Iklan

Sharemyloves Geng!

04 December 2013

Kempes YES To Pneumococcal Protection. Anda sudah?

Salam

Imunisasi dan anak.
Adakah penting atau tidak?
Cukupkah sekadar mengikut rutin yang diberikan oleh KKM untuk protect anak-anak kita daripada sebarang penyakit?
Tepok dada tanye selera masing-masing.

Pernah dengar mengenai pneumococcal?
Mungkin sebahagian daripada kita belum pernah dengar mengenai penyakit ini. Marilah mommycha stori secara kasar apekah itu pneumococcal.

Pneumococcal Disease (PD) adalah disebabkan oleh bakteria Stretococcus pneumoniae (S.pneumoniae). Bakteria ini akan menyebabkan infections pada darah, meningitis (pening kepala, muntah-muntah, berat badan yang tidak bertambah, demam dan dalam sesetengah kes menjurus kepada koma), otitis media (ear infection),  pneumonia (jangkitan paru-paru), bacteraemia (jangkitan darah dan sukar untuk bernafas).

Seriuskah penyakit ini?
S.pneumoniae telah menyebabkan kematian seramai 1.6 million di seluruh dunia. Menurut World Health Organization (WHO) PD adalah penyebab utama kematian kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun di seluruh dunia.

Bagaimanakah penyakit ini boleh berjangkit?
Menurut Dr Yong Junina, bayi seawal dalam pantang juga boleh dijangkiti penyakit PD ini. Aik? Macamana tu? Baby juga boleh dijangkiti apabila orang dewasa yang membawa kuman S. pneumoniae di dalam saluran pernafasan bersin, batuk atau bernafas di sekitar bayi tersebut. Bakteria akan merebak melalui sentuhan melalui hidung atau mulut.

Menurut kajian the high-risk age (umur yang berpotensi tinggi) untuk terkena penyakit ini adalah, kanak-kanak berumur kurang dari 5 tahun (2 tahun dan sebelum adalah mempunyai potensi terbesar untuk dijangkiti PD). 
Selain itu, faktor kurangnya penyusuan, terdedah kepada asap rokok, penjagaan di pusat jagaan harian yang tidak terjamin mutu kebersihan dan ibubapa yang tidak peka dengan keperluan anak-anak untuk mengambil vaksin pneumococcal.
 
Sebagai ibubapa kita tentu tak mahu berkira tentang kesihatan anak-anak.
Oh ya. Mungkin kerana imunisasi ini tidak wajib dalam list di Klinik kerajaan. Jadinya ramai parents yang ambik endah tak endah tentang penyakit ini.  Tapi percayalah pelbagai usaha sedang dijalankan untuk menjadikan vaksin pneumococcal ini wajib diberikan untuk semua anak-anak di Malaysia secara percuma. 
Mungkin antara faktor lain adalah faktor kewangan. Ya..mommycha akui memang vaksin pneumococcal ini mahal berbanding vaksin lain. Disebabkan itulah tertubuhnya Kempen YES To Pneumococcal Protection.

Kempen YES ini bertujuan sebagai platform untuk semua ibubapa menyuarakan kepentingan vaksin Pneumococcal dimasukkan ke dalam senarai Program Imunisasi Kebangsaan (NIP). Jadinya kita mahu vaksin yang mahal harganya ini dimasukkan sekali ke dalam list imunisasi baby kita supaya semua babies di Malaysia wajib disuntik dengan vaksin tersebut secara percuma.

Mungkin satu suara saja tak mampu didengari oleh pihak berwajib jadinya di atas kesedaran Parenting2u, pengasas program ini dibantu oleh Asian Strategic Alliance for Pneumococcal Preventian (ASAP), dan Persatuan Pediatrik Malaysia (MPA) serta suara ribuan ibubapa mampu membawa perubahan besar kepada kesihatan kanak-kanak di Malaysia, khususnya.

Kempes YES To Pneumococcal Protection telah berlangsung dari April sehingga September 2013. Selama kempen itu berlangsung sebanyak 18,853 akujanji (pledges) telah di pamerkan di ruang legar Tropicana City Mall bermula dari 15 - 22 November untuk menunjukkan sokongan dan suara-suara di seluruh Malaysia yang telah menyokong kempen tersebut. Bersempena Hari Pneumonia Sedunia, Kempen YES To Pneumococcal Protection telah mendapat sokongan dari pelbagai pihak termasuk Consultant Paediatrician & Neonatologist, Dato' Dr. Musa Mohd Nordin, Consultant Paediatrician & Cardiologist Datuk Dr. Zulkifli Ismail, Dr. Yong Junina dan sokongan dari group gojes mommy blogger sendiri.

Menurut Puan Chan Li Jin, Pengarah Program untuk Kempen YES To Pneumococcal Protection, "Sokongan dan galakan dari para doktor di seluruh Malaysia untuk kempen ini adalah sangat hebat. Apa yang anda lihat hari ini adalah perpaduan atau gabungan antara pengamal perubatan profesional, ibu bapa dan masyarakat untuk merayu kepada Kementerian Kesihatan supaya memasukkan vaksin ini ke dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP)."

Ini antara suara mommycha untuk semua ibu bapa di luar sana sedar dan alert tentang kepentingan vaksin ini. Jangan memilih tentang ape yang perlu dan ape yang tidak perlu mengenai kesihatan anak kita. Sebaiknya kita perlu ade sedikit ilmu keibubapaan tentang peri pentingnya vaksin pneumococcal ini kepada anak-anak kita. Kesedaran yang tinggi diperlukan untuk kita bangkit dan menyuarakan kepada pihak kerajaan tentang kepentingan vaksin ini untuk generasi yang akan datang.

Mungkin jika kali ini bukan anak kita yang akan dijangkiti penyakit pneumococcal ini, tapi siapa tahu mungkin di masa depan anak-cucu kita pula yang akan dijangkiti wabak merbahaya ini.

Who knows?
Only HE knows best.
:)



Puan Chan Li Jin, Pengarah Program untuk Kempen YES To Pneumococcal Protection
Dato' Dr. Musa Mohd Nordin


Ceremony begin. Let's show your support!


 Dr. Zulkifli Ismail


Dr. Yong Junina


Erina. seorang ibu yang sangat tabah, yang telah kehilangan anaknya akibat penyakit PD. And still we miss you,  Aqil Hamzah :(


Tq for inviting us (Group Gojes Mommy Blogger), kamilah ibu-ibu yang mempunyai suara "padu" untuk menjayakan kempes YES ini.

at the campaign :)

banyak stroller pada hari tu. Saye je tak bawak stroller.

Mikhail pon tunjuk support dia. U ols bila lagi?

Sekitar event & selfie dengan Yumie, Iman :)


sharemy 
mommycha

14 comments:

PinKy MoMMa said...

alorrr tak dapat nak join ari tu..laki mak keje nyah..adeh..kalau tak ku tambah lg stroller kat situ hahahaha..tak gigih micha oii nak mendukung..

mu tetap posing ala model gittew

ctmah said...

good job besan!!
kita mak2 yang sayang anak n kita tahu apa yang terbaik utk anak2 kita. selebihnya kita serahkan pada yang Esa

Chekgu Azrine said...

alhamdulillah..
semoga dengan kempen ini banyak ibu yang terbuka minda dan mata untuk sesama mempunyai kesedaran..
tq for sharing this sis..
hopefully kempen ni berjaya

Chekgu Azrine said...

alhamdulillah..
semoga dengan kempen ini banyak ibu yang terbuka minda dan mata untuk sesama mempunyai kesedaran..
tq for sharing this sis..
hopefully kempen ni berjaya

syazai86 said...

tumpang share ye mommy....thanks...

LaLa LaTiF said...

good entry mommycha...:-)

Suffi Izzara said...

bagusnye mommycha wat entry ni..
lg betambah yakin sy nak vaksin pneumococcal ni utk ank sy.
skrg sy dah 50-50 nak vaksin coz ade sumber ckp vaksin ni cume utk kaut untung kat klinik2 je..
tp sy dah vaksin ank dose yg petama suda..
at least sy dah berusaha utk cegah ank dr pnyakit2 bahaya selebihnya hanya tawakal pd Allah je.. InsyaAllah..

*salam pekenalan :-)

Hunny Kitty said...

i say YES too! G+1

♥ Mrs. Secretary ♥ (FARAH) said...

Alhamdulillah...Baby farah mmg ambik vaksin nie.. lebih baik kita protect awal2 sblm terlambat kan... =D

Umi Qi said...

Good sharing micha cantiks....terbaiklah...link nih nanti Umi Qi compile kan untuk disatukan kemudian di link kepada pengasas :)

ct shah said...

i say YES too!!

eh,Dato' Dr Musa Nordin paed eryn dulu2 time eryn was a tiny lil baby.rindu ngn beliau.hehhehe

Nor Ayuni Rosli said...

Waaaa bestnya all the Mommy2 Gojes jumpa2. Ayu x tau nape Ayu tetiba dah x leh nak masuk dlm group tu. Kena kick kot? Huwaaaa :'(

Anyway nak exchange link boleh? Sebab dulu saya punya URL bnsyg-stories.blogspot.com. URL baru is ayuni-stories.blogspot.com Let me know ye nanti? Thank you

Mooniqueen said...

MQ for 2nd baby dah amek...baru 1st dose...alhamdulillah...

CikNaa said...

syoknye.. korang mmg supportive!

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...