Iklan

Sharemyloves Geng!

29 January 2014

Fitnah?


 #wordlesswednesday


One day son...one day. Mama tahu kamu akan lindungi mama daripada fitnah-fitnah "bangsat" atas dunia.



sharemy
mommycha

28 January 2014

Sape nak walker FREE?


Salam

Mikayla dah menginjak ke 8 bulan sekarang.
Dan semenjak itulah dia punya buas mengalahkan abang dia.
Jap-jap tinggg…dah ade bawah meja.
Jap-jap tinggg…dah ade dekat dapo.
Fuh..lelah opah dia jaga.

Disebabkan itulah tercetusnya idea aku nak letak dia dalam walker.
Ah! Gasaklah walker tak elok untuk perkembangan bayi ke hapo.
Janji aku nak meringankan tugas mama aku.
Gitew.

Pikir punya piker nak pinjam jek kat kawan blogger aku Erin.
Tapi last-last rejeki datang melanda Kayla.
Rejeki ape?
Meh ku stori-mori.

Sedia maklom laki aku kan keje kat DEMC.
Satu yang aku kagum akak opis laki aku ni memang prihatin bebeno.
Laki aku kan baya adik-adik derang jek.
Padahal aku nih dah sama baya ngan derang.
Eh apa ayat yang aku sedang terjemahkan ni?
Paham dop?
Hihihihihi.

Jumaat lepas laki aku cerita pasal Kayla yang makin buas suka nak memanjat, meniti kat sofa.
Bercerita kat ahkak opis dia lah.
Pastu siap buat ayat “Kalau dapat gaji, Erie nak beli walker kasi Kayla”
Tup-tup lepas solat Jemahat tu jeng-jeng-jeng…
Ahkak opis Erie beramai-ramai kumpul duit kasi hadiah walker ke Kayla!
Ohyemjiiiii… #emoticonmulutternganga
Rezeki Kayla & makpaknye sekali tayah beli walker baru.
Hohohoho.

Bila ade walker kat umah yang paling saited sekali adalah Mikhail.
Kayla buat muka macam…hoii ade aku kesah dengan mendalah beroda 8 ni?
Kitaorang letak dia dalam walker sekali melalak paling ter melalak penah ku dengo.
Haish…adik nak kena ni.

Lama juga nak kasi dia serasi pastu baru nak duduk tu pon dalam 5 minit pastu lalak lagi.
Last-last Mikhail yang duduk dalam tu.
Mikhail pon dulu walker nye kitaorg pinjam ngan SIL jek.
Seawal 7 bulan dah letak dalam walker so dia tak kekok sangat.
Mungkin Kayla ni dah terrrrrlambat nak letak dalam walker tu yang dia menjerit sakan tu.
Eh..Kayla sebeno nye memang peliks sebab bukan takat walker, carseat, stroller, playpen semua pon dia tak sio nak duduk.
Spesis avatar mana ntah anak aku ni.
;p

Tu lah entry walker anak aku.
Paling ku nak tergelak sebab Erie dok cite dia buat muka sedih kat ahkak opis dia sebab nak beli walker time gaji.
Aku pon cakap nanti bebila buat muka sedih lagi tau kalo nak beli ape-ape…kot-kot derang tong-tong leh beli kasi kita lagi.
Ok. Cunnn pasni nak mintak ekon, penapis air Coway, set sofa, tv, radio, microwave, ipong 5S…bla-bla-bla.
Hohohoho!
 

 
hohoho kau tengok drama betol aku wassap aku ngan laki ku ni. agagagagaga!


kronologi kes walker kayla. Gitew. Kena bagi bukti kang kata aku pemohong lak. Kuikuikuikui!

haa...buat apa tu?!!!!

abam explain SOP cara nak naik walker dengan betul.

Eh ini lah walker baru adik. Jenama otomo. Nasib bukan otomeng. Hahaha. Tq kawan opis baba kasi kayla walker ni. Pasni kayla rempit ngan walker pulop..

nape ku rase gambo ni macam adik pakai crown eh? Kau rase? Hahahaha.
 p/s: kot-kot sape nak pinjam walker aku ni boleh lah nanti yek. Ku bagi jek sebab tak semak umah aku. Harharharhar....

okbai!

sharemy
mommycha

27 January 2014

Kartun Kesukaan Anda anda? Share kejap ngan i....u olsss....

Salam

Dulu-dulu si Mikhail ni bukan reti tengok GTab aku ni.
Tapi semenjak dah reti main Gtab ni.
Berasap la "minatang" tu sebab dia rajin dok slide sana sini.
Pfftttt!

Eh.
Tapi bukan nak cite pasal Gtab sebenonye.
Nak cite pasal watak kartun yang Mikhail suka tengok dalam Gtab tu.
Seingat aku dulu dia suka tengok pinkfong dalam tu.
Hari-hari okeh pasang semua lagu dalam tu.
Naik cair taik telinge aku dengo.
Siap dah boleh hafal lirik lagu dalam tu.
Hoh!

Selepas menginjak ke usia setahun dia "jatuh cinta" ngan upin&ipin pulop.
Hari-hari upin ipin.
Dah le sebut pon pin-pin jek.
Pelat kekdahnye.
Bukak je Gtab upin-ipin senyap dia kau.
Kalo nak umpan dia minum susu pon aku pasang upin-ipin nescaya habis susu 8oz.
:)
Sambil minum susu, sambil silang kaki, sambil nengok upin-ipin.
Hohohohoho!

Loni bila dah meningkat remaja sikit.
Anak aku dah minat dengan "Twenty Trucks" dekat youtube ni pulak.
Hari-hari nampak jek aku depan pintu dah mintak truck...truckkk.
Hoi. Stress mama nak oi.
Ke rupa mama ni ade iras buldozer sket?

Mama aku cakap seharian dia kat umah takde pulak mintak Gtab tu.
Tapi bila aku balik jer zasssss cakap "Mama...nak terrrrraaacckkk!"
Hoh!
Sah..memang rupa aku ade mirip bulldozer!
Bhahahaha.

Dia punya ulang Twenty trucks tu berkali-kali oi.
Disebabkan dalam tu banyak jenis truck dia pandai pulak pilih satu truck kesukaan dia ni.
Haaa...nak tau truck ape?
GARBAGE Truck!
Hohoiiiiiii.
Napelahhh dalam banyak-banyak truck itu jek kesukaan mung wahai anak?
 Hanya Mikhail mengerti nape dia pilih yang itu.
Hohohoho.

Bila dia dah boring asyik bukak yang truck tu.
Sekarang ni ade lagi satu feveret dia.
Yakni "Tutitu".
Haa....yang ni pon best jugak sebab banyak kenderaan dalam tu.
Ade lori, bas, train, ah macam-macam la.
Memang kesukaan anak aku kenderaan nampaknye.
:)

So, anak u ols minat tengok ape pulak?
Macam-macam peel anak-anak bila dah meningkat beso ni.
Maknanye kesukaan dia pon berubah mengikut umur kan.
Siap sedia pasni sahih dia aim Ben 10 dan pengikut-pengikut nye.
Hohohoho!
T____________T


Anak aku bersama mama & adik aku di Karnival Upin & Ipin tahun lepas. Hoh...awat muka takde perasaan jek tu?


Aku rase dia teruja sampai jadi camtu. Hohohoho!


Ni lah kesukaan dia waktu tecit dulu. Pinkfong.


Sekarang ni pulak dambaan Mikhail.


Ni dia terpaling sukooo...Garbage Truck!



Ni pon dah tersuka juga "Tutitu" :)


Tu haaa...kan ade fire truck tu yang buat dia "meroyan" suka tengok tu.



sharemy 
mommycha

24 January 2014

Resipi simple untuk sarapan pagi di hari minggu. Mohle try test!

Salam

Esok kan dah cuti-cuti weekend.
Sementelaah esok cuti mohle mommycha nak bagi idea sikit.
Idea untuk buat sarapan pagi @ bekpes yang sempoi.
Trust me.
Sempoi as alif, ba ..ta!
Agagagagga.

Resipi:
Cekodok cicah sambal sardin.
Sekali pekena tak lena malam baq ang....

Bahan-bahan:
Tepong gandum
Sardin tin
Bawang putih/merah
Cili blend (yang selalu kita guna dok buat sambal tumis)
Gula
Garam
Sedikit air asam jawa

Cara-caranya buat cekodok:
Bancuh tepung gandum dengan air panas sahaja. (Rahsia untuk dpt cekodok lembut)
Pastu taruk gula&garam sikit dalam bancuhan tu.
Ikut la kalo nak cekodok tu manis taruk gula lebih.
Kalo rase tanak kena potong kaki, taruk sikit udahle.
Adunan tu kau tengok eh...jangan terlalu keras/pekat atau jgn terlalu lembik/cair.
Kalo dop memang jadi cekodok baling anjing namanye.
Gitew.

Lepas tu kau goreng dengan minyak subhanallah banyak.
Pastikan cekodok ko tenggelam, kalo tak tenggelam tu yang selalu cekodok tak jadi tu.
Jaga api tu, jangan bior sampai hangus lak cekodok.
Tapi kalo hangus takpe korang yang nak makan bukan aku.
Hahahahaha!
Itu jela cara buat cekodok tu. Tayah gegatal campo baking powder, soda bikarbonat etc-etc.Tapi kalo nak letak pon ikut korang la...cekodok korang kan?
Ehehehehe...

Cara-cara buat sambal sardin:
Hiris bawang putih dan bawang merah. Tumis sampai kuning.
Then masukkan ciliboh sikit. Masak sambal tu sampai kering/garing.
Then baru letakkan kuah sardin dalam tin tu.
Masak lah lama sikit dalam 3-4minit then tambah garam, gula ikut korang.
Pastu kalo pekat masukkan air asam jawa sikit. Sikit jer tau takut kang masam pulak.
Then bio pekat lagi baru masukkan sardin dan bio sambal tu mengulit mayang sardin tu.
Jangan dihancurkan sardin...tak bape ummpphhhh nanti.
Tapi just like i say..ikut koranglah. Korang yang nak makan kan?

So..itu jela resipi simple untuk breakpes aku.
Bagi yang tak makan sardin korang boleh try ngan sambal bilis atau sambal ikan jaws pon boleh kalo ngidam sangat.
Bhahahahaha.

Selain cekodok manis tu, aku jugak makan sambal sardin letop ni ngan roti prata frozen

Sila beli di Mydin atau mane-mane jela Roti Prata brand Kawan. 
Memang superb! Lembut gilos.....
Trylah resipi aku ni...nescaya somi korang akan lembut hati nurani bila makan ni especially tengah marah.
Agagagagaga.
:)

okbai!

hasil airtangan mommycha last week. okeh this week nak repeat lagi. auuwwww!

ni lah contoh roti prata tu. Kalo nak letak dalam pan tu pastikan api slow. Kalo dop hangit mcm hok aku tu. Ceh..dasar tangan hangit!

Cekodok manis aku memang cair dimulut ditambah dengan pasangan yang serasyi bersyame yakni sambal sardin letop. Curlass jahhh memang letop-letop!

sharemy
mommycha

23 January 2014

Masalah nak share!

Salam

Aku kan ade satu masalah yakni suka terbersin.
Atau erti kata lain mengalami simptom resdong yang kuat.
Sangat sengsara ku rasakan.
T______T

Penyakit suka bersin dan berhingus ni semakin menjadi sejak aku preggie.
Kalau pepagi tu lepas mandi jangan dikata.
Asikla hachoommm-hachhommmm.
Terasa nak tercabut hidong aku ni wei.

Ada penyakit resdong ni memang seksa.
Walaupon bukan setiap hari menyerang tapi bila Cik "R" datang aku akan terbersin macam orang gila.
Takbenti dok berssiiinnnnn saje-saje.
Tisu aku dah berkotak habis dek kerna dok lap hingus.
Sampai tisu orang pon aku rembat kau tau tak!
Grrrr.
Itu belom bukak rahsia rembat toilet roll lagi.
Bhahahahaha!
Opss. terbukak rasia dah...cis!

Bila mula dah bersin hidong aku yang first akan gatal...hoi rase nak ambik pencakar rumput lah buat garu hidong.
Pastu mula lah hingus kuor tanpa henti.
Then mula lah attack telinga jadi bengang, then menjalar sakit ke kepala otak pulop.
Kau rase ape cara untuk aku stopkan masalah resdong ni.
Heh.

Ubat pulak aku dah try banyak cara dari segi moden & tradisional.
Kau jangan suh aku asap-asap muka tu.
Bukan takat asap batang tu jek aku try sikit lagi nak try sedut asap ekzos bas je tau tak.
Tapi resultnye still aku ber "resdong".
Huwaaa....

Kadangtu aku jadi low self esteem sebab suka bersin dan hingus memanjang.
Orang pun macam yuck! yeewwwww...eeuuuwwww ngan aku.
Yela asek dok pegang tisu jek lap ingus!
T_______T

Korang yang dah beso bijak pandai ni dan yang mengalami nasib yang sama macam aku.
Please la suggest ubat untuk aku.
Hohohoho.
Or ade tradisional way lain untuk release resdong aku ni.
Ke sebab aku takjage makan eh?
Semua jek ku bantai?
;p

Tetiba teringat pesan mak bidan aku dulu...
"Kalau nak tengok keluarga yang sihat, tengok la dekat mak nye tu...
Kalau mak nye sihat..maka sihat lah keluarga nye....."
Gitew!

okbai!


ni la the latest obat yang aku dah beli & try.

ape-ape jela Kayla.

sharemy
mommycha

22 January 2014

Jeng-jeng-jenggggg......

Salam

Akhirnya tercapai jugak hasrat nak bergambo kenangan satu family.
Yang terdiri daripada emak, bapak, anak laki-laki & anak perempuan.
Satu pengalaman yang tak mungkin aku lupakan sampai bila-bila.
Photoshot yang aku rase better known as photosiot je.
Nape photosiot?
Sebab ape kah?
Mari aku story.

Hari tu kengkawan di gojes sibok promote pasal photoshoot free dari myeyesight studio.
Pastu aku pon gatal tangan lalu bertanya...Boleh tak I nak join that photoshoot.
Gittew.
After few days Bro Azhar (owner) tu pon replied.
Boleh.
:)

Gigih lah aku prepare apa yang patut.
Sebeno nye aku nerves tahap cipan sebab nak handle dua budak time photoshoot tu.
Apekah yang bakal berlaku seterusnya?
Disaster or not?
Wellll...mohle teruskan membaca.
;p

Hari yang dinanti dah tiba.
Ketaq pala lutut aku wey.
Dah le studio nun jauh di Selayang.
Aku pulak nun di Putrajaya.
Fuhhh.
Kalo bawak beskal boleh tercabut tayar, terbelah beskal jadi dua.
Hehehehehe.

Sekali nak pegi aku cakap ngan Erie.."Baba guna waze tau carik studio tu..."
Lek je laki aku reply.... "Tenet dah abis tempoh yang.."
Wateheck bang???
Abis tempohhhhhhhhhh?
Pangggggg jatuh bumbung keta atas pale aku.
T________T

So, berbekalkan semangat jitu kami redah jua area Selayang, nasib Kak Mimy Hamid ade bagi bantuan 911 arah ke situ.
Last-last jumpe jugak.
Fuhhh.
First session memang kena kasik warm up sikit budak-budak ni.
Aku campakkan semua barang yang aku bawak.
So, bagi derang main dulu.
Sementelaah derang main bro Azhar dah ready snap a few pic time tu.

Memula jela okeh.
After 15mins mula disaster hoi.
Yang Kayla menyulur pegi main wayar lampu.
Yang Mikha dah ajak balik..asik la dok jommm mama..jommm..jomm!
Hadoila.
Gambar pulak takbyk posing sebab mood anak-anak dah ke laut.
Grrr!

Jenuh la bro Azhar dok pegang ball sambil tanye Mikha ni ball kaler ape??
Kalerr apee?
Mikha pon jawab kaler kunin..walhal mamat tu pegang ball kaler biru.
Gasak lah dik janji mata kau fokus ke lensa kamera.
Lensaaa gitewww.
Bhahahahaha!

Kayla pulak jenuh baba dia jadi usop santorion belakang bro Azhar.
Baru dia nak sengih elok.
Hoi tak reti melayu memasing.
Bab amik gambo secara freestyle boleh la.
Tu pon kang ade gambo buntot Mikha lah, kaki nyulur Kayla lah, mata tepejam lah, aku ternganga mulut lah, pfftttt! 
Haru dik...haruuuuu.

Bila time nak bergambo formal aku makin berdebo.
Ape gambo formal???
Hok yang separa normal ni pon huru hara, apetah lagi formal.
Takpo layankan je.
Memang time tu kedua-dua anak aku bagai dirasuk ablasa.
Meronta kiri kanan, memang tak bagi kerjasama langsung.
Cis betoilah!

Akhirnya aku pasrah jela...mana gambo yang siap tu hadolah!
Kalo tak menjadi ku redhooooo ajo.
Nah untuk tatapan kengkawan ku.
Gambo yang tak seberapa ni.
Kalo komplen...Ai is see yu in the court!
Bhahahahaha.

okbai!


baru nak panas injin...vromm-vrommm!

muka anak aku memang sokmo tak ready. huh!

tengok si Mikha...alahai dik oi!

Tengok si Kayla :)

pegang hok ni, hok lagi satu pulak ke laut. pfttt!

cer carik Kayla! bhahahaha...

anak-anak tak memberi kerjasama. hatoiii! masalah negara betol lah!

boleh lah sikit kan gambo ni?

Kayla headband mu dah nak tercabutttt!!!! ok.ok.ok. aku memang gemok!!!! cisss!

Kaylaaaa!!!!!!

hehehee. My "S" family.

Super baba & super Mikha in action.

Muka ade senyum sikit :)

Mula balik dah...grrr!!!

Headband anak dara aku ni patlohpat kali tercabut...alahaiii!


Super baba, super Mikayla, super Mikhail & super Mommycha!

Ok dahhh...dahhhh... jom balik!


sharemy
mommycha

15 January 2014

Moh le kita...

Salam

Semalam kami-kami pegi visit baby baru dalam family.
Yakni my cousin punya baby.
Baby kalu dah tembun plus putih lepuk memang nak terkucil aku tengok.
ohyemji sangat!
Nama pulak alahai comel macam nak kena kokak-kokak.
Nur Tasnim Amani.
Or boleh panggil Tasnim je.

Tasnim je lahir bulan December haritu.
Kiranya sebaya Mikayla lah jugak.
Tapi dek kesuntukan masa baru hari ni Mommycha dapat peluang menjenguk Tasnim je.
Bhahahaha.

After balik tengok Tasnim je kami-kami pegi membawak anak-anak ke JJ Equine.
Buat ape lagi kalo bukan ke Kidzoona.
Bagi anak-anak main.
Terkujat aku sebab Kayla dah kena bayo.
Sobssss rupanye baby 6mons and above dah kena charge.
Ceh!
Tak ku tahuuuuuu....!

Sesekali bawak anak-anak keluar main camni memang fun.
Jangan lah selalu rabk mak-pak.
Anak sorang takpe.
Anak dah dua semua berdouble.
Kalo anak tiga?
Bertriple.
Ohyemji lagi sekalik!

Aritu bawak Kayla first time dia macam blur habis.
Takreti lagi.
Tapi semalam dah pandai sikit kemahen dia gelak,gelak, sengih-sengih tengok ramai rakan sebaya kat situ.
Mikhail pon sama semua nak main.
Sampai tak keruan hidup.
Pening aku tengok gelagat anak-anak.

Tips nak bawak anak main dengan jayanya tanpa gangguan emosi yang melampau adalah:
a) Sebelum keluar pastikan anak mendapat tidur yang mencukupi.
b) Pastikan jugak perot mereka-mereka ini kenyang.

Sebab semalam aku dah praktiskan dua benda ni dan alhamdulillah berjaya jugak mereka bermain secara tenang dan aman damai :)
Itu sajalah nak share pasal cuti semalam.
Boring nye entry aku.
Krik-krik-krik!

okbai!


taraaaaa....kici-kici bam-bam...Tasnim je!

sampai ngetap bibir naik truk! dia memang suka truk!....

ecehhhh! adik tu...kemain.

sampai tergolek atas ball punya naik shehhh main.

baba pon sama naik main jugak.

hehehe. mama pon turut enteprame.

adik cium bontot abang. amik berkat adik badik..hehehe!

siok kayla main walaupon time ni badan dia dah dedar nak demam T__T


sharemy
mommycha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...