Iklan

Sharemyloves Geng!

26 November 2014

Mikayla's Milestone

 Salam

Mikayla Milestone
--------------------

Nur Mikayla Aeesya. Boleh panggil Kaila, Cayla, Kayla or ape saja yang sedap disebut. Budak kecik yang menginjak ke usia setahun 6 bulan ni memang lincah. Atau lebih tepat lagi lebih kepada berperangai gangster. Setakat abang dia tu, sebelah tangan je dia tolak gedepekkk jatuh. 

Kayla memang kaki makan. Kena ade makanan disekitarnya baru beliau boleh hidup aman dan bahagia. Kalau tidak gelisah memanjang. Huhuhu. Selain makan, berjoget sambil tengok iklan jugak salah satu feveret dia. Tak kisah iklan ape janji ade lagu je dia terus joget. Huhuhuhu.

Kayla suka main truck sama dengan abang dia. Anak patung ke teddy bear ke dia sepak-sepak jer. Tadek dipandangnye. So, hari-hari lah mama terpakse tengok drama perebutan barang yakni truck, bas, ketapi, antara Kayla dengan Mikhail. Malas nak melarang sebab dah kering ailio mama nye ni terpekik terlolong marah jangan gaduh...jangan gaduh!

Kayla suka berlari, dalam rumah tu bergego dengan tapak kaki dia berlari dari bilik opah ke hall, pastu dari hall ke dapor, pastu main sep tangan abang dia, pastu berlari lagi. Adudududu...mebi ada tokoh pelari Olimpik satu hari nanti...huhuhuhuhu!

Pastu Kayla memang addicted dengan Hello Kitty. Ada satu baju tido Hello Kitty tu dia asik ulang alik pakai. Kalo susah nak kasi pakai baju pampers lepas mandi, pastu ko tunjuk je baju HK tu, otomatik dia nak pakai baju. So from now on, mama akan cari baju printed HK je tak kisahla ori ke idok janji ade rupa HK untuk Kayla. Ni disebabkan dia memang minat dengan kucing. Iklan tv kalo ade kucing jer hoi tak kelip mata nengoknye. Itu belom tengok real lagi, boleh kejung berdiri tengok meow.

Berbeza dengan Mikhail, Mikayla ni memang lambat bercakap. Nak sebut satu-satu words pon susah. Dan aku rasa dia memang pendiam tak macam aku ni haa. Itu sebab aku cakap setiap anak tu tak sama tahap perkembangannya. Kalo dulu Mikhail setahun 2 bulan dah pandai sebut itu ini. Tapi Mikayla ni lain sikit. Setakat mama, baba, cat, susu, opah, achu dia tau la. Yang lain harem. Tapi takpe itu tak melemahkan semangat aku untuk terus mengajo dia sebut perkataan yang senang-senang. Kalo aku asik nak compare Kayla dengan Mikha jenuh la aku, kan?

Itu sajelah pasal Mikayla ni. Oh! dan lately semenjak nak jadi kakak ni dia agak moody dan suka menangis. Mungkin dah tau kot taklama lagi gelaran adik tu nak kasi dekat orang lain. Tetiba teringat kat Kayla, kalo aku balik dia cepat-cepat datang pegang perut pastu cakap..."baby...baby".

Yela nak taklama lagi je kamu dah nak jadi kakak...soon Kayla, soon!

#entrythrowback
dia sebenarnya tak bape sihat since last week, demam malam je :(

eceh dik dik dik...semua nak Hello Kitty je kamu eh?

okbai!

sharemy
mommycha

8 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

bguslah nak HK micha
klu nak ultraman kang, payah plak
hehehehe

HK comel

Aeen said...

anak no 2 mmg cam tu kot micha...lebih kurang dgn raynia la jugak..teddy bear ni dia tolak tepi je..kalau kereta ke truck ke..suka bebenor mainnya...abang dia habis dibuli di layaknye..hahahha

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Alahaii comelnya lah hai Kayla berambut tocang gitu..bila lah Medina dapat bertocang bagai..haha..Kayla sama sikit dengan medina..Ala-ala gangster..anak patung tak layan..tak kose gitu..ni semua penangan abang dia..sabar je la..

siti natrah said...

sama macam anak ti yang kecik ni..kalo iklan ada lagu..siap tepuk tangan joget sama..huhu..nakal kan..masa ni diorang cepat belajar

Mimy Hamid said...

rinduuuuuuu kayla....

LYAfrina said...

nama dia sgt sedap & comel..
moga kayla trs membesar dgn sihat..nmpk cerdik sgt kayla ni

e.t.t.y said...

cantik baju kayla yg hitam tu....

Fiza Rahman said...

Biasalah tu. Bakal kakak mesti akan merengek2 sket.

GWS kayla.

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...