Iklan

Sharemyloves Geng!

30 November 2013

Mommycha 1st Giveaway




STICKY POST
...................................

mommy&baby moments.
G.I.V.E.A.W.A.Y

Hello korang.
Mommycha dengan rasa sukacite nak buat 1st ever giveaway yang mudah.
Hadiah vavavava sangat amazingly SUPERB!


Theme:
  • mommy&baby moments
  • tak kisah sama ada korang ade sweet, sour, pahit, kelat, sugarcandy, candycrush, scrumptious sugar moment bersama anak-anak tersayang.

How it work:
  • JOIN/FOLLOW blog mommycha dulu.
  • Buat satu entry paling ringkas mengenai gambar yang korang hantar. 
  • Ikut KREATIF/INOVATIF masing-masing.
  • Silalah letak link di entry anda mengenai GA ini.
  • Dalam gambar tu mesti ade gambar korang & anak masing-masing. 
  • SATU gambar sahaja, okeh?
  • Kalo anak orang lain dikira DISQUALIFIED hahahahaha!
  • Pastu tinggalkan jejak link entry dekat RUANGAN KOMEN sticky post ini.
  • Tarikh Tutup: 1.12.2013 (AHAD)

 Winners akan dipilih berdasarkan gambar paling MENARIK.  
Entrynye biase-biase pon takpe.

Hadiah akan diberi kepada winners 1st - 6th place :)
Senang dan mudah kan?
Tunggu apelagi, Senah?
Jom join laju-laju.
Hahahahaha.
Eh. Kalo tak paham tanye nanti aku jawab eh.
:)

sharemy
mommycha

28 November 2013

Ulasan GA

Salam

Wah.
Terkujat aku bukak emel pagi ni.
Seriously korang memang rock habis!
Lenguh jugak tangan aku dok tekan publish dekat comment.
Thanks u guys.
Join GA aku yang tak seberapa ni.

Aku akan review semua entry by this week.
Dan insyallah minggu depan akan ku umumkan pemenang.
Suka aku nak TEKANKAN disini...
Wahh ayat orang gomen sangat kan?
Aku akan TEKANKAN kepada gambar yang paling menarik.
Entry tu aku tak tengok sangat.
Dan.....
Untuk tidak menjadi bias/bius/berat sebelah/condong sebelah.
Aku akan menjemput 2 lagi panel juri jemputan mengadili GA ni.
Muahahahaha.
Kerlasss kau jah, siap ade juri jemputan.

So, wheter kau geng ceom mulut aku or not.
Kau akan berpeluang menang GA ni.
Aku memang tak pilih bulu.
Erk...bulu??
Bulu sape Bedah oit.
Muahahaha.

Hadiah pulak adalah hadiah yang mampu ku beri pada u ols semua.
Kang mintak bukan-bukan kang anak beranak makan sosej roll je bulan ni kang.
Mihmihmihmih.
Kata pon buat GA untuk suke-suke.
Aku pon takde sponsored hadiah dari mana-mana pihak tau.
So...ape yang aku rase aku mampu aku kasi :)
Fair kan?

Korang jangan pulak dapat hadiah nanti pastu kate.
"Ala...ni je Micha kasi???"
Sobs.
Sedey aku tau.
Nanti aku larik membawa diri yang lara.
:(

Yang penting suka aku tengok macam-macam gaya gambo ibu&anak yang ade.
Ade moment masam, manis, masin, kelat, tawar, kureng manis, lemak manis haiiii buat aku nak gelak pon ade.

Oklah guys.
Aku nak review satu persatu ni.
Mana yang sempat aku akan leave comment pada entry.
Mana yang aku tak comment, tapi link aku dah approve tu makna nye adelah korang dalam senarai aku eh?
Jangan risau aku tak CONDONG SEBELAH!
Aku orang baek-baek.

Mihmihmihmih....


korek duit tabung anak-anak nak beli hadiah GA. Muahahahaa!

sharemy
mommycha

23 November 2013

Testing post!

Salam ❤️

Sabtu dan aku gigih untuk menaip entry. 
Sebenarnya aku try and error menaip guna iphone apps. 
Ntah berjaya atau tidak. 
Kita test dan try.
Oh! Pada yang belom join mommycha punya GA dipersilakan join.
Masih banyak masa lagi.
Still ade lagi seminggu untuk korang mencuba nasib.
Tuah ayam nampak dikaki, tuah korang nampak dimana?
Muaahahahaha.
Ntah aku pon taktahu.
Ok ini adalah test entry....diulangi test entry.



Till then...happy saturday peeps!
Mommycha

18 November 2013

oh! melaka.. (entry kepam)

Salam ♥  *entry kepam,masyam

oh! melaka...
mulanya pegi dengan niat penuh didada.
tapi pegi dan pulang dengan hampa.
hujan turun lebat melanda.

oh! melaka...
bawak anak-anak, opah, dan sedara mara.
eksaited gile nak tido The Hatten Melaka.
Rege mahal bukan alasannya.
Hotel beso kalah istana raja.

oh! melaka...
sesampai sana ke zoo lah kita.
sekali tengok makk aiii mahalnye harga.
RM15 sekali masuk untuk dewasa.
Kansel lah masuk terjah tempat lain pula.

oh! melaka...
Teruslah kami pegi Bandar Melaka.
Kiri kanan beca berhias merata-rata.
niat nak naik beca umpama pelancong gamaknya.
last-last takjadi naik sebab ujan turun selebat-lebatnya.

oh! melaka...
jalan-jalan ye jugak tapi makan jangan dilupa.
ke kedai asam pedas lah kita nampaknya.
takkan nak makan laksa Penang di Melaka pulee.

oh! melaka...
terkujat aku melihat Taming Sari punya menara
pestime aku tengok kekdahnya.
perak/jakun gile tidak terkateee.

oh! melaka....
anak-anak ku paling hepi rupanya.
naik terjun swimming pool berjam-jam lamanya.
belom lagi cerita berkubang dalam toilet ku buka.
baba pon sama naik berkubang macam badak air kekdahnya.

oh! melaka...
balik bilik hotel anak bantai tido membuta.
hari malam berlalu tanpa apa-apa agenda.
nak jumpa Mak Etty pon tergendala.
maaf kan ku etty tak sempat nak jumpe bergental bersama.

oh! melaka...
esoknya hujan turun lebat menggila.
hancur segala plan nak naik beca, membeli belacan, cencalok, naik Taming Sari segala.
cuma sempat repeat makan asam pedas di kedai yang sama.

oh! melaka...
ade duit insyallah aku mau jejakkan kaki lagi disana.
kali ni kompem beca, basikal, bas mini, duck tours, bot ku tibai naik bersama baba.
anak-anak melopong lah mulut tidak terkata.
tengok mak paknye jakun seada-adanyeee.

oh! melaka..

tamat sudah sajak untukmu melaka.
akan ku menabung sehari sehenggek untuk jalan-jalan di melaka
kali ni pasti ku beli belacan untuk korang semuaaaaa.....




aku taktau ape punca dia nangis sebegini. takut tiger pelesu tu ke apa ntah...

bila nak sampai ni, mama oit? dah krem otot Kayla ni.

oit Kayla, tu pakwe mama kot. Tayah usha lama-lama. Mama dah chop dulu tu...Kikiki

anak ikan laki aku :)

katil raja-raja. cinonet je aku tengok kayla.

owner belog. ngan owner belog junior. akanku perturunkan blog ni 7 keturunan muahahaha..
breakfast. muahahaha. ketamakkan terserlah disitu.

sedap.gilo.sedap.sampai.gilo!

adik-adik, adik ipo & mama.

sila panggung ko yer?

babasss & anak-anak

gile lah punya tak reti pakai carrier ni. Ni kalo mak kanggaroo tengok aku pon dia nangis, sembah ratu tau tengok cara aku carry Kayla. Muahahahah. muka aku macam datin "terlampau" pon ye jugak. mauahahahah.
usung la bantai busuk ke hulu hilir...."candu" dia..takdak takbley tidoq. punah lah ko dik.

Nukilan ikhlas dari dasar hati yang terpaling dalam,
mommycha
;p 

nota: semua image diatas adalah kejadian pada bulan lepas. diulangi bulan lepas. baru sekarang aku rajin update. sekian. maaf di atas "ke deleyaan" entry tersebut :)

15 November 2013

Blog ikan bilis


Bila Mikayla menulis:

    "mama kata...senin dia janji dia update blog cap ikan bilis dia".

sharemy
anak dara, mommycha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...