Iklan

Sharemyloves Geng!

08 October 2014

No more BFF

Salam

Yes!!!!! Anak aku dah lepaskan title Ratu Buaian dah. She is now completely 100% free buai. Kahkahkah! Selama setahun 5 bulan aku menggu detik keemasan ni. Riang ria macam menang hamper dekat The Store.

Kesahnya, anak aku si Kayla memang ratu buaian lah. Aku ni sikit lagi nak pasang buaian dalam kereta myvi aku tu. Kau ade?Pasang buaian dalam keta? Dia punya kemaruk buaian tu sampaikan perjalanan dari Putrajaya pegi Shah Alam pon aku rasa macam jauhnya nak sampai. Ate..camne nak balik Kelantan -.-" krikkkrikkrikkk.

Mesti korang tertanya camna aku buat supaya dia putus sahabat dengan buaian lektrik tu?. Dulu masa opah putuskan Mikhail dengan puting dia letak asam jawa pekat-pekat dekat puting Mikhail tu, sampailah dia boring dan putus sedara dengan mendalah tu. Sekarang kau rase camne? Calit asam jawa dekat buai pulak ke? Kohkoh. Opcos not. Caranya, kita pisahkan dia dengan buai selama 4 hari. Maknanya korang kena bawak anak-anak jauh dari buai tu sama ada korang pergi bercuti or pergi balik kampong (tempat yang memang takde servis buaianlah). Macam aku aritu opah derang praktiskan masa balik Selayang untuk raya haji selama 4 hari. Kayla terus lupa buai dia. Tilam je tempat landing nak tido.

Kalau dekat rumah susah sikit sebab even kita dah simpan buai dalam stor, psiko otak kita masih dok pikir oooo ade buai dalam stor. Pastu bila anak dah melalak nangis nak tido, setan pulak hasut serta-merta kita akan keluarkan buaian tu balik. No-no-no-no...not a good idea. Disebabkan itulah kena merancang untuk bercuti ke mana-mana dan bila budak tu dah meragam menangis ko tepuk-tepuk dia then otomatik dia akan tidur. Payah sikit la sebab dia akan cranky dulu, tapi slow-slow insyallah berjaya taktik tu.

Kayla ni spesis tinggi dan even aku dah beli kain buaian yang beso kaki dia tetap terjulur keluar. Pastu siap pandai terjun buai sendiri. Ko lambat je angkat dia dalam 2,3 minit terus dia lompat kat bawah. Ai is berderau darah takut kepala dia terhantuk besi buai. Paling tidak kalo aku tengah mandi kang dengar dah Mikhail dok sibuk buai adik dia siap mulut terkumat-kamit macam aku selalu dok zikir masa Kayla nak tido. Kalo buai ayu-ayu takpe jugak, ni buai tahap nak terbalik dengan tercabut besi buai. Tercirit ai ols tengok cara abang tidokan adik -.-"

Cara Kayla nak tido atas tilam pon senang, actually dia taksuka orang tepuk bontot dia. Dia akan cari bantal busuk pastu amik botol sendiri then landing atas tilam sambil tengok tv. Then dia mula tenyeh-tenyeh kepala dia di tilam tu pastu pusing kiri-kanan, kiri-kanan then zzzzzz tido. Cumanya beza kalo berbuai sehari boleh tidur 6 kali, tapi tidur atas tilam sehari 2 kali saje siang dan malam. Takpelah dik, tayah feeling ratu sangat nak berenjut hari-hari.

Akhir kata, mohle pakat-pakat try test ilmu yang aku ajar hari ni. Ilmu baru ni, takde diajar kat unibersiti dalam or luar negara. Ilmu bentikan tido bayi dalam buai. Try,test tengok?


tergolek dua budak ni tido kat tilam ditemani bantal busuk memasing.
sedapnye tido dik!

ma..pasni buai boleh masuk muzium ma or else ma buat tukun bela kerang, bole kita eksport pegi obersi.

okbai!

sharemy
mommycha

7 comments:

Mila Hilas said...

hehe.mjr ank sy bukan kaki buai.kalo x jenuh jgk tu

Asz Miza said...

tahniah micha berjaya memutuskan persahabatan buai ngan kayla..keke..daku da berjaya dlu..tapi skg anak aku nk tdo dalam rocker je kejenya..dah nak kena goyang rocker..nak kua kan buai ai is tak nakk..

amirah said...

ex ratu buai ni muka memang sebijik sebijon ayah dia..huhu

Fifi Nadhrah said...

pandai kayla.. alhamdulillah.. berjaye dah berpisah dengan buai..

Aeen said...

mcm Raynia siang je tido berbuai...malam dia tidur bawah..tp..kadang2 kalau susah sgt dia nak tido..memang daku masukkan je la dalam buai dulu..lepastu baru angkat..

eamy milea said...

tahniah mommycha hehe

eamy milea said...

tahniah mommycha hehe

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...