Iklan

Sharemyloves Geng!

06 June 2014

Sponsored Entry: Seves Seas Kids Fruit Gummies

#sponsored entry

Hi Guys!

Mikhail ni bab nak makan benda yang berkhasiat memanglah payah. 
Kadangtu sampai terpaksa aku cekup mulut dia semata-mata nak kasi makan nasi.
Alahai sampai tahap camtu sekali.

Tapi kalau bab "jajan" hamboi kemain laju.
Sikit-sikit... "Ma an eskrem...ma nak cokowat (ceklat)...ma nak kopok (keropok)".
Pffttttt sangat ni!

Kalau bawak pegi shopping mall memang tetiba Mikha boleh jadi kaku, keras, kejung kalau lalu sebelah stall yang jual jajan timbang gram tu.
Ohyemji.....
Selagi tak beli gummy ke ceklat ke sebungkus melalak lah dia kat situ.
Selalunya memang tak beli dan aku buat jalan macam laju-laju sambil tunjuk benda lain yang boleh attrack dia.
Mihmihmihmih....
Sesekali terpakse jugak beli, bila timbul rase belas kasihan dekat anak tu.
Makan gummy sebungkus kau anak yer...amboih sangat ni.
-.-"

Disebabkan itu lah kini, tiada lagi kebimbangan dengan adanya produk terbaru dari Seven Seas iaitu jenama kesihatan yang dipercayai di UK yang telah memperkenalkan Kids Fruit Gummies yang sedap dan enak khas untuk kanak-kanak. 

Ini berkesinambungan dengan perangai semulajadi mereka yang gemarkan "gummy" pelbagai warna dan rasa yang pastinya dapat menarik perhatian dan akan membuka selera mereka dalam pemakanan yang sihat.

Didatangkan dalam tiga perisa yang sedap  iaitu Strawberry (mengandungi vitamin A, B6 dan C), Blackcurrant (mengandungi vitamin C dan zinc) dan perisa orange (mengandungi calcium dan vitamin D). Kepelbagaian vitamin dan mineral yang terkandung di dalam Kids Fruit Gummies ini bukan hanya untuk kepentingan tumbesaran fizikal kanak-kanak malah untuk perkembangan mental mereka juga.

Vitamin A melindungi kita bebas radikal yang boleh memusnahkan sel, tisu dan organ badan kita. Vitamin A juga melindungi anak-anak daripada penyakit seperti influenza, demam berpanjangan dan juga beberapa "viral disease" yang lain. Manakala vitamin B pula bertindak untuk memastikan badan anak kita immune dari sebarang jangkitan penyakit. Vitamin B6 adalah penting untuk perkembangan otak kanak-kanak di awal tumbesaran mereka.

Manakala Zinc pula penting bukan hanya untuk pembesaran dan perkembangan zaman kanak-kanak malah, menyokong sel mereka berkembang dengan sihat dan memperbaiki sistem penghadaman.  Pengambilan kalsium yang mencukupi pula menyokong untuk tulang dan gigi menjadi kuat dan sihat. Selain itu terdapat juga vitamin C, dan D yang mempunyai banyak kebaikan yang terkandung di dalam Kids Fruit Gummies ini.

Sekarang ni, tiada masalah lagi kalau Mikha nak gummy.
Cepat-cepat aku hulur jer Kids Fruit Gummies ni dekat dia.
Elok jer dia mengunyah.
Dan kalau rase beso sangat gummy tu u all boleh potong kecik sikit sebab takut anak-anak tercekik.
Bukan setakat Mikha je suka even aku dengan Erie pon suka gummy ni.
Sedap kot!
Memang sentiasa aku letak sebotol dalam henbeg incase Mikha tantrum dekat mana-mana nanti.
So, kita umpan dia dengan mendalah ni.
Kikikikikikiki :)

Di akhir kata, pesanan dari penaja: 
"Di Seven Seas, kami percaya kesihatan yang baik bermula dari penjagaan nutrisi yang baik. Kini tak perlu risau lagi dengan vitamin dan mineral bagi anak-anak kita. Cubalah berikan Seven Seas Kids Fruit Gummies yang tiada pewarna dan perisa tiruan. Malah rasanya yang sedap pastinya dapat membuka selera anak-anak anda!"

Layari Seves Seas di sini.

Thanks to Seven Seas :)

Kids Fruit Gummies yang sedap dan terdapat 3 perisa yang berbeza.

Perisa oren


Perisa blackurant


Dan ini perisa strawberi kegemaran ku!


Comel gile activity book dari Seven Seas ni.


Kanak-kanak boleh menyertai pertandingan mewarna Gummy Fruity Heroes ini


Dan memenangi hadiah menarik antaranya, Samsung Galaxy Tab for Kids

Amboi gelak sampai kembang lobang idong yer Mikhail? >.< and thank you so much Seven Seas! He really loves it!

sharemy
mommycha

1 comment:

Chekgu Azrine said...

nampak menarik nih...
macam ahkak plak terliur nak kunyah

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...