Iklan

Sharemyloves Geng!

10 November 2014

Dan dia merana lagi!

Salam

Cite pasal anak lagi arini. Dua tiga menjak Mikhail adalah dalam kemurungan. Mengapakah kemurungan itu terjadi? Takdek ribut ujan tetiba mamat ni murung lak? Kia hua mere betta? Kia huaaa?

Camni benonye gtab dia rosak. Kahkahkah. Padan muka benonya jugak. Pandai dah sekarang asik nak bukak youtube memanjang, takat cite upin ipin tak main lah. Takat tengok truck, bas tak main lah. Takat nursery rhyme lagi tahap budak-budak hingusan je layan. Korang nak tau ape dia addict kat situ?

Kpop!

Gile aku tak bengang tengok peel anak aku. Hari-hari kot dok nak tengok "kakak..kakak". Mulanya sumpah weh aku tak tau pon nak tengok kakak menatang ape? Aku ingat dia rindu anak buah Erie kat Shah Alam nun, si Hani. Rupanya bukan. Actually dia gedik nak tengok geng pompuan korea menari k-pop -.-"
Ikut pangai sapolah ni nak oiii taulah sel-sel otak tengah berfungsi selancor-lancornyeeee.....

Setahu aku takdek pulak mase ngandung dia dulu aku ketagih k-pop. Hukhukhukhuk. Dia boleh pulak sekarang ni takboleh hidup tanpa tarian gedik "kakak-kakak" tu. Rosak akhlak, rosak otak anak aku wei....! Aku pon tak tahu camne dia boleh terjebak dengan k-pop ni rasenya takdek la opah pulak nak tolong bukak videoklip kpop tu dekat dia. Memang tak laaaa kan, lagi kena bebel boleh kot dengan opah dia...!

Mama penah cakap dengan aku "Eh, camna nak buang video menari-menari dekat gtab Mikhail tu?..." Aku pon jawab video menari apa? Pastu ma cakap dalam youtube. Harharhar! Mana boleh buang video dalam youtube mak oiit! Dah benda tu sentiasa update kalo kita click memang terus ade macam-macam videoklip. Pesen budak-budak pulak suka nau tekan sana, tekan sini tu yang teror sangat sampai jumpe videoklip "kakak" tu. Bahaya nye teknologi sekarang -.-" sobss-sobsss

Hari ni dah masuk 4 hari gtab dia rosak. Aku rase jadi cam aritu bateri dah kong gile so, kena ganti bateri baru. Anak aku ni bukan reti menyabo baru charge 3 minit dah cabut plug tu...hoi menyirap aku tengok itu pasal gtab cepat rosak. Pastu boleh pulak dia renung gtab tu even dah kaler kelabu skrin sebab bateri weak. Dalam otak ni dok pikir alaa...kang mata anak aku rabun, kecik-kecik kena pakai spek, huahuahuahuahuahua! Dan yess...berjaya jugak gtab tu rosak akhirnya, so takdek la nak buat perangai 24h dengan kakak korea dia tu lagi.

Mikha ooo Mikha dengo ni mama nak pesan, gtab tu memang takla mama nak repair or hantar servis. Lantakkan rosak disitu, dan mama memang nampak kemurungan Mikha sehari dua ni akibat takdek gtab disisi. Mulanya memang pedih sikit tapi kuatkan semangat, nescaya kamu mampu melupakan gtab tersebut. Muahahahahahaha! No more gtab! no more kakak k-pop! Annyeonghaseyo!! huhuhuuhu

jangan sedih nanti mama lanjer eskrem pop-pop hehehehe bukan k-pop tau...

pastu mama bawak pegi sini...gile best ade otomeng ;p

okbai!

sharemy
mommycha

11 comments:

amirah said...

alololo syiannn betul acik amie tgk muka mikha tau...nanti mikha tolong mama masak cekodoq kembong2 untuk mengisi masa lapang tau..jgn tgk video kakak2 tu byk sgt nnt mata mikha ada ketumbit...hehehe

lia said...

fengsan!!!

da la akak2 tu pakai 'sopannnnn' sgt huhuhuhuwaaaaaa....

sheisjaz said...

alololo..omelnya mikha murung tu..hehehe

izura said...

ololo..muka tu xleh blah la mikha..kihh..kih..kih

eima said...

mak aihh besar ni dah pandai tgk kpop joget .. huhu
hahahhahaha mmg aku gelak besar ni ...sampai sedih2 nk tgk kakak...

haaaaaaaaaaa lg satu kartun2 tu pun tak elok tau kecuali upin ipin ni .. ade ke ptt ade plak cium2 mulot .. mencik tau ..rosak akhlak

Chekgu Azrine said...

rasanya dia suka tengok kakak2 korea tu menari je tuh
macam aish dia suka lagu nustang..
memang berat66 la,...hjahahaah

Aeen said...

hahahaha...tgk kpop yeh..adoi mikha...agaknye tertekan la tu..lpas tu dah jadi layan...hehe

Mama Likha said...

otomeng kt upin ipin ?? mne???

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Alahai sedihnya tengok muka Mikha..Memang budak zaman sekrang ni addicted sangat dengan utube..Aqil pon sama..asyiklah tgk ninja turtle edition..boring dah dengar..tapi Mikha tengok Kpop memang rare..dia adore kakak2 lawa tu kot Micha..Alahaii..

Rai said...

Hahaha kelaka la boleh plak dia sker tgok kpop! Paham sgt budak2 skg ni smer pon da pandai klik2.

LYAfrina said...

Hihi.. gantikan dia dgn mde lain..maybe mainan y blh mbntu otaknya bergerak.. buku2 ke.

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...