Iklan

Sharemyloves Geng!

31 October 2014

Yeay! Dah tahu jantina baby kite...

Salam

Last 2 weeks aku ade check-up dekat Klinik Kesihatan Presint 3. Tup-tup mase scan doc cakap "Puan, saya dah nampak gender baby puan lah....! Tu ha baby......" Ya Allah nak melompat aku rase bila doc dah bagitau jantina baby aku. Walau sebeno nye aku satu haram pon taknampak dalam scanner kat KK tu sebab gelap je...Kahkahkah! Tapi ku buat muka konpident...haa nampak-nampak...ooo tu la tut dia..oooo gitu ooo kaki dia tu....
Yang padahal aku krikkkrikrikrik nampak skrin hitam je. Takpela jaga hati doctor gomen katanye...

Then dalam last week pulak aku ade check up dekat DEMC. Tanpa disuruh dan dipinta jugak doc Norleen cakap dah nampak gender baby. Tepat betul sangkaan doc gomen, sama sebijik macam doc Norleen cakap. Adoidoiii berbunga hatiku lagi dah tau gender baby ni. Alhamdulillah! Baby siap kangkang buat senamrobik nak tunjuk mama ngan baba dia mase tu. Subhanallah kuasa Allah swt! Doc cakap boleh dah cari nama baby pasni hehehehehe....

Actually ade yang cakap "ala ko adepehal laki ke pompuan ke kan ko dah ade dedua kan?" Well for me penting jugak sebab aku jenis tak nyabor nak soping barang baby. Heheeheh. Excited nye sama bila nak dapat baby cumanya takde jakun macam nak dapat Mikhail dulu la semua nak beli hatta kalo boleh nak beli satu kedai baby kasik ke Mikha dulu huhuhuhuhuhu.

Buat masa ni bila dah tau gender biarlah aku, Erie, dan my bff saje yang tahu. Yang lain insyallah bila dah bersalin akan ku update nanti. Masanya akan tiba jua. Kohkohkoh! Bajet Che Ta sangat ni siap nak buat press conperence! Hew!

Lagi pulak duedate tak lama dah pejam celik dah ujung tahun. Pastu bulan satu, bulan dua then jeng..jeng..jeng bulan March pulak. Debo nak bersalin lain macam kali ni, sebab dedua kaedah "kebersalinan" aku dah rase czer maupon normal. Harap kali ni dipermudahkan dan baby dalam keadaan sihat, selamat dan cukup sifatnya.

Eh lupa pulak mase aku check up dekat DEMC aku bawak Mikha sekali. Dia ni kalo bab berjalan sungguh la tertib, diam je dalam keta. Sampai je kat DEMC aku cakap.. Mikhail be a good boy tau, mama nak jumpe doc yek... 

Sampai turn check up dia memula tanak masuk, takut jumpe doc. Pastu doc norleen tanye, Mikha nak tengok baby tak? Dia pon angguk je. Terus doc tunjuk kat skrin scanner tu. Haaa tu adik. Kusyuk je dia tengok ape doc buat dekat aku masa tu.

Balik je rumah terus dia pegi cite ngan achu dia. "Achu... Kael tengok baby mama dalam tv. Dokter kan gosok-gosok perut mama, pastu ade baby dalam tv"
-.-'
Siap buat gaya gosok-gosok perut dia macam doc tengah letak alat kat perut tu...

Hai la Mikha.. Cerita nombor satu, tapi cara nak cerita buat aku nak gelak je. Itu kalo bawak sekali masuk labor room mau dia cerita tak abes 4 hari 4 malam tu kat opah dia.... Kohkohkoh! Ntah2 balik cite "tadi Kael tengok baby keluar kot bontot mama..... -.-'


this is wat I call "perotfie" = perot selfie kihkihkih

Ini budak sangat banyak soalan dan banyak pertanyaan dekat mama macam inspekter shahab!
Kihkihkih kite blur kan gambo adik terkangkang tu....kang tak suprise, bak kat Siti Nurhaliza biarlah resia....


okbai!

sharemy
mommycha

30 October 2014

Tukarlah yang baru, anak!

Salam

Stick to one. Ewah ohmyenglish pepagi ni. Stick to one tu memang sesuai kalo didefinisikan pada Mikhail. Ok cerita pasal anak lagi, boring yek. Kohkoh dulik ape aku....! Berbalik pada stick to one ni dan ape kaitan dengan Mikhail adalah, dia memang jenis yang tak suka bertukar barang atau benda yang hakmilik dia.

Contoh macam ni, dia kan minum susu sastegen tu, so sampai ke sudah kalo kasi susu lain dia tanak. Oklah mungkin kena tekak dia kan? Mama redho jugak walaupon susu tu antara yang termahal di supermarket. Secondly, bab pampers disebabkan dari kecik dia memang pakai pet-pet, dia takmo tuko dah pampers lain. Baru ni kan aku pegi expo baby tu beli drypers pastu aku try pakaikan dia semalam....hoi dia bukak sendiri seletep pampers tu cakap "oii...ni adik punya la mama...!" 

Ok fine. Aku redho lagi. Lagi satu ku terpaling tak tahan bab botol susu. Botol susu brand NUK ydia tu actually dah nearly setahun dia pakai taknak tukar-tukar. Kenapa? Sebab NUK tu design botol nye selalu bertuko, so mana aku nak dapat design yang sama dengan yang lama. Pulak mamat ni jenis stick to one, bila aku beli botol NUK design baru dicampaknya botol tu.... "oiii! ni adik punya botol la mama...!"

Geram siot. Terpaksa pulak aku lumur satu botol dia dengan asam jawa extra Adabi tu. Padan ngan muka terus cakap eeiii ade taik lipas! Kohkohkoh..rasakan. Itu jela satu cara untuk aku hindarkan dia dari botol lama dia tu. Dah naik kelabu asap dah kaler botol tu...tapi still dia sayang jugak!

Selain tu sama lah dengan bantal dia. Jangan ko rase nak basuh sarung bantal or ganti bantal baru. Memang yang lama jugak dia cari, sanggup dia peluk bantal basah yang aku baru spin dari washing machine sebab takut hilang. Bukan ape, ade habit buruk dia suka gentel hujung bantal pastu bau pulak. Hoi dah bertuko kaler itam dah hujung bantal tu -.-" 
Bau jangan cakap le, bau paing! Hahahahaha!

Itu lah antara serba sikit perangai Mikhail ni. Peliknya Mikayla takde pulak camtu semua dia sebat. Beza sungguh dua beradik ni. Beso sok dah ade gepren untunglaaa Mikha stick to one je....dan untuk Mikayla jage-jage sikit jangan ramai sangat boipren mama tibai ngan rotan kang!

ni la aku beli botol baru tu siap ade gambo car, aeroplane, ship nak kasi anak teruja

botol lama ku dah lumur asam jawa hahahahaha

lama jugak nak amek masa untuk dia nak minum botol baru. gamaknya seperti berpisah ngan awek lama...pfft!

okbai!

sharemy
mommycha

29 October 2014

REVIEW: Susu Mummylicious Untuk Ibu Mengandung

Salam

Entry kali kedua ni I ols nak review pasal susu mengandung. Nak tau ke idok ni? Semenjak aku tau aku pregnant kali ketiga, memang aku terus dilanda morning  sickness yang teruk sampai admitted DEMC 3 hari. Sobss. Disebabkan rasa morning sickness tu aku tak minum susu takut muntah. So 1st trimester berlalu tanpa setitik susu dalam badan hew.....!

Menginjak ke second trimester aku dah ok dari morning sickness. So terus cari susu yang sesuai untuk ibu mengandung yang berdiabetes macam aku. Disebabkan ade mild diabetes ni so memang nurse dekat KK "melarang" aku minum susu yang dijual dekat supermarket tu. Dah tu susu ape aku nak minum???

Tetiba satu hari aku tertengok blog atyfared, pasal review susu kambing ni. Eh...macam sedap je. Nama pon kemain mummylicious. Macam delicious sajo, then terus aku pm aty untuk tanya rasa susu tu. Aty kata sedap dan anak dia suka. So marilah kita menerai ku beli dekat kawan aty di Nilai.

Actually ade 3 perisa susu mummylicious ni (coklat, vanilla & strawberry). Disebabkan dah rase ketiga-tiga dari tester yang orang jual tu bagi so aku decide nak go on with strawberry flavor. Eventhough nama nye susu kambing tapi memang takde bau hamis kambing langsung. Rasa sedap je dan memang tak manis sebab susu ni tanpa sukrosa (gula). So sesuai lah dengan aku ibu diabetes ni. Rasa pon macam milkshake strawberry je. Laju masuk tekak bila dah shake-shake dalam shaker tu :)
Me like it!

Susu ni pulak best sebab banyak makanan sunnah terkandung dekat dalam tu macam kismis, buah tin, madu, zafran, delima, avacado, habatussauda dan banyak lagi. See banyak kebaikan kan dalam susu ni?. Itu jugak antara sebab untuk aku consume susu kambing ni masa mengandung. Harga pulak camna? Ooo bab rege memang ku akui agak mahal berbanding susu jenama lain kat pasaran, yela susu kambing kan memang agak pricy. Tapi bila tengok balik kebaikan dan bahan terkandung dalam susu ni memang worth it kalo membeli. Alaaa....tudung pareeda boleh beli takkan susu takbley yer dok? Kuikuikui.

Secara personally, aku suka susu mummylicious ni. Sebab mengenyangkan dan memberi aku tenaga, yelah ibu yang ade diabetes ni kan kena sokmo menjaga pemakanan. Terlebih makan kang banyak pulak gula dalam badan. So dengan susu ni boleh la menjadi alas perut kalo masa lapar dan terpulang sehari bape kali pon korang rase nak minum. Susu ni sesuai untuk anak-anak jugak 1 tahun ke atas dan untuk kita semua tak semestinya untuk ibu preggie saje.

Eh, aku takjual tau susu ni. Ni memang ku review saje untuk ibu-ibu di luar sana. Benda elok kan? Kita share la sesama..hehehehe. Kalo nak beli korang boleh google agen mummylicious ade je serata Malaysia ni.
:) mohle ngembek bersame-same.... mbekkkk-mbekkkkk!


is barang baik...is barang baik..... :)

kahsiat susu ni

khasiat lagi

dan lagi

situ ade tertulis rege bape ye kengkawan

ni aku memula beli tester dulu nak rase mana sedap...selain strawberry, vanilla pon sedap tapi pada aku manis sikit.

this is mine siap free shaker lagi

tudia kandungan dalam susu ni habaq mai banyak nau!


ni la rupa dalam susu tu siap dapat scoop lagi

nak bancuh pon kena guna air suam jangan direct air panas if not hilang segala keenakan dan khasiat susu ni

Hehehehe...meh sechaweennnn, comey dop shaker kite ;p
okbai!

sharemy
mommycha

Mikhail&Mikayla 1st time naik tren! yeay!

Salam

Haritu cuti Deepavali so opah budak berdua ni decide nak bawak derang merasa naik tren. Menggelepur memasing siap cepat takut kena tinggal. Bila sebut sape nak naik tren terus memasing kelam kabut nak pegi mandi nak ikut opah. Nak ikut! Nak ikut! Nak ikut!

Bukan takat anak je teruja maknye pon sama naik teruja jugak. Berkurun lama tak naik tren. Tapi jap nak naik pegi mana je? Pegi KL Sentral pastu patah balik Putrajaya ke???!!? 

Rupanya opah ade agenda nak pegi Jalan TAR amboiii dia yang nak pegi pastu bagi alasan nak bawak cucu eh? Hohoho. Takpe layankan je kang majok payoh. Actually mama aku nak belajar cara nak naik tren dari Putrajaya ke Jalan TAR so senang la dia nak pegi cuci mato sorang diri, gitew!

So on that day, aku, opah, achu, Mikhail and Mikayla pon pegi la rombongan naik tren. Kitaorang naikdari stesen KLIA Express di Putrajaya. Tiket dewasa RM9 dan kanak-kanak under 2yrs adalah free. So bijakla sikit cakap le anak korang memang kecik2 lagi. Or else jangan tunjuk anak kat kaunter kiranya sorok anak sikit time beli tiket. Jadinya selamat tayah beli tiket kat anak.

Naik je KLIA Express tu Mikhail memula cuak, asik cakap "nak tuwun...nak tuwun..." Oii nak turun camne tren ni bapak laju kot. Pastu dah Opah pujuk then dia tengok adik gangster dia rilek je turun naik kerusi melayan perasaan pastu dia pon calm down. Naik tren kemain mulut cakap "eh mama ade car, ade lori, truck, ade tasik, ade bird, ade sungai....." Padahal longkang dibalun cakap sungai, gasakla janji mung tak nangis.

1st time naik tren dedua sangat teruja. Walaupon si adik buat muka toya takreti ape pon. But they really enjoyed themself. Sampai KL Sentral dah pulak ade drama! Mikhail "takmo tuwun...takmo tuwun...." Tadi kamu beria nak turun dah sampai dia menggelupur takmo turun pulak hadoi laa -.-"

Terpakse adik aku dukung jugak bawak turun. Pastu cakap nak beli gule-gule baru dia mau turun. Then kitaorang jalan-jalan dekat Nu Sentral, hurmmm bolehlaaaa cuma ku gerun tengok eskalator nye sangat curam huhuhuhuhu. Pastu kitaorang meneruskan perjalanan naik LRT pulak ke Masjid jamek untuk ke Jalan TAR. Wow! eksaited lagi Mikhail sebab dapat naik tren lagi. Alhamdulillah dalam LRT si ibu ngandom ni dapat tempat duduk dan opah pon dapat jugak. Still ade warga Malaysia yang prihatin kan?

Sampai kat stesen Masjid Jamek dia buat takmo tuwun lagi. Hadoi la Mikha oit! Memang kena berdukung jugak bawak turun cepat-cepat. Then sempat aku menyoping baju ngan shawl kat Jalan TAR...hahahahah! Tadi kemain kata kat mama yang ade agenda tersembunyi, sekali aku yang melawan tokey! Pastu kitaorang tak pusing sangat sebab dedua dah buat perangai dan hari pon gelap nak hujan. 

Balik tu kemain seronok derang dapat naik tren. Aku ni dok mencari alasan ape nak cakap dengan Mikha nak bawak dia turun nanti. Tetiba tinggggg! dapat idea, bila nak sampai stesen Putrajaya aku cakap, "Mikha tren nak balik jumpe mama dia tau...dia nak susu...syian dia laparrr" Kohkohkoh! Terkelip-kelip Mikha pandang aku. 

"Mama...Khail nak susu jugak!"
;p

adik muka jangan nak notty sangat

abang tu tak lepas la menan star wars tu haa, bawak sekali naik tren ;p

memula memang muka dia cuak yang hamat bila naik tren..nak tuwun sesaje hehehehe

yang ni spesis takreti cuak takreti takut, panjat sana sini

Ni kasi habuan sebab tak nangis hehehehe..beso dah anak-anak mama :)

duduk atas riba opah je la anak dara ni, eh baju tee tu dari cotton on, tengkiu mama Zetty Azwanis hadiahkan kat Kayla :)

kihkihkih...Mikha...Mikha!Jom balik minum susu..


okbai!

sharemy
mommycha

28 October 2014

Midvalley Baby Expo, make me crazeeeeeeeeeee!

Salam

Entry tertangguh di angin lalu. Maapkan le Mak Kiambang ni. Almaklom terlupa nak update. Semalam dah janji nak selongkar kisah pegi expo baby kat midvalley kan? Kehkehkeh. Selongkar la pulak macam misteri nusantara gitew. Actually tanpa dirancang Kak Jenab, Erie and Eayla pegi Midvalley hanya untuk memakan Sushi King. Tak ku sangka rupanya ade baby expo. Apelagi tanpa disuruh moh le kite ke situ jua.

Disebabkan masa kitaorang sampai dah pukul 5 petang so keadaan disitu sangatlah crowded. Manusia berpusu-pusu macam lah esok lusa takboleh beli barang baby dah..hew termasuk la aku tu. Kahkahkah.  Di ekpo tu memang banyak lah brand yang ade macam pureen, fiffy, pigeon, baby kiko, autumz, sustagen, huggies, drypers, dan banyak lagi brand yang menarik. Maaple Mak Kiambang lupa brand ape lagi yang ade disebabkan entry throwback so ingat-ingat lupa doh. Heh!

Aku ni gigil la carik pampers kot murah. Memula dengar macam drypers 2 pack rm50. Punya la gigih nak beli siap siku-siku mak buyong sebelah aku kahkahkah. Sekali sampai turn aku salesgirl drypers tu cakap, maaf puan dah habis stok. Stor dah tutup esok kita tambah stok baru. Hoiii ciskek leleh betullll.. Penat aku siku orang takdapat jugak pampers murah! Gamaknya berdosa siku orang lettew, inilah balasannye -.-'

Pastu aku ternampak booth Fiffy. Selalunya Fiffy ni murah dan kainnye sedap. So ke sana lah kita. Eh Erie ngan Kayla aku suruh duduk elok-elok kat stage dalam expo tu. Kang aku nak memilih payoh ade org ngekor je, kalo ngekor je takpe ni siap buat sign mata ajak balik pulak!

Okey berbalik pade Fiffy tu sempat la aku rembat baju seluar dalam 4 pasang. Masa tu belum tau gender baby so aku amek kaler selamat lah macam coklat, pepel, hijau. Gile oit sepasang baru RM10. Kira murah la tu kan? Aku amik size 3-6, malas nak amek size newborn kang pakai kejap sangat rugi beli, yer dak? Pas beli baju aku meninjau ke booth Autumz pulak. Hoiii! gile punya sale, nursing bra baru rm16 oit! Kalo kat website tu dalam 30++. Menggawang tangan aku mencapai 4 helai bra size aku. Murah la mana nak dapat rege macam ni untuk nursing bra Autumz. Beli Kak Jenab jangan tak beli, benda pon nak pakai kan? So berbaloi la kita beli, yer dop?

Pastu aku tengok Erie dah follow dari belakang sambil pangku Kayla tido. Ala syian baby gangster mama sampai tertido. Jadinya mohle kita balik. Tapi niat dalam hati ade nak datang esok nak rembat pampers. Huahuahuahua. Kebetulan esoknya, Ahad Erie cuti jadi dengan penuh semangat waja pukul 8.30 pagi aku dah sampai Midvalley. paking depan pintu eskalator!!!! Haaa! semangat oi nak g expo. Sesampai ku makan dulu dekat OldTown yang sama level dengan expo tu, punya takut masuk lambat kang abes pulak pampers. Pukul 9.30 orang dah beratur nak masuk krem kaki aku sebab beratoq jugak hahahaha. Nasib datang sorang diri so boleh la free & easy sikit, kalo bawak bala tentera payoh-payoh -.-"

Bukak je expo zassss terus g beli pampers. Sekali tanye eh rege mahal le pulak satu beg dalam rm28, ala nyesal bangun awal hahahaha pegi expo. Tapi sebab dah pegi so beli aje la, Kak Jenab borong 7 beg pampers (Mikhail 2, Mikayla 2, baby 3). Hahahahaha! Pueh ati aku RM200 melayang untuk pampers. Pastu salesgirl tu tanya aku, boleh ke bawak 7 beg pampers?. Then aku dengan gagahnya jawab, boleh!boleh!boleh! Belum keluar expo dah menggigil tangan bawak beg pampers tu. Hahahaha! Nasib kat luar aku nampak troli terus ku sumbat semua dalam troli and tolak pegi paking. Gigih makyong, tolak pegi paking aras bawah (B1) pastu naik pulak untuk shoping baju baby. Kau mampu deknon? Kahkahkahkah!

Second round ku pegi lagi kat booth Fiffy tu. Takboleh jadi nak tambah lagi collection. Then aku pilih lagi 6 pasang baju seluar size 6-9 months pulak. Pastu pegi balik dekat Autumz and beli lagi 4 helai bra. Muahahahahah! Benda murah kena beli banyak-banyak buat stok. Kali ni aku borong jugak plastic storage untuk letak EBM (RM9) dan breast pad (RM12) yang washable untuk pakai masa menyusu nanti. Camnilah ibu-ibu berpengalaman menyusu, semua nak membeli. Kurang lebih pukul satu aku balik then terus zasss pegi melawat blogger Achiek Anis yang baru besalin. Maaple beb, ku beli ape termampu saje hehehehe. Duit dah banyak terlabur ke benda lain kahkahkah!

Itulah kisah pegi expo baby ku. Bukan mudah aku nak rajin camni, seingat aku last aku pegi masa Mikhail dalam perut lagi. Gilosss lama dah. Ni sementara kuat, gagah perkasa ku pegi la beli ape yang patut. Total damage dalam RM500++ jugak le. Tapi takpe ku rase sangat berbaloi untuk baby baru. Takkan semua nak pinjam baju abang dengan kakak kan? Tak macho ah adik...eh macho ke?


Ting-ting: First round!

Ni second day dah. Beratoq orang dengan bau orang takmandi pon ade -.-" #pitams

nun sampai ke belakang berbaris nak masuk expo

huhuhu siap seround borong pampers anak-anak

baju-bajan baby brand Fiffy ade 10 helai, jadila dik!

ni free gift mase beli pampers. Oleh sebab beg itik tu dapat satu, dah pulak berperang dua budak tu kat rumah nak beg ni #pitamkalikedua

my nursing bra :) terpaling pueh hati tengok rege clearance stok #pitamkalikeempat

breast pad pon beli siap-siap satu pek ade 3 pair so beli 2 pack terus. semestinya kaler coklat gelap....and ibu menyusu know well nape kena beli kaler gelap-gelap untuk barang penyusuan ni -.-"

yang ni pon ku beli siap-siap RM9 sekotak boleh la. Ade a few lagi yang beli lupa nak ngambek gambo. Ok pasni duduk senyap-senyap duit gaji dah abes ;( huwaaaaa baba nak claim balik!!!!

okbai!

sharemy
mommycha

27 October 2014

Lens mana sedap?

Salam

Lama jugak tak ber update. Semenjak dua menjak nak jadi mommy pada anak 3 ni memang ai is kelam kabut and the very biziness. Memanjang check-up...kejap-kejap Klinik Kesihatan, kejap-kejap DEMC pulak rushhhhhingggg pulak pegi Shah Alam nun disana.

Eh..korang sape yang pakai lens? Cer angkat tangan sikit? Kak Jenab ni dah berkurun pakai lens, bajet pakai lens lawa lah sikit dari takpakai. Walaupon hakikatnya hauk jugak muka ku ini kuikuikuikui. Start dari form 3 aku dah pakai lens. Time tu lens mahal nye. Sepasang dalam rm80. Senak perut menabung nak beli lens. Tu baru lens takde kaler tau, kalo yang berkaler lagi mahal la gamoknya. Dulu pakai lens time kuor dating je. Kahkahkah! Ko rase nak pulak aku pakai spek tebal-tebal pegi detim? Memang rupe makcik laaa time tu dengan spek tebal, tapi takpe rambut tetap blow-blow bajet Naomi Cambell -.-"

Teringat aku kisah masa kawan aku datang umah nak pinjam periuk beso. Sekali dia ketuk pintu umah aku. Then aku sambil berbaju kelawar, memakai spek pon buka pintu. Pastu selamba kawan aku tu tanya..."Errr, Tasha ade?, nak pinjam periuk besaq dia sat....." Kahkahkah! bodo piang yang membukak pintu tu aku la kot. Sampai begitu kejadiannya bila pakai spek kawan sendiri pon dok kenai dah..haru!

Itu time sekolah punya cerita. Nowadays, eceh macam nak buat essay MUET pulak ber nowadays bagai, sekarang ni lens umpama isi dengan kuku untuk aku. Rela tak datang keje kalo tetiba lens jatuh celah lubang sink dan tak dapat diselamatkan lagi. Memang takla aku nak pegi keje pakai spek, kalo form 3 dulu dah rupa makcik-macik ni dah umo 33 ko hagak macam rupe apeee??? Tell me? Tell me?? Hahahahaha.

Sekotak lens pon tak mahal dah. Dalam RM50 dah boleh dapat 3 pair (yang pakai monthly) so bolehla tahan untuk 3 bulan. Hewhew. Nak lawa sikit beli yang kaler punya, tapi idok le nak pakai datang opis berkaler-kaler. Untuk occasion luo boleh la, bajet hijabista pakai shawl lilit-lilit pastu taruk lens ceklat kat bijik mata...auuwwww neelopak sangat ni. Hew!

Dalam banyak-banyak colorless lens aku suka brand softlens, hamboih lembutnya lens bila pakai kat mata rasa macam nak kunyah gitu. Kahkahkah! Pastu untuk kaler aku suka brand lofalens. Phewww kaler standard minah arab, pastu lawa dan yang penting bila pakai mataku tak merah. Kak Jenab ni bab mata sensitip sikit, salah brand terus mata bertuko jadi Kak Ponti...kohkohkoh! Tapi seriously bila pakai shawl lilit-lilit pas tu pakai lens memang letop u ols, tambah pulak muka mekap ala-ala gitu memang debomb! Sesekali bergaya tidak salah malah sang somi bertambah sayang kat ayang...hiks!

Berbalik pada lofalens ni aku beli mase nak raya aritu, so bergaya dengan mata kucing dihari raya. Lofalens ni ade banyak kaler so ikut kita berminat pada kaler yang mana pon. Masa aku beli rege RM58 include postage pastu siap dapat sampul duit raya lagi. Gitula cerita lens aku yang tak semenggah ni. Actually aku takde idea nak tulis ape sebab henpon tertinggal dan gambo semua ade dalam tu. Hahahaha, so kita main cite throwback sajo. Esok i pomes i update kisah pegi expo baby kat Midvalley...auuwwwwwwww!

hoi gambo terbalik!! layankan jela, bukan senang orang nak letak gambo terbalik hahahaha.

Ni yang aku beli tu sempena hari raya mata pon nak raya.

cat eyes brown yang aku beli ni, memang comfylah best!

ni among the color yang ade...

cantiknya lahai pasni nak beli glam grey nak kasi glem-glem sikit nak beranak kang. Dalam labor room ku sebat pakai lofalens kau mampu dik pakai lopalens dlm LR? kikikikiki

hello mama kot yek nak berselpie tu ketiak jaga sikit...ade bau okeyyyh! -.-"


sharemy
mommycha

23 October 2014

Yahooo! Merdeka......habis dah exam!

Salam

Syukur alhamdulillah dah habis pon final exam, happy giles-miles sebab ini adalah paper terkahir Kak Jenab di UiTM. Manalah tak hepi. Kak Jenab dah buat yang terbaik, dan harapnya at least lulus lah. Even tak memberi result cemerlang, gemilang dan terbilang sekalipon. Taklarat dah aku bertapa kat UiTM since 2009 (tolak cuti 2 semester bersalinkan Mikhail & Mikayla). Cer pikior jap 2009 - 2014. Dah berapa tahun tu noks? -.-'

Habis je last paper Jumaat lepas, yakni paper i hate the most (Statistics) esoknya terus aku ajak Erie pegi makan unagi jugak. Gile ko aku punya la mengidam unagi (belut) ni dah berbulan lamanya. Nak pegi dengan kengkawan tak feel romantik, nak jugak laki teman katanye. Pikir punya pikir memula nak makan dekat Sushi King Alamanda saje. Pastu tukar haluan pegi Midvalley sebab ade Baby Expo. Sambil menyelam minum aiq kan?

Sesampai MV terus saje aku menuju ke Sushi King, pakse jugak Erie makan dengan aku walaupon kedua-duanya adalah jakun berpewatakan village people gitu. Kahkahkah. Ah! lantokkan ajes janji dapat makan. Mula nak masuk kena queue sebab ramai kot nak makan situ. Then bila dah dapat seat dedua kitaorang macam jakun. Eh nak oder camne, eh sushi ni bergerak-gerak boleh amek ke? kena makan semua ke? holohhhh laaa very the village people. Mana kite reti ni.....

Pastu waiter tu lap-lap meja we ols, then dia tanya tau kan cara order makanan kat sini? KONPIDEN aku jawab...tau!tau! Kahkahkah. Padahal??? Actually kat situ guna sistem order melalui skrin gitu kan. U ols tengok menu then pick lah menu melalui skrin tu. Hewhewhew dasar..dasar.... Nasib tak panggil order macam kedai mamak -.-' #aneyroticanaisatu

Then aku oder lah set unagi, pastu edamame (kacang peas jepun), set bento chicken, mix tempura, pastu Erie dia sambar lah satu plate sushi yang dok lalu tepi dia tu, teringin jugak katanya. Hewhewhew. Dasar-dasarrr....Disebabkan Mikhail ikut opah balik Selayang pastu Mikayla je la yang ikut. Kemain dia makan kacang peas tu sampai 2 plate, makan unagi half -.-' Huh...sape ngidam benonye ni??? Bab air pulak ade cite bengom. Aku order green tea, pastu bila sampai ade cawan kosong je. Aku cakap dengan Erie pesal waiter tu anto cawan kosong je mana air nya? Sekali Erie selak bawah cawan dia kata tuuuu ada uncang green tea. Aku kata...oooo uncang je ke? Air nye mana?

Kahkahkahkah. Dasar village people ni jakun tak sudah. Sekalinya Erie tengok orang sebelah tekan air panas dekat tepi dinding meja derang. Oiii air panas tepi dinding ni laahhhh....Kahkahkah! Mana ku tauuuuu labu! Terus berlagak pandai tekan air panas, tekan punya tekan tak keluo pulak ayornya? Jakun lagi. Hahahahaha. Elok instruction suruh tekan button air ke atas, ko tekan ke bawah memang ah tak keluo air -.-' Mak aiiii nak makan dekat Sushi King pon terkial-kial itu belom pegi makan kat Jepun lagi tu.

Setelah melampiaskan nafsu makan, last but not least aku menerai Japanese Cheese Cake kat situ. Ya Allah! sedapnya..sejuk lembut tak manis sangat bila masuk tekak. Hadoilaaaaa...padan hot selling sekali je lalu pastu dah tak lalu lagi dah tepi aku. Hahahahahaha! Pastu tibalah masa membayo bil...dah pulak satu lagi kejakunan aku cakap ngan Erie...B tengok b camne orang sebelah g bayo bil. Hehehehe. Ooo rupanya tekan jugak skrin tadi mintak generate bil. Gittew kekdahnya. Pastu terus pegi bayar kat cashier. Total aritu kitaorang makan RM104.50. Fuh mahal jugak padahal makan bape kerat makanan je pon. Kayla ah ni makan kacang peas sampai 2 pinggan. Kahkahkah! Disebabkan pakai maybank card so dapat lah 10% discount. Hew jimat RM10 di situ. Seploh henggek jela.....

Begitulah berakhirnya cerita makan unagi aku. Lepas jugak mengidam orang mengandung ni. Disebabkan kitaorang dah dekat MV dan kebetulan ade Baby Expo, mohle meringankan kaki pegi tengok ape yang boleh dibeli kat situ pulak. Next episod kita cite pasal baby expo yek. Nak rehat jari setelah lama jehari runcingku tak menaip. Hewwww masalahnya runcing ke?????

Okbai!


Cara nak mengamek order adalah melalui skrin ni. Korang mesti dah tau kot, aku je yang very the jakuns

Inilah kacang peas yang Kayla suka makan tu. Kisah wasabe belakang tu adalah aku tengok orang sebelah amek aku pon amek, pastu makan kacang cicah wasabe...kahkahkah kau rase? camne kah tahap kekampungan disitu? Kihkihkih

Unagi...unagi...unagiiiii

Yang ni mix tempura tapi tak sedap, lembik tak krupkrap!

Yang ni pulak cheese cake yang sodap iteew...menangis teringat cheese cake ni sedap sangat!
Muka gembira Kak Jenab dapat makan unagi, maaple idom dah kembang mekar walopon baru 5 bulan preggie...sobsss! haip Kayla buat gapo tu?

ni makanan laki aku, malas nak rotate sila pusing kepala korang sendrik hahahahaha

Baba & Kayla. Baba muka ata cenyum, Kayla muka masyam sebab nak tarik sushi bergerak kat tepi-tepi tu...hai dik jatuh plate tu naya mama dik....

sharemy
mommycha

13 October 2014

Topik ilmiah sikit hari ni

Salam ❤️

Semalam lega dah lepas satu paper untuk final exam. Berdebar tak hengat nak duduki peperiksaan hahaha, ala first time nak amek SPM dulu debo nye lahai. 

Actually bila umur dah meningkat memang fungsi sel otak lambat sikit nak tangkap ape yang dah kita study. Ate camne nak cepat tangkap baru je bukak buku nak buat revision dah anak panggil kata nak susu. Itu belum dia kata, "mama nak makan mee..." 
-.-'

Bila dah menginjak usia kekertuan nak masuk 40-an ni hahahah, kaedah pembelajaran tu dah tak sama macam masa kita memula belajar dulu. Dulu cekap, lecturer ajar kat depan kita menyembang kat belakang. Tapi bila nak final pulun tak hingat then boleh je menjawab dengan lancor-selancor nye.

Cuba sekarang buat macamtu, memang "masak" le nak menjawab final. Sebab otak dah berkarat makanya bila lecturer mengajar kat depan jangan sibuk main watsapp, telegram, fb, tweeter, ig kat belakang. Memang cari punca tak lulus lah tu.

Sekarang time untuk study aku adalah bila anak-anak dan pak anak dah tido. Makanya, pukul 12 ke atas baru boleh buka buku sekolah. Sadis nye, time orang tidur kita bangun study bertemankan krikkrikkrikk. Dan peel aku memang kena study sunyi sepi, study dalam iman gitu. Sikit bunyi bising pon boleh kaco kosentrasi pembelajaran. Gitewww...

Sebab tu aku gigih berulang alik study di library Shah Alam. Sebabnya, di aras 3 library ade satu bilik ulangkaji yang memang sunyi lah. So, itulah tempat the best untuk aku menghafal notes.

Ni mebi entry terboring untuk u ols, since aku dalam mood final exam so semuanya  kena lah ber ilmiah sikit huhuhuhu. Aku nak kasi tips untuk kita, anak-anak sedara mara or sesapa saje yang nak mengambil exam. Pagi tadi aku ade dengar sorang ustaz cakap, sebelum nak masuk ke dewan peperiksaan pastika kita baca selawat 7 kali dan al-fatihah sekali dan niat disedekahkan pada para nabi dan rasul khususnya pada kedua ibu bapa kita. Insyallah Allah SWT akan membantu melancarkan kaedah untuk kita menjawab soklan.

Renung-renungkan dan selamat beramal para sobat!


Okbai!

sharemy ❤️
mommycha

12 October 2014

Perangai buruk: tak suka orang

Salam ❤️

Aku kan selalu rasa camgini. Rasa macam tetiba je tengok orang tu pastu terus tak suka. Hahahahah. Ok jangan rejam aku dengan batu. Let me explain first. English sangat arini... Akhirnya guna jugak english setelah amik exam MUET hari tu. Punya la nak praktikkan kat public, sepatah ayat pon jadila ye dop? Hahahahah.

Camni lah. Rasa tak suka kat orang ni adalah secara otomatik. Sebagai contoh, aku memang berbulu ngan Farah Fauzana. Ko mekaplah dia celah mana pon, pakaikan baju cantik macam mana pon tetap aku taksuke tengok dia. Hahahaha. Ianya adalah secara otomatik. Get me? Omputeh lagi haku. 

Macam cinta pandang pertama lah. Ko tengok je mamat tu terus geletis rase nak kapel dengan dia. Haaa ni terbalik sikit, ko tengok je dia terus rasa tak suka. Tanpa sebab yang munasabah. Macam aku tak suka Farah tu, padahal memang tak la dia kenal aku. Buat dosa kat aku pon tak. Tapi seriously kalo aku ter bukak channel hotfm dengar je suara mengilai dia ku jadi meluat. Tambah-tambah kalo bukak tv3 rancangan nona. Ya ampun dengan lemah gelamai yang macam dibuat-buat. Ohyemji! Takboleh haku tatap lagi. 

Kepada diehard fafau jangan lah kecam aku. Kan aku cakap contoh saja. Padahal fafau tu senior aku kat uitm masa matriks masscom dulu. Hahahaha. Mungkin sebab dia ragging aku lari pusing section 2 buat aku jaki je ngan dia sampai sekarang. Buat fafafu it's ok, i maafkan u.  Hahahahaha.

Gitulah perumpaan taksuke orang secara first sight. Walaupon dalam Islam actually kita kenalah berbuat baik sesama insan kan? Tapi ohhhhh tidakkkk memang ku takbley terima fafau tu. Kahkahkah. 

Ni pagi tadi aku datang Shah Alam boleh pulak aku taksuke tengok budak tol ni. Kahkahkah padahal kawan tu tukang kasi kad tol je. Parah dah mung Micha, ramai beno yang mung tak suka at first sight. Kenan baru tau... Oklah mulai sekarang nak tak suka dekat Lara Alana pulak. Untung-untung dapat baby kenan macam baby lara. Hewhewhewhew. Bajet schawal ke, noks? Awal dan akhir boleh la ko noks -.-'

 Kiki si gadis stereng lock ni pon aku tak suka jugak. Takpe kiki raya nanti kita bermaap-maapan yek :p

Okbai!

sharemy ❤️
mommycha

10 October 2014

Nak amik 2 bulan ke 3 bulan eh?

Salam ❤️

Aku dalam kekeliruan dan dipersimpangan dilema sama ada nak amik maternity leave 3 bulan or 2 bulan saja kali ni. Yela semua orang kata untunglaa orang gomen dapat cuti 3 bulan, tapi hakikatnya cuti 3 bulan tu hanya layak untuk 3 orang anak saja. Kalau ko terberanak anak ke 4, maknanya pepandailah ko guna cuti rehat biasa. Cuti rehat pon ade la dalam 20 hari, ate pas 20 hari dengan pakai param pilis nak datang opis ke noks?

Walaupon berkali-kali aku pikir cukup la anak 3 orang pon. Tapi bila pikir tang cuti terus goyah. Kalo amik cuti 3 bulan tuptup tahun depan mengandung lagi?? Matikla datang keje pakai kain batik dengan sanggul mak limah atas pale. Haaa nampak tak permainan dia kat situ? Nak mengandung lagi la tu kan Micha kan? Yela rejeki ni kadang kita tak sangka tuptup "eh ter dabel line pulak" -.-'

Kalo cuti 3 bulan sakan lah sikit. Leh rehat lama kan? Anak pon dapat susu cap gantung seadanya. Ni kalo 2 bulan je acaner eh? Psiko betol laaaa... Ni taksuke jadi mak-mak ni kena pikir macam-macam..

Tapi walau 2 or 3 bulan pantang kena bebetul pantang. Dah 2 kali pengalaman aku berpantang even pantang sendiri aku tetap jaga. Sebab aritu aku penah kena bentan dalam pantang memang seksa. Habis satu badan menggigil bentan urat disebabkan aku mandi malam pukul 9 dengan air sejuk. Kahkahkah! Pastu tobat dah tak buat lagi.

Masa pantang aku terpaling suka bila buat stok susu. Dan masa tu adalah time susu paling banyak mencurah-curah. Masa anak first "melagha" lagi, tak kisah bab susu ni. Then anak second terus pandai sikit. Masa anak ralit tido aku mengepam dan aku start simpan stok susu since Kayla umur 3 hari. Dan stok susu cukup sampai 8 bulan. Alhamdulillah :)

Haaa dah sampai masuk cite susu ibu. Padahal tengah pening nak pikir nak cuti 2 ke 3 bulan je ni. Huwaaaa... Ade jugak kena buat solat istikharoh ni mintak petunjuk. Takpe-takpe kita tunggu bajet 2015 ni mana tau ade good news untuk panjangkan cuti ibu bersalin. Jadi 6 bulan ke? Kohkohkoh! Pak Ajib kalo u kasi we all cuti 6 bulan, pasni we all janji tak mintak dah BRIM lagi kihkihkih :p 

 Antara stok ebm yang dah expired aritu... Buang jela. Ingat nak feeling puteri raja buat mandi susu.. Tapi tak gamak den -.-"

Okbai!

sharemy ❤️
mommycha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...