Iklan

Sharemyloves Geng!

27 December 2013

Safe Sleeping: Cara tidurkan anak & Tips

Cara tidokan anak.
Memang sangat universal.
Haaaa...Senah, Mat Lazim?
Kau tau cara tidokan anak yang betul? 
Meh Mommycha nak stori sikit meh...

Apakah the best position untuk anak-anak tido.
Mengiring?
Menelentang?
Meniarap?
Membuai?
Menepok?

Mommycha ada dua kaedah yang digunapakai untuk tidokan Mikhail & Mikayla.

Mikhail dari awal baby dulu memang kitaorang main tepok-tepok buntot je.
Sampai berasap tangan oi.
Selagi tak berasap tangan tak sah.
Celik mata, segar bugar budak tu oi.
Nikmat betol dia kena tepukan bontot tau.

Nak kena tepok buntot sampai lena.
Kalau sejam baru nak lena sejam lah aku tepok.
Sebab tu tangan aku sentiasa mencapai tahap piawaian model antarabangsa.
Kurus kedengking je.
Tang tangan jela yek.
Tang part lain.
Sedeyh!
Bhahahaha.

Kaedah Mikhail ni walaupon agak sengsara sikit tapi "outcome" nya best.
Kau boleh bawak anak kecik kau ke mana-mana tanpa masalah.
Asal dia nak tido kau bobok jek bontot terus tido sampai meleleh ailio.
Senang lah nak soping, nak jenjalan, nak hu-ha-hu-ha bagai.
Lepas dia dah tido terus kau letak dalam stroller, pasang kipas 3 kepak tu bak kata besanku Tmah.
Then....zzzzzzzz mentido sampai rumah.

Yang sengsaranya cara Mikayla ni.
Tido buai.
Sehingga kini paling jauh aku bawak Kayla jalan adalah ke Melaka tu pon aku rasa dah jauh sangat dah.
Susah tido buai sebab nak berusung buai.
Kesian dekat Erie sebab bila nak kena pasang bukak buai tu.
Sebelum nak bawak ke kereta dari jauh aku dah dengo bunyi besi buai jatuh kelentung kelantang.
Al maklom nak tranfer buai tu jauh.
Rumah kitaorang kan bangalow tingkat 4.
Dah le lif ke paking pon jauh.
Hazabedah oit.

Tapi bukanlah itu yang aku nak cerita.
Yang aku nak tanye posdition camne akan buatkan budak tido lama?
Mikhail dulu tido meniarap.
Lama dia tido mau makan masa sampai 3jam.
Tapi ade nurse takbagi tido meniarap sebab boleh buat baby lemas.
Terlangkop kepala tu kan?

Sesetengah orang tua pulak kata elok tido meniarap.
Boleh buang angin dalam perot baby.
So baby tak akan kena kembong.
Sampai dah nak masuk dua tahun ni pon sometimes dia akan tido meniarap dengan sendirinya.
Yang bestnya bila dah semakin beso secara otomatik aku tak perlu bobok bontot dia lagi.
So kuranglah berasap tangan aku.
Tak feeling dah tangan modelling u ols.
Kembali jadi tangan Shrek.
Hehehehe.

Ok.
Ade beberapa tips untuk keselamatan anak semasa tido yang aku nak share.
Antaranya, jangan letak terlalu banyak bantal, selimut, soft toys keliling budak/baby tu.
Sebab benda-benda ni secara taklangsung boleh melemaskan dan membahayakan mereka.
Then, pakaikanlah anak-anak anda dengan baju yang sesuai semasa tido.
Jangan dok feeling matsalleh sangat nak bagi pakai jumpsuit aje.
Bagi pakai baju yang selesa...not too warm, jangan terlampau terdedah kepada sejuk dan tak terlalu panas.
Kipas tu make sure jangan "tala" ke dada anak sangat.
Itu yang boleh buat kahak terkumpul, dada berombak disebabkan sejuk yang melampau.

Ok setakat ini dulu yang aku nak share.
Sebeno nya budak-budak ni kalau dah letih mana-mana pon boleh derang tido.
Atas sofa, bawah kerusi, atas lantai hatta tengah mandi pon boleh tetido kalo dah ngantok sangat.
Yang penting kita ni sebagai makpak kena lah alert.
Pantau anak-anak.
Jangan pantau gossip Lana Nordin, gossip Che Ta, Jovianina aje.
Bab gossip laju nau nak pantau...amboihhh-amboih.
Termasuk aku lettew!
Mihmihmihmih....

okbai!

ku bina kubu bahagia cinta untuk anakku. bhahahaha! padahal bahaya kot letak bantak banyak camni. dulu tak ku tahu....hohohohohoho!

agagagagaga. cute!

Ade apehal...sharing is caring kan?

sharemy 
mommycha

15 comments:

Petak Bunga said...

tido dengan susu gantung..huhu..
anak bru sorang lanjut lah mak punya ****.

fifi said...

Rissa kalau tdo malam kena mngempeng...sampai ke besar ni gitu..

Allene said...

sama je kes kita micha...
yg no 2 ni nak buai memanjang...
tension ok.

Umi Qi said...

hahahha kelakar gambar last tuh micha hahaha

Mooniqueen said...

Anak kite terbalik mommy cha... MQ dl anak first girl tdo buai mmg hazab la nak kene angkot buai kemane2...mmg xleh gerak sgt...2nd ni boy bileh tdo biasa je...pastu tido nk lame MQ sameade mengiring or meniarap...tp klu meniarap tu kene slu monitor la...tp kdg2 bb ni pndi klu xleh bernafas die akan gerak kan muke...supeya boleh napas...

Mimy Hamid said...

fayel senang tido aku takde masalah...masalah nya dia tak suka tido acaner tu

amirah said...

dua2 anak akak tido ngempeng...paling tensen sebab sakit pinggang..huhu

Nurul Aziz said...

tidur buai. tapi kalau takde buai, boleh je tidur bawah mcm biasa cuma kena tepuk2 sikitla.. posisi : telentang macam biasa, takpun mengiring.. ikut suka hati dia.. hehee.. meniarap je tak pernah..

Mar Mansor said...

alhamdulillah ank saya tidur atas tilam..tak yah usung buai..memahami tul (kete kecik)..posisi dia baru nak tido mengiring & tepuk bontot..bila dah lena ntah ke mana2 ntah..

Mrs Najib said...

Lenguh tangan nak bobok dedua sekali gus tp klu tidur bawah mesti ada tukang kacau tue yg masuk buai je dedua hayun dedua mau setgh jam nk kasi tidur..

Rumah family dan FIL dedua ada 2 buai standby utk cucu drg..huhu

Plus kt kg atok pun pasang dua buai senang..

Asz Miza said...

Anak iols tido kena nenen, pas pekena dia tido mengiring or terlentang sendiri..tdo meniarap kadang2 je..

ctmah said...

haha!
dah tetiba aku teringat kayla berbuai kat DEMC..agagaga!
kayla montot dah monggek ah mama. don't ever2 mama bobok montot saya tau :p

izfanora said...

kahkahkah.. mommycha mmg lawak... za klu darwish susah sgt nk tdo, ngiringkn je. confirm lelap 2 mnt lps tu.. hahaha..

Mama Likha said...

Hahaha tngan shrek!!

~MommyAqilMedina~ said...

huhuhu...memang bahaya kalau kita tak tau pasal letak bantal banyak2 tu..mungkin ada cara yang lebih selamat..Medina pon tido lasak amat..memang space satu katil tak cukup untuk dia..hahah

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...