Iklan

Sharemyloves Geng!

21 October 2013

KIDSZOONA: Jaya Jusco Equine/Seri Kembangan/Putrajaya mari main disini!

Salam

Hari minggu sudah berakhir.
Bermakna waktu "berjimba" bersama anak dan suami jugak dah berakhir.
Kemanakah destinasi korang sabtu dan ahad lepas?
Aku takde la pegi mana pon.
Pergi Paris dalam mimpi jela JJ Equine je pon.
Dekat, senang, pantas dan menjimatkan masa.
Takde tol pulak tu :)

Berada di Putrajaya ni memang naik lemau kalo nak pergi Alamanda je memanjang.
Sikit-sikit alamanda, sikit-sikit alamanda.
Boring la pulak.
Lama-lama muka pon macam alamanda jugeks.

Jadi mohle kita pegi JJ Equine pulak.
Try new atmospehere mat salleh kata.
Bukan aku yang kata tau!
Heh?...

Mulanya aku pegi jumpe si Nurul dekat Puchong amik ergo infant inserter tu.
Pasal ergo carrier nanti aku cite next entry.
Ni nak fokus cerita pegi JJ je dulu.
Baru pegi JJ heboh macam dapat pegi Harrods, London.
Panggg kang baru tau.

Oi.
Bukan senang aku nak bawak family kecik aku keluar jalan.
Sebenarnya bukan koser sangat nak bawak anak kecik keluar.
Adoi boleh berperang bawak dua orang anak ni huwaaa...
Itu baru anak dua orang.
Kalau anak 5,6,7,8 orang mau tercetus perang nuklear ni.
Sabo jela.

Terus cerita JJ yek.
Sesampai di JJ pusing dulu.
Belanje Mikhail makan eskrem.
Pastu kitaorang pusing punya pusing terjumpa lah pulak tempat main untuk budak-budak.
Hey! It's Kidszoona lahhhh.
Apelagi terus zassss bawak Mikhail & Mikayla main dekat situ.
Per entry adalah RM15 per kids.
Parents FREE!
Ok ini sudah bagus.
Bermainlah kamu sampai lebam anak oi.
Untuk info lagi baby under 6 months adalah FREE jugak, kalo over age kena lah bayo.

Inilah first time aku sampai di Kidszoona.
Before this main dekat The Curve tu apekenama ntah lupa dah aku.
Yang tu agak expensive per entry RM50.
Reasonable price jugaklah dekat Kidszoona ni.
Tapi aku pelik Mikhail ni boleh pulak takut nak main dekat situ.
Boleh dia bantai menangisssssss je.
Haru betoi.

Bagi aku Kidszoona di Equine overall ok.
Tempat pon luas dan amat selesa untuk anak-anak bermain.
Banyak permainan jugak dekat situ.
Berbaloi lah kau bayar RM15.
Cuma tak berbaloi bila kau bayor pastu anak kau taknak main.
Hangin tak?
Mak pak pulak terpakse main.
Hehehehe.

Jadinya pasni untuk mak-mak area Putrajaya, Bangi, Kajang, Cyber
Bolehlah datang ke JJ Equine bawak anak-beranak main tang tu.
At least ade jugak tempat dari korang bawak anak-anak depan OldTown White Coffee Alamanda tu je kan?
Eleh jangan tipu situ jer tempat nak bawak main kan? kan?kan?
Hahahahahaha! Disebabkan tempat yang luas dan comfy,
Sempat jugak aku curik time menyusu Kayla sampai dara tu tertidor kekenyangan.
Baba pulak sibuk layan Mikhail yang "jakun" nak main.
Itu yang sampai nangis-nangis tu.
Jakun benar.
Haish...semua dia nak main last-last pening nak pikir nak main yang mana.
Last-last nangis.
Berapa banyak last-last daa aku type ni?
Heh....

Itu jelah korang.
Sungguh aku tak reti nak review tempat main budak-budak ni.
Jadi kaku pulak aku menulis ditambah tatabahasa yang tunggang langgang.
Nanti aku up next entry yang bagus sikit tatabahasa dan penulisan nye eh.
Ini kalo cikgu BM aku tengok aku menulis gaya gini mau tersembam muka dia dekat papan hitam kalo baca.
Maafkan aku Cikgu Mariam.
Hehehehehe.
Seee..nama cikgu BM pon ingat lagi tau.
Hehehehehe.

Okbai cikgu Mariam.
Eh?
Hahahaha.

kidzooona rupanye ejaan yang betul. hakhakhak :)

susun atur playroom Mikhail hahahahha. Dalam mimpi le kalo bilik main anak aku camni oi.

Ko tengok si Kayla tu pon macam reti je nak join main

baba walaopon tak menutup aurat, ku tetap sayang padamu dan keting drumstik mu tetap pojaan lobang idongku!

stress aku tengok budak ni, perasaan berbaur happy+ceria+merengek+buat perangai semua ada. Pangg kang baru tau. eh?
jelas tak "kerupaan" ibu Mithali disitu? jelas tak??????
baba jenuh pujuk dia naik ni, tetap nak buat perangai nangis dia. nampak antu kot dalam tu?
eh si adik tu...eh-eh...eh....

sayelah duta tak rasmi kidzooonia, moh le kengkawan datang sini. supaya sama-sama best macam saye :)

sharemy
mommycha

21 comments:

achiek anis said...

amboi kemain kayla eh..mcm dh besar sgt dah...
ada meh kidzooona tu?
tak perasan pung....selalu gak pegi JJ Equene..

mama amir said...

thanks for sharing...tak tau plak ada kidszoona...bole la bawak Amir ke sana camni...^_^

ctmah said...

menyusu pun sempat amek gambo lg ye micha..kelas kau che ta..heheh

Mimy Hamid said...

kidszoona JJ AU2 la ada berani hehehe...situ port gathering mommy gojes...baru la mikhail tak nangis ada kawan..bhahahaha

Hana Soffelia said...

Eh, micha.. JJ equine tu dekat jah dengan rumah MIL kita. nanti g sana, leh jumpa.

Shasha Azmar said...

bakal menjadi port kami jugak ni micha..

Norhasniza Khalid said...

comelnya baby kecik ni..

mama singgah dan follow sini, salam kenal ye..

Allene said...

micha... kita pun suka paki bby wearing... sonang.... nak kejap abam pun senang kan... =)
NIP everywhere...!

Ros Anis Rusli said...

ceket adik kayla tu..geram taw unty tgk..pokodot pink2 lg...

Umi Qi said...

awat gathering sorang2...awat x ajak cek mai sekali bahahahhaha...kayla pun nak join men sama2 tuh...terbaikkk

lia said...

wallaaa.... best sgt nih.... tq info... bole bawak budak berdua 2 p cni...

Chekgu Azrine said...

sis..takdela gemuk..
lawa jek...hehehe

Cik Puan Rara said...

ye ye micha.nampak2.mitaaaaaliiii sgt sgt.hehehehe

mrs kayrul said...

bestnya kidzoona nie...daku nie nak katakan kidzoona pun tak pernah jejak lagi...sedih tul...

puansazusarin said...

Ishh klu lepas kina dalam ni mau meroyan dia..playground kecik pun berperang nk ajak balik.. Haha

erin said...

bakpo hang tiyak lak mikha..x paham makcik ni..terharu mungkin, sbb mama jrg bwk g main eh, mama sibuk menega jaaa..kahkah

SweetLikeWhat said...

hannah takut naik kuda tu..pelik omaknyeee..

DYatie said...

Amboi Mikha. Lain kali cakap kat mama jangan bawa main sorang2. Ramai2 sikit pun ok. Kot boleh ngorat awek. Ha gitew. Hihi.

::puan ungu:: said...

JJ Equine pun xpnh sampai walaupun dekat...huhuhu...pasni boleh le terjah sini bawa anak main2.

Misz Pinkie Winkie said...

wahh..ada ehh dekat jj arie tue lin dekat puchong..murah gak...tapie stokin kena bayar lah..pastue masuk budak2 3.50 kot..ala tak ingat..
nntie nak terjah kat jj plak

hani zaha said...

Menarik...

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...