Iklan

Sharemyloves Geng!

16 December 2013

Abang "kuda" adik?

Salam

Punya anak-anak dua memang mencabar ketahanan fizikal & mental.
Tapi...chop!
Punya anak-anak dua dan melihat gelagat antara dua beradik ni memang buatkan aku geli hati.

Mikhail.
Abang yang kuat "tembel".
Sesikit nak menangis.
Sesikit takut.
Bola melantun dalam bilik pon takut nak ambik.
Lipas takut.
Pak sedara dia sendiri pon dia takut.
Tu belum lagi ade tetamu datang rumah lagi dia takut.
Orang poslaju datang ketuk pintu nak hantar barang pon dia takut.
Termasuk takut dekat Mat Pizza, Mat tong gas etc-etc.
Pendek kata semua dia takut.

Mikhail.
Perangai lembik & tembel dia menyebabkan dia sering dibuli.
Bukan oleh kawan-kawan se taska.
Sebab dia takpegi taska pon.
Tapi dia selalu kena buli dengan adik dia.
Adik semenjak dah kuat menyulur ni, lagi kuat menyakat si abang.
Tengah elok mamat tu tido.
Dicabutnya puting mamat tu.
Dah menangis si abang pon lahai.
Nak gelak pon ada kalo aku tengok aksi camtu.

Mikhail.
Sejak nak menginjak ke dua tahun ni susah betul nak ajak mandi, tukar pampers & basuh berak.
Jenuh bersilat mama & baba ajak pegi toilet.
Banyak kali jugak aku urut dada tengok peel dia.
Hoi kecik-beso, kecik-beso jek aku tengok budak ni.
Nasib baik anak sendiri.
Kalau dop?

Mikayla.
Very the tuff gegel.
Kau letak je dia kat bawah terus menyusup laju pegi dekat abang dia.
Dengan mohtip?
Nak cabut puting atau....habiskan sisa susu botol abang dia.
Bhahahaha.
Itulah Mikayla.
Minggu lepas opah cakap berdeguk-deguk Mikayla minum balance susu Mikhail.
Opah pegi dapo masak, sekali datang tengok sedap Kayla tengah menyusu susu abang dia.
Ohyemji!

Mikayla.
Jarang sangat nak menangis, kecuali ngantok & perlukan boyan dia.
Walaupon girl Mikayla sangat independent.
Nak mainan berdesup menyulur ke tong mainan.
Cuma Kayla setiap malam akan bergayut di susu cap gantung mama dia.
7 bulan dan alhamdulillah masih breastfeed.
Moga dimurahkan rezeki Kayla untuk itu.

Mikhail & Mikayla.
Sangat berbeza antara kedua anak ini.
Sorang bersalin czer dan seorang bersalin normal.
Seorang boy dan seorang girl.
Seorang seluar khakis dan seorang skirt ropol pink.
Seorang hantu puting dan seorang hantu susu cap dada.
Seorang lemah lembut dan seorang lagi suka membuas.
Seorang putih melepuk dan seorang lagi hitam manis.

Mikhail & Mikayla.
Dua-dua pon mama sayang.
Dua-dua pon takda beza pada mama.
Dua-dua pon pelengkap hidup mama.
Pasni aku boleh stop kejap & rehat.
Bak kata Yongnana...
"Ayang bukan vanding machine anak...bang oiii"
Mihmihmihmih....

P/s: Betulke mama aku pesan kalau tanak kasi adik-beradik gaduh, nanti rendam tali pusat derang pastu bagi minum air tu? Erk...boleh ke minum? Biar betik? Ni mesti mama aku dah kasi aku minum ni.....Agagagagaga!

adik buli abang.

abang buli adik.

saja carik nahas masuk jari dalam mulut adik yang dah ade 2 batang gigi. mohtip nak nangis lettew.

selalu "mengkudakan" adik dia. Muahahaha. Urut dada aku oi...!

sharemy
mommycha

20 comments:

Cik Cammy Lia said...

comelnye pic2 yg belah bwh tu..Hahaha...adoii bahaya la pic bwh skali tu...hehehe.best la dh dpt sepasang :-)

Note : Sy pn pnh dgr, mak sy pn ckp mcm mak sis ckp gk..Hehehe..

Allene said...

comel kan gelagat dorang... walaupun asyik nak bebel2 je mulut mak dia ni... tp suka tgk dorang main sama2.

Liyana said...

comelll!!!

haih teringin pulak nk tambah lg 1 tgk dua beradik ni hahaha

as ♥ Leenda said...

tak lama lagi aku pulok micha oiii...ohh nebessss...hahahaha

achiek anis said...

ngeh3...terbalik peel kekdahnya micha oi...

xpela..yg penting dua-dua comel....ngeee

Nurul Aziz said...

aah pernah dengar orang tua-tua cakap camtu.. tapi macam sekarang, baru anak sorang, tali pusat tu cuma sy letak sekali dengan tali pusat sy sendiri.. hehee.. :)

Chekgu Azrine said...

Best tau ada ank ramai ni..
Dua pun dah kira ramai jgk khenn

Maria Firdz said...

penghibur... :) mmg seronok aje tgk gelagat anak2...

amirah said...

samala dgn anak2 akak berdua tu. kalau abg sensitip!

e k i n ♥ y u s r i said...

comel je
hehehe
tp kesianlah kat adik
naseb bek adiknye kuat

UMIE SUE said...

aloo..terigin nak merasai situasi anak dua...doakan daku mommy cha!

ily♥ said...

Baru dua dah macam2 ragam kan...klu seploh??? huhu..
saya pun, si abg selalu mengkudakan adik..siap buat bunyi kdek-kedek-kedek..adik redha je..fuhh..

harzharun said...

mmg kan...mikhail sama la mcm qasyaf..semua benda nak nangis...stress aku..

qisya sama dgn kayla..kuat!..baik!..

tp anak2 aku jarak umur dekat sgt..dah pandai saling bercakaran skang ni...adola

azinuj said...

kakak ipar pun ade pesan psl tali pusat tu..kalau demam je br bg minum rasenye..selain tu simpan je sama2 biar dua2 akrab :)
comel btul mikayla, pandai usik abg dia :)

Shafiqah-Napiah said...

hahahah pandai kayla usik abang noo...

puansazusarin said...

Beso kecik beso kecik jer tgk..
Haha..comellah!!

rossi rossa said...

Comelnyeeeee.......suka baca.. sajak ke apa ni mommy cha.. heheheh

Umi Qi said...

Micha always bg reader happy dan fun baca entry micha tau....happy sgt2 dpt baca telatah mikhail dan mikayla...both so cute wpun berbeza perangai...yg ptg hanya satu Umi QI nk doakan...semoga micha terus kuat dan bersemangat jadi supermommy ye utk hero dan heroin micha...luv u babe...

p/s lawa micha makeup last saturday ngan outfit cantik masa party blogger....terkesima umi QI tgk dari jauh...dah lah single hehhehehehe

~MommyAqilMedina~ said...

alahai Kayla very the same with My Medina..sangat independent dan bukan kaki nangis..huhuhu..Abang Mikhail tu sesuai lah dengan fizikal dia..Mat Jambu lagi hensem!!hihihi

intandayani said...

Rase comel sgt budak berdua ni...aishh tak sabar lak rasa

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...