Iklan

Sharemyloves Geng!

26 January 2015

It's not too late :)

Salam

Ya Allah SWT. It's been a while since last year. Dah lama pulak aku tak menulis dekat sini. Bukan merajuk bukan membawa diri, cuma masa dan keadaan tak mengizinkan. Rindu pulak hari ni nak menulis. Banyak betul memori sepanjang hujung tahun lepas dan awal tahun ni yang telah tertinggal sebab tak ber "update".

But it's ok. Insyallah satu per satu akan ku update mengikut kemampuan. Terima kasih kawan-kawan yang bertanya khabar. Terpaling aku suka bila nya setiap entry dari aku membuat orang lain akan tahu ape terjadi kepada aku next and next and next chapter of my life. Secara tak langsung dapat mengeratkan hubungan walaupon hanya di alam maya :)
Im grateful of that.

Ketika usia kandungan mencecah 33 minggu hari ni (with 1.82kg baby inside my tummy), feeling mak panda itu jelas kelihatan. Dah nak membasuh pinggan mangkok pon tersangkut perut kat singki. Kalo jalan baru 10 tapak dah termengah macam berlari marathon 30 km. Dan bilamana hanya sarungan baju kelawar yang dapat mendamaikan jiwa bila balik dari keja. Sengkak ok perut walaupon ber maternity wear di pejabat. It's so not comfortable when you're in the third trimester. No more lipstick merah ang-ang for me. No more the good smell from my gucci rush. No more the thick eyeliner (as my trademark) before. Semuanya dalam keadaan bogel. Muka bogel, bau badan pon bogel, eyeliner pon takdak. Cuma berbaju kerja dan ke pejabat dengan istilah nak mencari sesuap rezeki. Not more than that my dear friends.

Berat sungguh penangan mengandung kali ini.

Not too late for me to wish a very happy new year to all of you. May this year be better than before. Alhamdulillah tahun ni tamat sudah pengajian Diploma Pentadbiran Awam (e-pjj) ku di UiTM Shah Alam. Lega satu bab disitu. Insyallah convo day bakal menyusur. Kadang terindu saat belajar dan memerah otak bersama kawan-kawan. Rindu hari Ahad yang super bizi, terkejar-kejar kelas dari pagi ke petang. I feel that emptiness.

Bab anak-anak pulak, alhamdulillah sehat-sehat belaka. Mikhail telah menginjak ke usia 3 tahun 9th Januari lalu. Dan aku sempat membuat majlis besday yang ringkas namun bermakna buat si anak. Dalam keadaan yang sarat, aku berjaya merealisasikan impian dia untuk menyambut "besday truck" yang sentiasa di mulut. "Mama..Mikhail nak besday truck"...Itu yang berulang-ulang dia mintak. As a mother, we always melt for our kids. Especially yang dah cerdik dan pandai meminta-minta tu. Yes boy, selagi mama terdaya...toknek truck pon mama sanggup persembahkan untuk Mikhail.Dan Mikayla masih aktif macam dulu. Dia macam shadow kepada abang dia. Abang nangis dia pon akan otomatik nangis. Abang berak dia pon akan kata "Mama..eyakk..eyak...(padahal tak berak pon)", abang mandi dia pon sama naik nak bukak baju mandi (walhal baru pas mandi 10 minit lepas). But the truth is, best jugak anak ramai...sebab hiburan tu sentiasa ada. Tak sunyi.

Ok. Ini saja yang mampu aku coretkan untuk hari ni. Demi aku dan anak-anak aku perlu kuat. Memang letih bila balik rumah tak sempat duduk dah pulak sibuk nak mengejar mandikan anak-anak, suap makan etc-etc. Tapi itulah lumrah kehidupan seorang ibu. Ada banyak manis berbanding pahit, ada banyak bahagia berbanding derita. Ini adalah experience yang sukar dijual beli. Experience yang pebuh dengan momen yang terpaling manis walaupon bukan senang menjadi seorang ibu. IBU betapa kecik dan pendek panggilan gelaran itu, namun tanggungjawabnya amatlah besar. Sebesar-besar alam. Kitalah RIDSECT (pelindung) kepada anak-anak dan keluarga :)

okbai!


sharemy
mommycha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...