Iklan

Sharemyloves Geng!

23 October 2014

Yahooo! Merdeka......habis dah exam!

Salam

Syukur alhamdulillah dah habis pon final exam, happy giles-miles sebab ini adalah paper terkahir Kak Jenab di UiTM. Manalah tak hepi. Kak Jenab dah buat yang terbaik, dan harapnya at least lulus lah. Even tak memberi result cemerlang, gemilang dan terbilang sekalipon. Taklarat dah aku bertapa kat UiTM since 2009 (tolak cuti 2 semester bersalinkan Mikhail & Mikayla). Cer pikior jap 2009 - 2014. Dah berapa tahun tu noks? -.-'

Habis je last paper Jumaat lepas, yakni paper i hate the most (Statistics) esoknya terus aku ajak Erie pegi makan unagi jugak. Gile ko aku punya la mengidam unagi (belut) ni dah berbulan lamanya. Nak pegi dengan kengkawan tak feel romantik, nak jugak laki teman katanye. Pikir punya pikir memula nak makan dekat Sushi King Alamanda saje. Pastu tukar haluan pegi Midvalley sebab ade Baby Expo. Sambil menyelam minum aiq kan?

Sesampai MV terus saje aku menuju ke Sushi King, pakse jugak Erie makan dengan aku walaupon kedua-duanya adalah jakun berpewatakan village people gitu. Kahkahkah. Ah! lantokkan ajes janji dapat makan. Mula nak masuk kena queue sebab ramai kot nak makan situ. Then bila dah dapat seat dedua kitaorang macam jakun. Eh nak oder camne, eh sushi ni bergerak-gerak boleh amek ke? kena makan semua ke? holohhhh laaa very the village people. Mana kite reti ni.....

Pastu waiter tu lap-lap meja we ols, then dia tanya tau kan cara order makanan kat sini? KONPIDEN aku jawab...tau!tau! Kahkahkah. Padahal??? Actually kat situ guna sistem order melalui skrin gitu kan. U ols tengok menu then pick lah menu melalui skrin tu. Hewhewhew dasar..dasar.... Nasib tak panggil order macam kedai mamak -.-' #aneyroticanaisatu

Then aku oder lah set unagi, pastu edamame (kacang peas jepun), set bento chicken, mix tempura, pastu Erie dia sambar lah satu plate sushi yang dok lalu tepi dia tu, teringin jugak katanya. Hewhewhew. Dasar-dasarrr....Disebabkan Mikhail ikut opah balik Selayang pastu Mikayla je la yang ikut. Kemain dia makan kacang peas tu sampai 2 plate, makan unagi half -.-' Huh...sape ngidam benonye ni??? Bab air pulak ade cite bengom. Aku order green tea, pastu bila sampai ade cawan kosong je. Aku cakap dengan Erie pesal waiter tu anto cawan kosong je mana air nya? Sekali Erie selak bawah cawan dia kata tuuuu ada uncang green tea. Aku kata...oooo uncang je ke? Air nye mana?

Kahkahkahkah. Dasar village people ni jakun tak sudah. Sekalinya Erie tengok orang sebelah tekan air panas dekat tepi dinding meja derang. Oiii air panas tepi dinding ni laahhhh....Kahkahkah! Mana ku tauuuuu labu! Terus berlagak pandai tekan air panas, tekan punya tekan tak keluo pulak ayornya? Jakun lagi. Hahahahaha. Elok instruction suruh tekan button air ke atas, ko tekan ke bawah memang ah tak keluo air -.-' Mak aiiii nak makan dekat Sushi King pon terkial-kial itu belom pegi makan kat Jepun lagi tu.

Setelah melampiaskan nafsu makan, last but not least aku menerai Japanese Cheese Cake kat situ. Ya Allah! sedapnya..sejuk lembut tak manis sangat bila masuk tekak. Hadoilaaaaa...padan hot selling sekali je lalu pastu dah tak lalu lagi dah tepi aku. Hahahahahaha! Pastu tibalah masa membayo bil...dah pulak satu lagi kejakunan aku cakap ngan Erie...B tengok b camne orang sebelah g bayo bil. Hehehehe. Ooo rupanya tekan jugak skrin tadi mintak generate bil. Gittew kekdahnya. Pastu terus pegi bayar kat cashier. Total aritu kitaorang makan RM104.50. Fuh mahal jugak padahal makan bape kerat makanan je pon. Kayla ah ni makan kacang peas sampai 2 pinggan. Kahkahkah! Disebabkan pakai maybank card so dapat lah 10% discount. Hew jimat RM10 di situ. Seploh henggek jela.....

Begitulah berakhirnya cerita makan unagi aku. Lepas jugak mengidam orang mengandung ni. Disebabkan kitaorang dah dekat MV dan kebetulan ade Baby Expo, mohle meringankan kaki pegi tengok ape yang boleh dibeli kat situ pulak. Next episod kita cite pasal baby expo yek. Nak rehat jari setelah lama jehari runcingku tak menaip. Hewwww masalahnya runcing ke?????

Okbai!


Cara nak mengamek order adalah melalui skrin ni. Korang mesti dah tau kot, aku je yang very the jakuns

Inilah kacang peas yang Kayla suka makan tu. Kisah wasabe belakang tu adalah aku tengok orang sebelah amek aku pon amek, pastu makan kacang cicah wasabe...kahkahkah kau rase? camne kah tahap kekampungan disitu? Kihkihkih

Unagi...unagi...unagiiiii

Yang ni mix tempura tapi tak sedap, lembik tak krupkrap!

Yang ni pulak cheese cake yang sodap iteew...menangis teringat cheese cake ni sedap sangat!
Muka gembira Kak Jenab dapat makan unagi, maaple idom dah kembang mekar walopon baru 5 bulan preggie...sobsss! haip Kayla buat gapo tu?

ni makanan laki aku, malas nak rotate sila pusing kepala korang sendrik hahahahaha

Baba & Kayla. Baba muka ata cenyum, Kayla muka masyam sebab nak tarik sushi bergerak kat tepi-tepi tu...hai dik jatuh plate tu naya mama dik....

sharemy
mommycha

4 comments:

Mar Mansor said...

sodap tu...sian kayla muka sedih..

Allene said...

hamboi.. celebrate abis no... hahaha.. sedih no muka kayla tu la.

Didie Kamila said...

wah hepinye dah hbs exam..

Syima Syaz said...

Hahahha tak penah pun makan sushi king.. Husband tk suka makan sushi... Cis

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...