Iklan

Sharemyloves Geng!

16 October 2013

Aqiqah Mikayla Aessya Di Aidil Adha

Salam Aidiladha

Masih ramai yang bercuti di kampong halaman untuk menyambut Raya Haji.
Makanya moleklah kiranya daku buat entry raya haji jugak.
Sinonim lah kan.
Takkan nak buat entry raye puase pulop.
Hehehehehe.

Semalam adalah raya haji.
Micha macam biasa balik beraya di umah mertua di Shah Alam.
Meriah sebab ade nenek, bapak sedara dan mak sedara serta sepupus berkumpul.
Sepupus tu bukan spesis yang pupus ke camne.
Tapi bermaksud ramai lah ahli kerabat nye al-sunnah jamaahnye.
So kena tambah "s" menunjukkan keramaian sepupu disitu.
Ngerti?
Tak ngerti takpe.
Sambung bace.
Krikkk-krikkk-krikkk.

Semalam juga terlaksana lah sudah aqiqah untuk anak dara ku Nur Mikayla Aeesya.
Alhamdulillah.
Insyallah ada jugak tunggangan Mikayla di akhirat kelak, bak kata mak mertua ku.
Se awal pagi baba Erie dah pegi solat sunat aidiladha dan terus join ibadah korban di surau kuaters polis Seksyen 20.
Satu bahagian lembu bersamaan RM400.
Makin bertambah mahal seiring dengan rege pasaran kan?

Oh aqiqah ni jugak mak mertua ku booking untuk dua bahagian termasuk cucu nya lagi satu yakni baby Hanania Zafirah (anak kakak ipar).
So tahun ni punya aqiqah berdouble disebabkan dua baby.
Apalagi semua kaum lelaki kat rumah turun padang untuk sama-sama melapah daging korban.
Tak sia-sia aku kawin ngan laki aku.
Rupanya dia ade kemahiran tersirat iaitu teror melapah daging.
Hoi...propesional oi.
Kalah Ramly beger tau..
Hehehehehe.

Dekat rumah Putrajaya pulak opah dah siap sedia buat pulut kacang + rendang ayam + laksa penang.
Semua nye menambah kebuncitan perot ku ini.
Takpe redho.
Yelah raye haji kan setahun sekali.
Hehehehehe.

Berbalik ke rumah Mil macam-macam ade.
Sampai tak tertampong dek perot.
Dengan daging korbannye.
Orang surau masak sup, stew, daging kicap, bakar-bakar.
Oh! mewahnya hidup berada di Malaysia ni.
Sebab tu orang Malaysia "gebu-gebu"
Tettttttttt!

Ok buat yang bertanya daging aqiqah tu camne kita kena buat?
Yang micha tahu daging tu kena dimasak.
Dan nak masak kena masak yang manis-manis saje.
No curry-curry, no masak lemak cili api, no tomyam perahu pecah, no sambal-sambal.
Paham ke idop?
Lepas masak kita boleh agihkan pada penduduk disitu.
Kiranya orang rumah balik masak nasik jela.
Lauk-pauk surau akan agihkan.
Itu pemahaman Micha pasal daging aqiqah.
Silap sila perbetuikan ye lalink.

Oklaah Jemah.
Sampai sini saja lah cite Raya Haji daku yang tak seberapa ni.
Pegi umah mertoa pon pakai kemeja dengan kain bajet diri umpama princess Duke of Cambridge.
Muahahahahaha...
Ke laut oi!

Yang best pasal raya adalah makan je.
Ape lagi cerita raya kalo tak cerita pasal makan kan?
Tu lah makan jer memanjanggggg.
Memang tak ahh nak dapat body macam Che Ta.

Sekian.
Okbai.

oh suamiku... :)

sesi melapah-lapah

bapak mentoa (baju biru) turut serta dalam aqiqah semalam

ha...yang tudung pareda tu mak mentoa ku. comey dop kakton?

half of the sepupus..still young la baya anak aku je pon. ko tengok yang belakang Erie tu. Itu super notty tengok muka gaya posing pon tau. Miahahahahaha!

mama buat ni, my peberet pulut kacang :) nyumss!

alahai menantu sapolah ni, pakai jubah di pagi raya haji. Ikut tema haji sangat ko dik. Ok Micha se familia ucapkan selamat hari raya haji pada semua :)

nota: gambo Kayla takdop sebab Kayla mentido seharian semalam. Hehehehe!

sharemy
mommycha

8 comments:

Umi Qi said...

Best tgk aksi memasing di pagi raya haji...lama x tgk abg mikayla tau...waaa pandai pakai jubah ye dia hehehhe so encem...mikayla tido eh...hehehhe salam aidilfitri ye tuk micha sekeluarga...alhamdulilah selesai akikah...

Chekgu Azrine said...

meriah jugak..sedap jek tgok rendang ayam tuh...

D Yatie said...

Alhamdulillah dah buat akikah mikayla. Arissa insyaAllah awal bulan depan join kenduri kawen mak long dia. Salam Aidiladha buat Micha sefamilia.. :)

Mimy Hamid said...

bagus anak murid tag dah banyak...huhuhuh...okla weh 400 murah...aku plan untuk Fayel lagi seekor kambing...Insya Allah besday dia nanti....ok...doakan korang gojes aku jemput makan

Allene said...

alhamdulillah.. kayla da settle akikah... adeel tak settle2 lagi ni... mak pak tgh kumpul duit... huhuhu laki bahgian kene lebey... >_<

Erna Nordiana Zamri said...

alhamdulillah..selamat dah aqiqah :) tempat erna ada yg rm400. ada yg sampai rm460. yg rm460 lembu beso kot. tah la. salam aidiladha :)

♥ ROS ♥ said...

Alhamdulillh dh settle.. Ros dua2 xbuat lg..haishhhh :(

mrs kayrul said...

alamak beluk buat korban lagi...aqiqah sudah...kena kumpul duit nie nak buat korban cepat2 gak

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...