Iklan

Sharemyloves Geng!

08 April 2014

Aku dijemput jadi chef dalam rancangan masakan di tv?

Hi guys!

Sesekali Kak Jah nak introduce produk yang Kak Jah gune kat umah ni.
Hewhewhew.
Sekarang ni teknologi makin senang, mudah dan pantas, Joyah oi!
Nak masak rendang.
Ko press je blender.
Breeemmmmmm terus jadi bahan-bahan rendang tu.
Kau nak diet-diet pastu nak feeling minum ayor buah blended.
Ko press je shake&take.
Breeemmmmmm terus jadi ice blended.
Kau nak bako-bako ayam.
Ko letak je magic pan atas dapo.
Zassssssss keletuk-keletak terus jadi ayam bako.
Kau malas nongeng-nongeng nyapu sampah habuk karpet.
Ko press je button vacum.
Breeemmmmmm terus vacum sedut habuk karpet ko.

Kat rumah Micha ada satu alat yang Micha paling soka.
Giler tak soka.
Memudahkan acara memasak aku dihujung minggu, Aloyah oi!
Aku kan suka nak masak benda-benda yang senang ni.
So bila aku tengok mama beli pie maker ni terus tanpa rase segan silu nak mencoba.
Hewhewhewhew.
Mama jugakkkk yang beli, bukan aku...aku hanya menumpang kasehhh...hiks!
>.<

Pie maker ni memang arwah nak mati senang gile nak guna.
Memula korang cuma buat lah inti pie tu.
Terpulang sama ada nak buat savori (pedas) or inti yang manis-manis.
Haritu, aku buat inti sardin.
Senang gitu....tumis bawang, taruk sardin, taruk cili potong skit, gula+garam+knorr cukup rase.
Buat la kering sikit sebab takut nanti inti tu boleh explode meletop pie korang dalam pie maker tu.
Hewhewhewhew.

Then aku beli kulit pie or puff pastry brand Kawan ni dekat Mydin.
Sumpah sedap, pastu murah dalam RM5 ade 10 keping.
Cara nak buat pie tu, kau letakkan je puff pastry tu atas pie maker.
Nota: Puff pastry tu kena lah lembut, jangan yang dari freezer ko terus letak atas pie maker. Memang keras la pie tu nanti.
Then kau taruk je inti atas puff pastry tu.
Pastu taruk lagi satu layer atas inti tu untuk tutup lohong pie tersebut.
Kan tepi-tepi pie tu selalu ade kelim-kelim macam karipap tu kan?
Haa....kalau korang gunakan pie maker ni, tayah memandai nak pegi kelim tepi pie tu...sebabnya?
Sebabnya pie maker ni memang dah dicipta ade kelim dalam acuan pie tu.
So bila kau press/tutup pie maker tu secara tak langsung pie korang akan ade kelim.
Understand?
Kuikuikuikuikui. Cikgu memasak sangat aku hari ni.

Pastu bila dah tutup pie maker tu akan menyalakan lampu merah.
Merah tandanya? Stop. Kuikuikuikui!
Dop la merah tandanya tengah panas, tengah masak.
Then after 10 mins lampu tu akan bertukar hijau means jalan.
Hehehehehe...means dah masak.
So, angkat pie tu dan gunting lebihan pastry tadi.
Takpe jangan risau kalau korang gunting takkan jadi ape-ape kat pie korang tu punye.
Takde ye nak rosak, terbelah dua, or once broken consider sold ke hapa...
Percayalah padaku.
>.<

Then apelagi...buat la teh o' ke.
Pastu nikmatilah homemade pie korang seadanya.
Itu pon nak kena ajo?

Itu lah senangnya teknologi ni.

Tapi kalau dah tahap dewa pemalas jugak taktahu la cara nak nolongnyeponaduyai.
Sampai sini saje untuk hari ni.
Kita berjumpa lagi diwaktu yang sama minggu depan...
Bersamaaaaa chefffff mamichaaaa dalam "aku ade..kau ade jadi chef?"
Kahkahkahkah!

okbai!
 
my moms pie maker yaw!


gini lah rupa dalam pie maker tu

ini cara letak puff pastry

ko tekan sikit pastry tu bagi padat kat bawah then taruk la inti banyak-banyak :)

then ko kepit lagi ngan layer kat atas nak tutup lohong pie kau

inilah contoh kulit puff pastri yang aku beli kat Mydin tu

bila dah masak rupa macamni...takperlu sapu telur ye sebab bila dah masak memang garing dan jadi kuning cantik. Lebihan kulit tu ko gunting je...Rangup-rangup tu anak aku yang bedal huhuhuhu..

okeh inilah rupa pie sardin aku...loaded with sambal sardin. Pergghhhh! mantop!


P.s: aku tak jual benda ni tau. Hahahaha. Aku cuma promosi secara senyap-senyap je ni.

sharemy
mommycha

8 comments:

PinKy MoMMa said...

umah kite tak de lagi mendalah ni chep micha..nnt nk buat..kita pinjam chep micha nyer boleh ke idok hahaha

sedapppp oiii...terliur2 mak incik tengok ni haa

Wawa Yusoff said...

hebak mu micha.. hebak... :) :) :)

Chekgu Azrine said...

Sukanya bnda2 yg berinti sardin nih..haha..
Terus lapo@@

Ayu sukatiakula said...

hebat chef kita ni.. tetiba plak rasa kena beli benda alah ni. express je sume kan

DYatie said...

Fuhhhh. Terima kasih micha. Ku teruja. Teruja tahap dewa!

amirah said...

uiyoo...sebijik mcm pie beli kt kedai...best best

e.t.t.y said...

ooooo ko tipu ek micha. aku ingat ko buat manual cissssssss

SyimaSyaz said...

boleh lah jual kat opis ke depan opis ke... cantik je rupanya ha...

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...