Iklan

Sharemyloves Geng!

09 October 2014

Permudahkanlah urusanku...

Salam❤️

Minggu ni adalah minggu penuh dag-dig-dug bagi Kak Jenab, since minggu ni dah kena tempuh first paper for my final exam. Mau takmo kena juga lah hadap sebab ni dah final year di UiTM Shah Alam.

Lama nye lahai aku study. Since anak dara sampai lah nak masuk ke anak 3. Itupon aku dah skip setahun sebab cuti bersalin utk Mikha dan Kayla. Kata pon part time student ginilah gayanye kan? Yang penting semangat aku sentiasa berkobar-kobar untuk berjaya.

Mengimbas kembali pahit manis bekerja sambil belajar ni memang banyak. Tapi yang paling aku takboleh lupa adalah kisah waktu nak bersanding 4tahun lepas. Boleh pulak date final exam aku sama dengan date kenduri belah Erie. Ko agak tak huru hara aku ni? 

Nasib lah examnya tu pagi. Seingat aku mase jawab tu aku punya pulun tak hengat dunia. Siap kawan aku cakap "oiii ko sampai tak angkat kepala eh jawab paper?". Dengggg.. Gile nak angkat kepala ape lagi kalo dok teringat nak balik bersanding je time tu. Kahkahkah!

Exam habis kul 12. Tapi aku dalam kul 11.30 dah abis. Ku terus chow dan pegi butik pengantin untuk tukar baju dan make up. Nasib la rumah mentua aku memang dekat Shah Alam ni. Butik pengantin pon memang booking area sini jugak. Buatnya umah mentua kat Johor tak ke haru biru aku nak pegi sana? -.-'

And alhamdulilah dipendekkan cerita everything was easy on that day. Tepat pukul 2 aku dah sampai umah mentua. Nasib sempat buatnya aku lambat, pukul 4 baru sampai tak ke naya Erie pi bersanding sorang-sorang atas pelamin? Heheheheh....Hai... Kenangan betul la. 

Itu antara memori aku semenjak jadi student, pekerja makan gaji, ibu, isteri, perempuan hamil 3 kali semasa pengajian ku. Walau ramai kawan-kawan lain yang berhenti sekerat jalan sebab tak mampu teruskan pengajian bagi aku, tetap kuat semangat nak habiskan study aku tu.

Berkawin, mengandung, dan bersalin bukanlah alasan aku untuk berhenti belajar. Dan sekarang insyallah aku nak buktikam bahawa sebagai ibu yang mempunyai anak- anak kecik pon aku mampu belajar dan merekalah pembakar semangat aku untuk terus berjaya. 

Mikhail...Mikayla maafkan mama tak upaya selalu nak peluk kamu berdua sebab ketika kamu nyenyak dibuai mimpi, mama perlahan turun dari katil untuk mengulangkaji pada malam yang gelap. Mama juga tak seperti ibu lain yang spent weekend untuk membawa anak-anak berjalan sebab mama ade class yang wajib untuk attend. Mungkin mama bukan mama yang terbaik untuk kamu berdua, tapi mama cuba untuk menjadi yang terbaik...
:(

Dan untuk suamiku, maaf jika sayang ada mood up&down sepanjang kita bersama. Sayang tak seperti isteri lain yang boleh tumpukan pada rumahtangga semata. Sayang perlu bahagikan diri untuk pelajaran, anak-anak dan juga rumahtangga kita. But dear hubby, nothing will change my love to you...

Ok touching kejap. Kahkahkah! Payah aku nak tacing ni. Guys, doakan kejayaan  aku dalam menempuh final exam nanti. Kalo dah 44 orang mendoakan aku, ditambah dengan usaha aku ni insyallah aku akan berjaya.

Mana tau dah berjaya sok boleh jadi Perdana Menteri ke? Hahahaha. Ko hado jadi PM? Menteri Passola jela Micha oiiii kuikuikui :p


Okbai!

sharemy ❤️
mommycha

6 comments:

Didie Kamila said...

Chaiyok2..teruskan usaha..:)

amirah said...

chaiyok micha..good luck...all the best...

Liyana said...

good luck micha.. xpe besar ganjarannya nanti :)

Chekgu Azrine said...

Good luck sis dalam final sis..semoga dimpermudahkan urusan sis ye...
All the best

Allene said...

huhuhu ko mmg gigih... aku respek...

aku pun tak berani nak sambung belajr micha... skrg ni pun dah pening dan penat. klu belajar... mmg haru la

ko mmg hebat sempat jwp exam b4 bersanding.... klu aku, mmg tinggal exam la... umah mertua kat muar wei...

Fifi Nadhrah said...

subhanAllah.. mommy cha memang kuat.. fifi pon kawen mase tengah study.. dan sangat mencabar buat PJJ mase dah kawen sambil kerja.. rase tak sanggup.. tapi alhamdulillah habis dah segala derita ti sebelum ade anak.. mase kawen takde anak pon dah tingtong.. ni dengan anak.. x mampu.. :(

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...