Iklan

Sharemyloves Geng!

09 December 2014

9 Disember!

Salam

Pejam celik dah 9 Disember hari ni. Cukup lagi sebulan, so genaplah Mikhail 3 tahun. Cepatnya masa berlalu. Rasa macam baru je celebrate besday abam Mikha 2 tahun aritu. Ni dah menginjak ke tiga tahun pulak. Murah rezki abam sebab tetiap tahun bertambah sorang adik. Kikikikiki :)

Mikhail ni aku nampak lebih cenderung bermanja dengan opah dia. Dah tu siang malam opah kelek, Sabtu Ahad pulak ikut Opah balik Selayang nun. Baru-baru ni ikut Opah balik kampong 4 hari. Sikit pon takde nangis mengigau panggil mama, baba, adik. Kemain siok kat kampong nun. 

Tahun depan ingat nak buat jugak simple celebration sebab abam dah nak masuk 3 tahun. Alaaa, ajak family in law dengan family aku makan-makan sudahla. Mama nak kena banyak berjimat sebab nak bersalin. Kikikikiki. Lagi pulak yang terpaling penting Mikhail tahu erti kegembiraan menyambut besday. At least dia ada kenangan bila besday tu. Setahun sekali yer dak, bukan hari-hari. Sebab kalo hari-hari pitam mama nak membayo duit kek segala bagai!

Ni aku saje nak throwback gambar-gambar lama masa celebration besday Mikhail dulu.

1st Birthday

Pre-Besday setahun :)

Sempoi je mase tu kat umah MIL di Shah Alam

Cake ordered from kawan sekolah Erie

Alahai baby sangat dalam walker lagi :)


Majlis sambutan besday setahun Mikhail :)
1st birthday yang happening
I missed all these :)

celebrate sekali dengan cousin dia, Haniey
His birthday cake :)

 2nd Birthday

Mase ni pre-celebrate dulu

Ni pulak memang terlambat buat after mama dah beranak baru sambut besday nye :)

Cake from Scrumptious Sugar

Macam biasa orang-orang yang wajib attend small gathering kami :)

Harta. nyawa.

sharemy
mommycha

6 comments:

Allene ALineWorks said...

sekali sekala main baling belakang ni best gak yek..
besar dah anak2 kan.. uhuhuh cepatnya

Aeen said...

hadiah paling bermakna wat mikhail ialah tiap2 tahun dapat adik baru..Alhamdulillah...sekejap je rasa nak masuk 3 tahun kan..daku pun terasa gak...

Chekgu Azrine said...

Beli kek bg dia tiup lilin dah ok dah tu.kenangan tu pentingkn sis

Mimy Hamid said...

really really miss the birthday celebration....nanti birthday fayel ko datang ye...Insha Allah

amirah said...

memang murah rezeki abam mikha...dah beso dah anak bujang

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Happening sangat waktu 1 st birthday ritu..kalerful sangatt!Medina pon nanti sama macam ni kot..1st birthday je lah merasa grand birthday..hehe..next month terpaksa postpone sebab Mommy is in pantang mode...huhuhu

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...