Iklan

Sharemyloves Geng!

02 October 2014

BFF dengan Datin Paduka Eina Azman...kau hade?

Salam

Entry ketiga. Harini nak eksyen sikit tunjuk gambo masak ketam. For the first time ever aku belajar beli ketam. Pastu masak ketam sendiri. Ni pon dah rasa cukup hebat banyak dah ni. Tunggu rancangan Hell Kitchen jemput jadi juri je jap-japgi. Kahkah sentot la juri terus.

Gile kau. Ketam kot. Dah la mahal pastu payah nak kopek, payah nak makan sebab kena kekoh kulit luar tu. Hahahaha. Jakun. Disebabkan kat bawah opis aku ade karavan tani jual barang dari pasar tani every 2 weeks, so mak-mak macam aku ni mengambik kesempatan lah beli barang basah sikit-sikit. Over yang kata sikit-sikit tu penuh tangan nak membawak. Hani lah ni suka hasut pegi beli sayur fresh la, ikan masin rompong idong la, betik la, pisang la, udang elok la, sotong tembam lah. Basah tiak I tiap kali turun situ. Tapi demimu ketam, basah tiak pon basahla.

Aku ni punya cuak nak pilih ketam sampai lama nau berdiri kat gerai brother tu. Macam biase lah mak-mak ni mesti nak pilih paling beso ngan kulit paling lawa. Konon beso tu banyak isi, dan kulit ketam flawless kiranya fresh lah tu. Hahahaha. Pilih ketam pon macam nak pilih menantu. Tunggu kau Mikha mama akan pilih terpaling flawless among all, tapi tanak la yang tembam-tembam, kang tak muat katil.

Balik tu dengan hati gembira ku suruh mama siang ketam tu. Aku takreti laa. Pastu sedang asyik dia siang ketam tu boleh dia bebel-bebel kat dapo kata ketam busuk la, isi takdela, harap besar je tapi isi busuk blablabla lagi lah. Dari 4 ekor yang beli tu ade la sekor kena buang sebab busuk. Haa..dah le sekor kena buang, pastu kena bebel ngan mak pulak. Apelah nasib aku. Lari dari umah kang...kang..kangg.

Disebabkan emosi mak aku dah terganggu dengan ketam busuk tu dia pon cakap, "hang masak la, aku takmo masak ketam ni". Aku macam ohyemji. Kena ke? Kena masak arini ke? Simpan dulu takbleh ke? Sekali mak aku jeling terus aku jawab baik ma, orang masak. Baru sekali jeling. Kalo berkali-kali? Agaknya rendang ketam dah aku aritu. Kahkahkah

Then aku potong limau 3 bijik perah atas ketam ala nak bagi hilang hanyir. Ku basuh bersih tabur kunyit banyak-banyak, tabur garam. Pastu goreng dalam kuali. Then potong bawang, cili merah, hijau pastu tabur. Ku masuk sikit sos tiram. Siap!

Erie panjang-panjang kepala sambil tengok dapor pastu cakap. Wow..bau dapni sayang..mesti dapni (padahal taktau ketam byk yang busuk). Baru nak makan azan magrib pon bunyi. Pastu zrutt-zrutt ade watsapp. Mama pulak tu siap watsapp, "Pegi solat dulu, baca yassin dulu baru makan. Tak takut tuhan ke? Tak takut mati ke?" Gulp. Cam lipas kudung ku masuk solat, bace yassin hahahahaha. Berani melawan mama? Berani?

Malam tu pukul 11 dah setel semua baru sempat makan ketam. Siap bawak senduk sebab nak ketuk kulit ketam, tanak guna gigi punya pasal. Hilanglah kalsium gigi I, kata mengandung kan? Punyalah panjang cerita ketam busuk aku ni. Dari experience beli sampai lah kena warning ngan mak suh bace yassin. Pasni tanak dah beli ketam gemok flawless bawah opis. I benci u ketam. Tunggu I pegi snorkeling kat Pulau Maldives nanti ala Datin Paduka Eina Azman.... i buat u sushi ketam. Muahahahahahahaha #gelakgenggagakhitam

Eh. Erie takde lak komplen ketam tu busuk ke ape. Sedap je rase. And we both happily ever after sleeping twinkle-twinkle little star.


i nak repeat makan u ketuk pakai senduk lagi. AWAS! anda diperhatkan.
 
sharemy
mommycha

8 comments:

Chekgu Azrine said...

Nampak tempting..lama dah akk xmakan ketam..bertahun kot..nangis..

Mila Hilas said...

mn kaitan dgn tajuk tu? huhu

amirah said...

hahaha...punya pjng intro ingat sendri siang..baru nak kagumm..ngeeee

mommycha a.k.a kak jenab said...

Chekgu Azrine: Kak Rin memag sedap sila masak ketam balik ngajo ni :)

Mila Hilas: Tajuk kasi gempak sikit, kang tade org bace pulak. Kahkah.

Amirah: Mak yang siang, i ols tukang masak je. Kata juri hell kitchen. Kau ade? Hahaha

e k i n ♥ y u s r i said...

tajuk tue x menahan....
hahahaha

amiey lee said...

hahaha awak plak baca entry ni punya la panjanggg...sekali [asal ketam..

terkejut gak ingat memang baik ngan eina azman..

hee

Didie Kamila said...

tgk entri ni tringat ketam telur masin..arghhh sedapnyer..kecur air liur..

Liyana said...

Lawak la micha ni hahaha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...