Iklan

Sharemyloves Geng!

25 October 2013

Sambung belajar tapi tak cukup duit? Ni caranya.

Salam

Penah tak korang pikir nak sambung belajar tapi takde duit?
Aku penah dan selalu okeh.
Oleh itu molek lah kiranya ku ajar step untuk meringankan beban kalo nak belajar.

Ini bukan hutang tau.
Tapi bantuan dari kerajaan.
Dan yang paling penting...
It's FOC.
Takde kena bayaran balik ape pon.
Percuma hoi...percuma.

Penah dengar Baitulmal?
Itulah yang akan Micha stori pasni.
Sesetengah orang yang tak di expose memang tak tahu menahu langsung bab duit baitulmal.
Padahal memang duit Baitulmal tu untuk bantu kita yang "kureng" berduit ni.

Untuk kesekian kalinya Micha dah mintak bantuan Baitulmal ni.
Kiranya ini untuk kali ke tiga.
Firstly aku mintak bantuan untuk perkhawinan.
Dan YES!
Aku dapat duit bantuan RM1000 dari Baitulmal.
1000 jek?
Hello... sape nak kasi ko duit 1000 free-free?
Meh kasi tau aku sat?

Kini,
Bila Micha sambung belajo balik memang aku try mintak lagi Baitulmal tu.
Alhamdulillah walaupon banyak proses untuk permulaan dengan banyak nau dokumen, senarai semak dan panduan yang kena aku tempuh.
Dapat jugak aku merasa duit bantuan baitulmal kali kedua.
Biasalah dalam nak bantuan ni banyak jugak hanky-panky nye.
Kalau nak duit kena lah ikut kan?
Janji niat kita ikhlas untuk sambung study.
Insyallah dipermudahkan.

Bagi yang dah ade anak tu.
Hey...janganlah anak dijadikan alasan engkorang takbley sambung study.
Aku boleh je ni.
Rilek je.
Walaupon dah beranak dua.
Kena pandai timing la sket, bila nak study, buat homework dan bila nak bahagikan masa dengan anak dan masa untuk "berkasih-sayang" dengan sang suami.
Kang dok pikior study je, anak kemana, laki dah lari ikut Che Ta ke sapa nak tulun tu?
Ahkak jugek, dipersalahkan.

Bila nak sambung belajo ni banyak kena korban.
Contoh:
- kalau tido sehari 8 jam, kurangkan le sikit tido tu.
- kalau melepak depan tv sampai 4-5 jam, hagak-hagak le oi.
- kalau ade flexi time nak keluar jenjalan, pon kena limit la untuk berstudy.
- kurengkan sikit masa ber intenet, berwasap geng kuda, ber fb, ber IG, ber twitter bagai.
- kau punya body, kau sendirik lah tau camne nak handle masa tu.

Ok bagi yang taktau meh Micha nak explain camne nak apply.
Memula kena bukak website MAIWP.
Then pegi perkhidmatan kami & muat turun.
Print borang bantuan dekat situ.
Banyak ooo bantuan yang diaorang letak.
Kena rajin sikit carik & scroll ok?

Then isi borang dan hantar dekat Maiwp yang berdekatan.
Untuk Micha dekat jer di Parcel E, Putrajaya jugak.
Untuk bantuan pelajaran memang tak dikenakan interview ke hape.
Cuma bantuan perkahwinan tu je la dia interview sikit.
Bukan tanye ape pon.
Tanye bila nak kawin, kenduri di mana itu je.
Basic question.

Opps!
Sebelum isi tengok dulu kelayakan korang.
Kang terlebih kelayakan takbley lak isi.
Yang keje kerani macam ku ni memang boleh mintak.
Insyallah lepas.
Seribu tu sapa nak bagi?

Maiwp @ baitulmal akan masukkan duit rm1000 dalam account korang.
Ikut la nak bayar yuran banyak mana.
Kalau tak cukup sila topap duit yuran sendiri.
Sebab yuran UiTM pon mencecah RM1200++ satu semester.
Yang lebih tu aku topap lah sendiri kan?

Itu sajalah sharing is caring aku today.
Hari Jumahat kena ber etika sikit dalam menulis entry.
Muahahahahha!
#bajetprotegeprofmuhaya
Lagi pulak kan.
Nak tolong mana yang berminat nak further study tapi taktahu mana nak carik duit jer.
Nak senang lagi terus jek call tanye orang Baitulmal ikut negeri masing-masing yek.
Nak duit kena rajin sikit...
Seribu tu...seribu.....sape yang kasi free seribu kat kau?

Oooo ya...
Terima kasih atas potongan duit zakat VIP & VVIP seluruh Wilayah Persekutuan.
Merasa jugak aku sambung belajar dengan bantuan baitulmal.
:)
#kibasrambutsambeynanyilagukalauakukaya 
contoh borang baitulmal
kalau dah belajo harusle berjaya macam adik kittew. Eh..Happy Birthday Achu Nadia :) nota kaki: bahagian tertentu terpakse di blurkan sebab tahap "kemonjolan" yang serius.


my sis and the geng. best kan bila dah grade camni. feeling ilmu penuh di dada sangat. aku pon pakai jubah gak tapi jubah time raya haji jela. muahaha


sharemy
mommycha


20 comments:

DYatie said...

Micha.. sentap daku baca part bagi alasan anak. Baru nak bagi alasan ittewww. Huuu. Nak jugak sambung master. Tapi tak tau bila. Nak push asben skrg ni suh con't study. Huhu.

Nurul Aziz said...

tq! nak try jugak la, sbb sekarang ni study tak guna loan, suami tak bagi amek loan. kalau dapat extra duit camni sape tak mo kan, yang penting foc.. :D


Hana Soffelia said...

teringin jugak tp macam takde kekuatan lagi nak sambung... tq micha share info..

Umi Qi said...

Bagus micha...pandai mencari saluran bermanafaat...terbaikk!
Umi Qi lepas dapat ijazah x tau bila nak sambung master....aduyaiiii...amik masterchep pun ok nih heheh

Mimy Hamid said...

aku baca nada serius tapi nak gelak guling...hahahaha wasap kuda..apakah kedok kedok...bojol terseerlah kakakakaka...jubah di hari raya adoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii


ok serius ...aku tau tau pun ada bantuan perkahwinan baitumal...rugi dah kahwin kenapa baru bgtau ...hmm study study...aku tak de kekuatan mcm ko la mak beranak dua...ko inspired aku che ta eh tak micha..bye

♥ ROS ♥ said...

Ros xbleh apply baitul micha... :( dah tertulis syed n sharifah xdigalakkan mohon.. :p tahniah micha dpt study dikala anak dua :) kagummm ahhh

missayu said...

michaaa....ayu nak konvo dah isnin depan,28hb...selepas 4 tahun jadi part time student.. :)

aThidEaN said...

thanks for sharing

intandayani said...

RM1000 tu skali tu je kan die bagi..Haha tiap sem bagi lemak la kan?hehe

PinKy MoMMa said...

dulu kan dapat sambung kat UPSI tapi suami keding tak nak tunggu kittew hahahaha..so kawin lah iols..

sekarang dia suruh belajar..dah malas kot..tak pe ai support u micha..teruskan kerajinan itu..

tapi nama achu sama ngan ai..tetibe terfeeling muda sebab nama sama ngan achu hahaha..

Aty_Fared said...

Aku kalau tetibe rase nak smbung belajar..aku taknak sambung akaun dah..rugi tak ko rase aku tak smbung master..tapi aku nak repeat diploma bidang interior design....waaahhh...giteewwww...hahaha

mama amir said...

semoga urusan dipermudahkan...^_^

Nadt said...

Nadt pun tgah tgu masa sesuai nak sambung gak ni. Kan best klu dpt apply gak baitulmal ni..ehmm..

mawar berduri said...

singgah baca entry kat sini..

mrs kayrul said...

seronok tengok mak2 yang ada anak nie sambung belajar....daku nie x sesuai kot nak sambung...asyik stress ngan keja ngan anak jer....

~ NANA ~ said...

erk baru tahu blh mintak dgn baitulmal...btw i dah takde hati nak sambung master, tak minat engineering...i pon mcm aty, kalau nk sambung belajar nk amik diploma dlm bidang interior design...kahkah

SweetLikeWhat said...

aku tau pun sebab adik aku sambung belajar haritu apply..betul tuh..sape nak bagi 1000 free2..banyak tuh..macam2 leh beli..

sisanizu said...

boleh apply biasiswa dr KPT(MyBrain) under MyMaster. bayar penuh yuran 4 semester. untuk master.

Cik Puan Rara said...

oooo penah dgr nama.tp xpenah apply.thanks micha.sayang ko.che ta sgt ko ni! hahaha

Farid Al-Fateh said...

leh tnyr ckit.. kalu nk print tu borg nk kene kaler biru ke..?? otherwise.. kaler putih un okeyh je.. mohon pencerahan :)

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...