Iklan

Sharemyloves Geng!

21 April 2014

11 bulan dan aku ajar Kayla makan sambal belacan. Percaya dop?

copypaste - mymetro
 Jertih – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut akibat tertelan skru berukuran dua sentimeter dalam kejadian di Felda Selasih, dekat sini, petang semalam.
Bayi itu dikatakan termuntah beberapa kali dan dibawa ibu, datuk dan neneknya ke Hospital Dungun.
Mangsa bagaimanapun meninggal dunia sebelum sempat tiba di Hospital Dungun. Hasil pemeriksaan dilakukan terhadap mangsa oleh kakitangan Hospital Besut kemudiannya menjumpai sebatang skru terlekat di kerongkong bayi berkenaan.


Hi guys!
Sedih Mommycha teringatkan berita sedih ni semalam.
Jadinya aku nak kongsi sedikit perkara yang kalau kita lalai seminit pon boleh mengundang bahaya pada anak-anak kecil kita.

Mainan anak-anak.
Ramai ibu-bapa yang pandang mudah perkara ni.
Termasuk diri aku sendiri.
Tapi bila ada kes macam bayi malang semalam barulah macam terhantuk kepala aku dekat dinding konkrit umah aku ni haa.
Dan-dan tu jugak aku buat "inspection" permainan anak-anak aku.

Kenapa mainan?
Kenapa bukan benda lain?
Sebab sesetengah mainan adalah mainan yang merbahaya!!
Sebab apa merbahaya?
Yang small-small parts tu buatkan mainan ni merbahaya.
Contohnya, tayar kereta, besi-besi komponen kereta, lori, treler, plastik pelekat etc-etc.

Bagi yang ada anak toddler & baby macam aku ni lagilah merbahaya.
Mikha ralit dengan kereta, motor, train dia, pastu si Kayla pulak sibuk nak gigit tayar lah, body part kereta la...haishhh boleh dikatakan semua small part tu dia nak gigit masuk dalam mulut.
>.<
Memang kadang tu aku tak tertengok sebab biarkan budak berdua tu main di ruang tamu.
Sedangkan aku pulak memasak di dapur.
-.-"
If something bad happen how?how?howwww Senah??

Oleh kerna itu semalam aku decide kutip semua mainan yang ade small parts yang ku rasa selalu dibuat "jajan" oleh Kayla tu, aku masuk semua dalam plastik!
Fuhhh!
Seplastik jugak aku dapat.
Berderau darah aku dok pikir camnelah kalau anak aku telan tayar motor, kereta, lori si abangnya ni.
Mau nangis tak berlagu aku!!!
Dah le sekarang ni Kayla galak nau kutip semua benda masuk mulut.
Sampaikan semut lintas pon dia kejor kemain laju nak amik semut buh dalam mulut.
Agagagagagaga.

Disebabkan aku dah ade satu pengalaman ngeri, dimana Mikhail dah hampir hilang nyawa dari aku dek kerana sehiris epal.
Dan aku takmahu berlaku perkara yang sama pada Kayla ni.
Beringat sebelum terkena....bak kata orang tua-tua.

So, buat para ibu yang terbaca entry aku di hari Isnin ni.
Mohlah buat spring cleaning...mainan mana yang agak berbahaya tu silalah ketepikan dulu.
Dah besar nanti bolehlah keluarkan balik yer dop.
Ish! tak sabo nak tunggu Kayla beso sikit...bolehlah kita main masak-masak dua orang yer, dik?
Mama potong timun, Kayla tumbuk sambai belachan yek.
Mama takbley tumbuk sambai belachan sebab mama ade resdong kang terbersin.
>.<
Kihkikihkihkih!


so ade soft toys saje pasni.

sebahagian dari "harta qorrun" Mikhail

mohle kita simpan dulu harta abam Mikha ni yek.

current obsession jugak katanya, asik nak main tomas the train ciplak ni hewhewhew! ni je mama tak simpan yang lain mama dah bubuh dalam peti rete qorrun Khail tau...tauuu. hahahaha!

okbai!

sharemy
mommycha

11 comments:

Chekgu Azrine said...

HUHUHU

aish yang dah nak masuk 2 tahun tu pun jumpa benda entah hape2 pun masuk mulut...hadoi la!!

Mimy Hamid said...

aku pun nakbuat inspection mainan...bila eh...mana yg tercabut kasi buang

Allene said...

tu la micha... aku tak suka benda2 kecik2 ni. Nampak je, aku sapu terus. Lagi bila mainan da pecah. Aku buang je micha... malas nak simpan. bahaya.

Aeen said...

tu lah sedih je tengok berita budak yg tertelan skru tu...mmg nk kene buat inspection utk mainan bdk2 nie...dah la raees tu pulak ade mase ntah2 ape suka sgt masuk mulut..haih risau betul la..

lia said...

wpon da xtra carefull, kena doa lagi kuat supaya Allah sentiasa pelihara anak2 kita... amin...

as ♥ Leenda said...

ooo dgr jgk brite ni semalam..
adehhh aku pun kena buat spring cleaning jgk la mcm ni..menan si asrap tu adehhhh laaaa..seme kecik2..mmg dia jenis tak masuk mulut, tp nnt adik yg bakal lahir cm mana? ooo ini tak boleh jadik..bahaya bahaya..
huhu

ctmah said...

baca paper arini, budak tu telan skru kan..huhuh!
alisha ku suka makan tisu tisu tisu..ape ke sedapnya tisu tu ntah =(

~Lieza~ said...

Aku pn trbc berita nie kt FB... Huwaaa....siyes risau kalu anak2 nie suka kutip brg msk mulut...

Petak Bunga said...

Berita semlm rasa gerun jugk, budk2 semua bnda nk msk dlm mulut.
Kt rumh, duit syìling selalu merata..

DYatie said...

Tak buat lagi spring cleaning. Weekend ni kena buat sambil kemas bilik arissa. Seminggu lagi dia nak balik. ^_^

MimahAjil said...

jangan kate kayla je micha..ankku si hasif dh 22bln pn dtg wat prangai nk masuk mende dlm mlt dia....berderau drh aku.careful sokmo la skrg

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...