Iklan

Sharemyloves Geng!

29 October 2014

Mikhail&Mikayla 1st time naik tren! yeay!

Salam

Haritu cuti Deepavali so opah budak berdua ni decide nak bawak derang merasa naik tren. Menggelepur memasing siap cepat takut kena tinggal. Bila sebut sape nak naik tren terus memasing kelam kabut nak pegi mandi nak ikut opah. Nak ikut! Nak ikut! Nak ikut!

Bukan takat anak je teruja maknye pon sama naik teruja jugak. Berkurun lama tak naik tren. Tapi jap nak naik pegi mana je? Pegi KL Sentral pastu patah balik Putrajaya ke???!!? 

Rupanya opah ade agenda nak pegi Jalan TAR amboiii dia yang nak pegi pastu bagi alasan nak bawak cucu eh? Hohoho. Takpe layankan je kang majok payoh. Actually mama aku nak belajar cara nak naik tren dari Putrajaya ke Jalan TAR so senang la dia nak pegi cuci mato sorang diri, gitew!

So on that day, aku, opah, achu, Mikhail and Mikayla pon pegi la rombongan naik tren. Kitaorang naikdari stesen KLIA Express di Putrajaya. Tiket dewasa RM9 dan kanak-kanak under 2yrs adalah free. So bijakla sikit cakap le anak korang memang kecik2 lagi. Or else jangan tunjuk anak kat kaunter kiranya sorok anak sikit time beli tiket. Jadinya selamat tayah beli tiket kat anak.

Naik je KLIA Express tu Mikhail memula cuak, asik cakap "nak tuwun...nak tuwun..." Oii nak turun camne tren ni bapak laju kot. Pastu dah Opah pujuk then dia tengok adik gangster dia rilek je turun naik kerusi melayan perasaan pastu dia pon calm down. Naik tren kemain mulut cakap "eh mama ade car, ade lori, truck, ade tasik, ade bird, ade sungai....." Padahal longkang dibalun cakap sungai, gasakla janji mung tak nangis.

1st time naik tren dedua sangat teruja. Walaupon si adik buat muka toya takreti ape pon. But they really enjoyed themself. Sampai KL Sentral dah pulak ade drama! Mikhail "takmo tuwun...takmo tuwun...." Tadi kamu beria nak turun dah sampai dia menggelupur takmo turun pulak hadoi laa -.-"

Terpakse adik aku dukung jugak bawak turun. Pastu cakap nak beli gule-gule baru dia mau turun. Then kitaorang jalan-jalan dekat Nu Sentral, hurmmm bolehlaaaa cuma ku gerun tengok eskalator nye sangat curam huhuhuhuhu. Pastu kitaorang meneruskan perjalanan naik LRT pulak ke Masjid jamek untuk ke Jalan TAR. Wow! eksaited lagi Mikhail sebab dapat naik tren lagi. Alhamdulillah dalam LRT si ibu ngandom ni dapat tempat duduk dan opah pon dapat jugak. Still ade warga Malaysia yang prihatin kan?

Sampai kat stesen Masjid Jamek dia buat takmo tuwun lagi. Hadoi la Mikha oit! Memang kena berdukung jugak bawak turun cepat-cepat. Then sempat aku menyoping baju ngan shawl kat Jalan TAR...hahahahah! Tadi kemain kata kat mama yang ade agenda tersembunyi, sekali aku yang melawan tokey! Pastu kitaorang tak pusing sangat sebab dedua dah buat perangai dan hari pon gelap nak hujan. 

Balik tu kemain seronok derang dapat naik tren. Aku ni dok mencari alasan ape nak cakap dengan Mikha nak bawak dia turun nanti. Tetiba tinggggg! dapat idea, bila nak sampai stesen Putrajaya aku cakap, "Mikha tren nak balik jumpe mama dia tau...dia nak susu...syian dia laparrr" Kohkohkoh! Terkelip-kelip Mikha pandang aku. 

"Mama...Khail nak susu jugak!"
;p

adik muka jangan nak notty sangat

abang tu tak lepas la menan star wars tu haa, bawak sekali naik tren ;p

memula memang muka dia cuak yang hamat bila naik tren..nak tuwun sesaje hehehehe

yang ni spesis takreti cuak takreti takut, panjat sana sini

Ni kasi habuan sebab tak nangis hehehehe..beso dah anak-anak mama :)

duduk atas riba opah je la anak dara ni, eh baju tee tu dari cotton on, tengkiu mama Zetty Azwanis hadiahkan kat Kayla :)

kihkihkih...Mikha...Mikha!Jom balik minum susu..


okbai!

sharemy
mommycha

7 comments:

Mila Hilas said...

hehe sy aritu pn bwk ank naik jugak pegi klcc...siap main lari2 dgn sepupu dia.ekeke

Aeen said...

dah besar dah 2 beradik nie..yang kayla dah nak jadi kakak dah...kayla sama la mcm Raynia..xreti takot n x reti dok diam..suka memanjang..yg Raees pulak ada penakut sikit...

Chekgu Azrine said...

Best tgok bdk2 ni explore bnda2 camnikan..satu pembelajaran jgj utk doranv..kena bawak selalu la dorang g jalan tar ni kan?hahaha

lia said...

Mikha tertipu... cessss...

amirah said...

hihihi..memula nak tuwunnn..pastu tanak tuwunnn...

erin said...

x daya aku tren nak minum susu eh..kahkah

Mama Likha said...

aduh... comey lotey

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...