Iklan

Sharemyloves Geng!

16 December 2014

Kencing Kotor Semasa Hamil. Mengapa dan Kenapa?

Salam

Semalam yemci (mc)!. Mana taknya hari Ahad perut mengeras dari kiri ke kanan, bawah ke atas non-stop pulak tu. Pfttt! Sakit woo...

Kebetulan Ahad pegi umah mentuo so, petang tu ajak lah Erie pegi DEMC check perut ku ini. Masuk je bilik doc terus cite lah ape jadi. Then doc pon check perut, pastu kena buat urine test. After 10 mins tunggu result urine test tu memang ade infection. Itu pasal sakit perut segala.

Doktor kata: "Puan dah kena kencing kotor"

What? Pulak dah???? Lepas satu, satu la penyakit mase mengandung ni. Oh...ahkak redo! Banyak la yang dia nasihatkan aku, suruh minum banyak air, makan ubat and control pengambilan gula aku. Itu lah akibat aku direct minum neskepe tarik non-stop selama seminggu tanpa henti. End-up dapat kencing kotor. Yela neskepe tarik kan sedap manis, pekat melikat mana tak sangkut urine tu.

So, until now (Selasa) still aku suffer back pain, sakit perut, sakit masa nak kencing dan terasa baby mengeras. Mebi ubat belom ade reaction lagi dekat aku ni. Kena teruskan banyak-banyak minum air suam. Berikut aku share tips untuk mencegah kencing kotor.

  • Larutkan satu sudu teh baking soda ke dalam air dan minum setiap 6 jam sekali untuk menawarkan asid dalam air kencing serta mengurangkan gangguan pada pundi kencing
  • Jika berkesempatan ke farmasi dapatkan beberapa bungkus URAL iaitu effervescent granules yang mudah larut dalam air. Setiap sachet mengandungi Sodium Bcarbonate 1.76g, dan mempunyai rasa lemon
  • Namun jika ia berlangsung selama 3 hari atau air kencing kelihatan berdarah atau demam yang teruk, dinasihatkan agar terus berjumpa doktor 
  • Bagi wanita yang hamil, dinasihatkan berjumpa terus dengan doktor untuk mendapatkan rawatan antibiotik. Jangan membuang masa mencuba tips di atas kerana bagi wanita hamil, kencing kotor mudah merebak ke buah pinggang.
  • Minumlah air dengan banyak, sekurang-kurangnya 6-8 gelas air sehari, sehingga air kencing menjadi jernih.
  • Terus buang air kencing jika terasa untuk berbuat demikian. Menangguhkan menbuang kencing akan menggalakan pembiakan bakteria dalam pundi kencing
  • Wanita hamil perlu menjaga kebersihan diri. Selepas membuang air kecil, biasakan mengelap dari depan ke belakang selepas ke tandas, untuk mengurangkan bakteria merebak dari kawasan dubur ke uretra
  • Wanita yang hamil digalakkan memakai pakaian dalam yang diperbuat dari kapas dan pakaian hendaklah longgar. Elakkan pakaian dalam yang ketat dan diperbuat dari nilon
  • Walau hamil, aktiviti seks boleh dilakukan dengan suami. Namun dinasihatkan untuk membuang air kecil sebelum dan selepas melakukan hubungan seks
  • Tukar tuala wanita atau seluar dalam dengan lebih kerap jika ianya telah kotor
  • Kurangkan makan makanan manis atau minum air yang mengandungi kafein
  • Pastikan mengambil Vitamin C (antara 250 - 500gm), Beta-carotene (25000 - 50000 IU) dan Zink (30 - 50mg) sehari untuk membantu melawan jangkitan kuman jika mendapati daya tahan tubuh lemah sumber dari http://mommydarwisya.blogspot.com/2014/05/bahaya-kencing-kotor-ketika-hamil.html 
Itu jela yang boleh di share today. Rasa nak panjat katil dan tido je, tapi apekan daya ni dekat opis. Mana nak cekau katilnye. So imagine tengah tido atas kerusi urut Ogawa je la, walaupon tengah duduk atas kerusi opis yang kejung & keras ni  -.-'

hukhukhuk. i hate antibiotics & air garam!

fuh! imagine minum sprite je la ;p

okbai!

sharemy
mommycha

4 comments:

Aeen said...

ain pun penah kena kencing kotor masa pregnant...doc bg ubat..tp x mkn pun..daku just minum air kelapa je...Alhamdulillah ok..

Allene ALineWorks said...

dugaan mengandung micha...
ko amik makanan sunah bnyk2 ye.. aku kan jual.. ihihihih #amikkesempatandalamkesempitan

"ALineWorks"

Aty_Fared said...

aku ngah kencing kotor lah ni..huuuuu... makan ubat liat.. biler baca ko cakap ni.. panik lah aku.. nak gi pharmacy lah sok pagi carik ubat ko cakap tu...mungkin lagi senang aku nak telan kot..

Aty_Fared said...

aku ngah kencing kotor lah ni..huuuuu... makan ubat liat.. biler baca ko cakap ni.. panik lah aku.. nak gi pharmacy lah sok pagi carik ubat ko cakap tu...mungkin lagi senang aku nak telan kot..

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...