Iklan

Sharemyloves Geng!

26 November 2014

Mikayla's Milestone

 Salam

Mikayla Milestone
--------------------

Nur Mikayla Aeesya. Boleh panggil Kaila, Cayla, Kayla or ape saja yang sedap disebut. Budak kecik yang menginjak ke usia setahun 6 bulan ni memang lincah. Atau lebih tepat lagi lebih kepada berperangai gangster. Setakat abang dia tu, sebelah tangan je dia tolak gedepekkk jatuh. 

Kayla memang kaki makan. Kena ade makanan disekitarnya baru beliau boleh hidup aman dan bahagia. Kalau tidak gelisah memanjang. Huhuhu. Selain makan, berjoget sambil tengok iklan jugak salah satu feveret dia. Tak kisah iklan ape janji ade lagu je dia terus joget. Huhuhuhu.

Kayla suka main truck sama dengan abang dia. Anak patung ke teddy bear ke dia sepak-sepak jer. Tadek dipandangnye. So, hari-hari lah mama terpakse tengok drama perebutan barang yakni truck, bas, ketapi, antara Kayla dengan Mikhail. Malas nak melarang sebab dah kering ailio mama nye ni terpekik terlolong marah jangan gaduh...jangan gaduh!

Kayla suka berlari, dalam rumah tu bergego dengan tapak kaki dia berlari dari bilik opah ke hall, pastu dari hall ke dapor, pastu main sep tangan abang dia, pastu berlari lagi. Adudududu...mebi ada tokoh pelari Olimpik satu hari nanti...huhuhuhuhu!

Pastu Kayla memang addicted dengan Hello Kitty. Ada satu baju tido Hello Kitty tu dia asik ulang alik pakai. Kalo susah nak kasi pakai baju pampers lepas mandi, pastu ko tunjuk je baju HK tu, otomatik dia nak pakai baju. So from now on, mama akan cari baju printed HK je tak kisahla ori ke idok janji ade rupa HK untuk Kayla. Ni disebabkan dia memang minat dengan kucing. Iklan tv kalo ade kucing jer hoi tak kelip mata nengoknye. Itu belom tengok real lagi, boleh kejung berdiri tengok meow.

Berbeza dengan Mikhail, Mikayla ni memang lambat bercakap. Nak sebut satu-satu words pon susah. Dan aku rasa dia memang pendiam tak macam aku ni haa. Itu sebab aku cakap setiap anak tu tak sama tahap perkembangannya. Kalo dulu Mikhail setahun 2 bulan dah pandai sebut itu ini. Tapi Mikayla ni lain sikit. Setakat mama, baba, cat, susu, opah, achu dia tau la. Yang lain harem. Tapi takpe itu tak melemahkan semangat aku untuk terus mengajo dia sebut perkataan yang senang-senang. Kalo aku asik nak compare Kayla dengan Mikha jenuh la aku, kan?

Itu sajelah pasal Mikayla ni. Oh! dan lately semenjak nak jadi kakak ni dia agak moody dan suka menangis. Mungkin dah tau kot taklama lagi gelaran adik tu nak kasi dekat orang lain. Tetiba teringat kat Kayla, kalo aku balik dia cepat-cepat datang pegang perut pastu cakap..."baby...baby".

Yela nak taklama lagi je kamu dah nak jadi kakak...soon Kayla, soon!

#entrythrowback
dia sebenarnya tak bape sihat since last week, demam malam je :(

eceh dik dik dik...semua nak Hello Kitty je kamu eh?

okbai!

sharemy
mommycha

REVIEW: IOI City Mall Putrajaya

Salam

Minggu lepas adalah minggu sibuk di Putrajaya. Mana dengan Formula E, dengan karnival Upin Ipin, pastu ade event MAHA dekat Serdang dan jugak opening IOI City Mall Putrajaya tu. Hamboih meriah bertingkek-tingkek!

Sebagai rakyat Putrajaya aku sempat pegi Karnival Upin Ipin dengan IOI City Mall saje sebab yang lain-lain tu memerlukan kekuatan dalaman yang sangat mendalam sebab panas la nak berjemur. Kahkahkah!

So, disebabkan tadi dah cerita pasal Upin Ipin ni nak cerita pasal IOI City Mall Putrajaya pulak. Actually disebabkan ade mall baru bukak so mohle "menjakunkan" diri sekejap. Vavavavavavava! Masa kitaorang pegi situ pon sebab Sabtu tu dah stuck tak boleh masuk ke Karnival Upin Ipin, so kitaorang beralih arah ke IOI City Mall. Nasib baikla time tu takde ramai orang sangat yang ke situ.

Kebetulan weekend lepas adik-adik aku semua berkumpul kat umah ku, so memang meriah berjalan beramai-ramai. Pegi pon shopping mall baru. Yela shopping mall pon dah jadi tempat beriadah sekarang kan? Actually aku takde pulak round semua kedai kat situ sebab taklarat mengangkot anak-anak. So, sesampai je terus pegi Tesco, katanya tempat feveret mak-mak soping barang dapo. So, biarla aku review Tesco IOI City Mall je eh? Kihkihkih. Bolehla tu dari takde ape langsung, khen? ;p

Overall aku suka Tesco ni sebab ala-ala Cold Storage gitew. Susun atur memang class, cantik, berseri al maklomle tempat baru. Even Tesco ni takde la sebesar Tesco Extra tapi surrounding yang "secukup rasa" ni membuatkan mak-mak tertarik untuk soping disini. Rege Tesco pon bukanlah mahal sangat berbanding dengan hypermarket yang lain. Cumanya kalo bab pampers, susu anak memang takboleh lawan harga Kedai Darussalam (Putrajaya) atau dekat Speedmart lagi. 

First day "melawat" kawasan takdela aku borong ape pon. Cuma sempat beli sikit-sikit then buat kad Tesco, kata dah alang-alang pegi situ kan. Mase buat kad tu pon orang belom ramai lagi. Then keluar situ pegi pulak Living Mall depan Tesco ala Ikea wannabe la. Lawa-lawa jugak barang kat situ, dan sempat jugak aku buat membership card. Huhuhuhu. Then cuci mata sat terus nak balik sebab dedua budak dah merengek. 

Ade kejadian tak diingini masa nak balik tu. Kat sini aku nak nasihatkan korang hati-hati kalo pegi IOI City Mall tu. Hati-hati pada lantai mall tu. Sumpah LICIN! Mase memula nak masuk aku yang hampir nak jatuh sebab licin, tapi masa balik, mama aku jatuh terlentang kot dah le mase tu dia dukong Kayla. Dedua jatuh terlentang kepala ke lantai. Gile ah! Bukan takat Kayla je nangis, mama pon nangis sebab sakit. Siap tangan tergeliat. Ko bayangkanlah orang tua dukong budak kecik jatuh????!! Seyes sedih oi. Baju seluar kotor siap berdebu lagi jatuh atas lantai tu. Patutnya management letakla signboard "slippery floor" or watsoever so that public boleh aware, ini tadek pon! Huh....

Itu jela, bebelan untuk IOI City Mall tu. Nampaknya tunggu lagi 4-5 bulan bila lantai dah tak licin baru leh pegi pulok. Huhuhuhuhu. Ala...tapi nak makan dip n' dip!!!!! Baby nak ni, achaner?

moh tengok ape yang ade kat sini :)






peace yo ma!

my STRENGTH!

sharemy
mommycha

25 November 2014

Karnival Upin Ipin di PICC

Salam

Hi korang! Untuk tidak membasikan cerita mohle Micha story pasal pegi Karnival Upin Ipin Ahad lepas. Pasni citer pasal ioi mall Putrajaya pulak yer.

Seperti yang dijanjikan pada Mikhail bila setiap kali iklan Karnival Upin Ipin (KUI) ni keluar kat tv, nak membawak dia pegi. So marilah tunaikan permintaan dan janji kita pada anak-anak. Walaupon Mikayla tu bukan tau ape pon, tapi takpe ku heret jugak dia sekali tengok maskot Upin Ipin tu. Semangat tu weh...semangat!

Seawal pagi jam 8 kami anak beranak dah keluar umah. Bangun awal tu pukul 6 memasing. Pastu opah dah siapkan sarapan megi goreng ayam dengan nasik goreng. Then kitaorang singgah Petronas beli air kotak and roti buat alas perut kot-kot lapo nanti. Disebabkan jarak PICC dengan Presint 18 cuma 10 minit so aku tak risau sangat la, untuk pengetahuan u ols ni kali kedua kitaorang pegi KUI tu sebabnya on Sabtu keluar rumah pukul 11 pagi, mak ai sampai atas jambatan PICC tu boleh jem. Ramai gile umat! So, Ahad tu kita playsafe dengan keluar awal. Dan taraaaa...mudah dapat paking, pastu duduk pon area depan stage! :)

Dah kata janji dengan anak kan? So mesti ditepati.

Sesampai kat Hall B, PICC tu kitaorang tunggu Upin Ipin keluar. Both anak enjoy cuma Kayla meragam sikit sebab demam, badan dia dedar. Merengek la jugak. Dalam pukul 9, keluarlah maskot upin ipin dengan kengkawan. Hohhh teruja semua penonton sebab dapat tengok Atok, Opah, Mei-Mei, Ehsan, Susanti, Jarjit, Mail. Bising dan gamat dewan tu u ols...

Dalam setengah jam jugak la duduk dalam tu. Kayla pon merengek nak tido. Pulak si Mikhail tanak balik, kena la tarik jugak tangan budak tu. Pastu nak balik pon sengsara sebab kena redah lautan manusia untuk keluar dewan. Penangan upin dan ipin katanye. Kitaorang langsung tak membeli barang upin ipin kat situ sebab  mahal. Gile ko barang ori kot, termos air pon dah rm20. Padahal kecik je. Huhuuhuhuhuhu.

Time nak balik pulak memang banyak la kereta nak masuk paking. Siap jem dalam paking PICC tu. Nak naik lif pon beratuq sampai luar-luar. Amboiiih ramai gile orang. Actually kalo tanya pendapat aku ni la. Venue kat PICC adalah tak sesuai untuk buat Karnival camtu sebab nya, paking space tak banyak, pastu tempat tu adalah di atas bukit, location tak strategik dan tak punyai space yang luas untuk budak-budak enjoyed themself. Patutnya buat dekat mana-mana padang yang luas, pastu yang boleh kita park kiri kanan padang tu. Much better. Kesian kot tengok mak-pak dok dukong anak panjat bukit semata-mata nak bawak pegi tengok Upin Ipin.Itu belom yang tolak stroller lagi, yang bawak baby lagi. Yela Upin Ipin oiii karekter kartun paling pemes dekat Malaysia. Tanyalah dari kecik sampai beso, semua kenal Upin Ipin tu. Pastu bonus siap ade Ultraman lagi. Mana tak meroyan bebudak hoi!

Aku terdengar jugak urusetia Les Copaque tu cakap masa hari Sabtu, 74 budak hilang dari parents. Gile ah...74 orang ramai kot! Yela dah tempat bersesak camtu kan, budak nak bebas berlari tak terkejar lah mak-paknye -.-"

Itu sajelah pengalaman pegi bawak anak-anak. At least janji sudah ditepati, dapat jugak tengok live. Gigih la aku yang memboyot ni u ols. Tapi andaikata ade lagi tahun depan tobat dah tak mau bawak. Kuikuikuikui! Tengok dalam tv jela anak-anak oi!
Eh 28-29 Nov ni ade Expo baby la kat PICC...hahahaha best-best!
:)


huhuhu depan sangat dah ni :)

masa ni geng tengah nanyi lagu Negaraku

huhuhuhuhu Ehsan, Fizi, dengan Mei Mei yang cantik :)

kasi chan mak buyong bergambo. Maaple anak dara merengek.

Ni masa show lom start. Depan pentas jugak :)

Ni pon masa awal-awal masuk dewan tu :) hai la Mikhail!

Dengan baba elok dia senyum pulak.

#6monthspregnant #24weeks :)

sharemy
mommycha

19 November 2014

Alhamdulillah!


 And I noe U are behind me for a 1000 reasons...
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT :)


sharemy
mommycha

18 November 2014

Kenapa aku stress?

Salam

Semalam pegi KK Presint 3. Macam biase check up antenatal. Tapi kali ni rasa berbeza dan langsung telah tawar hati. Tawar hati dengan KK. Kalo rata-rata komplen nurse KK mostly garang, bengis, banyak songeh blablabla. Tapi bukan pada aku. Sebabnya aku melalui beberapa kali pengalaman yang berbeza. In my case it was not the nurse that i annoyed most, but the doctor! Yesss..doctor! Yang macam haprak!

Sory untuk menggunakan perkataan yang tak elok, tapi percayalah i've been facing the same situation 2nd time and it's make my self-esteem down :(

Ceritanya camni. Semalam macam biasa aku check-up dan kena jumpa doc sebab nak ambil stok ubat. Ubat tu memang kena jumpa doctor dulu baru boleh dapat supply. So macam biasa aku pegi la masuk bilik doktor tu. Bila masuk je aku buat muka sehabis manis cakap "Doctor, saya nak mintak slip untuk ambil ubat.." Masa tu dia tengah menulis something atas kertas, after that dia pandang aku 2 -3 kali dengan muka yang berkerut. Then tanya, "how many weeks are you?" Aku jawab la...22 weeks. Then this Indian doc pon cakap.."Hey are you kidding me? 22 weeks like this? This is too big...mebi ade mistakes." Then ade kawan dia jugak indian doctor tengok aku dan cakap..."No way 22 weeks, too big...show me...show me?"

Lepas tu aku cakap memang my tummy besar sebab i ade GDM (diabetes). Lepas tu selamba dia cakap ini bukan pasal GDM tapi pasal perut u memang BUNCIT!! Ohyemji... macam terhempap ceiling klinik atas kepala aku. Dah la ade another patient dalam bilik tu. Malu aku siot. Terus berpeloh tapak tangan aku. Rase nak menyorok bawah meja je.... :(

Actually bukanlah masalah perot besar tu buat aku stress or annyonying dengan both doctors tapi, cara depa treat patient macamlah takreti nak jaga air muka orang langsung. Come on. As a doctor u also have an ethic rite? Takkan u sebagai doktor yang berpelajaran tinggi boleh cakap direct ape yang u rase dekat patient? Tambahan pulak kami ni patient ibu-ibu yang mengandung yang pastinya mempunyai high emotion berbanding patient sakit demam batuk cirit yang lain. Come on lah?

Masa tu aku pandang depa berdua dengan tawar hati. Yela aku memang tulis dekat buku pink tu pekerjaan aku cuma lah seorang Pembantu Tadbir, tapi takkanlah sebagai Pembantu Tadbir korang layak melayan aku macam aku ni orang bodoh? Sumpah memang aku takkan jejak kaki dekat KK lagi lepasni. Biarlah ape pon orang nak kata risiko bersalin swasta ke hape ke, dulik hape aku!

Actually itu adalah second time, sebab first time aku jugak terkena benda yang sama masa aku demam dan time tu 18 weeks. Jugak facing the same doctor. Ape la nasib aku ntah? Now aku dah makin tawar hati sebab aku kena buat check up BSP tu every 2weeks dan makin kerap kena pegi klinik even baru 22weeks. Aku tak cukup kuat nak berulang alik lagi 4 bulan ke KK tu. Sudah cukup, cukup sudah..... Terkejut aku sebab even BSP aku aritu (4.8, 3.9, 3.8, 3.9) tapi tetap derang nak suruh buat setiap 2 minggu sekali mengetip jari amik darah dan check gula. Hoi! memang tadek pasal lah Bedah...

Watever it is, setelah dua kali kejadian camtu, buat aku bertambah tawar hati dan berkerat rotan dengan KK gomen. Maaf aku bukan "menangkan" sepital swasta berbayar tu or watever, tapi at least berbudi bahasa tu kan lebih baik? Memang la kita takbayar awak untuk setiap servis yang kita buat, tapi kerajaan bayar awak untuk bagi servis yang terbaik kepada semua orang tak kira dari sorang pencuci bangunan, buruh binaan, tukang cuci longkang hatta sehingga pegawai tinggi sekalipun, ko kenalah bagi servis yang sama rata. Nak aku sekolahkan balik ke doktor?

Ke ko nak aku komplen kat Biro Pengaduan Awam baru ko hegeh-hegeh nak upgrade cara komunikasi ko eh? Hello kalo ko rase ko hebat ade berjuta trillion orang lagi hebat dari kau....


timah..aku pinjam gambo anak ko jap!

okbai!

sharemy
mommycha

17 November 2014

Mikhail's Milestone

Salam

Milestone Mikhail 
----------------------
Hampir menjenguk ke usia 3 tahun dan perangainya, masyalllah boleh pengsan mama dia ni. Ketagihan terhadap Gtab memang menjadi dan hobi terbaru adalah klip video k-pop. Kalo bab barang mainan yang dalam rumah tu semua lah hak dia. Adik takboleh pegang ape pon mesti dia rampas. Boleh pengsan lagi sekali kalo mama menyaksikan perang sabit bersaudara ni.

Setakat ni ABC dah teror, 123 pun teror gak. Cuma alif ba tha ke laut sikit. Dah cekap jugak hafal surah Al-Fatihah yang mana aku rase itu satu pencapaian terbaik dia. Doa makan pon lancar baca cuma malu-malu kucing kalo suruh baca.

Bab bercakap memang nombor satu. So, kalo ade orang nak compare "eh anak ko ngan anak aku takde beza umur, tapi nape dia boleh cakap ayat panjang-panjang?" Camni lah jawapan aku. Derrr anak kita tak sama tahap perkembangan nya. Ade yang cepat ade yang lambat. Tak semestinya, anak aku sebaya anak ko so cara cakap, makan, berjalan semua pon nak sama. Agak-agak tu der...timbang berat pon taksama apetah lagi perkembangan budak. Gitchew!

Mikha bab mengarang ayat memang teror. Jarang lah ayat dia terpeleot dan dia memang takde cakap pelat. Kalo sebut susu, memang susu takdenye chu-chu ke syu ke hape. Nasik pon memang nasik bukan nacik. Dan perkataan feveret dia sekarang adalah menggelarkan semua orang gemok. Maka berhati-hatilah berhadapan dengan anak aku, sebab kalo dimata dia ko gemok kena la cop gemok sedas. Kuikuikuikui. Semalam boleh dia kata kat pengacara Melodi, Sherry Al-Hadad tu..."Eiii gemoknya!" 
Nasib ko le Sherry...agagagaga sebab aku pon selalu terkena dengan words gemok tu. Cis!

Bab makan memang sepuluh tiang ke belakang lah. Adik dah 4 suap dia terkebil satu suap pon belom habis. Bila cakap cepatlah mama nak suap ni, dia tunjuk dalam mulut. Pastu cakap "kejap la tengah kunyah!" Hoooo melawan...melawan. Semalam aku rebus kerang pastu makan lunch ramai-ramai. Sekali dia tanya "Mama makan ape tu? Mama makan turtle eh?" Haaa ko! Kerang dia panggil TURTLE! Diulangi TURTLE... tersedak aku dengan Erie gelak. Hadoi Mikhail.

Bab tengok iklan pulak nombor satu. Pastu tengok iklan LEGO dia nak. Tengok iklan eskrem cornetto dia nak, tengok iklan koko jelly pon nak, tengok iklan kepci pon nak. Senang cite semualah dia nak. Pitam mama dia patpuluhpat kali. Harharharhar!

Ni pulak tak abes-abes nak naik ship la, nak naik aeroplane la, train la..Hamboi kemain banyak lagi wishlist dia yang belom tercapai. Kadang kesian pulak terpakse menipu sunat cakap "yerr esok mama cuti mama bawak yek?" Gitulah antara milestone Mikhail. Petang sikit kita update pasal milestone adik gangster, si Kayla pulop. Oklah nak pegi carik kudap-kudap..mak buyong lapor! Makang budok!!

watever Khail, watever -.-"


okbai!

sharemy
mommycha

14 November 2014

Tertonggeng-tonggengla keseorangan

Salam
Malam tadi memang sejarah buat Mikhail. Nak uuukk-uuuukk pon amek masa dari kul 6 petang sampai pukul 9 malam. Tak jugak "bijih" dia kuo-kuo. Malang nasib anak mama yang sorang ni.

Aksi tertonggeng, tonggek, meniarap, berdiri sambil tonggek dia berlanjutan sampai 3 jam. Dari dalam bilik tertonggeng kat hall, pastu golek-golek ke dapo, pastu bangun bongkok-bongkok jalan masuk bilik pulak. Seksa dan merana jiwa aku tengok. Puas ku bagi vitagen, suap makan buah kasi air masak idok jugakla berhasil. Kesian siot!

Masalah utama Mikhail ni adalah dia memang taksuka makan. Baik nasik ke, roti ke, kuih ke, ape pon dia tanak. Yang dia tahu asikla tonggang botol susu, sehari berbotol-botol minum. Ade satu hari Sabtu tu aku siap kira bape kali dia minum susu sehari. Nak tahu tak bape kali u ols????

30 kali!

Sungguh ku tak tipu. Even setiap amount susu yang aku buat tu takde la penuh botol cuma 5oz tapi bayangkan la wahai omak-omak diluar sana. 30 kali x 5oz tu. Hukhukhuk. Memang dia addicted sangat dah dengan susu tu sampai tak ingat makan minum yang lain. Currently dia memang stick susu Sustagen 1+ (vanilla flavor). 1.5kg RM61.90 ko... paroh-paroh! Sebulan 5 kotak..phew!

Itu antara punca dia selalu sembelit. Ateee sayur tanak makan, segala bijirin cornflakes, honey star, koko krunch dipandang sepi, air masak jauh sekali la nak minum. Pisang tu lagi la since baby kalo aku bagi memang dia luek-luek. Mana ko tak sembelit bang... Bingung aku yang sebagai mak mithali ni mikiorkan masalah sembelit Mikha ni.

Kadang tu susah payah aku masak spageti taruk ayam upin ipin bagai tapi harem dipandang pon tidak. Nun yang tukang perabeh adalah si Mikayla. Adik gangster tu memang tolak batu kayu je yang lain semua dia sebat. Muehehehehe...

So camne lah aku nak cari penyelesaian kepada masalah "tonggek-menonggek" Mikhail ni? Semalam pon aku dah bagitau Erie, kita kena bawak Mikha jumpa Dr. Koshy (paeds) budak-budak ni. Kalo tak lagi teruk prob sembelit Mikhail ni. Kesian kot kat anak. Bila datang sembelit dia tu ya Allah muka dengan rambut siap serabai sebab tertonggeng-tonggeng. Muka teran yak-yak tu jangan cakap le, dah macam Menteri Pasola aku nengok. Siap merah-merah muka meneran taik, agagaggagaga!

Last semalam aku ade tanye dia. "Mikhail  sakit bontot ke?" Dia jawab tak sakit bontot la mama . Pastu aku saje tanye lagi, bontot Mikhail kat mane? Selamba dia jawab "bontot takde" 
-.-'

Bontot takde pulak dah? Lagi paroh!


gaya bebas ukk-ukk 1

gaya bebas ukk-ukk 2

gaya bebas ukk-ukk 3

gaya bebas ukk-ukk 4

gaya bebas ukk-ukk 5

Okbai!

sharemy
mommycha

13 November 2014

TIPS: BSP/MGTT dan ibu mengandung

Salam

Disebabkan hari tu result MGTT (modified glucose tolerance test) sangatlah tidak baik. Makanya hari ni terpaksa pulak aku harungi BSP. BSP (blood sugar profile) ni pon sangat mencabar jugak bagi ibu diabetes. Manakan tidak ko kena injek sendiri kot kat jari 4x untuk test paras gula dalam badan sendiri.

Kalau dekat KK Presint 3, Putrajaya ni memang para ibu yang diabetes diwajibkan untuk buat BSP kalo result MGTT tinggi. So kena la pegi early moning dan pinjam mesin BSP tu dekat klinik. Gitu jela prosedurnye,then nurse akan tengok cara ko first time cucuk tu ok ke tak? Berjaya ke idok ko harungi cabaran yang first.

Macam aku sebab dah kali ketiga mengandung so, each time pregnant memang kena buat BSP. Kira otai lah kot dah tau nak cucuk camne. Cumanya bab result tu memang bergantung pada pemakanan kita jangan please le makan memanis masa hari korang kena buat BSP tu. Meh aku ajo camne step by step untuk buat BSP ni:

1) Korang kena puasa a day before hari kejadian (from 10 pm) until la esoknya.

2) Pegi klinik dan nurse akan explain camne nak guna mesin bsp tu.

3) Then 1st injek dijari akan dibuat untuk baca reading gula dalam badan korang tu.

4) Darah atas jari tu akan di titiskan ke atas rod plastik so mesin tu akan reading gula korang.

5) Result yang ok must be less than <6 over than that dikira paras merbahaya.

6) Pastu ulang lagi bsp tu after pukul 11am, 3pm dan lastly after 9pm.

7) Selang antara 2 jam tu korang kena puasa.
#siapbuatextralargefont

Ok, gitu antara basic step masa buat BSP ni. Cuak gakle nak cucuk jari sendiri, so kena cari kekuatan otomeng nebius mase injek tu. Tehehehehehe :) Padahal injek tu pon macam pakai pen, ko tekan hujung pen pastu tutttt jarum mengetip kat jari, gitchew!

Oklah, untuk pertanyaan lanjut sila hubungi Klinik Kesihatan berdekatan, muehehehehehe.


belom pukul 8 pagi dah beratur hukhukhuk...

Misi/Nes bagi penerangan cara-cara nak buat BSP ni

setelah dicucuk so inilah 1st result, 2nd cucuk ku macam cuak sebab baru pas makan mihun sup semangkok..... kuang-kuang-kuang

kat bawah tu nurse dah tulis jadual bila nak kena cocok, ade paham murid-murid?

okbai!

sharemy
mommycha

12 November 2014

Terima Kasih Allah!

Salam

Alhamdulillah! Alhamdulillah! Alhamdulillah! Syukur ke hadrat Allah SWT, akhirnya segala penat lelah di UiTM membuahkan hasil. Aku telah lulus dengan jayanya. Mungkin takde segemilang orang lain tapi aku bangga dengan diri aku sendiri, hampir menitis airmata aku mengenang jerit perih bersusah payah belajar dari tahun 2009-2014.

Mengenang kembali memori aku belajar, dari aku masih anak dara dan sehinggalah aku mengandungkan anak ketiga ni memang terlalu banyak. Sedang orang lain ralit diulit mimpi berteman suami dan anak-anak aku tanpa jemu mengulangkaji pelajaran bertemankan anak dalam kandungan, bertemankan morning sickness yang kunjung tiba, bertemankan sakit pening yang tak menentu masa.

Aku lalui detik bilamana morning sickness aku terlampau teruk dan terpakse berbaring dalam kereta, bilamana aku terpakse jugak mengepam susu untuk Mikayla dan mengusung beg pam ke kelas, bilamana aku terpaksa mengikat perut untuk membayar sendiri yuran pembelajaran ku, bilamana dicemuh kerana mengambil cuti untuk menghabiskan peperiksaan ku. Tapi aku tabah, aku pasrah...

Sedang orang lain bergembira berhujung minggu bersama keluarga tapi aku korbankan pagi hujung minggu ku dengan meninggalkan anak-anak yang tak mengerti ke mana mama mereka menghilang tatkala subuh menjelang, ke mana mama mereka pergi tatkala budak sebaya mereka berkejaran di petang ahad bersama ibu di taman permainan, tatkala bangun pagi diulit pelukan seorang ibu. Anak-anak tak merasa itu semua, kerna apa? Kerna aku gigih untuk menghabiskan sisa pelajaran aku di UiTM tempat ku menggali secangkir ilmu.

Ketahuilah, suami yang paling banyak berkorban untuk aku. Tempat aku bergaduh suka dan duka. Sampaikan ku paksa suamiku untuk bercuti atau bertukar syif pada hari Ahad untuk menjaga dua orang permata hati kami. Terima kasih baba, jasamu sampai mati akan ku kenang. Memang tak terbalas dek segunung emas.

Berat untuk aku mengenang kembali pengorbanan aku. Setiap hari sewaktu study week aku gagahkan diri ke library Shah Alam. Seawal jam 8 pagi aku dah terpacak disitu tanpa rasa give-up, tanpa rasa menyusahkan. Kerna apa? Kerna aku yakin jika aku berikan sedikit pengorbanan nescaya hasilnya nanti amat bermakna bagi aku. Pedulikan mata-mata yang memandang serong pada ibu boyot seorang ini. Pedulikan semua itu, aku tak kisah jika manusia membenci aku. Yang penting Allah ada bersama aku dan mengetahui setiap langkah yang aku atur adalah bermula dengan bismillahirahmanirahhim. Segala pujian bagi Allah SWT, hanya untuk kami semua. 

Kini hampir menitis lagi airmata aku. Jatuh lagi satu persatu. Ku renung muka kedua-dua permata hatiku, aku takmahu mereka lalai dimasa muda seperti aku. Namun aku mahu semangat dan kekuatan aku terus mengalir dalam diri mereka. Terima kasih kerana ada disisi mama, bilamana orang lain menjuih bibir menjatuhkan mama namun kamu-kamu dan baba masih berada disisi. Mama hadiahkan segulung diploma yang tak seberapa ini atas nama baba, Mikhail dan Mikayla. Terima kasih, semua!

yeah! yeah! yeah!
my permata hati :)


sharemy
mommycha

11 November 2014

Result esok?

Salam

Esok result final exam aku keluar. Perasaan sekarang ni berdebo-debo. Banyak ups&down. Camne kalo aku failed? Camne kalo aku kena repeat sem? Camne? Camne? Lama sangat dah aku belajar kat UiTM tu, since 2009 kalo budak full time gamaknya dah boleh dapat master. Tapi itulah cabaran belajar part time ni, pastu mase belajar cabaran nak bersalin 2 orang khalifah Allah SWT ni pulak hadir. Acaner nak grad lelaju dah camtu? Habaq mai sat?

Sebab ape aku berdebo? Firstly, sebab semester ni adalah final semester bagi aku. Lama nya kat tangga diploma tak menginjak naik degree lagi. Sobs. Dan keduanya ade satu paper yakni paper Statistik yang aku rase sangat mencabar dan susahnye lahai. Siap skip-skip soklan masa jawab aritu. So berserahlah dengan result esok. 
-.-"

Siang malam aku berdoa moga aku lulus paper tu. Aku tanak la mengulang satu sem kerana hanya nak repeat balik statistik tu. Hukhukhkhuk. Tudia emo dah makbuyong nan sorang ni. Tapi seriously, dah banyak malam aku mimpi pasal exam statistik aritu, igauan ngeri woooo... 

Kita pulak jenis bukan pale otak mengira so jadi lembss la sikit bab tu. Cer ko suruh aku hafal sejarah Malaysia, haaaa semua dalam tangan kot. Kuikuikuikuikui. Kalo bebudak diploma lain (fulltime) belajar 6 bulan kot subjek ni, tapi yang e-pjj ni belajar sebulan 2 kali je tu pon sekali kelas dua jam jer. Caner nak maju gitchew? Hahahaha. Alasan sangat ni.

Oklah itu je luahan hati ku petang yang sepoi-sepoi manje ni. Moga segala penat jerit perit aku study sehari sebelom exam membuahkan hasil kahkahkahkah :p

Nota kaki: Last minute study sebab keadaan mase tu tengah moning sickness teruk.

yela..yela attention to all students termasuk haku lettew...

kite tido dulu...Zzzzzzzzz
okbai!

sharemy
mommycha

Pengalaman epidural semasa bersalin (ubat bius tahan sakit)

Salam

Terkenang balik masa beranakkan Mikhail dan Mikayla. Masa tu dedua aku amek injection epidural untuk release sakit. For Mikha's time memang wajib la ber "epidural" sebab mase tu kena czer. While masa Mikayla aku sendiri request untuk epi sebab memang taktahan sakit contraction lepas kena induced after 2 days.  Sengsara okeh sakit kat "anu" lelama ;p

Actually masa bersalinkan Kayla aku requested doktor bius yang sama masa beranakkan Mikha. Even he is a guy tapi aku sangat puas hati dengan cara dia treat patient yang terlebih mengada macam aku. Hukhukhuk! Siap aku cakap "doktor bace bismillah dulu sebelum injek yer kang saye sakit". Agagaggagagagaga... banyak songeh aku. Highly recommended Col (R) Dato' Dr.Jaseemuddeen Abu Bakar, Anaesthesiologist (Pakar Bius) di DEMC Specialist Hospital Shah Alam.

Tapi masa dia cucuk epi tu aku terbergerak banyak sampai senget tiub, then terpaksa lah doc inject second time untuk betulkan tiub dan buang darah dalam tiub yang senget tadi. Rasenya memang pergghhh sebab sakit oit!.Tapi demimu anak ku harungi juaaaaaa....

Injek epi ni caranya adalah kita duduk di katil sambil mengerekot/menunduk seakan bulatkan badan. Then doc akan injek tulang belakang kita dan masukkan ubat penahan sakit tu melalui tiub getah yang dilekatkan di belakang kita. Then ubat tu la sebagai bius masa kita bersalin nanti supaya kita takdela rasa sakit sangat masa nak bersalin. Rasanya kita akan kebas dibawah badan so kurangla rasa sakit tu. Doc bius pulak akan kawal berapa banyak ubat yang dia nak lepaskan dalam badan kita mengikut tahap kesakitan yang kita rasa. Contohnya, dia akan tanya sakit tak? Bila kita cakap sakit sangat ni doc, so dia akan slowly lepaskan lebih banyak ubat penahan sakit tu melalui tiub dalam badan kita.

Selalunya epidural ni akan disuntik bila bukaan serviks dah membuka ke 5cm ke atas and not more than 8cm. Masa aku kena epidural ni memang terasa menggeletar satu badan efek ubat bius ni. Serious shaking macam kesejukan gitchew. Tapi itulah antara efek yang kita dapat, selain itu keburukan epi ni adalah disebabkan kita merasa kebas dan tak sakit so kita taktau bila nak menolak/ baby masa meneran. Haaa tu probs sikit la, so doc Norleen kena pantau dan arahkan kita suruh push then baru boleh nak mengepush....

Tapi kuang-kuang-kuang, even amek epidural aku tetap jugak rase sakitnya. Hoi kalo takdek epi mau meraung aku kat dalam labour room. Salute kat semua ibu yang bersalin tanpa epi dan alat tahan sakit yang lain. Korang memang champion!

Mase bersalinkan Kayla boleh pulak masa nak push ubat bius tu dah habis, hadoiii! Then Doc Norleen kata tayah topup sebab nanti aku susah nak push, that's why rase sakit tu memang melampau kot. Haa itulah antara pengalaman amek epi yanga ku nak share untuk korang especially ibu-ibu yang bakal melahirkan nanti. Dekat sepital gomen ku tak sure if bersalin normal derang provide or not, but dekat swasta memang ade suntikan epi ni on patient request.

Untuk yang ketiga ni aku berharap sangat nak bersalin normal dan kalo boleh tanak amek epi, yela dah banyak orang cakap pasal long term efek ni kan? Tapi Allah SWT knows well, ape yang kita rancang hanya Dia yang mengetahui. Cuma aku berharap kelahiran kali ni dipermudahkan daripada yang sebelumnya. Dan baby sihat sempurna macam anak-anak orang lain jugak. Amin....

Cepat aminkan doa aku!!!
muka tak semenggah dalam labor room, tengah sakit contraction. Pasni berhajat nak pose ala Che Ta pulak kihkihkih!
Mohtip gambo ni, pasni ke photoshoot baru pulak sebab dah ade 3 anak kuang-kuang-kuang. Temanya setahun sekali bertukar gambo photoshot sebab tetiap tahun beranak kahkahkah!

Ni la Doc Jaseem ittew.

This is my gynea Doc Norleen :)

okbai!

sharemy
mommycha

10 November 2014

Wishlist beranak

Salam

Nak beranak pon nak ade wishlist. Ngadenye titew niew! hahahaha tampo nak?? Ok la tu nak beranak kena la ade wishlist, berbaloi kot dengan sakit beranak tu. Hoi sakit tau tak..macam kena gigit rimau bila dah buka 10cm tu. Harharharhar! Matikla Nurul takut nak beranak pasni ;p

Beranak kali ni aku dah senaraikan wishlist seperti dibawah (dengan harapan toklaki baca & beli) #bacasajatakguna #kenabeliuntukbinitersayang #takbelikenasumpahjadimatyo
 1) Bengkung 
Nape nak beli?
- sebab aku benonya takde bengkung sendiri, memanjang pinjam orang kali ni nak wish nak beli bengkung kat sini sebab macam best nengok bengkung tu. Katanya nak badan macam anok dara so kena la invest sikit. Agagagagaga! Kalo takbeli bengkung pastu aku gumuk, jangan nak salahkan aku di mase hadapan!!

2) Katil bujang
Nape nak beli?
- sebab aku tanak tido atas tilam & toto lagi masa dalam pantang ni. Sakit belakang, lagipon katil dalam bilik dah fully occupied dengan Mikha, Kayla & baba. So kesimpulannya, mak incik nak jugak katil supaya lebih lena tido ku bersama baby baru ku nanti. Harap permintaan mak incik jangan diingkar perintah ye kekanda, jika tidak...awas buwok padahnye ;p

3) Peti sejuk kecik
Nape nak beli?
- sebab nak letak stok EBM untuk baby. Ampon serik bila takde freezer untuk letak susu. Memang bercampo ngan ikan, udang, ayam, sotong, daging dalam freezer tu adududuh. Kadang dah berbau ikan susu haku wuwuwuwuwu...pastu kalo hari paso malam penuh freezer dengan barang basah, achaner susu nak bertahan lama centu? Kata nak support saranan kerajaan supaya menjayakan penyusuan sehingga 2 tahun. Kohkohkoh. Tang ni ko tau la guna nama gomen bagai yer Cha? Agagagagaga...

4) Kereta baru
Nape nak beli?
- sebab hahahahahahahahahaha nak gelak dulu, sebab anak dah 3 orang rasanya myvi hijo aku tu dah tak muat nak load barang anak-anak dengan mak paknye. Tau lah bontot myvi tu space bonet nye kecik sangat. Letak satu stroller dah penuh. Itu belom taruk baju, pampers, beg susu, bahan-bahan lain lagi. Haishhh kalo la tercapai Alza pon dah kira okey sangat dah, comfly la sikit untuk anak 3 ni. Hukhukhuk...

Gitu lah antara wishlist nak beranak aku ni. Kahkahkahkah. Nampak macam alahai ngadenye ko ni nak beranak pon nak wishlist, tapi ketahui lah wahai pembaca sekalian bahawa itu antara benda yang penting pada aku yang perlu ada. Tak penting kat korang gasakla la kan...Harharharharhar. 

Semua tu pon nak kena tengok bajet la. Takde la arini nak keta esok ketiiitingggg ade keta baru depan mata, oiii Lord of The Ring sangat tu. Nak masuk anak 3, banyak lagi nak pakai duit, kena pandai-pandai bajet itu ini, tapi percayalah rejeki itu ade dimana-mana. Amin!

Eh! ba.. jangan lupa bace semua perkara di atas, wishlist katanyer....wishlist ba! kalo tak...batu belahhhh oo batu bertangkup....!


katanye letak gambo sendiri dengan harapan laki cair bile nengoknye kikikikikiki..... #mukamintakpenampo

ini among wishlist...tapi dah dapat dah :)

untuk sharing pada bakal ibu, moga berguna kelak :)


okbai!

sharemy
mommycha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...