Iklan

Sharemyloves Geng!

28 May 2014

Kite dah ade baju raye. Awak dah ade?

Hi Guys!

Alkisah pasal baju raya anak.
Semenjak beranak dua baru kak Jenab tahu betapa berpelohnye ketiak akak bila nak membeli baju untuk anak-anak.
Lelebih lagi baju raya.
Rexona pon tak mampu sembunyikan kebasahan ketiak Kak Jenab...
Maka bertabahlah Kak Jenab dalam hati sambil urut-urut dada akak ni haa.
Baru anak dua dah kecoh macam anak dah sepuloh.
Kau rase camne?
Patut tak aku beranak lagi tahun depan?
-.-'
Meh kita tengok ape yang berlaku sebenonye.

Baju raya.
Dua perkataan ni bila dicantumkan bersama memang deboom!
Baju raya tu subjektif rupanya.
Bagi sesetengah orang baju raya tu baju kurung baju melayu.
Dan bagi sesetengah orang baju raja juga termasuklah baju berjalan dihari raya contohnya; baju gaun ropol-ropol, lace patbelas tingkat, baju kemeja, baju t-shirt rolling stone, baju nampak ketiak dan sebangsa dengannye.
Sekarang Kak Jenab nak masukkan sekali dalam list baju raya yang tengah "in" ape kenama Tutu? Tutu skirt? Putu? Putu mayam? Haa watso eber and eber lahh....
Itu antara contoh yang Kak Jenab kasi la.

Last week Kak Jenab dengan anak-anak serta suami anak hikan ahkak keluar dengan niat nak mencari baju raya.
Terus pergi Setia City Mall (SCM) cari mana-mana yang berkenan dihati.
Jalan-jalan terus melangkah masuk ke H&M.
Kelas Kak...obersi sangat kau.
Pastu dengan relanya ku pon pilih lah gaun untuk Kayla dan baju untuk Mikhail.
Sedang asik kusyuk memilih...eh?eh? ape ade bau-bauan ni???
Aku toleh sekali elok ku tengok Mikhail berkerut-kerut muka sambil cakap "Mama..Kael berak! berak!berakkkk!!!!"
Jeritan yang hampir membuatkan kesemua orang kat section baju budak tu pandang aku dengan dia.
Pffttttt motif nak berak pon nak announce pakai loud speaker????
Kelas kau nak dalam H&M Setia City Mall kau membuang ek?
Deritanya omak kau dalam bahagia nak.....
-.-"

Aku apelagi terus arahkan Erie pegi basuh, atas alasan ku sibuk nak pilih size baju anak.
Agagagagagaga.
Ku pikirkan panas hingga ke petang rupanya petir di tengah hari.
Sedang asik aku pilih baju sambil dukong si Kayla sekalinye budak tu boleh tarik hanger baju brrooommmmmmmmmmmm satu baris baju jatuh timpa pulak baris bawah then timpa pulak baris lagi bawah.
Hoh!
Kau rase camne aku mase tu?
Kusssss semangat mak incik......! 
Berterabur baju atas lantai pulak tu....
-.-"
Aku terus capai ape je yanga ku rase muat-muat padan terus zas pegi kaunter.
Aku cakap kat cashier..."Dik, ade makcik mana tah kasi jatuh hanger ngan baju kat situ...habis berterabur baju budak....."
Kohkohkohkoh.
Terus ku bagi senyuman termanis sekali dan chow dari situ.

Itulah serba sedikit pengalaman beli baju anak aku.
Mungkin aku tak akan jejak H&M SCM dalam mase terdekat ni.
Takut pulak ade poster terpampang muka Kak Jenab dengan ayat "Old Lady with 2 kids..WANTED"
Bhahahahahah!

baju yang sempat dipilih semasa dan selepas kejadian >.<

okbai! 

sharemy
mommycha

20 May 2014

Kerana sebuah kek. Cite sadis disini....

Hi Guys!

Sedang asyik murid-murid dan cikgu sibuk menyambut hari guru tahun lepas.
Kak Jenab pulak sibuk push-push...push seorang hamba allah di labour room.
Akhirnya akibat kejaguhan nurse bebadan sasa menekan-nekan perot ku makanya pluuupppppppp...lahirlah..
Nur Mikayla Aeesya.
Tak kisah la nak sebut Kayla ke Keila ke, Kla ke..Klah ke..berkelah ke, KLIA ke, KLIA 2.. 13 episod ke.
Kak Jenab okeh saje.
>.<

So untuk first besday Kayla ni, kitaorang celebrate simple-simple saje.
Takdelah sampai order kek patbelas tingkat siap ade fountain atas kek.
Dah le ade fountain pastu siap ade ikan emas pulak dalam fountain.
Kuikuikuikui.
No-no-no.
Kayla punye kek comey lote saje.
Macam mama Kayla yang comey bajet klon Che Ta tu.
Eh Che Ta ke kak Ton ke lagi mirip aku eh?
Bhahahahaha.
Ok. Haters sila jangan kutuk.
Nanti Umi MikhaKayla dapat pahala free.
-.-'

Kek Kayla adelah berbentuk princess barbie.
With "R" nicely pronounce as BARBIE...not without R.
Eceh spikin london bridge is fallin down sangat ni.
Kek adalah disponser sepenuhnya oleh Achu Kayla merangkap adik Kak Jenab.
Terharuuuuuu.......aku, sep bajet ketat beli kek.
:p

Sebetulnya. Seumur hidup aku inilah kali pertama aku tengok kek ni secara dekat.
Dan aku memang sangat jakun macam...
"Eh kalo potong kek ni mesti payah...Mesti terpotong kaki barbie doll ni"
"Eh..boleh makan ke barbie doll ni?"
"Eh halalal toiyiban ke doll ni"
"Eh rambut doll ni kena icing kek takpe ke makan?"
"Eh camne dia pacak barbie doll ni dalam kek ni?"
Haaa...gitu soklan bertalu-talu kat kepala ku.
Nampak tak jakun tahap ke berapa Kak Jenab?

Yela selama ni kek Kak Jenab bentuk pat segi je.
Dop pon bentuk bulat.
Tetiba tengok kek anak bentuk patung terpacak dalam kek.
Tak ke tanjat den melihatnye?
Maaple kak Jenab memang orang kampong sejati.
-.-"

Kek Kayla ni berat around 1.5kg, tapi sumpah cute overload.
Ecehh..overload kata kau..!
Dengan icing kaler pink-pink.
Wuwuwuwu. Menjejes ailio tengok.
Paling tak sabar...tu haa si Mikhail, dok cepat la mama..Hepi bessstay adek..hepi bessstay adik.
Ha.. bessstay kau...mampu?
Mana dictionary, wikipedia dia belajo ntah le.

Kau tau untuk upacara potong kek pacak barbie ni.
Aku usaha gigih pegi tukar baju Kayla.
Kohkohkoh.
Dari berbaju tido ku pakaikan gaun.
Siap letak headband...semata-mata untuk potong kek.
Kelas ko dik, hindustan sangat siap tuko baju.
Heeeeeeeeeee!

Ralatnya baba takde sebab keje.
Mikhail pulak sibok nak calit krim icing kek, pastu Kayla pulak nak pegi muahhhhhhhh anak patung atas kek tu.
T_____T
Penangan anak dua.

So, korang-korang camne sambut 1st besday untuk anak kedua ni?
Anak pertama ku tanak tanye sebab tau lah memang bersakan habis.
Umpama nak sambut menantu kekdahnye.
Siap bunge telo, bunge pahar, paluan kompang bagai...
Fufufufufufufu!

Ni hok anak kedua ni?
Camne? camne?
U tell me how? how?


Siap ade tong gas depan pintu rumah aku..kata nye sebagai senjata pertahanan. Kalo pencuri masuk kita terus hempuk dengan tong gas ittew saje >.< eh nampak tak tong gas dimana?

ewah kau senyum je barbie....sat tunggu sat.

Kemain kek...sepsi nyer.Rambut blonde berjurai...

Bile dah potong OKU rupanye barbie ni. Sedeyyyyy la -.-"
Manusia separuh..kek separuh. Mesti camporan kek ngan anak patung dia ni. Jantina pon tidak dikenal pasti. Pffft!


okbai!

sharemy
mommycha

19 May 2014

Tips: Ajar anak tanpa pampers

Hi Guys!

Susahnya pulak nak mengajar anak tanpa memakai pampers a.k.a "pampers free" ni.
Walhal aku rase Mikhail dah cukup besar untuk tidak memakai pampers.
2 1/2 tahun.
Kira dah beso lah kan?

Kak Jenab bukan ape Senah.
Cumanya Kak Jenab nak terapkan ciri-ciri lelaki sejati dalam diri Mikhail.
C'mon nakkk...tak macho ah terkedek-kedek pakai pampers.
>.<
How to mengorat Izara Aisyah?
U tell me now, my son???

Kaedah ape yang perlu aku ajarin pada anakku itu.
Dulu aku penah try tak kasi pakai pampers.
Menangis khaw-khaw giler tanak pakai seluar tanpa pampers dia.
Cane nak ajar tu?

Pastu Kak Jenab penah tipu sunat cakap.
"Mikhail..pampers habis tau. So, tayah pakai hari ni ye!"
Zassss terus dia terkencing dalam seluar.
>.<
Urut dada omak kau ni....!

Kali ketiga aku try ajar dia tanpa pampers time bila dia nak berak.
Selalunya kalau nak berak dia akan cakap.
"Mama...Kael berak!"
Terus berdiri tegak, sambey kerut-kerut muka macam Menteri Passola fufufufufufufuf!

Aku pon cakap...

"Okeh nak berak yek...meh mama bukak pampers, boleh berak dalam jamban...."
Aku hangkot dia berlari masuk toilet.
Zasss sepantas kilat ku bukak pampers dia.
Sekali...eh, ape rase panas ni?
Haa...kau "fresh najis mughafafah" keluar dari oven dia selepuk atas tangan Jenab.....Senah oi!

Haritu cara aku "ceraikan" puting dengan letak asam jawa dekat puting dia.
Ade gakla aku amalkan petua dekat seminggu.
Terus cerai talak tiga.
Ni pampers ni...nak letak apee???
Pencelop merah tuang atas pampers?
Kang dikatanya anak jantan aku datang period pulop. 
Kohkohkohkoh!

Gitula peel nak "cerai" pampers Mikhail yang masih lom cerai ngan ape talak sekalipon.
Pfftttt.
Camne eh nak ajar anak kurang berpampers ni?
Ku buntu, ku jadi blank serta-merta.
Nak je ku tulis surat ke Ruangan Masalah Kak Seri Siantan 
kat Harian Metro.
Hehehehehe.

Camne eh ibu-ibu ajarin anak tak pakai pampers ni?
Cer perturun elmu sikit dekat aku....
Kot-kot la menjadi...
Baru gantengggg anak jantan Kak Jenab tak berpampers.

#ketukketukcurutgentelmisai

Okbai!


Mama....ape tak macho lagi ke Kael berdiri tegak bergaya sebegini, mama? Chillex ah mama..pakai pampers tu cool hapeeeee! "toilet bergerak" di bontot mama ade ke???ade?ade?

sharemy 
mommycha

16 May 2014

Officially 1 year old today!


#happybirthdaykayla


It’s so hard to believe that you came into our lives only 12 months ago — now we can’t even imagine our days and nights without you and your wonderful, toothless smile. Happy 1st birthday, sweetie!
Read more at http://www.birthdaymessages.net/1st-birthday-wishes-2.html#O1lo5gGYLMrcIRWs.99
It’s so hard to believe that you came into our lives only 12 months ago — now we can’t even imagine our days and nights without you and your wonderful, toothless smile. Happy 1st birthday, sweetie!
Read more at http://www.birthdaymessages.net/1st-birthday-wishes-2.html#O1lo5gGYLMrcIRWs.99
It’s so hard to believe that you came into our lives only 12 months ago — now we can’t even imagine our days and nights without you and your wonderful, toothless smile. Happy 1st birthday, sweetie!
Read more at http://www.birthdaymessages.net/1st-birthday-wishes-2.html#O1lo5gGYLMrcIRWs.99
its hard to believe that you came into our lives 
12 months ago,
now we can't imagine our days and nights without you 
and your wonderful smile,
Happy 1st birthday cutie pie!

sharemy
mommycha

07 May 2014

Gold Coast Morib with love!

Hi Guys!

Hamboiii berjujuran ayormate nak type satu entry pon.
Dasar cuti tak hengat dunia camnilah jadinya.
Okey biarpon cuti lama tapi itu tidak "melemahkan" semangat Jenab untuk menulis di blog usang ini.
Gitew bahasa sanskrit ku dah keluo dah.
-.-"

Last week Jenab pergi bercuti bersama keluarga tercinta ke Morib.
Ha..haaa..haaa..yela Morib je pon.
Dekat tapi best.
Bajet ketat, so itu je termampu.
Bhahahaha.

Beli groupon Morib gateaway tu.
RM198 (include breakfast & dinner for 2, dan pas masuk ke theme park).
Children under 2yrs adalah percuma.
Jadinya kalau rase anak korang lebih sikit dari 2 tahun macam Mikhail tu, silalah bohong sunat.
Memang dapat masuk FREE punya.
Bhahahaha!

Upon check in silalah request bilik ye wahai kawan-kawan.
Macam aku ni ha request bilik bawah dekat dengan theme park, non-smoking floor, dan dekat dengan lif sebab malas nak menapak jejauh kekdahnya.
Bilik yang kitaorang dapat memang best, dan spacious lengkap dengan jakuzi yang ber function tau.
Bukak saje sliding door terus boleh dengar hiruk pikuk orang mandi-manda.
Sampai berkali-kali Mikhail cakap "Mama..nak mandi sungai...nak mandi sungai"
-.-"
Hahahaha. Sungguh kekampungan kau nak.

Experience pegi Morib ni aku boleh bagi 7/10 lah.
Semuanya ok kecuali tekak aku takboleh terima sikit dinner tu.
Hahaha. Dan disebabkan tekak yang mengada itu, malam nya after dinner kitaorang rush out pegi Pekan Morib.
Hahahah. Not so called Pekan lah.
Cuma ada macam foodcourt near pantai tapi awas rege nya agak mencekik darah.
Hawau tol..tapi ku pikir positip mebi sebab muka aku ala mix Europe itu pasal depa charge aku rege mahal.
Fufufufufufufufuiyooo!

So korang boleh la beli rege groupon yang without dinner tu dan makan saja di foodcourt Morib.
Ada macam-macam seafood, dan terpaling best adalah nasik lemak sebab sambal tu power bak kata Erie.
Im on atkins so mampu tengok jela nasik lemak Morib melambai mata aku.
Cis....cisss..!

Untuk yang ade anak-anak tu aku pesan awal-awal ni jangan lupa bawak pelampung tau.
Kalau anak dua sila bawak dua, jangan nak bajet ketat sampai nak share pelampong.
Kang naya nak mandi enjoy-enjoy pastu kena pegang riba anak pulak.
Haaa..macam aku lah tu.
-.-"
Takdan aku nak feeling bebudak terkinja-kinja kat theme park, ate dah kena pegang Kayla saje.
Grrrr!

Erie mana?
Kau jangan tanye.
Ntah mana lesap asik naik gelongsor giant tu berkali-kali.
Phewwww kemain kau bang.
Amboi sangat olideyyy ni.

Kepada yang bertanya eh nak pakai bikini ke mandi-manda tu?
Ha....gasaklah Senah nak pakai boleh takpakai ape pon boleh.
Eh?
Macam aku ni takdenya pakai swimsuit ke hape...pakai t-shirt beso kaler hitam ngan seluar tight sajo.
Cuma anak-anak ku kasi pakai swimsuit dan Mikayla berbikini pada hari kedau.
Auuwwww sangat anak dara tu.

So, ini sajelah yang dapat ku tulis pada  entry Morib Groupon ni.
Takkan nak buat entry sampai 88 part untuk pegi Morib je pon.
Tak musabahah betol, kalian-kalian ni tau.
Overall Gold Coast Morib okeh dan we are having fun sampai kecut tangan anak-anak berendam.
Insyallah ade rezeki kita repeat lagi.

Keeee korang ade ape-ape soklan nak tanye kat aku?
"Yer.... sauuudari berbaju merah bertudung hijau disana....dekat sikit dengan mickropon tu......ustajah tak dengo.."
Kohkohkoh!


pemandangan theme park dari bilik kami
weeee!

ade budak dop sabar nak mandi sungai -.-'
rest dulu minum susu, kasi charge bateri

hahahaha. having fun!

suasana dekat theme park! kitaorg sewa pelampong alih2 takpakai. cit! rugi sewa RM10 tau...pfftttt -.-'

takdelah kurus mana Jenab ni. still ade lelebihan lemak di perot. so takdpt menyembunyikan nye -.-' yang penting ko nengok Mikha. langsung tak amek fedulik! ade ku kesah katanye.

eh ni gambo sesampai tadi. alahai tengok la budak dua orang ni...jakun sebab jarang pegi holiday. bajet ketat dik...ketat.

baba selfie with adik gigi beso dua batang tu. time ni mase dinner kat foodcourt Morib.

Suasana di foodcourt Morib tak jauh dari GoldCoast tu cuma dalam 2km sampai.

I makan kerang-kerangan dengan kuah belachan....

Lagi sekali alahai Mikha -.-'


Mama pesan: Jangan boring bace. Ini baru entry GoldCoast Morib, kalo pegi GoldCoast Ostolia pat hari pat malam baru siap karangan mama. Okbai.

sharemy
mommycha

06 May 2014

Welcome to the family, Emrys!

Hi Guys!

A very warm welcome to our new family members.
Muhammad Adam Emrys.
Alhamdulillah.
Im a Mama Long, now.
Not so very long.
Short-short only.
Kihkihkihkih.

Ececece...
Speakin kau ye Jenab.
>.<


"tiny little baby
so precious & small
welcome to the world
we love you lil' hero"


sharemy
mommycha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...