Iklan

Sharemyloves Geng!

17 October 2013

Product Review: Moogoo For Eczema (bagus ke tidok)

Salam

Garuk-garuk, tergaruk-garuk.
Menggaru-garu.
Itulah dia keadaan anak ku sejak kecit sehingga kini.
Pfftttt.
Apo nak buek?
Mikhail dan eczema memang tidak boleh dipisahkan.
Umpama cheesekut dan cheesenye.
Umpama roti canai dan kuah karinya.

Semenjak kecik Mikhail sering jadi mangsa kegatalan, kemerahan kulit.
Segala jenis ubat, krim, sama ada tradisional ataupon kaedah moden Micha dah try.
Tapi hasilnya?
Adalah...hampa.
Bukan hampalah hangtu.
Tapi hampa...duka...keciwa...nestapa.
Alaa...kassiiimmm selamat.....

Ubat/krim yang bersteroid tinggi.
Yang takde steroid.
Yang sapu-sapu.
Yang jenis makan-makan semua dah Micha try.
Takde kesan pon pada Mikhail.
Kalau hari ni elok, baik kulitnye, esok lusa mesti merah balik.
Kalau time panas berpeluh lagi lah merah kulit dia.
Oh...wahai anak.

Sebab itu Micha sentiasa gigih bertanya kaum kerabat mahupon kengkawan pasal eczema dan cara untuk treat penyakit ni.
Sebenarnya eczema ni penyakit "berterusan" kalau kita salah pilih ubat yang betul.
Masalahnya dah ubat tu doktor bagi kan?
Kita pulak tanpa sangsi memang terus guna untuk cure penyakit anak kita tu.
Nama pon doktor kan?
Takkan nak melawan cakap tuan doktor...yang belajo tinggi ke menara taming sari gading tu.

Dan sebenarnya.....#bukanlaguyuna
Ubat klinik/sepital memang tinggi kandungan steroid nya.
Itu sebab bila kita sapu ke badan anak akan pulih, tapi after a week merah-merah tu akan datang balik.
Tambah pulak ubat jenis ber steroid ni akan menipiskan kulit baby kita.
Sayangnye kulit yang lembut dan mulus tu makin menipis dek kerna obat-obat yang "menjahanamkan" kulit anak-anak.

So ape aku buat untuk solution nye?

Hasil pemerhatian dan pertanyaan pada semua orang aku telah try produk Moogoo.
Dengar cerita produk ni terbukti berkesan pada budak eczema.
Jadi moh le kita try.

Aku beli pon online di website moogoo.
Sebab google punya google brand ni hanya terdapat di caring pharmacy dan beberapa selected pharmacy including a few selected Watsons.
So no pening-pening, ber online lah kita.

Micha cuma try beli milkwash & ISB (Irritable Skin Balm).
Baunya adalah bau lembu / diary milk.
Milkwash adelah sangat banyak foam (buih) dan bila pakaikan dekat Mikhail kulit dia terus lembut & moisturize gitu.
After shower terus jer Micha sapukan ISB dan yesssss satu badan mamat tu berbau susu lembu.
Muahahahahaha.
Tapi so far after a week consume kulit dia less merah dan tak nampak sangat kering.
Kalau tak memang nampak kering dan bersisik sajo.

Tipu lah kalo Micha cakap pakai terus hilang merah kan?
Gatal-gatal tetiap malam tu memang ada lagi.
Cuma dah less than before.
Alhamdulillah.

Micha tak beani nak review banyak-banyak lagi sebab 100% result belom nampak.
So far ku akui product ni agak bagus.
Nak rekemen pon tak berani sebab kena try lama lagi dan tengok hasil pada Mikhail.
Mikhail ni pulak bangsa sawan nak makan ayam jer memanjang.
Dah tu pakai toknek moogoo pon takbley nak baik/elok kulit dia.
Sebab ayam tu kan gatal dan sah-sah aku rase dia allergic dengan ayam.
Aku kengkadang nak pulas jer telinga upin-ipin sebab asal derang nak makan memanjang ayam gorenggg je.
Mana lah anak aku tak terpengaruh?
Dah le upin ipin tu idola dia.
Coiii!

Tetiba teringat MIL aku cerita kalau dia meniaga nasik lemak mesti ada budak sorang nak beli nasi lemak dengan ayam upin-ipin (ayam goreng peha).

Tak peha tanak beli tau.
Kuat betul pengaruh kartun kembar tu :)
Cabut gigi kang!

So guys, this is it.
Part ending dah.
Suka saye nak tekankan disini adalah setiap produk/ubat adalah berlainan ke atas kanak-kanak #gentelmisai
Jadi jangan pulak bila ko beli brand moogoo ni pastu "tak rasi" dengan anak ko pehtu nak maki hamun kata aku tipu pulak kan?
Setiap individu adalah berlainan tindakbalas nye kan?
Tapi perlu jugak mencuba sampai ketemu ubat yang sesuai.
Gittew.


Dari riwayat Imam Muslim dari Jabir bin Abdillah  dia berkata bahwa Nabi  bersabda,

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ، فَإِذَا أَصَابَ الدَّوَاءُ الدَّاءَ، بَرَأَ بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sebuah ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (HR. Muslim)

Renung-renungkan dan selamat beramal yu ols.

Chowbedah tong gas!


kotak dia sangat comey. mampuuu ke letak punkok sendiri jadi cover parcel???? mampuu? mampuu?

beli dua barang ni yang sangat comel terus harum satu bilik aku bau lembu ;p

tengoklah tu badan anak teruna, mak.

kalo time merah datang menyerang kemain dia sedap garu sampai gini.

ni gambo keding dari depan, merah jugak :(

aku terdaya tak pakaikan baju if eczema menyerang semakin teruk. biar jelah togel gitu sambil dia melukis/mengaler berseorangan. Janji tak nangis udah.


tengkiu moogoo for this awesome product. i love u lah, lombu!

sharemy
mommycha

15 comments:

erin said...

alahai sian klu tengok anak nangis kepedihan kegatalan kan..adoii kita boleh tengok n sapu ubat je, yg lelain tak dapek nak nolong..haiiihhh

♥ ROS ♥ said...

Kecian kan tgk. Sggup beli pduk mahal untuk anak kita kan.. Asalkan diorg pulih dan selesa :)

Chekgu Azrine said...

hahaha..
review product pun akk baca golak sorang2..
kahkah..
neway tq ye sis..
nak beli jugakla..
akk kulit pun sellau naik gatal2 kalau berpeluh..

MrS dOdOt_ShyG said...

yes.. product nie mmg sgt bagus.. sbb i pn dh try for my beby.. hihi.. :))

Mimy Hamid said...

mooooooooooooooo....eh teruk gak eh kulit dia..baru aku nampak gambaran sebenar......ko cuba dulu la mana ok ..cetaphil ke apa ke

KUREKURE COMEL said...

Ce try spirulina dari produk elken...bgus jgk...

PinKy MoMMa said...

ni sama ngan bang ngah lah ni..bang ngah kena kat muntot..leher..siku..tapi iols guna produk tropika..alhamdulillah ok ngan dia ;)

Allene said...

hafidh pun pkai moogoo sampai sekarang... kesan mmg lambt. tp ok la...
dia tak buat kulit anak2 makin teruk.

amal said...

haha micha ni kan. kalo tulis entry tak sah kalo aku tak gelak hahaha...

Cik Puan Rara said...

micah mogoo ni mmg bagus kan.tapi lambat sket nmpk kesan kan.hmm E ni mmg kesian kn.sbb mmg xleh nk cure sgt.salah mkn je.nasibbb lah menggaru.sbb i pon Ezema gak =(

Umi Qi said...

Bgus rupernya MooGoo...hebat...nanti nak pi cari weekends nih...bukan anak je kena..tp kadang mak ayah pun ada kadang kalo salah makan...weeeeeee tq micha

k|ree said...

naurah pun sama juga...sian tgk dia...duk tergaru sampai berdarah bagai...tapi, mak dia nie tak sapu apa pun...teruk tak...?saya dah macam2 try sbnanye...sampai saya giveup...sbb, dia still garu dan garu...saya monitor makanan dia...dia mmg tak boleh mkn udang...sangat teruk garu nye...abih satu badan dia gatal...smpai nangis2..mata ngantuk tapi menggaru...dan ayam..pun sama juga...tak leh makan...so, jarang la bg makan bnda tue sume..kadang2 dia minta juga...bg la rasa sket...

SweetLikeWhat said...

kesian mikha..tapi comel la kotak moogoo tuhh

mrs kayrul said...

siannya kat mikha....first time dengar jenama nie

Mama LiaSyaAme said...

Thank you Mommy Cha for the support :)
Our latest post : Tame Your Itch Thursday Everyone!

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...