Iklan

Sharemyloves Geng!

04 July 2014

RESIPI MUDAH: Roti Poket Jenab Bersama Abang Zin

 Hi Guys!

Semenjak dua menjak di bulan ramadon ni....Kak Jenab sendu tengok roti Gardenia kat umah tak bersentuh-sentuh.
Yela bila bukak pose memasing laju ke arah nasi...jadinya roti dipandang sepi.
Tak kenyang makan roti katanye.
Amboi sangat ni.
Camne nak dapat shape badan macam Felixia Yap?
>.<

Jadinya Kak Jenab terpikir eh...nak buat ape dengan roti ni, takkan puding roti lagi.
Muak pulak..asal tak abes roti je dok buat puding.
Haish tak kretip langsung.

Jadinya mohle kita google apekah yang boleh dibuat selain puding roti.
Dan tetiba ade satu resipi yang ku rasakan zassssss macam terkena kejutan lektik bile tengok!
Amboii over tau siap rase macam terkena lektrik.
Kongasam betul Micha berdrama...

Ok hadek-hadek resipi kak Jenab hari ni adalah berasaskan roti Gardenia.
Terima lah "Roti Poket Jenab bersama Abang Zin" .
Kelasss nama...hahahahahha!

Resipi dan cara-cara pembuatan seperti dibawah:
Kena baca betul-betul yek dan kena paham betul-betul.

 ********************************************************************
CRISPY ROTI POKET
  resipi : K.Nor@SecubitGaram idea resipi : MamaZieza
Bahan2 :
10 - 12 keping roti sandwich (gardenia)
1 biji telur
serbuk roti/breadcrumbs secukupnya ~ k.nor guna white breadcrumbs
sos cili
minyak untuk menggoreng

Bahan inti:
2 keping daging burger oblong RAMLY ~ k.nor guna daging ayam
1/2 batang lobak merah ~ dihiris panjang spt bantang mancis
sedikit kobis ~ dihiris nipis
1/2 biji bawang merah ~ dihiris nipis
1 biji cili merah ~ dicincang/hiris nipis
3 tangkai daun sup ~ dihiris
2 sudu besar mayonis
1 sudu besar serbuk lada hitam
secubit garam

Cara2:
Goreng daging burger tanpa minyak hingga masak.
Hiris nipis dan panjang daging burger yg dah masak tadi.
Masukkan kedalam sebuah bekas/mangkuk besar.
Masukkan lobak merah, kobis, bawang besar, cili merah dan daun sup. Gaul.
Masukkan pula mayonis, serbuk lada hitam dan garam. Gaul lagi hingga sebati. Ketepikan

Canai/gelek roti dgn kayu penggelek/rolling pin (tanpa buang kulit tepi) hingga nipis hingga habis.
Susun bersama 2 keping roti tadi dan tekap dgn bekas bulat (samada bekas air, acuan bulat yg sepadan dgn saiz roti).  Buat hingga habis.
Dengan menggunakan berus, sapu telur yg dah dikocok pada keseluruhan roti.
Kemudian salutkan roti td dgn breadcrumbs hingga rata.
Goreng roti dlm minyak yg dah dipanaskan hingga keemasan. Angkat dan toskan. Insyaallah roti akan mengelembung ketika menggoreng.
Dengan menggunakan pisau yg tajam, potong 2 roti tadi.
Ambil sedikit inti tadi dan isikan ke dalam roti tersebut.
Buatlah sehingga habis.
Hidangkan atas pinggan dan picitkan sedikit sos cili utk menambah keenakkannya..

* kaedah menyapu telur dgn menggunakan berus boleh memberi rasa yg lebih crispy pd roti berbanding dgn cara mencelupnya direct ke dalam telur. (telur juga lebih jimat, tak abis 1 bj pun) ** Minyak jgn terlampau panas, nanti roti akan menggelembung dgn agak besar (takut roti tu pecah atau crack).  Api biar sedang2 jer.. *** lebihan inti boleh dibuat sandwich atau dimakan dgn croissant.
***********************************************************************
Haaa..panjang lebo resipi tu. 
Kak Jenab tiru segalanya kecuali bahan untuk inti tu aku lainkan sikit cara buat.
Disebabkan aku nak dapat pahala lebih di bulan ramadon nahhhh... step by step tuto gambar pembikinan roti poket Jenab vavavommmm!
Kohkohkoh memang hover nama resipi aku  walauponnnnn.... 
>.<

antara bahan yang digunakan. haiiii carot tu dah kecut dah kikikikikiki..thousand island dop guna pon propa saje tu.

instead of guna daging beger, aku guna daging cincang Ramly. Letak je atas kuali tanpa minyak agak dah nak masak tu aku taruk olive oil sikit, takde olive oil minyak msk biase pon takpe.

pastu aku cincang bawang, daun sup dan aku parut carrot tu. then humban dalam daging kisar tadi..biarkan semua sebati dan agak masak pastu aku taruk garam dengan sedikit lada sulah. agak macam karot tu dah layu pastu tutup api.

pastu masukkan dalam mangkok dan gaul bersekali dengan mayonis. gaul sebati yer u ols....

ni dah siap digaul nampak nyummy nye kan...hahahahahah

roti tu jangan lupa gelek bagi nipis untuk halang penyerapan minyak masa goreng nanti.

hahahaha lepas gelek, aku guna acuan penutup jug air untuk tekap roti ni....kalo u ols guna acuan kecik maka cinonetlah roti poket u ols nanti....pastu tekat sekali dua keping tau tu macam aku buat tu...bukan sekeping tapi dua keping.


ginilah rupanya bila di lenyek dan ditekapkan acuan...comeynyo!!!
ni lah rupanya roti lenyek, yang telah ditekap dua lapis tadi.
jangan lupa bread crumps dengan telo yek
aku tiru macam resipi kat atas, buat guna berus utk sapu telur dan pastu letak bread crumbs. Erks... dah rupa macam kuih abok-abok...hahahahah pastu goreng dengan api yang sederhana...

ni lah rupa bila dah goreng otomatik akan kembong ditengah-tengah tu...oh lagi better korang goreng dalam pukul 7.15 gitu then boleh makan panas-panas baru sodap....yela...yela...7.15 tengah ralit tengok Bang Zin kan? -.-" #patahsayapkupatah
pastu aku gunting di tengah dan bukak tengahnye...dah ade poket kita.....huhuhu

so inti kita yang marbeles tadi kita sumbatkan dalam roti poket tu. ikut lah nak poket tebal ke poket nipis agagagagagaga >.<
taraaaaa....dah siap! dan memang sedaplah!!!! try lah korang...tapi memang agak payah sikit sebab banyak step nak buat. namun hasilnya vavavvoommmmm kebaboooo amma appa yenadeyyy!

Okbai!

sharemy
mommycha

14 comments:

achiek anis said...

kerlas ko jenab...rajin bebenor namanya ni....nnt bila2 la try...ngeee

DYatie said...

Kekejaman berlaku lagi. Haha. Ok esok sabtu. Muahaha. Ny iols nk try.

Mimy Hamid said...

yg ku tunggu..tq micha !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

safurara said...

ooo rupanya roti tu di koyakkan je tgh dia.ok2.tq micha.

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. said...

Menjejes ailio kak kiah ni hoi!

veesakura said...

ok micha, nampak sedap gila hokeh! dahle baru 10.34 am nihhhhhhhh

Chekgu Azrine said...

Hadoiiii...mmg nk bt sis..tp tgok mood rajinla ye..hahaha..bhn2 tu ada je kt rumah tuh..nmpk sgt tempting

mOoN IzzaN said...

hokehh... roti gardenia ada lgi kat umah x berusik...

amirah said...

mcm besttt je resepi ni...mcam syokkk je..sendu gak tgk roti kt rumah tu...ngan breadcrump ntah zaman bila nak abis..

Allene said...

wow... habat micha... revolusi...

Liyana said...

baca resepi sambil tergelak2. lawak la kak jenab ni pun haha

umie shahidah said...

mmg kesini jelah aku hari2 ngadap belog kak jenab..tuk melihat resepi2 telan ailio..hahaha...
mabeles benor resepi kali ni...

Aida Fendy said...

terbaik la gambar2 resepi roti poket ni...sya x bace pun resepi yg panjng menjela tu..x faham den..hehe bila melalui gmbr ni..pickup terus...ptg ni ngak rase nak buat...tpi bleh ye sya share kt blog tuk simpanan..senang nak review next time..plss ye ;)

::Cik Azie:: said...

michaaaa kebaboom mmg best la terliur habis nengoknye ni.. adeh..

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...