Iklan

Sharemyloves Geng!

01 December 2014

TIPS: Makanan Sunnah Untuk Ibu Mengandung

Salam

Amboi lamanya tak menulis gigil tangan Kak Jenab rindu-rinduan menjadi kenangan dekat blog ni. Maaple disebabkan i ols kena attend kursus selama 3 hari (mencapai kuota 7 hari berkursus bagi orang gomen) so terpaksalah pegi jugak. Di kesempatan hari Senin nan mulia ini, Kak Jenab cuba sedaya upayalah untuk update sepantas yang mungkin :)

Nak bace ke idok?

Semalam, ok terus update cerita semalam sebab masih "hangat dalam pikiran" kuikuikuikui. Kisahnya, semalam aku mengajak Erie pegi beli makanan sunnah. Gitew lindungan Kaabah sangat ni. Bukan ape aku ni bab makanan sunnah, bab supplement pregnant ni memang ku soka nak habiskan duit. Bukan untuk orang lain, tapi diri sendiri jugak. So semalam aku berjaya jugak pegi Mahnaz Food dekat Shah Alam tu untuk membeli a few things yang diidamkan.

Nabi Muhammad SAW bersabda: “Perut adalah tempat bermula pelbagai penyakit”. (Hadis Riwayat Muslim). Jadinya kita perlulah "filter" segala makanan kita sebelum mendapat ape-ape pon penyakit, tak gitchew? Untuk para ibu mengandung, especially yang sudah nak masuk ke trimester ketiga tu, mesti amalkan pemakanan yang baik untuk mencegah jaundis yang tinggi dikalangan bayi. Tapi kalau nak terkena jaundis jugak, itu memang diluar bidang kuasa kita kan?

Ok berbalik kepada Mahnaz Food tadi, sesampai kat situ aku menggila kot macam nak amik semua barang, huhuhuhu. Tapi payoh la pegi beli tempat gitu bawak bebudak, yang Mikayla, Erie kena dukong sebab mostly dalam tu barang nye packaging dengan botol (kaca). Kang berlari-lari pecah pulak barang dalam tu. Naya -.-'

Actually aku nak mencari pil habbatussauda mix olive oil. Tapi malangnya tak jumpe, huhuhu so move on to next section. Dalam otak pikir air zam-zam...air zam-zam...tapi hampeh lupa jugak nak amik. Semalam aku sempat beli madu, kekacang, sunflower seed, pastu Mikhail sempat mengepowww mama dia ceklat Arab satu peket. Ohoiiii, anak! Total pon dalam RM78 semuanya. Boleh tahan le regenya dibandingkan kalo beli kat luo-luo nun.

Seriously, memang best tempat ni, dari kekacang, kurma, kismis, madu, perfume, minyak olive oil, buah-buahan kering segala mak nenek ade. Rambang gak mata for the first time. Tapi macam aku cakap tadi, susah nak pilih sebab ade anak-anak yang dok mengajak balik. Kaco daun sungguh la. Next month nak pegi lagi topap segala kekacang bagai, tapi tanak bawak "askar" dah, payoh nak berjalan, memilih barang.

Dan selama aku mengandung ni memang aku amalkan beberapa makanan sunnah yang aku rasa berkhasiat. Antaranya, pati delima Gulsan, madu, olive oil, susu kambing, kurma, kismis, kekacang (badam, walnut, gajus) pastu sunflower seed tu, air zamzam. Itu antara yang wajib aku makan everyday. Selain amik supplement (iberet & ). Rutin harian bangun tido aku terus minum air suam satu tapeware besar, then telan madu, pastu pati delima, olive oil (kekadang sebab rase memang terjeluek) then telan vco dan terus buat keje rumah seawal pukul 5 pagi. Ini hari Senin - Jumaat la. Sabtu Ahad bangun lewat sikit kuikuikuikui.

Actually baiknya bila makan makanan camni adalah aku senang melawas di pagi hari. Kurang rasa sembelit tu. Dan at least adenya "munchy-munchy" kekacang ni elok sikit dari makan jajan or asam jeruk kan? Dah nak masuk 3rd trimester ni macam nak berjanji tanak makan fast food lagi walaupooonnnnnn kang ting!!! teringin pizza, kepci, dip n dip, untie anne's segala jemala teringat! Fuh! dugaan....

Itu jela cite pasal makanan sunnah ni. Kot ade yang penah amek selain dari yang aku mentioned tadi meh la share dengan aku. Jangan suh aku makan pil-pil beso gedabak tu dah le. Memang ku tanak dan tak minat sangat. Glup-glup!

Eh chop! tetiba teringat semalam, mase tengah pilih barang kat Mahnaz tu, Mikhail cakap "Mama...titew nak balik!" Amboi dapat sepaket ceklat kemain kau laju nak balik eh???

Disebabkan ramai yang tanye harga, I ols tlg update:

Honey: RM15
Sunflower Seed: RM10
Mix Nut: RM38
Gulsan: RM12
Olive Oil: RM12
 
amboih rambang mate titew!

ini antara yang sempat dibeli, sebelum budak tu sibok nak balik
ini paling win lah! 100% recomended tau... sedap!dan sebalang beso tu penuh 800gram dekat sekilo jugak
rutin malam sebelum tido
ini pure honey makan guna sudu plastik tau :)
pati gulsan sedap!
ini antara yang aku consume sekarang, abaikan tudung saji hijau kat belakang tu kohkohkoh..
yang ni stok kat opis, epal (wajib!) harharhar..prune pon untuk pelawasan yang baik :)

sharemy
mommycha

10 comments:

erin said...

aku pun minum pati gulsan, tapi i is tak sukaaaa, haaa stress tau, tapi ku paksa jugok diri ini, minum ngan madu pure punya, berkerut2 aku minum..haha, eh nak cari susu kambing jugok, sbb aish dulu jaundice lama sgt, kali ni x mboh dah jaundice..shuuhhh shuhh go away.

fifi said...

Kacang tu sedapnya adoiii..kalo aku mau sebekas tu aku makan sehari.hahha

Fiza Rahman said...

TU diaaa. Titew yg tengok pon rambang mata gak. Yg paling win tu sebalang berapa kak jenab...hehehe...

Memang bagus amalkan pemakanan sunnah nih.

Siti Asiah said...

sedapnye kekacang tu...:)

cik fadh said...

wahhh bestnyer..1 pown dkt atas tu fadh xamalkan even tau sume tu bagus..knape la fadh ni xgigih..baru ank 1st xgigih gini..balik ni kene cari ni dan kene gigih amalkan..huhu

Aty_Fared said...

tu pasal anak ko cerdik.. :)

e k i n ♥ y u s r i said...

tq micha
ekin pon pati gulsan tue
sedapkan?
madu je x lalu lg

Syima Syaz said...

Pati gulsan tu pun daku amalkan srkrg walaupun nak hbiskan hazab n tutup2 hidung.... Untuk bersihkan usus...

Chekgu Azrine said...

Akk yg xmengandung ni makan olive oil dgn habatusauda tu sis..skang consume yg tu je laki bini..dkt pustaka apa ntah kt kl ada jual sis..akk beli kt ckg sekolag akak je yg rm22 jek..bekas kecik sbb baru nk cuba kan

Anonymous said...

nak tanya kita yang preggy 7 bulan ni sesuai consume pil habbatus sauda atau tak? sebab ada yang kata panas la, itu la..t.kasih

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...