Iklan

Sharemyloves Geng!

09 December 2013

Mencari sedikit kekuatan

Salam

Satu benda yang paling terpenting aku pelajari adalah KEKUATAN.
Kekuatan.
Benda yang sangat subjektif.
Kadangkala kita perlu kuat.

Bukan setakat kuat bila anak sakit demam.
Bukan setakat kuat bila suami main kayu tiga.
Bukan setakat kuat bila duit takpenah cukup dalam poket.
Bukan setakat kuat bila hutang keliling pinggang.
Bukan setakat kuat bila kawan-kawan baik didepan tapi belakang mengata kaw-kaw.
Bukan setakat kuat bila dapat result exam menjunam jatuh.
Bukan setakat kuat bila sedara mara putus tali silaturrahim.
Bukan setakat kuat bila bos benci dan maki hamun kita.
Bukan setakat kuat bila hujung bulan dan minyak kereta tinggal setakuk dalam tanki.

Kita kena kuat bila ditimpa pelbagai masalah.
Manusia dan masalah.
Mana boleh lari.
Kau orang takboleh menyorok dari masalah.
"Dia" akan carik sampai lubang cacing.
Dimana jugak kau bersembunyi.

Manusia dan masalah umpama kopi & coffee mate.
Kalo tak tambah coffee mate dalam kopi.
Taksedap.
Macam tu jugak kita.

Satu perkara yang aku belajar.
Bila kita ada apejua masalah kita kena kuat.
Tak kiralah kuat dari segi zahir atau batin.

Banyak perkara yang aku dah lalui.
Tapi bila berdepan dengan masalah anak-anak sakit aku jadi lemah.
Aku jadi taktentu arah.
Dan aku jadi takkuat.

Kalau masalah dengan orang-orang opis.
Aku kira itu masalah aku di opis saja.
Ade apa hal?
Bukan kau yang bayar gaji aku tiap bulan.
Jadinya, nak masam muka dengan aku?
Silakan.

Tapi kiranya anak aku yang sakit.
Demam berhari-hari.
Tanpa ada tanda-tanda nak surut.
Itu adalah masalah pada aku.
Anak oi.
Sakit pulak tu.
Bukanke satu masalah pada kau orang jugak kalo anak sakit?

Disitulah kita perlu mencari sedikit kekuatan.
Kau perlu korek kekuatan itu.
Walau kekuatan itu datang dari lobang cacing.
Kau kena korek.

Kau perlukan sedikit support.
Ya support dari orang sekeliling.
Bukan sports tapi support.
Bukan Port Klang atau Port baeekk punya.
But it'is SUPPORT my dear friend.

Support jugak perlu datang dari keluarga.
Family first.
Dari ibu,bapa, suami, adik, abang, kakak.
Tapi jikalau tiada support dari orang-orang yang dinyatakan di atas.
Lagu mana tu?

Oleh itu.
Kita perlu beralah walau salah kita atau bukan salah kita.
Tak usah tuding jari lalu memaki orang lain tanpa pikirkan hati si kena maki tadi.
Apa si maki itu hanya ada hati tongsampah?
Tong gas?
Bedah tong gas?
Semestinya.
TIDAK.

Berbalik kepada kuasa katanya disini tadi.
KEKUATAN.
Oleh itu mari kita gali dalam-dalam carik balik kekuatan diri.
Persetan orang yang selalu kata-mengata kita.
Persetan orang yang takpedulik hari ni kita makan atau tak.
Persetan orang yang taktahu dalam poket kita cuma tinggal seringgit sampai hari gaji tiba.
Kau tahu apa masalah rakan sebelah kau?
Tahu?

Aku bukan malaikat.
Bukan...bukan.
Tapi aku cuma manusia biasa.
Biasa-biasa saja.
Gigi ku tak tersusun macam rabbit dan jongang.
Apatah lagi kulit muka ku yang berlobang dek peel suka memicit jerawat di muka.
Perot usah cakap makin maju menuju ke depan.
Tapi ade apehal beb?
Asalkan aku ada kekuatan aku akan terus survive.
Survive demi insan-insan kerdil yang sayangkan aku.
Insan yang berlari-lari kecik & memelok kaki ku bila nampak aku dimuka pintu.
Insan yang tersengih lebar bila nampak aku dimuka pintu.
Insan yang pandai berkata-kata bahawa...
I Love..u mama.

Aku berharap supaya satu hari nanti aku akan menjadi BFF sejati insan-insan kerdil ini.
Di saat aku jatuh, bangun, terduduk, terbaring dan lemah tak bermaya.
Aku berharap insan-insan kerdil ini sentiasa menyanyangi aku.
Tanpa memaki hamun aku.
Seperti mana yang aku telah rasakan kini.
:(

Kekuatan.
Tolonglah datang pada aku.
Dimana saja kau berada.
Aku memerlukan mu.
Lebih daripada memerlukan sebijik charm Pandora sekarang ini.
Ini betul-betul.
Bukan cobaan.

 
mikayla aeesya demam.


mikhail riefqee jugak demam.


sharemy
mommycha

26 comments:

erin said...

moga anak2 jadi kekuatan ko micha dan ko sebenarnya kekuatan anak2. sabar ye, dugaan namanya :,)

e k i n ♥ y u s r i said...

get well soon dear!

Chekgu Azrine said...

Cepat sembuh ye mikayla dan mikhael.
Terharu akk baca entry ni..
Semoga micha trs kuat ye mgharungi dugaan ni..

LaLa LaTiF said...

mommycha...
semoga lebih kuat ye...
demi anak, yg xmampu kita buat pun, kita mampu buat...

ntah knp...
baca entry ni, rasa sayu...

LaLa LaTiF said...

semoga abg long mikha dan baby mikayla cepat sembuh...amiinn..

ct shah said...

get well soon kayla & mikael.

mmg hati seorg ibu tak tenang kala anak2 sakit.:-(

amirah said...

selalu rasa mcm tu jugak cha. dulu masa anak2 sakit memang rasa lemah segala2nya. otak takleh nak fikir apa. tp bersabar kita positif dorang nak membina antibodi. semoga kayla dgn kael sehat2 ye cepat2...aminn

LisaLisut said...

Get well soon to both of them..amin

Rizziela said...

sedihnya tengok si kecil demam

Misz Pinkie Winkie said...

alahai sayu plak lin.
lin pon kalah kalau anak demam...rasa diri dah kuat..
tapie bila malam merengek carik kita..nak tido kat dada kita..
nak kita pelok dia..
alahai...airmata nie turut sama laju sama dengan anak di pangkuan..
tabah yer micha..insyaallah..kekuatan tue ada..kita juga kena kuat semangat..

::puan ungu:: said...

Sedih lak baca entry micha ni...huhuhu...semoga cepat sembuh mikha & kayla...be strong k micha demi anak-anak...

ily♥ said...

speedy recovery mikayla dan mikhael..
InsyaAllah, mommycha akan terus kuat & tabah..

Fuza Musa said...

Semoga cepat sembuh.

Done follow sini no 599
Jom singgah jenguk kain Sulam dari Indonesia :)

ctmah said...

bang mikha, kayla speedy recovery ye syg aunty.
Kuat
kuat
kuat
kuat
kuat
kuat
kuat
Micha!
aku support ko dr port klang nihhh

Mimy Hamid said...

kalau kau rasa giyah kau tau sapa nak cari...i give u shoulder ok..be stroong

CikNaa said...

kuat micha.. sedih baca entry ni.
ciknaa pernah merasa kesemua yg diatas.. disaat pecah tabung keluarkan syiling, saat itu jgak la anak2 tak sihat.. Allah ada..berdoa lah padaNya.. Hanya Dia yang bersama kita walau apa pun jadi..Hanya Dia yang tau isi hati kite micha :'(

Shasha Azmar said...

insyaAllah micha kuat hadapi semua ni..sabar ye..

mama ila said...

semoga abang dan adik cepat sembuh yer..n semoga mommycha kuat

Umi Qi said...

Micha!
Micha!
Micha!
Micha!
Micha!
Micha!
Micha!
Micha!
Micha!
Micha!
Micha!
Micha!

Ketahuilah....umi Qi senantiasa menyayangi mu micha...wpun jarang berjumpa...tp ku tahu niat sebagai seorang ibu ku sgt2 mengerti...keluh kesah kita semua dengar satu sama lain...umi Qi doakan sgt2 anak2 micha kembali sihat....dugaan Allah ada kebaikan disebaliknya...tunggu keajaiban selepas dugaan...pasti micha happy selalu...micha love u babe...che ta selamanya :D

Allene said...

micha.. cuba bawak jumpa ustaz mintk air ke... harris cmtu gak aritu... alhamdulilhh mkin sihat.

Nurul Aziz said...

orang boleh cakap 'aku faham situasi kau'.. tapi tak kan boleh faham sefaham-faham nya.. huhuhu..

semoga cepat sembuh abg & adik.. amin..

ReYNa said...

setuju dgn entry ni.kita mmg kena kuat tp bila anak sakit kita sbg ibu jd risau gt.get well soon mikayla n mikhael.

malynd_anggun said...

micha kuat!
chaiyok! anak2 perlukan micha..
get well soon anak2...

yUmiE AzuRa said...

Be strong micha..
we love u :D

rossi rossa said...

Anak2 mommycha yang comel......semoga cepat baik ye....

kesh said...

Alahai sedihnya.. Terlalu sedih.. Saya tahu awak tabah kuat dan saya doakan awk selalu kuat dan terus kuat ameennn

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...