Iklan

Sharemyloves Geng!

29 April 2014

Voucher Zalora RM100 sape nak?

Hi guys! 

Haritu kan ade ber rezeki collaborate dengan Zalora Malaysia untuk entry kasut zalora.

Heheheheh.
Tak susah mana buat je entry pasal kasut kat zalora tu.
Pasti xoxo published!

Ni yang memeningkan kepala bila dah dapat reward hasil berzalora.

Voucher RM100.
Banyak gak tu, so bolehla soping ape saje di zalora, kan?

Masalahnya Semah...

Kak Jenab ni taktahu nak beli apeeee........
Gila kau berpinau mata aku tengok semua nak beli.
Walhal dapat RM100 jek.
Camno tu?

Bila bukak je website zalora tapak tangan aku jadi berpeloh, basah kauuuuu!

Umpama first time nak pegang tangan Erie dulu.
Kohkohkoh.
Berpeluh cuak kau...taktau mana nak pilih.
Last-last tak sampai 5 minit aku tutup website zalora tu.
Kohkohkoh!

Kadang ade terbekenan pastu takde size pulop.

Haishhhh!
Buka section kasut, ganti pulak nak tengok baju, bukak baju gatal pulak nak tengok jam!!!
Ciskek leleh Anis tol lahhhh!

Hingga ke hari ni aku masih dalam dilema pasal voucher zalora ni.

Jangan tup-tup dah expired sudah laaa....
Kak Jenab jugak rugi tau.
At least boleh la buat beli kasut or baju raye kan?
Jimat seratus dah duit aku....
Eh?



baju raye camni? yeay or nay? jenuh nak balut badan ngan shawl labuh 5 meter.

kasut camni kalo...mau rebah aku pakai.

ade gak a few designer yang collaborate dengan zalora ni. tapi utk rege baju seratus tak dapat derrr baju designer!

Okbai!


sharemy 

mommycha

28 April 2014

Header baru kite. Macam comel tak? Macam cantik tak?

Hi guys! 

Jangan terkujat melihat template baru rumah i ols.
Heheehehehe.
Almaklom le nak raye so, rumah pon kita kasi make-over sikit.
Panggil Erik Leong datang make over semalam.

Actually, I ols tempah header dekat my blogger friend, Sue
So sesiapa yang nak make over pon boleh mintak Sue tolong buatkan dengan rege yang berpatutan.
Mahal-mahal tanak ah.
I ols nak simpan duit beli baju raye Jobian Mendagi.
Haahahahahahahaha.

Okey itu je nak cite.
Sebab i ols tengah mood cuti-cuti "sekangkang kera"
Al maklom takde bajet nak pegi jauh-jauh.
So jalan dekat-dekat dulu.
Muahahahahha!

Gold Coast, Ostrolia here i come.
eh?
Morib je pon.
Kihkihkihkih!
>.<


Betapa banyak kali aku suruh Sue adjas header aku. Kohkohkoh! nampak sangat banyak cekadak..... -.-'







okbai!

sharemy 
mommycha

25 April 2014

Giliran mana balik kampong raya tahun ni? Meh diskus meh!

Hi guys!

Pejam celik lagi bape bulan nak puase.
Pastu raye.
Yeaaa..yeaaa....
Eh?
Hahahahaha.

Mengimbau zaman raya terutama lepas kawin pergghh memang gonjeng lah.
Yela lepas kawin then tup-tup mengandong pulak.
Dengan time tu la rase mual-mual nak muntoh ijau bagai.
Memang mood first year kawin beraya adalah ZERO.
Kohkohkoh.

Nanti aku tunjuk betapa gonjeng nye lahai aku time tu.
Baju pon tak matching kaler ngan baju laki aku.
Ah! Lantok...
Bukan masuk majalah mangga pon nak matching-matching baju pose tengah bersalam.
Eh?
Hahahahahha.

Tahun kedua beraya time tu ade anak kecik.
Mikhail la tuh.
Time tu aku pandai sikit dah cari baju kaler match-match.
Sedondon mak, apak sekali dengan anak terjebak.
Hahahaha.
So berkaler ribena lah kita tahun 2012.
>.<

Tahun 2013 pulak dah bertambah lagi sorang.
Mikayla Aeesya.
Baju budak-budak dah lama beli so senang sikit.
Last minit beli baju aku ngan Erie.
Nasib aku beli merah so senang sangat merata ade merah.
Kalau nak cari mint green, pepel kundang, mustard time lagi sehari nak raya pulak dah tu.
Memang boleh mengundang kemarahan oi.
Boleh terbuka puase secara tak sengaja tu hahahahaha.

Tahun ni aku taknak amik risiko lagi.
Baju aku dah awal-awal tempah dah.
Cuma tengah tunggu time nak membeli kain untuk anak-anak & toklaki sajork.
Nak sakan sikit tahun ni since anak-anak dah membeso.
So bolehla bersiap havoc-havoc-havoc sket.
Huhuhuhuhu!

Errr...tapi tahun ni raye balik mana yeh?
Moh le tengok caption gambo, sistem giliran kita jatuh pada kampong sape tahun ni.
Kohkohkoh.
>.<


giler gemss aku time ni 2011. Di kampong suamiku Felda Keratong, Pahang.

2012: Erie, Mikha & Micha. Hahahahaha alolo budak dobot ni. Tempat: Kampongku, Parit Buntar, Perak.

2013: Di Shah Alam rumah mertuaku. Tahun ni bertambah lagi kepada 4 orang in total.


So korang agak-agak tahun ni kampong sape???????
hahahaahahahaha....sudah terang lagi bersuluh!

okbai!

sharemy
mommycha

24 April 2014

Berapa korang labur sebulan untuk anak?

Hi guys!

Berapa yang korang labur/berbelanje sebulan untuk anak?
RM200? 400? 500? 600? atau lebih?
Pelaburan ni bermaksud barang yang korang beli yakni pampers, susu, yuran taska, makan anak, baju-bajan dan etc-etc.
Kalau tanya aku.....fuhhh!
-.-'

Perkara utama terpenting adalah susu, pastu pampers.
Itu memang dah set dalam otak dah tu kena beli di awal gaji.
Kalau "harimau kuning" dah mengaum pastu ko lengah-lengah dok transfer duit beli barang online je.
Memang larik bajet le alamatnya.

Semenjak beranak dua ni memang berdouble lah spending aku pada anak-anak.
Pampers sebulan kena beli 4 beg sumtimes 6 beg.
Susu pon kena beli lebih untuk stok, since Kayla dah bertukar ke fm aritu.
Nasib dia tak memilih sangat jadinya, Dutch Lady pon boleh lah dik.
Kohkohkoh!

Yang menjadi masalahnya adalah Mikhail.
Pampers takbleh jenama cap ayam je, sebab buntot dia cepat merah.
Since dia kan ada eczema so kenalah pakai pet-pet.
Tu pon kadang merah jugak.
Dia punya toilettries pulak kena pakai brand Cetaphil saje.
Brand Johnsonbaby pon dia alergik.
Susu pulak Sustagen Junior 1+ yang berharga beratus jugak untuk 2 kotak 650g.
-.-'
Hai..Mikha...Mikhaaa
Ape keheiiiii high maintenance nau kamu ni?

So total tolak bahagi darab expense untuk anak-anak adalah lebih kurang RM1200 sebulan termasuk upah mengasuh.
Hohohoho.
Ntah la mahal ke murah tapi pada aku berpeloh gak tiak tu.
Itu belum dikira membeli baju-bajan, makan, snack, kudapan ape lagi.
Fuh!

Oleh sebab itu, ku tutup niat nak beranak lagi sorang tahun depan.
Takpe slow-slow kayuh.
Kasi kukuh financial baru leh pikir tambah keahlian persatuan kami.
Bhahahahaha.

Sesungguhnya anak itu pembawa rezeki.
Tapi kita pon kena rajin jugak nak bawak rezeki lebih masuk dalam rumah.


kihkihkih. ahli-ahli aktip persatuan aku ni.



okbai!

sharemy
mommycha

23 April 2014

Sehari sekali, cukup!

Hi guys!

Semenjak dua menjak "terjun" ke bidang diet ni.
Inilah antara yang aku makan bila lapar.
And even ini saja yang aku makan tika bersahur.
Selalunya hadap sekali dua ketul.
Sebab sedapnye lahai mendalah ni.
>.<

But please..dont consume too much.
Manis leting-ting-ting okeh.
Tak memasal kena potong kaki kang.
-.-'

Terpaksa kentalkan diri untuk dapat shape badan idaman.
Dah masuk 3 weeks tak makan nasik.
Bila orang tanye, "Eh..ko tak lapar ke?"
"Ko tak menggigil badan ke?"
"Perot ko tak gastrik ke?"
Jawapan aku adalah: TIDAK.

Otak kena set target.
Hati & jiwa kena kental.
Dan jauhkan godaan nasik dari aku!
Eh..lagi satu keep calm jangan dok memerli orang yang nak diet ok.
Perli itu keji!



laki aku beli RM15 sepaket.

namanya oat choco tapi takde lak choco pon. huhuhuhu

kalo kasik bebudak tu makan ni memang berterabur dalam rumah. so kena standby penyapu hahaha.

motivasi diri betul gambo no 1 tu. hehehehe.

kalo buat senaman no 12 tu alamat memang tepeot tangan terus tak bangun-bangun. muahahahah!

okbai!

sharemy
mommycha

22 April 2014

Supriseeee!!!!!!

Hi guys!

Kisahnya hari ni bermula bila aku bukak pintu rumah dan tetiba dapat birthday invitation.
Kikikikikiki.
Kelako.
Dah tuo pon dapat jemputan besday-besday ni lagi.

Aku dengan penuh debo pon bukak lah sampul surat tu.
Ku pikirkan "eh secret admirer mana pulek ni?"
Dalam usia yang meniti "kekertuan" ni ada jugak yang admirer-admirer ni.
Kohkohkoh.

Bila dah baca isi surat tu pergghhhh!
Best-best terus bertekad dalam hati nak pegi invitation besday ni.
Rupanya Ahli Parlimen Putrajaya nak kasi hadiah besday.
Team dacing? payung? bulan? bintang? burung kakatua?
Ku tak fedulikkkkk.
Nak jugak hadiah.
Kikikikikiki.

Hari yang dijanji dah tiba.
Berdesup katanya kul 8 event bermula.
Gemuruh oi masuk dewan komuniti tu siap ade pulut kuning bentuk kek.
Dah siap daftar kitaorang (aku, Mikha, Erie) pon tunggu la.
Dari kul 8 tunggu then pukul 9 baru nampak batang idong ahlil parlimen.
-.-"
Nasib tak bawak Kayla.
Itu pon Mikha dah beratus kali ulang "jom mama balik, Khail nak susu...nak susu"

Last-last ucapan gitu-gini nearly 10 pm still belum dapat hadiah.
Alaaa...mana hadiah aku ni.
Dan disebabkan Mikhail dah meronta nak balik so, aku wakilkan Erie je amik hadiah aku.
>.<
Cis...taksempat nak potong kek "pulut kuning" dengan Pak Menteri tau...
Kekekekekeke.

Dengan debonya aku tunggu hadiah kat rumah.
Sekali Erie balik ku terus tak menyabo tanya..."Eh? mana hadiah orang?" Kohkohkoh!
Bukan nak tanye laki dah makan ke belum bla-bla-bla hahahaha!
Dan....dan....dan....mesti korang nak tahu kan ape ke menda yang aku dapat tu?
malas nak suprise-suprise...nengokla sendrik tau!


kantoi tua nau siap ade tarikh lahir tu...mak incik dah kertu camni lah...

Tq Pak Menteri :)

:)

Apekah?

Agagagaga tudung ariani ku dapat. bolehlahh buat pakai pegi kedai runcit Pak Mat. eh? hahahaha...

okbai!

sharemy
mommycha

21 April 2014

11 bulan dan aku ajar Kayla makan sambal belacan. Percaya dop?

copypaste - mymetro
 Jertih – Seorang bayi lelaki berusia lapan bulan maut akibat tertelan skru berukuran dua sentimeter dalam kejadian di Felda Selasih, dekat sini, petang semalam.
Bayi itu dikatakan termuntah beberapa kali dan dibawa ibu, datuk dan neneknya ke Hospital Dungun.
Mangsa bagaimanapun meninggal dunia sebelum sempat tiba di Hospital Dungun. Hasil pemeriksaan dilakukan terhadap mangsa oleh kakitangan Hospital Besut kemudiannya menjumpai sebatang skru terlekat di kerongkong bayi berkenaan.


Hi guys!
Sedih Mommycha teringatkan berita sedih ni semalam.
Jadinya aku nak kongsi sedikit perkara yang kalau kita lalai seminit pon boleh mengundang bahaya pada anak-anak kecil kita.

Mainan anak-anak.
Ramai ibu-bapa yang pandang mudah perkara ni.
Termasuk diri aku sendiri.
Tapi bila ada kes macam bayi malang semalam barulah macam terhantuk kepala aku dekat dinding konkrit umah aku ni haa.
Dan-dan tu jugak aku buat "inspection" permainan anak-anak aku.

Kenapa mainan?
Kenapa bukan benda lain?
Sebab sesetengah mainan adalah mainan yang merbahaya!!
Sebab apa merbahaya?
Yang small-small parts tu buatkan mainan ni merbahaya.
Contohnya, tayar kereta, besi-besi komponen kereta, lori, treler, plastik pelekat etc-etc.

Bagi yang ada anak toddler & baby macam aku ni lagilah merbahaya.
Mikha ralit dengan kereta, motor, train dia, pastu si Kayla pulak sibuk nak gigit tayar lah, body part kereta la...haishhh boleh dikatakan semua small part tu dia nak gigit masuk dalam mulut.
>.<
Memang kadang tu aku tak tertengok sebab biarkan budak berdua tu main di ruang tamu.
Sedangkan aku pulak memasak di dapur.
-.-"
If something bad happen how?how?howwww Senah??

Oleh kerna itu semalam aku decide kutip semua mainan yang ade small parts yang ku rasa selalu dibuat "jajan" oleh Kayla tu, aku masuk semua dalam plastik!
Fuhhh!
Seplastik jugak aku dapat.
Berderau darah aku dok pikir camnelah kalau anak aku telan tayar motor, kereta, lori si abangnya ni.
Mau nangis tak berlagu aku!!!
Dah le sekarang ni Kayla galak nau kutip semua benda masuk mulut.
Sampaikan semut lintas pon dia kejor kemain laju nak amik semut buh dalam mulut.
Agagagagagaga.

Disebabkan aku dah ade satu pengalaman ngeri, dimana Mikhail dah hampir hilang nyawa dari aku dek kerana sehiris epal.
Dan aku takmahu berlaku perkara yang sama pada Kayla ni.
Beringat sebelum terkena....bak kata orang tua-tua.

So, buat para ibu yang terbaca entry aku di hari Isnin ni.
Mohlah buat spring cleaning...mainan mana yang agak berbahaya tu silalah ketepikan dulu.
Dah besar nanti bolehlah keluarkan balik yer dop.
Ish! tak sabo nak tunggu Kayla beso sikit...bolehlah kita main masak-masak dua orang yer, dik?
Mama potong timun, Kayla tumbuk sambai belachan yek.
Mama takbley tumbuk sambai belachan sebab mama ade resdong kang terbersin.
>.<
Kihkikihkihkih!


so ade soft toys saje pasni.

sebahagian dari "harta qorrun" Mikhail

mohle kita simpan dulu harta abam Mikha ni yek.

current obsession jugak katanya, asik nak main tomas the train ciplak ni hewhewhew! ni je mama tak simpan yang lain mama dah bubuh dalam peti rete qorrun Khail tau...tauuu. hahahaha!

okbai!

sharemy
mommycha

18 April 2014

#mikhailarjunabeta


 #mikhailarjunabeta


Tak kanku biarkan walau ribut menyentakmu yang tidur
datang petir menyambar
jengking dan ular bonda takkan berundur

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

kan ada satu ketika kau tak tahu mana nak pergi
jalan betul, anakanda,
tak jelas mata
ambil yang sarat duri

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

ngeri tak terbayang mata
bonda takkan ada sentiasa
nanti moga kau tak lupa
bonda memujukmu, anakanda

hiduplah arjuna beta
biarkan jasad yang luka
selama tuhanmu ada
takkan engkau tercela

nyamanlah arjuna beta
mimpikan yang indah saja
nanti bila kau buka mata
semua tak serupa

credit to fynnjamal @ kokping.

 sharemy
mommycha

Resipi Mudah dan Simple: Sayur Pak Choy masak Tiram.. senang giler baqq angggg!

Hi guys!

Dah menjadi kebiasaan hari Jumaat laju saje jejari "runcing" ku nak me nype entry resipi.
Dan oleh kerana esok hari minggu rerajin lah kalian-kalian masuk dapo, semoga sang bapa bertambah saling sayang-menyayangi..
Gittew!

Mohle kita singkap apekah resipi kita pada hari ini.
Taraaa.....sayur pak choy masak tiram.
Bhahaha.
Macam le payah sangat yer dop siap nak bagi resipi bagai.
Tapi takpe aku paling suka buat resipi yang simple, dan mudah.
Al maklom dah tuo-tuo ni, tak berapa gigih nak memasak resipi renyah-renyah, Kak Jenabbb oi!

Bahan-bahan:
Sayur Pak Choy (spesis adik kepada Sawi, lebih pendek dari sawi)
Isi ayam atau ayam cincang
Bawang putih
Halia
Sos Tiram
Sedikit Tepong Jagung (kena bancuh sikit dengan air)
Garam

Cara memasak:
- Potong dua sayur pakchoy dan celupkan dalam air panas dengan ditabur sedikit garam serta letak dua,tiga titik miyak masak.
- Untuk kes aku aku tak potong dua sayur tu tapi aku, "ceraikan" satu-satu each sayur supaya senang nak makan :)
- Celup dalam 5 minit pon ok. Lepas tu angkat dan susun dalam pinggan.
-Lepas tu, dalam kuali korang tumis bawang dengan halia, potong kecik-kecik tau. Dah naik bau korang taruk isi ayam cincang dan biarkan ayam betul-betul masak.
-Then, tarukkan sos tiram, 1/2 cawan air dan biarkan sebati.
- Dalam masa yang sama taruk la garam, serbuk maggi cukup rase sikit dan masukkan bancuhan tepung jagung itu tadi.
-Kacau dan biarkan mendidih seketika, then bila kuah dah agak pekat curahkan saje kuah tu atas sayur pakchoy tadi.

Zassssss.
Dah siap masak sejenis sayur berlauk untuk familia tercinta.
Senang kan?

Okehlah Kak Jenab, Kak Senah, Kak Rokiah sekalian.
Sampai disini saje entry resipi mudah dan ringkas dari Mommycha.
Sesakli nak berubah style masakan apelah salahnye yer dop?
Ate? Takkan hari-hari nak masak sayur tumis air?
Kohkohkohkoh.
>.<


tayah gogel sayor pak choy rupe camne. ni aku dah pampangkan rupa sayo pakchoy tu.

ku takde ayam kisar, so aku hiris isi ayam camni saje.

skil mencincang bawang dengan halia jugak non-hado so jadilah cani. ini dah sehabis baik aku cincang ni hahahahahah.

celo kejap sayur dengan di taruk sedikit garam, minyak.

gini lah rupa setelah dicelor dalam 5 minit gitu. ikut tekak korang lah kalo nak makan layu sikit celo lah lama sikit. itu pon takkan aku nak ajo? kihkihkih.

untuk yang anje-anje tak kenal rupa tepong jagung...haaa  nennndiaa tepong jagung. yang ade gambo jagung kat plastik tu sahlah tanpa was-was memang dia dah. kalo depan bukan gambo jagung maka nya...bukan tepong jagung lah dia.

bila gravy dah siap so kita curahkan saje ke atas sayo tersebut.

demikian lah result sayo pakchoy masak tiram kita. sedap ni...kena try ooooo! dah macam ala di Chicken Rice Shop tau :p

juadah sabtu hujung minggu anda! tambatlah perot suami mu dengan juadah yang simple tapi sedap. bhahahahaha!

okbai!

sharemy
mommycha

16 April 2014

Dilamar jadi Pengacara Jemputan Nona?

 #wordlesswednesday

kemahen Jennnnaaaaabbb bersayang-sayang kumbang  
kau kan.
kohkohkohkohkoh!

#akulahyangbernamanatashafarinaarifinitu
>.<



okbai!


sharemy
mommycha

15 April 2014

Anak cakap pelat ke. Mak pak yang pelat sebenarnya?

Hi guys!

Petah bercakap.
Susah sangat ke nak mengajar anak bercakap petah tanpa pelat?
Asal-usulnya cara anak-anak bercakap ni bergantung jugak pada siapa yang bercakap dengan dia tu.
Huraiannya macamni, bila kita sebagai ibu-bapa suka bercakap pelat dengan anak-anak.
Makanya, akan terbentuklah anak-anak yang pelat.
Suke ke anak pelat-pelat ni?

Ok.
Aku kasi lagi contoh bagi meyokong pernyataan aku diatas.
Bila kita ada dirumah macamana cara kita bercakap dengan anak-anak?
Adakah dengan bercakap perkataan baby dengan derang?
Contohnya...agugu..agaga...momomom...pupupupu... titititit and etc-etc.
Ok fine.
Itu boleh dimaafkan sebab baby still baby.
Takkan kau nak berhujah ayat so called "parlimen" or ayat so called "peguam" dengan depa pulak ye dop?

Tapi yang aku pelik bin ajaib bila anak dah membeso sikit atau dah toddler ni.
Cuba lah kita sebagai parents ajar perkataan yang lurus, betul dan elok sikit.
Nanti...nanti jangan kondem aku.
Tak bermakna kau kena ajar perkataan yang betul dari segi tatabahasa, singular, plural, past present tense bagai.
Tapi cukuplah dengan kita menyebut perkataan dengan betul.

Sebagai contoh:
nasi (betul) = nacik (salah)
keropok (betul) = topok (salah)
adik (betul) = atik (salah)
upin-ipin (betul) = pin-pin (salah)
susu (betul) = syusyu or chuchu (salah)
kereta (betul) = teta (salah)
kasut (betul) = tacut (salah)

Aku tak salahkan anak-anak yang pelat ni.
Yele budak kecik kot.
Tapi kita sebagai parents ni, biarlah kita pon jangan memelatkan diri kita.
Errr..paham dop ape yang ku cuba sampaikan ni.
Sebagai contoh bila anak aku mintak:
"Mama, Mikhail nak syusyu"
So, kita kena betulkan macam ni:
"Ooo anak mama nak susu ye...susuuuu bukan syusyu yer nak."

Lebi kurang gitulah maksud aku.
Jangan pulak bila anak kita pelat, kita pon sama naik ikut derang jadi pelat.
Contohnya:
"Mama, Mikhail nak topok (keropok)"
So, kita pon jawab camni:
"Olo tayang-tayang mamo ni nok topok-topok yer...okey mamo agiiii topok yer..."
Itu memang rase kes muka nak mintak penampo boya Tok Moh MH370 tu.
Berangin orang keliling dengo.
Topok-topok ape nye nyah oiii?
>.<

Dan sebegitulah pelajaran yang aku terapkan buat anak-anak aku.
Bukan bermakna aku layak dapat award "mommy of the year" ke hapa.
Tapi itulah cara yang aku ajar untuk anak-anak supaya mereka-mereka ni tak pelat.
Dan setiap butir kata derang kita boleh faham.
Tapi kalau kita pon sekali terjun bersama dalam donia pelat derang, makanya memang anak-anak kita akan pelat sampai lah masuk tadika, masuk pra sekolah nanti.
Gittew...

Jadi sebagai kesimpulannya, ajarlah anak-anak kita sebaiknya.
Kadang bila kita hantar ke taska or pengasuh memang budak-budak ni akan terikut-ikut dengan rakan sebaya di situ.
Tapi takpe...bila ada dekat rumah kita boleh jer ajar derang cakap perkataan yang betul.
It will takes time. No worry brother and sister.
Takkan harini ajar sebut upin-ipin esok nya dah pandai sebut upin-ipin kan?
So...kena bersabar dan teruskan mengajar anak dengan menggunakan perkataan yang betul.
Yang anak pelat takpe lah lagi nampak comey.
Tapi hok mok pok yang dok sama-sama ajar pelat ni.
Haishhhhh...haishhhh...haishhhh...
Takmo-takmo-takmo cakap pelat-pelat ngan anak-anak.
No..no..no..no....

Shampai shini ulu ye, esyok titew type entri balu yer syawan-syawan.
Kohkohkohkoh!
Okbai....

 
kohkohkoh. jangan kecam gambo selfie aku. ehhh ajor selfie kat anak takpo. jangan ajo pelat-pelat sudoh. hehehehehe...lalalalalalalala!


sharemy
mommycha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...