Iklan

Sharemyloves Geng!

07 October 2014

Selamat Hari Raya AidilAdha, korang!

Salam

Masih lagi mood Hari Raya AidilAdha kan semua orang? Me too. Bakpe nyo bagi cuti raya sehari saje. Tak puas beraya. Pagi-pagi bangun dengar surau still alunkan takbir raya. Sayu tau tak? Sayu....Raya tahun ni aku & anak-anak balik rumah mama di Selayang. Huahuahuah. Takde jem macam orang lain. Sekentot pon dengar.

Bestnya raya tahun ni dapat berkumpul dengan adik-adik. Untuk pengetahuan u ols, Micha ni anak sulung, pastu ade lagi 3 orang adik. Second nya nama Azrie keje kat Imigresen Seberang Jaya, Thirdly nya Hakim, keje dekat KL and bongsu tu Nadia keje kat Putrajaya. So bila dapat berkumpul memang best.

Mama macam biasa pagi selalu buat drama, ni kalo raya kat kampong mesti best. Dia lupa agaknya nak balik kampung yang asalnya cuma 4 jam boleh lajak sampai 8-9 jam. Parah dalam kereta lama-lama. Dengan anak-anak yang takreti duduk diam. Tambah anak dara kenit tu. Kejap nak duduk depan kejap nak pegi belakang, pastu dia lupa mama dia yang sesekali boleh bertukar jadi singa betina bunting ni, kang sumbat dalam bonet baru tau.

Tahun ni sehari sebelum raya di Selayang kitaorang sambut dengan mandi pool beramai-rami. Hahahaha. Pastu semua pakat-pakat takmo naik ke darat. Adik aku yang nombor 2 tu siap buat-buat jatuh tersembam dalam kolam phuiii..alasan sangat! Mikhail ngan Mikayla opcos drama cerekarama jugak masa nak naik. Kayla tu sampai gigil-gigil ketaq pale lutut pon takmo naik. Sekali adik aku yang si Hakim tu cakap ngan aku..."Eh! along hang tau, aiq kolam ni bau busuk doh....!" Dah tu aku jawab kalo busok nak suh aku buat apa? Tabuq perfume satu kolam? Yenadey betui.

Esoknya hari raya kitaorang pegi BBQ kat rumah MakNgah di Taman Ehsan, Kepong. Konon makcik aku baru beli alat grill import dari US. Sekali nak tunggu masak berjanggut, gaya taknak kalah macam rancangan License To Grill, tapi nak tunggu makan alahai....Tengah tunggu BBQ nak masak, tetiba segerombolan tetamu mai dengan 4 bijik kereta. Sian pulak tuan rumah tak menang tangan nak layan, jadinya mak buyung to the resque lah. Aku turun dapo dan amik alih tugas bancuh air. Cara macam hebat sangat padahal bancuh air sirap saje. Kohkohkoh!

Itu sajelah cerita raya aku & anak-anak. Toklaki takdo ikut mak balik Kelantan. Biase la anak mannnn-mannnnn...mannnnnn...jers mak! Merase mak incik jadi ibu tunggal 4 hari....
-.-'
 kemain Kimora Jr. ber swim suit ;p
antara hidangan mama
makan dengan nasik tomato

ni mase BBQ umah mak ngah di Kepong

Mikhail tanak balik nak tengok kakak. Wat he mean by kakak adalah cite frozen (let it go) leligoooo bak kata Alicha anak blogger Tmah.
But first let us groupie first! Selamat hari raya semua dari kami cucu-cucu Opah Ani (Mikayla, Mikhail, Adam Emrys). Kemain adam tecit-tecit dah pandai pegang kamera ek?

okbai!

sharemy
mommycha

7 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

selamat hari raya aidiladha micha!

Chekgu Azrine said...

Haha..kemahen raya mndi kolam ek ank2 micha..lor so xraya dgn beloved laki la ek..kesiannya..hiks

Aeen said...

kimora jr comey....suka dia mandi kolam yeh...:)

amirah said...

amboih...lama x tgk kimora tu...

~Aida@MommyAqilMedina~ said...

Salam Aidil adha Micha..happy kan dapat berkumpul adik beradik walau tak balik kampung pun..hehe..Kayla dah besayr laa..sekejap je masa berlalu..

Syima Syaz said...

Swlamat hari raya haji micha n family

e.t.t.y said...

adam tu comel. dah besor pun.

kayla kayla kayla....

bye

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...