Iklan

Sharemyloves Geng!

17 November 2014

Mikhail's Milestone

Salam

Milestone Mikhail 
----------------------
Hampir menjenguk ke usia 3 tahun dan perangainya, masyalllah boleh pengsan mama dia ni. Ketagihan terhadap Gtab memang menjadi dan hobi terbaru adalah klip video k-pop. Kalo bab barang mainan yang dalam rumah tu semua lah hak dia. Adik takboleh pegang ape pon mesti dia rampas. Boleh pengsan lagi sekali kalo mama menyaksikan perang sabit bersaudara ni.

Setakat ni ABC dah teror, 123 pun teror gak. Cuma alif ba tha ke laut sikit. Dah cekap jugak hafal surah Al-Fatihah yang mana aku rase itu satu pencapaian terbaik dia. Doa makan pon lancar baca cuma malu-malu kucing kalo suruh baca.

Bab bercakap memang nombor satu. So, kalo ade orang nak compare "eh anak ko ngan anak aku takde beza umur, tapi nape dia boleh cakap ayat panjang-panjang?" Camni lah jawapan aku. Derrr anak kita tak sama tahap perkembangan nya. Ade yang cepat ade yang lambat. Tak semestinya, anak aku sebaya anak ko so cara cakap, makan, berjalan semua pon nak sama. Agak-agak tu der...timbang berat pon taksama apetah lagi perkembangan budak. Gitchew!

Mikha bab mengarang ayat memang teror. Jarang lah ayat dia terpeleot dan dia memang takde cakap pelat. Kalo sebut susu, memang susu takdenye chu-chu ke syu ke hape. Nasik pon memang nasik bukan nacik. Dan perkataan feveret dia sekarang adalah menggelarkan semua orang gemok. Maka berhati-hatilah berhadapan dengan anak aku, sebab kalo dimata dia ko gemok kena la cop gemok sedas. Kuikuikuikui. Semalam boleh dia kata kat pengacara Melodi, Sherry Al-Hadad tu..."Eiii gemoknya!" 
Nasib ko le Sherry...agagagaga sebab aku pon selalu terkena dengan words gemok tu. Cis!

Bab makan memang sepuluh tiang ke belakang lah. Adik dah 4 suap dia terkebil satu suap pon belom habis. Bila cakap cepatlah mama nak suap ni, dia tunjuk dalam mulut. Pastu cakap "kejap la tengah kunyah!" Hoooo melawan...melawan. Semalam aku rebus kerang pastu makan lunch ramai-ramai. Sekali dia tanya "Mama makan ape tu? Mama makan turtle eh?" Haaa ko! Kerang dia panggil TURTLE! Diulangi TURTLE... tersedak aku dengan Erie gelak. Hadoi Mikhail.

Bab tengok iklan pulak nombor satu. Pastu tengok iklan LEGO dia nak. Tengok iklan eskrem cornetto dia nak, tengok iklan koko jelly pon nak, tengok iklan kepci pon nak. Senang cite semualah dia nak. Pitam mama dia patpuluhpat kali. Harharharhar!

Ni pulak tak abes-abes nak naik ship la, nak naik aeroplane la, train la..Hamboi kemain banyak lagi wishlist dia yang belom tercapai. Kadang kesian pulak terpakse menipu sunat cakap "yerr esok mama cuti mama bawak yek?" Gitulah antara milestone Mikhail. Petang sikit kita update pasal milestone adik gangster, si Kayla pulop. Oklah nak pegi carik kudap-kudap..mak buyong lapor! Makang budok!!

watever Khail, watever -.-"


okbai!

sharemy
mommycha

11 comments:

Chekgu Azrine said...

handsome boy sungguh mikha tau..
muka sis banyak nih...hehehehe

sekejap je dh nak masuk 3 tahun..
time flies

Aeen said...

hahahaa...makan turtle yeh..agaknye dia tgk kerang tu mcm turtle kot..hehe

~ NANA ~ said...

bijak abg mikha ni..mama lapo sgt ek sampai kena makan turtle? hahaha sabo je la

Allene said...

bab tengok iklan nak tu, sejibik cam hafidh.. aku layan je micha...
mii.. nak tu... amik la.. kahahah senang jwapan aku. pastu g kat tv, konon2 amik dari tv. bahhahahah

Fiza Rahman said...

Handsome nya anak bujang ni. Bab iklan tu memang betul lah. Asal tgk jer suma nak.

Paling tak suka org yg suka membezakan perkembangan anak dia ngan anak kita. Setiap development budak tu adalah berlainan. Ada yg cepat dan ada yg lambat...ppffttt...

Mimy Hamid said...

bijak..lama tak jumpa ajak mama jumpa fayel eh

LYAfrina said...

sgt hensem n comel..
mesti cerdik budaknya ni..
alhamdulillah..

erkkk.. mummy makan turtle? hehe

ctmah said...

hahaha!mikha syg,aunty kurus tau kikiki

Haslinda Sadiken said...

Abam mikha bleh kwn dgn mak nenek syasya den tu..nenek eh pun poning nak layan dia bercakap dr bgn tido smpai nak tido pun nk bckp juga...hahahha

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Alahaii..comelnya lah hai Mikha..mesti mulut becok ni..hehee..ikut mama dia kot..kiki..tapi ok lah Milestones dia..sebab lain anak-lain perkembangannya kan..kita sebagai ibu kena lebih alert dengan setiap perkembangan diorang..

Mama Likha said...

Tak pelat dan petah macam likha. Jaga2 u.....tgu la setahun dua lagi...

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...