Iklan

Sharemyloves Geng!

11 December 2014

Cara tebus point DRYPERS dan dapat hadiah menarik!!!!

Salam

Semalam bila cite pasal tebus point Sustagen tu kan, ade beberapa orang yang tanya Micha camne pulak nak tebus point untuk Drypers. Huhuhuhu. Boleh kekakak-kekabang sekalian alam, meh ai ols share. Rugi oit tak kumpul untuk tebus hadiah. Cara pon senang sangatla. Cuma pastikan jangan dibuang plastik Drypers tu sudahla. Kalo dah buang...terlajak perahu boleh diundur, terlajak buang plastik pampers maka takdela point korang. Kikikikiki :)

Bagi korang yang beli Drypers tu, benonya boleh collect jugak point. Pastu hadiah dari drypers lagi best berbanding Sustagen semalam. Korang boleh tengok dekat http://www.drypers.com.my/  sini. Aku takdela aim menan bagai tapi nak aim dapat pek mini drypers tu pon jadikla. Boleh menambah stok pampers yang sedia ada.

Memula korang kenala daftar dulu nak join drypers club ni. Pastu boleh start kumpul point. Caranya, plastik drypers tu jangan dibuang. Korang terbalikkan belah dalam plastik tu ade kod rahsia dari drypers yang tu yang korang kena simpan. Lagi sekali diingatkan bukan kod bar tau, tapi belah dalam plastik tu. Kalo nak senang korang gunting and simpan dulu. Kumpul dalam 10 kod rahsia then korang masukkan nombor tu dalam kotak pengumpulan point (semua cara pengumpulan point ade dekat drypers club punye web). Korang kena faham dan baca cara-cara mudah tu. Pastu for sure boleh buat punya.

Memula aku pon terkial jugak. Pastu dah reti camno nak buek. So, kekakak-kekabang, marilah start mengumpul point. Dapat jugak pekdah, dari korang buang je plastik tu. Aku kan siap bawak plastik pampers gabak datang opis kikikiki. Punya nak kumpul point, tadek pulak aku gunting-gunting kod rahsia tu. Siap bawak the whole plastik ko. Semangat Harimau Malaya sungguh!

Sekarang ni pulak Drypers tengah sale dekat Aeon Big (Carrefour) semua size rege RM29.90 sajo. Hah! Apelagi sila pergi serbu...... Bye-bye Pet-Pet, Kak Jenab dah beralih arah ke Drypers sekarang auuwwwww!

okbai!


pegi daftar kat sini dulu

ni contoh aku punye, pas daftar akan appear nama anak kita

mata drypers tu aku dah masukkan kod rahsia tu baru akan terkumpul jumlah nye

ni antara hadiah yang boleh redeem :)

aku nak yang ni je mini pack pon takpe janji boleh guna :) kalo menan kang lelama rosak kan?

haa tudia pihak drypers dah bagitau kod tu katmana, jangan salah potong pulak

ni mata ganjaran yang boleh kita tebus

aku siap bawak plastik gabak ni mai opis oit nak kumpul point punya pasal

ni contoh kod aku tu, tapi aku dah guna dah kikiki. kalo korang tiru kod ni kira tak valid le ;p

cepat lak ibuk-ibuk jom kumpul point drypers ni. best woooooo!

sharemy
mommycha

7 comments:

ily♥ said...

Assalamualaikum mommycha..Baru je register drypers baby club semalam. Hari ni gigih masukkan unique code. Mujurlah plastik2 drypers tu masih ada lagi :)

af aris said...

Wahh..tq sis sebab share..Dh daftar td..kalau tak, buang je plastik tu.

Liyana said...

baru tau. selama ni buang je plastik drypers. omg rugi mak haha

shura shushi said...

TQ buat entry ni :)) now nak daftar

LYAfrina said...

hadiah dia mmg best2..
tp dh xde anak y pkai pampers

Asz Miza said...

Michaa...selama ni aku potong barcode dia..T-T...punah harapanku..sabor jelahhhh..

Anonymous said...

Dh daftar.. tp nape kt plastik drypers ank2 sy xde plak kod tue kt bahagian dalam.. puas belek dh satu2...

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...