Iklan

Sharemyloves Geng!

07 November 2014

Tips untuk masalah keputihan

Salam

Berbau. Gatal. Tergaruk-garuk. Itulah perkataan sesuai untuk penyakit aku last month. Biasalah ibu mengandung bila bertukar je hormon terus "discharge" banyak gile. Discharge atau keputihan memang sinonim bila mengandung. Aku taktau untuk orang lain tapi kalo aku, perggh memang tak selesa la. Tambah kalo masuk toilet pastu ade orang tunggu kat luar nak masuk. Malu siot ade tinggalkan kesan bau bahagian "sulit" tu dekat orang -.-"

Cuci dan lap bersih tu dah buat dah pon. Tapi tetap ade jugak simptom keputihan tu. Sori yer untuk yang taksuke tajuk 18sx ni, tapi ape yang aku rase perlu share untuk kebaikan takde salah kita share kan? Disebabkan tu lah aku terjebak untuk beli Barra Gel dari NR tu. Okey, chopppp bukan nak pomot ke hape tapi bila benda tu adalah barang baik tak salah kalo share kan?

Jangan salah anggap dengan Barra Gel tu. Bukannya panas membara macam kena cili ke hape bila pakai. Cuma namanye je Barra Gel. Tu kena tanye owner NR pesal dia letak nama centu. Kihkihkih. Dan harganya pon takdelah mahal dalam RM26 rasenya. Penggunaan pon amat mudah sama macam guna pencuci miss V yang lain jugak. Cuma untuk efek yang lebih ketara, bolehlah buat teknik meruang sekali.

Ya ampun, ape pulak meruang-meruang ni?

(semua ni copy dari blog Ice)

Meruang adalah rawatan yang dilakukan setiap kali berhadas besar. Samada selepas haid, kedatangan nifas atau selepas bersenggama dengan suami.

Bidan2 terdahulu sangat menitikberatkan kemantapan dan kebersihan faraj setiap kali habis tempoh berpantang kerana:

1. Mengelakkan keluarnya bau bangkai dari faraj akibat kotoran darah nifas yg tertinggal.

2. Mencegah dari keputihan

3. Salah satu usaha mencegah dari penyakit kelamin kerana jangkitan atau penyakit puan seperti cyst, fibroid, polip mahupun kanser pangkal rahim.

4. Memantapkan tiang seri kenikmatan suami isteri.
Kesihatan rahim dapat dipelihara jika kebersihan dijaga rapi.
POSISI MERUANG:
1. Duduk di atas toilet bowl



2. Mencangkung dengan 1 lutut ke bawah


3. Berdiri dengan 1 kaki di angkat atas toilet bowl



CARA MERUANG:
1. Bersihkan jari dengan pencuci tangan. Jika saya...saya gunakan Barra Gel NR.


2. Masukkan jari sedalam mungkin (sehingga ruas ke 3 jari-lihat gambar) sambil rilekkan paha, perut dan bahagian ari2. Jika anak dara...memadai jika masukkan jari sehingga ruas pertama shj.


3. Korek dicelah2 dinding dalam faraj. Kalian akan rasa bahagian menggerutu. Pusing dan korek keluar segala lendir, keputihan, lebihan darah atau sisa mani.




Melalui proses ini...kalian akan dapat merasa "kemantapan" tiang seri. Jika bahagian dinding dalam terasa keras menggerutu seperti gigi...maka ia bermaksud faraj anda sangat2 memuaskan hati suami. Jika faraj anda terasa longgar, tiada gigi dan berlecak....maksudnya faraj anda tidak rapi.
Kita boleh masukkan sekali barra gel ketika meruang di dalam faraj. Kerana barra gel ini adalah dari komposisi natural dan mampu mengatasi masalah "kekeringan faraj". Selepas dikorek bersama barra gel.....bilas sehingga bersih.
Ini juga merupakan cara2 untuk berhadas besar bagi wanita. Jika ada lagi darah selepas diruang farajnya beberapa kali... wanita itu tidak wajib solat.
Dan bagi yg nak jaga extra dalaman faraj...lepas dah meruang...bilas dna lap kering....meruang lagi sekali dengan minyak berubat herba. Lakukan setiap pagi dan malam sebelum tidur.



Selamat mencuba!

Haa itu antara tips dari bidan Ice. Kalau rase yang berani nak cuba rawatan meruang ni silakan. Aku jer cuak-cuak lagi. Bila ntah nak datang keberanian ittew. Kihkihkih! Anyway bila guna Barra Gel ni segala keputihan bau gatal semua hilang. Pergghhh! terasa diriku lebih berharga gitchew!

okbai!

sharemy
mommycha

8 comments:

eamy milea said...

thanks for sharing.. hal2 cam ni lah yang kita kena titik beratkann

ctmah said...

jom gi tandas sambil meruang!hihi

amirah said...

sampai ruas 3? oh tidakkk..huhuhu

misz sheyla said...

xfaham sgt baca ni...kena bca kat umah ..skang kt office org asyik lalu lalang

fifi said...

Aku anak dara jadi meruang satu ruas jer..kahkah...aku takutla nak 3 ruas ni

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

huhuhu..memang bab nak merawat Keputihan ni macam mimpi ngeri..aida pon tak berani..Medina's time hari tu memang teruk gile keputihan sampai kena amik sample..tapi kali ni pregnant Alhamdulillah..takde..maybe beza mengandung ank pompuan n laki kot!hihih

Umie Aisya said...

ada gatal2 x?previous pregnancy i byk discharge ingtkan normal skali pegi check rupanya i ada GBS. 2nd pregnancy ni xde pulak tp at 32 weeks nnt gynae nk buat swab nk tgk ada ke x.no harm kt kite tp kat baby masa nk bersalin nnt. if u ada gatal2 or berbau ke apa pegi check tau ;)

LYAfrina said...

Tq for sharing. Alhamdulillah lya xde msalah kptihan ni. Msa pregnant dulu xtau la.. sbb dlm keadaan koma kan.. tp psl teknik meruang ni ada beberapa kali gak baca info n.ckp dgn ofismate. Kbykan org2 lama n ofismate y senior mmg amalkan teknik meruang ni. Esspecially lps habis haid. Lya nk.cuba tp takut.. x berani.. huhu

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...