Iklan

Sharemyloves Geng!

25 November 2014

Karnival Upin Ipin di PICC

Salam

Hi korang! Untuk tidak membasikan cerita mohle Micha story pasal pegi Karnival Upin Ipin Ahad lepas. Pasni citer pasal ioi mall Putrajaya pulak yer.

Seperti yang dijanjikan pada Mikhail bila setiap kali iklan Karnival Upin Ipin (KUI) ni keluar kat tv, nak membawak dia pegi. So marilah tunaikan permintaan dan janji kita pada anak-anak. Walaupon Mikayla tu bukan tau ape pon, tapi takpe ku heret jugak dia sekali tengok maskot Upin Ipin tu. Semangat tu weh...semangat!

Seawal pagi jam 8 kami anak beranak dah keluar umah. Bangun awal tu pukul 6 memasing. Pastu opah dah siapkan sarapan megi goreng ayam dengan nasik goreng. Then kitaorang singgah Petronas beli air kotak and roti buat alas perut kot-kot lapo nanti. Disebabkan jarak PICC dengan Presint 18 cuma 10 minit so aku tak risau sangat la, untuk pengetahuan u ols ni kali kedua kitaorang pegi KUI tu sebabnya on Sabtu keluar rumah pukul 11 pagi, mak ai sampai atas jambatan PICC tu boleh jem. Ramai gile umat! So, Ahad tu kita playsafe dengan keluar awal. Dan taraaaa...mudah dapat paking, pastu duduk pon area depan stage! :)

Dah kata janji dengan anak kan? So mesti ditepati.

Sesampai kat Hall B, PICC tu kitaorang tunggu Upin Ipin keluar. Both anak enjoy cuma Kayla meragam sikit sebab demam, badan dia dedar. Merengek la jugak. Dalam pukul 9, keluarlah maskot upin ipin dengan kengkawan. Hohhh teruja semua penonton sebab dapat tengok Atok, Opah, Mei-Mei, Ehsan, Susanti, Jarjit, Mail. Bising dan gamat dewan tu u ols...

Dalam setengah jam jugak la duduk dalam tu. Kayla pon merengek nak tido. Pulak si Mikhail tanak balik, kena la tarik jugak tangan budak tu. Pastu nak balik pon sengsara sebab kena redah lautan manusia untuk keluar dewan. Penangan upin dan ipin katanye. Kitaorang langsung tak membeli barang upin ipin kat situ sebab  mahal. Gile ko barang ori kot, termos air pon dah rm20. Padahal kecik je. Huhuuhuhuhuhu.

Time nak balik pulak memang banyak la kereta nak masuk paking. Siap jem dalam paking PICC tu. Nak naik lif pon beratuq sampai luar-luar. Amboiiih ramai gile orang. Actually kalo tanya pendapat aku ni la. Venue kat PICC adalah tak sesuai untuk buat Karnival camtu sebab nya, paking space tak banyak, pastu tempat tu adalah di atas bukit, location tak strategik dan tak punyai space yang luas untuk budak-budak enjoyed themself. Patutnya buat dekat mana-mana padang yang luas, pastu yang boleh kita park kiri kanan padang tu. Much better. Kesian kot tengok mak-pak dok dukong anak panjat bukit semata-mata nak bawak pegi tengok Upin Ipin.Itu belom yang tolak stroller lagi, yang bawak baby lagi. Yela Upin Ipin oiii karekter kartun paling pemes dekat Malaysia. Tanyalah dari kecik sampai beso, semua kenal Upin Ipin tu. Pastu bonus siap ade Ultraman lagi. Mana tak meroyan bebudak hoi!

Aku terdengar jugak urusetia Les Copaque tu cakap masa hari Sabtu, 74 budak hilang dari parents. Gile ah...74 orang ramai kot! Yela dah tempat bersesak camtu kan, budak nak bebas berlari tak terkejar lah mak-paknye -.-"

Itu sajelah pengalaman pegi bawak anak-anak. At least janji sudah ditepati, dapat jugak tengok live. Gigih la aku yang memboyot ni u ols. Tapi andaikata ade lagi tahun depan tobat dah tak mau bawak. Kuikuikuikui! Tengok dalam tv jela anak-anak oi!
Eh 28-29 Nov ni ade Expo baby la kat PICC...hahahaha best-best!
:)


huhuhu depan sangat dah ni :)

masa ni geng tengah nanyi lagu Negaraku

huhuhuhuhu Ehsan, Fizi, dengan Mei Mei yang cantik :)

kasi chan mak buyong bergambo. Maaple anak dara merengek.

Ni masa show lom start. Depan pentas jugak :)

Ni pon masa awal-awal masuk dewan tu :) hai la Mikhail!

Dengan baba elok dia senyum pulak.

#6monthspregnant #24weeks :)

sharemy
mommycha

15 comments:

Mimy Hamid said...

micha cantik...seri habis..untung la duk putrajya...heheh aku klu kuar kul 8 kul 12 kot smpi...

eima said...

tak pi pun weh tak sanggup hoi ...

Aeen said...

plan mmg nak pergi ...tp bila tgk review dah crowded mcm ape..mmg x la nak pergi.....huhuu....sweet la muka micha...cantik...:)

Sura Mohd said...

Demi anak2..bersesak pon takpe.kan...tp akak yg nak ke retua ni..dah malas nak bersesak-sesak..hehe..mak buyong pon rajin..berseri lagi..:)

Allene said...

masa aku ajak adi pergi sini kan, awal2 lagi dia ckp, tak nak la nnt anak hilang... uhuhuhuh...

aku dengar dorang update kat fb terus batl niat nak g micha.. tak sanggup rasanya...

Liyana said...

nasib baik x pergi. x kuase redah jam hihi.

lawonya michaaa! berseri2! :)

Mama Likha said...

Hye kak shima gegar vaganza!!!

~ NANA ~ said...

oit gigih mu pegi makyong??? tp anak2 kompem suka kan?

sumpah berseri sgt muka micha time peknen...boy koy boy kot??? hahahaha :p

misz sheyla said...

mak aiiii ..gigihnye mak buyung...

ctmah said...

boy ke girl boy ke girl.lalalalala

Bazilah (^0^) said...

berseri-serinyeee makyong hehehe

Syima Syaz said...

Adoiii baca kat fb, insap raasa. Awal2 lagi hsband kata tak mau pegi....

e k i n ♥ y u s r i said...

x sanggup nak pegi
hahahaha

LYAfrina said...

Ramai y kata terlalu sesak kat sini

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Micha is sweet..hihi..tapi memang ramai gile complaint PICC tak sesuai for venue UI..kesian kat mak pak..nasib baik aida tak pergi..kalau pergi, confirm terberanak dah skg..haha..

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...