Iklan

Sharemyloves Geng!

15 April 2014

Anak cakap pelat ke. Mak pak yang pelat sebenarnya?

Hi guys!

Petah bercakap.
Susah sangat ke nak mengajar anak bercakap petah tanpa pelat?
Asal-usulnya cara anak-anak bercakap ni bergantung jugak pada siapa yang bercakap dengan dia tu.
Huraiannya macamni, bila kita sebagai ibu-bapa suka bercakap pelat dengan anak-anak.
Makanya, akan terbentuklah anak-anak yang pelat.
Suke ke anak pelat-pelat ni?

Ok.
Aku kasi lagi contoh bagi meyokong pernyataan aku diatas.
Bila kita ada dirumah macamana cara kita bercakap dengan anak-anak?
Adakah dengan bercakap perkataan baby dengan derang?
Contohnya...agugu..agaga...momomom...pupupupu... titititit and etc-etc.
Ok fine.
Itu boleh dimaafkan sebab baby still baby.
Takkan kau nak berhujah ayat so called "parlimen" or ayat so called "peguam" dengan depa pulak ye dop?

Tapi yang aku pelik bin ajaib bila anak dah membeso sikit atau dah toddler ni.
Cuba lah kita sebagai parents ajar perkataan yang lurus, betul dan elok sikit.
Nanti...nanti jangan kondem aku.
Tak bermakna kau kena ajar perkataan yang betul dari segi tatabahasa, singular, plural, past present tense bagai.
Tapi cukuplah dengan kita menyebut perkataan dengan betul.

Sebagai contoh:
nasi (betul) = nacik (salah)
keropok (betul) = topok (salah)
adik (betul) = atik (salah)
upin-ipin (betul) = pin-pin (salah)
susu (betul) = syusyu or chuchu (salah)
kereta (betul) = teta (salah)
kasut (betul) = tacut (salah)

Aku tak salahkan anak-anak yang pelat ni.
Yele budak kecik kot.
Tapi kita sebagai parents ni, biarlah kita pon jangan memelatkan diri kita.
Errr..paham dop ape yang ku cuba sampaikan ni.
Sebagai contoh bila anak aku mintak:
"Mama, Mikhail nak syusyu"
So, kita kena betulkan macam ni:
"Ooo anak mama nak susu ye...susuuuu bukan syusyu yer nak."

Lebi kurang gitulah maksud aku.
Jangan pulak bila anak kita pelat, kita pon sama naik ikut derang jadi pelat.
Contohnya:
"Mama, Mikhail nak topok (keropok)"
So, kita pon jawab camni:
"Olo tayang-tayang mamo ni nok topok-topok yer...okey mamo agiiii topok yer..."
Itu memang rase kes muka nak mintak penampo boya Tok Moh MH370 tu.
Berangin orang keliling dengo.
Topok-topok ape nye nyah oiii?
>.<

Dan sebegitulah pelajaran yang aku terapkan buat anak-anak aku.
Bukan bermakna aku layak dapat award "mommy of the year" ke hapa.
Tapi itulah cara yang aku ajar untuk anak-anak supaya mereka-mereka ni tak pelat.
Dan setiap butir kata derang kita boleh faham.
Tapi kalau kita pon sekali terjun bersama dalam donia pelat derang, makanya memang anak-anak kita akan pelat sampai lah masuk tadika, masuk pra sekolah nanti.
Gittew...

Jadi sebagai kesimpulannya, ajarlah anak-anak kita sebaiknya.
Kadang bila kita hantar ke taska or pengasuh memang budak-budak ni akan terikut-ikut dengan rakan sebaya di situ.
Tapi takpe...bila ada dekat rumah kita boleh jer ajar derang cakap perkataan yang betul.
It will takes time. No worry brother and sister.
Takkan harini ajar sebut upin-ipin esok nya dah pandai sebut upin-ipin kan?
So...kena bersabar dan teruskan mengajar anak dengan menggunakan perkataan yang betul.
Yang anak pelat takpe lah lagi nampak comey.
Tapi hok mok pok yang dok sama-sama ajar pelat ni.
Haishhhhh...haishhhh...haishhhh...
Takmo-takmo-takmo cakap pelat-pelat ngan anak-anak.
No..no..no..no....

Shampai shini ulu ye, esyok titew type entri balu yer syawan-syawan.
Kohkohkohkoh!
Okbai....

 
kohkohkoh. jangan kecam gambo selfie aku. ehhh ajor selfie kat anak takpo. jangan ajo pelat-pelat sudoh. hehehehehe...lalalalalalalala!


sharemy
mommycha

15 comments:

Mimy Hamid said...

aku tak cakap pelat..mmg cakap mcm org besar....sama je..takde beza...tak nak dia pelat

Wawa Yusoff said...

kami pun ajar anak ckp biasa. mcm bahasa biasa..

Aeen said...

husband selalu ckp pelat ngn anak..i is kadang2 je..tp selalunye ckp biase je...husband penah kene tegur ngn parents sbb ckp pelat ngn anak..anak pun jd terikut la ckp pelat..huuh

aznor ibrahim said...

sy sokong 120% entri ini..keh3..tp rase slalu jugak tercakap "cuk cam ibu ni"..

Yana Ujang said...

yup setuju dgn ko micha! pnh tgk budak baya ank kita ckp fasih sangat! bila tgk org keliling dia mmg rata² org tua (err dewasa)..seronok bila dgr budak ckp fasih mcm kita...comel gak dgr budak pelat..tp...lg elok dgr dia ckp tak pelat..kannn :)

Nadt said...

memang sepatutnya gitu, nak ajar anak cakap betul, kita pun kena la cakap betul2 kan. Even ku ajar dia sebut POKOK dan dia tetap sebut POPOK,ajar sebut BELON dia sebut BELOK, at least da cuba ajar kan.haha..

Wawa said...

tp aku pelat R, so cane eh nak ajar anak pandai ckp R...hahaha...daddy suke je nak gelakkan aku kalau aku sungguh2 ajar naila sebut LORI! Grrrr!

as ♥ Leenda said...

aku ajar anak aku cakap omputih..eh??
nahhh pangggg sedasss..hihihi..

Shasha Azmar said...

Yeahhh tepat sekali kak jem.. Namo pelat pelat naaa..

SyimaSyaz said...

setuju micha.... kitorang cakap biasa je sebab baca kat babycenter pun dia cakap anak tengah belajar bercakap ni dia mengikut cara kita cakap.... biar dia dengan pelat dia, kita jangan pelat sama...

Shasha Azmar said...

Yeahhh tepat sekali kak jem.. Namo pelat pelat naaa..

ctmah said...

haha wawa ni!aku pang kang!kekeke!
aku pun cakap gaya orang besor dengan alisha. alisha itu alisha ini lalalalalaa

Chekgu Azrine said...

Clap2 to micha for this entry...
Terbahekkkk...
Akk tak pelat erkk..kiki

Aty_Fared said...

yer ar cha..memang betul pon apa ko cakap tu.. laki aku suka cakap macam2 pelat..konon2 comel kah...aku sound jer ber das2...hahaha..

amirah said...

rasa mcm pelat lagi susah kottt..lagi senang ckp mcm orang beso..bebel kat depa macam orang beso pun boleh...keke

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...