Iklan

Sharemyloves Geng!

03 November 2014

Dilema lagi....

Salam

Dilema ibu mengandung. Banyak sangat dah aku dengar dan lihat pasal benda ni. Boleh kata ianya terjadi pada semua ibu yang mengandung samada secara sedar atau tak. Contoh terdekat adalah aku, camni kisahnya. Pagi tadi aku datang opis dengan perasaan berbunga yela nak hilangkan monday blues kata koo. Sekali sampai je depan pintu opis, ade sorang pegawai ni tegur aku..."Mak ai! besonya perot Tasha..." Lepas tu aku pon jawab lah, "Dah tu nak perut camne? Makin hari makin mengecik ke?" Terus aku haiishhhhhh kan dia. Lantak la ko dengar ke tak pegawai ke dawai ke aku tak kisah dah.

Hello??!! Come on beb?!

Isu perut beso, perot kecik ni sensitip tau tak. Ko ingat aku ni mengandung perut nak maintain beso macam orang biase ke? Main pinggang size 26? Camtu? Aku bukan lah ape cuma kadang aku jadi emosi bila orang tegur pasal perut ni, tak kira perut kecik or perut beso. Berpikirlah secara logik akal sikit, makin hari kandungan makin membesar jadinya nak suruh maintain macam pinggang anak dara ke? Sungguh tak masuk akal! Kawaley..walaawey..yenadey betui!

Aku akui jugaklah perot aku memang beso, tapi takdelah beso-sebeso-besonya pon. Yelah besar sebab sebelum ni tak sempat nak berpantang sungguh-sungguh. Memang buncit je memanjang, ate dah napsu makan banyak mase tu. Pastu tup-tup mengandung pulak, kuikuikuikui. Terover beso lah. So, nak tegur silalah tego secara berhemah, agar tak mengganggu emosi ibu-ibu mengandung ni. Cer ko pulak ngandong tengok, perot beso mana pulak -.-"

Sesetengah ibu pulak, perut alahai kecik molek. Haa...itu pon orang komplen jugak, nape perot kecik pulak? Kan aku dah cakap situasi nya sama, tetap kena komplen samaada beso atau kecik. Oh! donia..stop complaining to pregnant mom's until u're in her shoes :(

Selain perut ade jugak yang nak nak komplen pasal pusat. Aah pusat yang tersembul tu. Hek ele...pusat je pon! Actually keadaan pusat tu pon tak sama antara semua orang ade yang terkedalam bebeno, dan ade yang tersembul. Macam kes aku ni memang sejak mengandungkan Mikha pusat ku tersembul walhal sebelum ngandong dulu elok je aku pakai sari hari-hari gi opis sebab pusat memang terkedalam. Hewhewhew! So, jangan la nak komplen, "Hoi cer cover pusat tu sikit, tak malu ke tersembul?" Ko rase aku nak cover dengan lekat selotep kat pusat aku? -.-" Baju pon tak delah ketat cuma kadangkala tu bila  baju melekap kat badan mula lah macam-macam komen sinis kedengaran. Ish-ish-ish....puncaaaaaa!

Orang tak paham susah nak cari baju mengandung yang comfy-comfy ni. Kadang kita rase dah muat tapi bila sarung kat badan alamak ketat kat perut pulak. Penah terpikir camtu tak wahai umat manusia?? Kadang tu boleh termenung depan lemari nak pilih baju mana nak pakai pegi opis or keluar jalan-jalan. Bukan macam masa tak preggie suar tracksuit pon boleh sarung oit! Ni nak sarong sepender pon kena cari yang longgar yang size beso baru leh ngam...or else tayah pakai pende langsung kuikuikuikui. Bagi je angin masuk FOC kat bawah...kehkehkeh! Baru omputeh sikit :p

agree 100% with u sis Nurul!

kahkahkah. bila baca komen orang-orang ni aku memang setuju sangat-sangat dah! :)


JUST STOP COMPLAINING TO US!

okbai!

sharemy
mommycha

7 comments:

Mila Hilas said...

bg sy kalo org tegur psl perut besar, sy xkisah .lagi sy suka sbb menunjukkan anak kite membesar dgn jayanya :-)

Chekgu Azrine said...

Sis i feel u...huhu
Biasala perempuan mengandung mmg mengundang perhatian..hehe..rare org ckp ek..

syazai86 said...

penah jadi gak...perut besar 1 hal...bila perut makin mbesar kita mmg jln pun xbape nk larat sgtlah...itupun ada je tegur..org lelaki..mcmlah bini dia xpenah mgndung...agknya bini dia boleh blari kot time prgnant...semua jadi isu kan..hihihi

Mimy Hamid said...

aku suka perut besar br nampak pregnant..dulu aku tak rasa perut besar...perut kecik itupun org dh ckp..eh pregnant ke tak

Allene said...

huwaaa.... aku pun perut besar wei... paling kelako.. masa aku preggy harris (ke2) ada makcik tu tny.
"dik... masa pantang awak tak balut perut kasi kempis ker??? "

Kang aku maki dia sentap...
hello untie im 7month preggy la... choiii...
sibuk no nak thu. bukan ko byr gaji pun.

ctmah said...

owh perut buncitku!bila nak hilang niiii haha

Syima Syaz said...

I feellll u.....
Dulu preg perut kecik, almaklumla i is kurus kering kan tetiba nak expect bulat sangat pulak. Hari hari sentiasa selamanya orang dok tegur perut kecik perut kecik...siap terjojol maata "haaa 7bln dahhh? Keciknyaaaa!"...

Whateverla... Janji anak sihat walafiat cukup sifat. Keep calm, micha....

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...