Iklan

Sharemyloves Geng!

11 November 2014

Pengalaman epidural semasa bersalin (ubat bius tahan sakit)

Salam

Terkenang balik masa beranakkan Mikhail dan Mikayla. Masa tu dedua aku amek injection epidural untuk release sakit. For Mikha's time memang wajib la ber "epidural" sebab mase tu kena czer. While masa Mikayla aku sendiri request untuk epi sebab memang taktahan sakit contraction lepas kena induced after 2 days.  Sengsara okeh sakit kat "anu" lelama ;p

Actually masa bersalinkan Kayla aku requested doktor bius yang sama masa beranakkan Mikha. Even he is a guy tapi aku sangat puas hati dengan cara dia treat patient yang terlebih mengada macam aku. Hukhukhuk! Siap aku cakap "doktor bace bismillah dulu sebelum injek yer kang saye sakit". Agagaggagagagaga... banyak songeh aku. Highly recommended Col (R) Dato' Dr.Jaseemuddeen Abu Bakar, Anaesthesiologist (Pakar Bius) di DEMC Specialist Hospital Shah Alam.

Tapi masa dia cucuk epi tu aku terbergerak banyak sampai senget tiub, then terpaksa lah doc inject second time untuk betulkan tiub dan buang darah dalam tiub yang senget tadi. Rasenya memang pergghhh sebab sakit oit!.Tapi demimu anak ku harungi juaaaaaa....

Injek epi ni caranya adalah kita duduk di katil sambil mengerekot/menunduk seakan bulatkan badan. Then doc akan injek tulang belakang kita dan masukkan ubat penahan sakit tu melalui tiub getah yang dilekatkan di belakang kita. Then ubat tu la sebagai bius masa kita bersalin nanti supaya kita takdela rasa sakit sangat masa nak bersalin. Rasanya kita akan kebas dibawah badan so kurangla rasa sakit tu. Doc bius pulak akan kawal berapa banyak ubat yang dia nak lepaskan dalam badan kita mengikut tahap kesakitan yang kita rasa. Contohnya, dia akan tanya sakit tak? Bila kita cakap sakit sangat ni doc, so dia akan slowly lepaskan lebih banyak ubat penahan sakit tu melalui tiub dalam badan kita.

Selalunya epidural ni akan disuntik bila bukaan serviks dah membuka ke 5cm ke atas and not more than 8cm. Masa aku kena epidural ni memang terasa menggeletar satu badan efek ubat bius ni. Serious shaking macam kesejukan gitchew. Tapi itulah antara efek yang kita dapat, selain itu keburukan epi ni adalah disebabkan kita merasa kebas dan tak sakit so kita taktau bila nak menolak/ baby masa meneran. Haaa tu probs sikit la, so doc Norleen kena pantau dan arahkan kita suruh push then baru boleh nak mengepush....

Tapi kuang-kuang-kuang, even amek epidural aku tetap jugak rase sakitnya. Hoi kalo takdek epi mau meraung aku kat dalam labour room. Salute kat semua ibu yang bersalin tanpa epi dan alat tahan sakit yang lain. Korang memang champion!

Mase bersalinkan Kayla boleh pulak masa nak push ubat bius tu dah habis, hadoiii! Then Doc Norleen kata tayah topup sebab nanti aku susah nak push, that's why rase sakit tu memang melampau kot. Haa itulah antara pengalaman amek epi yanga ku nak share untuk korang especially ibu-ibu yang bakal melahirkan nanti. Dekat sepital gomen ku tak sure if bersalin normal derang provide or not, but dekat swasta memang ade suntikan epi ni on patient request.

Untuk yang ketiga ni aku berharap sangat nak bersalin normal dan kalo boleh tanak amek epi, yela dah banyak orang cakap pasal long term efek ni kan? Tapi Allah SWT knows well, ape yang kita rancang hanya Dia yang mengetahui. Cuma aku berharap kelahiran kali ni dipermudahkan daripada yang sebelumnya. Dan baby sihat sempurna macam anak-anak orang lain jugak. Amin....

Cepat aminkan doa aku!!!
muka tak semenggah dalam labor room, tengah sakit contraction. Pasni berhajat nak pose ala Che Ta pulak kihkihkih!
Mohtip gambo ni, pasni ke photoshoot baru pulak sebab dah ade 3 anak kuang-kuang-kuang. Temanya setahun sekali bertukar gambo photoshot sebab tetiap tahun beranak kahkahkah!

Ni la Doc Jaseem ittew.

This is my gynea Doc Norleen :)

okbai!

sharemy
mommycha

7 comments:

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Huhuhu..aida tak pernah amik epi walaupun doc offer..sebab takut..haha..tapi memang hazab sangat waktu medina's time sebab kena induce kan..tak tertahan sakitnya..tu yang fobia sampai sekarang...tapi mengandung jugak ni..camano?hahaa

lia said...

ermmmm kat hosp putajaya pon ada offer epi cuma xamik sbb takot x tau bajet bler nak push... hasilnyer, lengan laki agak biru kena genggam tiap kali tahan sakit ekekekekeee

amirah said...

sepital gomen mcm offer ubat tahan yg cucuk biasa tu aje..tapi last2 satu hape pun tak amik ubat tahan sakit sebab kan "dr" kat sebelah kata tkyah nnt anak kita tak aktif...huwaaa..tau tak sakittt..gas pun takde so bertabah la time brsalin arissa tu...aduiii...malam kang takleh tido la nii..!!

Aeen said...

tak pernah lagi rasa cucuk epi.tapi masa bersalinkan raynia nyaris nak cucuk epi..tp x sempat...raynia dah nak keluar sangat..hahahah....

LYAfrina said...

Haha. Walau tiap thn beranak..tp maintain agik. Ok r tu..

Cara cucuk.epidural ni lbh kurang sama je dgn proses nk ambik air tulang belakang (LP)

fifi said...

Pasni ko mekap tau micha...pakai eyeliner maskara blusher sume..kasi cun sket mcm che ta.

cik fadh said...

alahaiii seram la dgr kak..adoii

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...