Iklan

Sharemyloves Geng!

03 December 2014

TIPS: Penyusuan Susu Ibu Bagi Ibu Baru/Lama

Salam

Last 2 weeks aku ade attend Program Bual Bicara Susu Ibu dekat JPA ni. Kelas ko tajuk bual bicara lagi. Actually pada aku ini antara program yang best sebab banyak mendedahkan kepada ibu-ibu pasal susu ibu ni. Dari segi cara pemanasan susu, cara simpanan yang betul, teknik mengurut, teknik mengepam, dan cara untuk susu dengan position yang betul. Vavavavavavom, memang best dan opcos program ni PERCUMA untuk staff JPA :)

Susu ibu ni memang penting especially nowadays sebab bayi kita banyak terdedah dengan pelbagai penyakit. Antara the best solution untuk kuatkan antibodi bayi adalah dengan susu ibu. Disebabkan itu kalo baby jaundis tinggi selalunya the best cure adalah breastfeeding. Sama jugak kes dengan baby yang premature. Susu ibu ni ibarat jongkong emas 999 tu sebab memang takde nak dapat dibeli dikedai-kedai. That's why breastfeed ni exclusive. So mohle kita gunakan nikmat ini sebaiknya.

Pakar Laktasi, Puan Asma yang dijemput khas tu pon banyak membidas cakap ibu-ibu yang baru sehari dua beranak dok komplen "susu saye takde, or susu saye kurang". Aduh memang lah dik, for the first time susu bukan selaju macam air paip tu. Susu badan diproduce mengikut tumbesaran bayi dan bayi seawal umur sehari perut dia cuma sebesar biji sawi. Cinenot sangat tu. So dont worry and put aside all the negative thought dalam otak kita.

Setiap ibu yang melahirkan memang ade susu ibu kurniaan dari Allah SWT tu. Cumanya antara sikap kita yang malas or tak saje untuk stimulate susu tu bagi keluar. Dan ade jugak ye sesetengah ibu yang tanak breastfeed kononya tanak badan gempal, beso gabak or gemok. Yela nak maintain cantik pakai baju kebaya bling-bling mana mau badan gabak-gabak yer tak? Actually ramai yang taktahu bila kita menyusu lagi cepat kalori kita terbakar dan secara tak langsung boleh mengecutkan rahim kita yang membengkak masa bersalin aritu.

Seriously, aku bukanlah obses susu ibu sangat. Tapi please at least 6 bulan pertama masa susu tengah banyak tu bagilah pada anak-anak korang. Memang banyak pengorbanan diperlukan, tapi itu lah antara pengorbanan seorang ibu. Kena bangun seawal pagi untuk mengepam, kalo macam aku dulu missed je mengepam pagi, habis basah cadar katil sebab susu melimpah. Bra tu jangan cakapla masam-masam dah bau. Tapi itulah, bestnya menjadi seorang ibu.

Jujurnya, antara sebab aku tak sabar nak bersalin kali ni adalah untuk aku menyusukan anak aku. Bukan kuantiti berapa botol yang boleh aku produce sehari, tapi berapa lama bonding antara aku dan anak bila boleh menyusu nanti. Best woi dapat kasi susu masa breast penuh, heaven rase bila dia telan dengar bunyi glup...glupp...gluppp tu. Rasa hilang segala penat!

Ni aku akan share beberapa tips dari Pakar laktasi tersebut:
- kolostrum terbentuk (1-3 hari), susu transisi (1-2 minggu selepas bersalin)
- tips supaya redakan tangisan bayi : ubah posisi tidur bayi (mebi mengiring, peluk bantal etc)
- masa untuk mengepam satu sesi tidak lebih dari 20 minit
- jangan stresskan breast anda
- weekend adalah hari bonding dengan anak, banyakkan direct feed
- minum air suam sebelum dan selepas menyusu
-disarankan untuk bawak susu pam 2.30 am @ 5.30 am ke rumah pengasuh esok hari
- susu yang dipam tengahari akan mencair berbanding kalau susu dipam masa cuaca sejuk (pagi)
- makanan yang berminyak akan menyebabkan susu kita berminyak
- jangan goncang susu apabila bagi kepada anak kerana nutrien susu akan hilang, cukup sekadar goyangkan botol dengan cara perlahan
- teknik yang betul adalah bukan MEMANASKAN susu, tapi adalah MENSUAMKAN susu (ambil air paip, dan campur dengan 3/4 cawan air panas, lalu direndam susu ibu yang telah cair, bukan sejuk beku)
- kalau susu tersumbat, mandi dengan air suam dan buangkan selaput diputing kita dan minta suami untuk urutkan belakang supaya susu akan flow dengan sempurna.
- jangan menekan/stress, jika rezeki anak setakat itu saja, maka setakat itu sajalah perjalanan susu ibu kita.
- jangan kita sesekali ego untuk meminta pada Allah SWT, rendahkan hati, rilekskan diri dan berdoa "Ya Allah Ya Tuhanku yang Maha Mencukupi...kenyangkanlah anakku dengan susu aku ini Ya Allah...."
- banyak susu tapi kalo anak tak kenyang pon tak guna, so doakan supaya walaupon susu kita sedikit tapi anak akan kenyang walau dengan hanya meminum setitis susu dari kita.

Walaweiii banyak dah aku type untuk hari ni. Yela mana yang baik kita share sama-sama. Dan aku willing kalo ibu-ibu baru ni nak bertanya pasal penyusuan ni. Boleh je emel kat aku. Kita share ilmu yang ada sama-sama. Nasihat aku untuk para ibu yang baru ni, lupakan kejap bab nak membeli baju bajan aksesori anak bagai, tapi lebihkan ilmu mengenai penyusuan ni. Gali ilmu lebih lagi sebab nanti dalam pantang takde korang terkial-kial macam aku dulu. Nak tanya mama pon bukan dia pandai sangat, so carilah orang yang korang boleh rujuk. Jangan sampai dah bengkak susu pastu demam menggigil pastu anak pulak meraung lapo baru menggelabah... Dengar tu Nurul??? hahahahah!

share slide

share slide

ni aktiviti melukis breast sendiri, ko nak tengok aku nye breast camne?

kahkah macam kornea mata...agagagagga

Puan Asma ni dia ajar mengurut kalo susu tersumbat, banyak ilmu dapat dari dia ni :)

kemain breast measing dah macam sperma pon ade aku nengok kikikiki

anyone can just watsapp her kalo ade masalah penyusuan, Puan Asma sedia membantu

ni urutan masa kita tengah stress & untuk perbanyakkan susu kita

Yup! true indeed!

mommy please feed me with ur milk, plishhh! :)

okbai!

sharemy
mommycha

8 comments:

Allene ALineWorks said...

seronok nya micha.. klu aku ada peluang gini pun aku wei.... suka tau ilmu keibuaan ni...

siti natrah said...

wow bestnya...ti kalo ada seminar macam ni memang ti akan pergi..lagi bnayka kita belajar lagi bnyak rasanya yang belum kita tau..thanks micha

Liyana said...

bestnye dpt join program mcm ni.... kenapa la tm x buat? sobbsss

ieza ashaari said...

Skrg dh jd mak br rasa bestnya program mcm ni..tq, utk sharing ni..

Syima Syaz said...

Seronoknya ada kursus free macam ni. Tapi dulu masa kerja pun, bos bos mmg galakkan kitorg bf. Siap bagi 3x masa utk gi pump... Tapi sampai sthn lbh... Kalau tak macam mana ntah time patah kaki tu nak menyusu... Ada hikmah....

Fiza Rahman said...

Wow...kalerful tu breast memasing...ekekeke..

Tapi memang best dpt share pasal breastfeeding dgn org lain. Alhamdulillah...saya masih lagi BF my son yg dah 2 tahun 8 bulan. Ntah bila nak stop pon tak tau lah tu.

e.t.t.y said...

bahahahahahahhahahahahahahah tetep ko michaaaaa

intandayani said...

Win la entry ni..syg mommy cha ketat2..haha gilos

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...