2 panjang berjela aku lari pegi kereta. Jenuh semua orang dok pandang -.-" dah macam runaway bride! Aku sorang mase tu sebab erie dah siap kat umah dia. Pastu dengan crown veil baju songket tu aku bawak keta macam pelumba F1 muahahahahaha. Yela ma cakap ni rombongan dan tunggu depan umah pengantin laki. Coiiiiii kelam kabut aku!

Sampai jek depan umah Erie aku kena bebel sebab lambat...derrr orang tengah amek exam kot? Fuhh nasib sempat walau semua orang dah tunggu aku. Kuikuikuikui. Kesah pulak aku. Ko ke aku yang pengantin ni? Muahahahaha. Itu cite pengalaman mase baru kawin, pastu mase dah kawin ade anak aku ni odw pegi kelas dah ngepam dalam keta, mase rehat orang makan aku ngepam dalam keta jugak sambil dengan lagu. Kadang tu basah baju aku sebab lecturer drag kelas lambat abes. Nangis tek aku mase tu... tu yang basah tu. Kuakuakuakua!

Mase exam pon beberapa kali jugak mase aku tengah sarat tetap ku gagahkan diri amek final. Mase tengah mabuk pon ade gak kena mase nak study group. Asal start discussion je nak muntah, asal bukak buku je nak muntah. Amboih sangat ni. Tapi itula antara kemanisan aku berlajar dari anak dara, sampai lah anak tiga nasib tak anak 5 baru abes... eh lima????? Kuikuikuikui. Now aku gigih lagi untuk sambung degree. Baru submit form last 2 weeks dan harapnya berjaya diluluskan la.

Sampai sini dulu la entry hari ni. Bersawang mak update tapi non-hadooo bz memanjang. Eh lupa pulak kita dah konvo 16.5.2015 aritu di UiTM Shah Alam dengan CGPA 3.31 hahahaha berani tunjuk CGPA kihkihkih. Memang mengalir airmata sangat mase beratur tunggu turn nak masuk dewan tu. Akhirnya segala penat jerih lelah aku dah berhasil. Aku tak kisah pon orang nak cemuh aku sebab aku terlalu membangga diri atau sebagainya. Yang penting aku dah capai satu kejayaan penting dalam hidup aku. Pada yang tak habis mengata tu dipersilakanlah. Moga Allah merahmati awak semua :)

Sebagai seorang anak, isteri dan ibu....detik yang paling membanggakan aku adalah ketika kaki melangkah penuh semangat dan menerima segulung Diploma Pentadbiran Awam dari Vice Cancelor. Aimata aku jatuh di dalam Dewan Agong Tunku Canselor....... Insyallah 3 tahun lagi kita jumpa di dewan yang sama. 

Nota kecil: Buat Arwah Arifin bin Hj. Abd. Hamid... tasha hadiahkan segulung diploma untuk baba. Hanya untuk baba tersayang, tasha tahu mesti baba tersenyum melihat tasha dari "sana". I love you, ba :) really love you and miss you too.


kita bangga dengan diri sendiri.

kita tau kita ade extra power dari orang lain.

kita ade banyak push factor yang buat kita berjaya :)

terima kasih mama, arwah baba, suami, anak-anak dan adik beradik jugak kawan-kawan sekalian yang bagi semangat.
Inilah push factor kite. Mama hadiahkan segulung diploma berbintang satu untuk anak-anak mama dan suami tersayang :)
sharemy
mommycha

6 comments:

ily♥ said...

Assalamualaikum... Tahniah !!

I know the feeling. Huhu..Sebab kita pun nak menghabiskan master, dari anak dara sampai beranak dua..Huhu..Extend punya extend sampai dah maksimum tak boleh nak extend dah. Pulun buat thesis, present masa tengah pantang anak kedua.. Pergi viva jalan kepit-kepit, dengan stokin tebal. Mujur tak tepek pilis kat muke je..haha..tengah dok kalut present, husband dok call/mesej sebab anak kecik dah merengek lapar nak susu dalam kereta..

Good luck for your degree pulak.

Allene typicalmommy said...

tahniah micha.... bangga!!

intandayani said...

Jangan la potong bawang kat sini

puteriraifana said...

Tahniah micha. Moga put gigih mcm micha juga

Chekgu Azrine said...

Adik micha..akk bangga dengan ko...
Akk hrap lps ni dpt convo utk degree plak..
Ingat..anak2 bkn pghlang kejayaan kita..
Semoga terus sukses dan semangat utk belajar..
Tahniah!!!!!

ctmah said...

tetiba aku rasa touching sgt! hukhuk!
congrats cha!ku ada untukmu..wewittt

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...