Iklan

Sharemyloves Geng!

07 October 2014

Orang taktau malu!

Salam

Hari tu adalah last kelas aku di UiTM Shah Alam. Memang adat la bila last kelas kena submit assignment/quiz/test bagai kan?. Kisahnya waktu itu adalah kelas Financial Administration. Lecturernya muda dan cun la jugak. Jenis lecturer yang suka salin balik semua nota yang dah ada dalam buku rujukan kat white board. Di kesempatan yang sama ramai lah student dia terbang sampai ke New Zealand tengok lembu tenusu, sebab punyalah lama tunggu dia salin nota. Tidak terkecuali lah aku ni. Tetiba bila dengar dia kata "Ok. Guys lets do the discussion.." semua pakat merah-merah mata baru turun dari penerbangan MH206 NZ-KUL. Muahahahaha.

Kesahnya bukan pasal lecturer ni tapi pasal satu insiden dalam last class yang aku rase perlu aku memorikan disini. Eceh, ayat berbunga sikit sempena minggu bahasa kebangsaan 2014 ni. Kuang-kuang-kuang. Hari tu aku berkeseorangan sebab partner aku, si Nurul absent (makan kenduri). Sedang aku kelam kabut keluarkan assignment group tetiba ade satu suara manja menyapa aku dari belakang.

"Eh..awak boleh tak awak masukkan nama kita dalam assignment awak?"

Krikk.krikk.krikkk.

Terpaku aku siot. Ribut takde, ujan takde, pelangi pon takde tetiba minah ni lembut saje bersuara nak suruh aku masukkan nama dia dalam group aku. Hoi! memang takla. Aku tanye dia, mana assignment awak? Dia cakap dia takde kawan nak buat group.

Krikk.krikk.krikk.

Lebih 3 bulan kot kita belajar dalam kelas, takkan sorang student pon ko takboleh approach nak jadikan team mate?. Lawak sungguh, nak "chong" aku pon tak hagak-hagak. Aku pon cakap kejap eh awak kite kena tanye group member lagi sorang sebab dia tak datang. Kena tanya permission dulu. Pastu boleh dia kata, ala bolehla sebab group awak tu 2 orang je. Lecture nak 4 orang satu group, kan?

Krikkk.krikkk.krikkkk.

Dalam hati aku dah nak meletop dah ni. Dah le aku tak kenal dia tetiba nak paksa aku masukkan nama dia, then komplen lak kata group aku tak cukup members bla-bla-bla. Ko tu dah le tak taburkan sedikit budi pon kat assignment ni, pastu nak suruh orang masukkan nama ko, pastu siap komplen lagi. Haiyaaaa...sikit lagi nak keluar "kuasa sakti super-saiya" aku dekat dia. Then aku watsapp Nurul:

Nurul..ade minah mana ntah nak join assignment group kita. Nak taruk nama je, keje tak buat la sebab today dah duedate.
Nurul boleh jawab: Kau rase, nak masukkan ke dia Sha?
Memang takla........! kannnnn?

Pastu setelah buat-buat sibuk dengan watsapp aku pon berpaling tengok kat minah yang aku tak tau pon nama dia sape tu. Then aku cakap sori awak kawan kita tak kasi masukkan nama awak. Hahahah. Sian ko Nurul, ko yang dapat nama busok, aku tetap nama wangi je. Kahkahkahkah! Nah bau sikit nama aku Natasha Farina...haaa wangi kan?kan?kan?

Pengajaran disini: Jangan ponteng kelas sebab pegi makan kenduri macam Nurul.
hahahahaha ;p

cth assignment group, tapi yang ni subject lain. Mohtip nak suruh aku tulis nama suspek tak dikenali dalam assignment aku. krikkkrikkkrikk sangat...

okbai.

sharemy
mommycha

7 comments:

Mar Mansor said...

Senanglah kan orang mcm tu..masukkan nama je tanpa buat keje? Tp kelakar pulak,.kite awak..he3

MisZ FyZa said...

Huhu..mmg dasar x malu 2..time nak submit baru nak kate xde membe yek..abaikn je..

Mila Hilas said...

so kesudahan cmne ngn budak tu?

e k i n ♥ y u s r i said...

Cian nurul...
hahahaha

e.t.t.y said...

kahkahkhakahkah...nurul punya susu, parina dapat nama. coiiiii sgt sha oiiii....

amirah said...

amboih senang banyak nampakkk..krik krik krik

cik puan aini said...

aku paling anti ngan orang cenggini..
kalau aku pun..aku tak bg micha oi..
peluh tiak kite siapkn esaimen..
sesenang dia nk buh nama dia..
kim salam sket..

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...