Iklan

Sharemyloves Geng!

10 February 2015

#mikhailturnsthree #sayajual #maktakdefb

Salam

Well. Blog selalunya berhantu. Sekali nak update esok lusa pon terasa nak update jugak. So today update pasal besday anak bujang pulak. Hari tu aku ade upload a few gambar mase birthday Mikhail yang ke-3. Maaflah aku tak jemput korang, sahabat handai bukan apa majlis aku tak grand mana dan aku pon dah sarat mase tu. So aku hanya jemput family members dan jirang tetangga saja. Dalam masa yang sama ku niatkan jugak untuk dipermudahkan urusan bersalin aku nanti. Yela kasi adik beradik makan sedap-sedap dapat banyak pahala khens?

Masa buat majlis tu 11 Januari aritu segala jemala makanan semuanya aku order. Kisah pulak aku nak membuat sebab ketidakupayaan menguasai diri. Muehehehehe. Dari kek ke creampuff semua order online. Dan terpaling best semuanya hanya melalui Instagram #sajajual tu. Aku Hashtag je #sayajualkek nahhhh bersepah seller yang jual kek pelbagai bentuk. Sory mak takde FB so mak gunakan medium IG sajo untuk mengoder. Muehehehehe.

Sejak ujung tahun lepas Mikhail memang berangan nak kek truck. Jadinya aku dah search the best IG seller yang jual kek yang sedap tapi rupa cantik. Dan taraaaa...ku memilih Pandacookies sebagai pembuat kek besday Mikhail. Actually kek truck tu kek choc moist je pon tapi ku suruh owner bakery tu kurangkan rase manis kek dan krim. Dan booom! kek tu memang sedap di tekak semua tetamu! Harga kek termasuk delivery RM160. Selain kek aku jugak order lasagna thru #sayajuallasagna. Pilih punya pilih ku tertarik dengan makaroni lasagna dari the lazat lasagna. Itu pon owner nya hantar zass on your door step. Dari Gombak tau, boleh COD. So aku order 3 lasagna size L (RM25) per box.

Disebabkan tema party nye "Truck Hi-Tea" so aku order makanan yang lite-lite saje. Selain kek and lasagna aku order jugak cream puff dan choc eclairs, satay Willy dan MIL bawak roti jala. Mama pulak buat mee kari. So meriah jugakla makanan tu. Cream puff dengan Magnum Choc Eclairs tu pon aku oder dekat ig jugak (eatdessert1) nasibla owner tu stay dekat Putrajaya. So senang collect sendiri. Satay willy tu pon memang power oder seminggu awal (100 cucuk) dekat Sg. Ramal Foodcourt.

Untuk bebudak gigih la aku buat goodies beg. Nasib ade Hani tolong meneman pegi beli jajan segala bagai. Aku beli dekat kedai Mr DIY tu saje segala party goodies beg, murah pulak tu. Satu peket tu siap belon, tiup-tiup, topi ada banyak la party things dalam tu cuma RM2. So mak borong 20 pek. Muehehehehehe. Kasi bebudak hepi sementara parents boleh makan-makan dengan amannye.

Oh! sebelum terlupa aku jugak ade oder customize t-shirt untuk Mikhail. Disebabkan tema truck so aku oder t-shirt gambo truck jugakla dekat (kiutkids) also dekat ig. Muehehehehe. Amboiiiii IG sokmo ni haaa. One thing aku suka pasal t-shirt ni sebab printing nya sangatla cantik dan clear eventhough harga sehelai tshirt agakla mahal. Huhuhuhuhu. Takpe-takpe besday boy punya pasal. As mama said before Mikha, as long as u happy, mama always happy too. Takpela kiranya mama terpaksa bergolok gadai demi anak tercinta :)

Gitula serba sedikit pasal besday Mikha last month. Alhamdulillah anak yang ku kandung 9 bulan 10 hari dah membesar dengan sihat. Diberikan intan berlian segunung tinggi pon taksama dengan kasih mama pada Mikhail. Mama harap Mikhail dapat jaga mama masa mama dah tua kerepot terkencing berak dalam seluar nanti. Mama harap Mikhail tak lupakan mama. Sikit pon mama tak minta apa balasan. Asalkan Mikhail hidup bahagia, itulah syurga atas dunia mama....

Shine & rise my boy.
And may Allah SWT blessed you!
:)

Happy Birthday, duhai anak .

memula konpius nak pilih antara dua jenis truck -.-"

wuuu ni lah tshirt Mikhail dekat kiutkids tu

hahaha goodie beg ala sempoi sajo janji ade :)

yang pack ni lah RM2 dekat Mr DIY tu. banyak khazanah dalam tu yang boleh buatkan bebudak happy ;p

teruja betol dia tengok kek dia tau

wuuuu kek ni 1.5kg tapi beso lah jugak dan syedap!

Miahahahaha! panda tu hiasan je sebab panda tu trademark untuk pandacookies ni

Mak buyong pon lahai taktahu nak cucuk lilin celah mana dah

ni lah lazat lasagna tu. sedap jugak...

bubuh belon gitu je hahahaha besday boy sebok main hadiah

dia asek duduk sebelah kek sebab takut adik potong -.-"


lori tu je fondant yang lain tu semua cream ising so boleh makan :)

he really have fun!

tengkiu achu eira kasik truck ni....

happy besday abam kuat nangis!

okbai!

sharemy
mommycha

8 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

happy belated besday hensem boy!

Allene ALineWorks said...

aku kan micha, klu tak buat akikah.. aku buat simple2 je.. uhhuhu penat bdan buat besar2... suka tema truck tu... tp hafidh tak minat sangat... =D

DYatie ABakar said...

happy belated birthday Mikhail!
semoga menjadi anak yang soleh!

Fiza Rahman said...

Cute nya kek truck tu. Happy belated birthday handsome ☺

TAk oernah mkn lagi satay willy. Asal pergi jer beratur panjang. Asal lalu jer panjang betul org beratur...ppffttt...

Liyana said...

happy bday encem boy mommycha :)

ctmah said...

siang malam terbayang2
fikiran aunty melayang2
huarghhhh!
miss u mikha!

Mimy Hamid said...

meriah jugak weh...gempakk food...

Kiut Kids said...

Next time mintak special price kat Nana tau mommycha...uehehueheuh :D TQ for the shoutout! -Ija

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...