Iklan

Sharemyloves Geng!

29 October 2013

Anatomy of a new mom!

Salam

Sedang melalui fasa ini.
Tenung dan bace betoi-betoi kat gambo tu
:)
Harap geng-geng blogger tenang dan bersabo kalo Micha tak tinggal any comments.
Nanti ade masa i ols "lempar" balik komen-komen yang memberangsangkan.
#takdegambarsenonohsikitkeoi

>_<


muahahahahahahahahahahahah........hahahahahahahahha.sebelah pakai boot, sebelah pakai roller coaster blade.....pastu ade pulak the "forget it" zone X! muahahahahaha. vengom!


sharemy
mommycha

25 October 2013

Sambung belajar tapi tak cukup duit? Ni caranya.

Salam

Penah tak korang pikir nak sambung belajar tapi takde duit?
Aku penah dan selalu okeh.
Oleh itu molek lah kiranya ku ajar step untuk meringankan beban kalo nak belajar.

Ini bukan hutang tau.
Tapi bantuan dari kerajaan.
Dan yang paling penting...
It's FOC.
Takde kena bayaran balik ape pon.
Percuma hoi...percuma.

Penah dengar Baitulmal?
Itulah yang akan Micha stori pasni.
Sesetengah orang yang tak di expose memang tak tahu menahu langsung bab duit baitulmal.
Padahal memang duit Baitulmal tu untuk bantu kita yang "kureng" berduit ni.

Untuk kesekian kalinya Micha dah mintak bantuan Baitulmal ni.
Kiranya ini untuk kali ke tiga.
Firstly aku mintak bantuan untuk perkhawinan.
Dan YES!
Aku dapat duit bantuan RM1000 dari Baitulmal.
1000 jek?
Hello... sape nak kasi ko duit 1000 free-free?
Meh kasi tau aku sat?

Kini,
Bila Micha sambung belajo balik memang aku try mintak lagi Baitulmal tu.
Alhamdulillah walaupon banyak proses untuk permulaan dengan banyak nau dokumen, senarai semak dan panduan yang kena aku tempuh.
Dapat jugak aku merasa duit bantuan baitulmal kali kedua.
Biasalah dalam nak bantuan ni banyak jugak hanky-panky nye.
Kalau nak duit kena lah ikut kan?
Janji niat kita ikhlas untuk sambung study.
Insyallah dipermudahkan.

Bagi yang dah ade anak tu.
Hey...janganlah anak dijadikan alasan engkorang takbley sambung study.
Aku boleh je ni.
Rilek je.
Walaupon dah beranak dua.
Kena pandai timing la sket, bila nak study, buat homework dan bila nak bahagikan masa dengan anak dan masa untuk "berkasih-sayang" dengan sang suami.
Kang dok pikior study je, anak kemana, laki dah lari ikut Che Ta ke sapa nak tulun tu?
Ahkak jugek, dipersalahkan.

Bila nak sambung belajo ni banyak kena korban.
Contoh:
- kalau tido sehari 8 jam, kurangkan le sikit tido tu.
- kalau melepak depan tv sampai 4-5 jam, hagak-hagak le oi.
- kalau ade flexi time nak keluar jenjalan, pon kena limit la untuk berstudy.
- kurengkan sikit masa ber intenet, berwasap geng kuda, ber fb, ber IG, ber twitter bagai.
- kau punya body, kau sendirik lah tau camne nak handle masa tu.

Ok bagi yang taktau meh Micha nak explain camne nak apply.
Memula kena bukak website MAIWP.
Then pegi perkhidmatan kami & muat turun.
Print borang bantuan dekat situ.
Banyak ooo bantuan yang diaorang letak.
Kena rajin sikit carik & scroll ok?

Then isi borang dan hantar dekat Maiwp yang berdekatan.
Untuk Micha dekat jer di Parcel E, Putrajaya jugak.
Untuk bantuan pelajaran memang tak dikenakan interview ke hape.
Cuma bantuan perkahwinan tu je la dia interview sikit.
Bukan tanye ape pon.
Tanye bila nak kawin, kenduri di mana itu je.
Basic question.

Opps!
Sebelum isi tengok dulu kelayakan korang.
Kang terlebih kelayakan takbley lak isi.
Yang keje kerani macam ku ni memang boleh mintak.
Insyallah lepas.
Seribu tu sapa nak bagi?

Maiwp @ baitulmal akan masukkan duit rm1000 dalam account korang.
Ikut la nak bayar yuran banyak mana.
Kalau tak cukup sila topap duit yuran sendiri.
Sebab yuran UiTM pon mencecah RM1200++ satu semester.
Yang lebih tu aku topap lah sendiri kan?

Itu sajalah sharing is caring aku today.
Hari Jumahat kena ber etika sikit dalam menulis entry.
Muahahahahha!
#bajetprotegeprofmuhaya
Lagi pulak kan.
Nak tolong mana yang berminat nak further study tapi taktahu mana nak carik duit jer.
Nak senang lagi terus jek call tanye orang Baitulmal ikut negeri masing-masing yek.
Nak duit kena rajin sikit...
Seribu tu...seribu.....sape yang kasi free seribu kat kau?

Oooo ya...
Terima kasih atas potongan duit zakat VIP & VVIP seluruh Wilayah Persekutuan.
Merasa jugak aku sambung belajar dengan bantuan baitulmal.
:)
#kibasrambutsambeynanyilagukalauakukaya 
contoh borang baitulmal
kalau dah belajo harusle berjaya macam adik kittew. Eh..Happy Birthday Achu Nadia :) nota kaki: bahagian tertentu terpakse di blurkan sebab tahap "kemonjolan" yang serius.


my sis and the geng. best kan bila dah grade camni. feeling ilmu penuh di dada sangat. aku pon pakai jubah gak tapi jubah time raya haji jela. muahaha


sharemy
mommycha


24 October 2013

Seromantis mana kah lelaki kau orang?

Salam

Orang laki-laki ni jarang betul nak membeli barang untuk anak.
Ntah le memang sejak azali kot memang perangai depa camtu.
Bab nak membeli untuk anak kemain liat.

Eh.
Jangan salah sangka.
Bukan lah aku gadoh ngan Erie pasal tak membeli barang untuk anak ke ape kan.
Tapi overall orang laki-laki ni memang macamtu.
Dia boleh kasi duit dekat kita.
Rather than dia pegi beli barang untuk anak kita.
Fitrah orang lelaki taksuke membeli.

Tapi hari tu balik rumah terkejut beruk makye aku oit.
Laki aku punya buang tebiat kot.
Membeli pjyama untuk Mikhail & Mikayla.
Terkedu aku sebentar.
Betul ke tak laki aku ni?
Demam ke, bang?
Tapi pegang dahi rase suam-suam kuku je.
Takde demam pulak.
Muahahahaha.

Sekali dia cakap, ni haaa beli dekat akak opis.
Aku pon...oooo yeke?
Dengan keadaan yang "rasa terpukau" dengan keromantisan ayat laki aku.
Eh kalau nak kira romantis memang tak le kot.
Laki aku bukan kaki romantis kot.
Tak kot...tak kot.

Tetiba nak cerita pasal hal romantis.
Sepanjang 3 tahun berkahwin susah aku nak tengok laki aku romantis.
Dia bukan jenis suprise kasi bunga, kek, eskrem, ceklat time besday aku.
Sampai aku majok-majok.
Pastu baru dia beli bunga ros ade jugak ferrero roche 3 bijik.
Tu pon 3 kuntum je...konon ailebiu lah tu.
Memula sejuk jugak hati.
Pastu dia cakap... "B tanye Abu nak beli katmana bunge sebab bini merajok"
Pastu Abu cakap pegi la beli dekat Giant 13 tu.
Jangan beli bunge saje, beli la coklat jugak. Abu cakap macam tu".

Oh.
Gedebuk jatuh aku oi.
Nak beli bunge dengan coklat mase besday bini pon kawan yang suruh.
Hahahahaha.
Sungguh tak romantis laki aku.
Choi la lu, bang.

Tahap romantis laki aku cuma aku rase bila bangun tido aku tengok dia dah sidai baju.
Alololo.
Sweet nye laki aku tolong sidai baju
Takpon dia rela membuang sampah tanpa disuruh
Bagi aku tu pon dah cukup sweet.
Oh..lagi satu kan kalo dia tolong basuh pinggan pon aku dah rase sweet sangat dah
Muahahahaha 
:)
Yang lain aremm la rase nak sweet romantis bagi.
Nak candle-candle lite dinner lagi lah ke laut.

Korang lak camne?
Adekah lelaki-lelaki korang "seromantis" lelaki Micha?
Meh le share ape kah moment paling romantis lelaki korang penah buat untuk korang.

Boleh kiteorang gelak sesama orang-orang.
Muahahahahaha.

Tapi kan tak romantis-tak romantis lelaki aku pon, tetiap tahun keluar sorang anak aku tau.
Muahahahaha.
Itu bukan romantis nyah.
Itu tanggungjawab batin, nyah oi.
Kikikikikiki
#jalanmendadabontotmelentik

wat?? baba yang beli ni? oh yeemmgeeeee!

sweet tak kittew masak megi kat binik kitteew?

sweet tak kittew bawak hanbeg bini kitteew sambil posing dengan ketel camni?

sweet tak kittew pasang meja study bini kitteew?

hahahahaha. mintak ampon caption memang caption mintak lempang.
jangan le lempang kitteeww 
;P


sharemy
mommycha

23 October 2013

Mikayla & Mikhail bersatu bergabong.

Salam

Mikayla Aeesya binti Zuhairie.
Sudah 5 bulan kamu wahai anak.
Memang masa sangat laju, mengalahkan kereta kuasa turbo.

Sorry.
Aku terpakse up entry anakku harini.
Sila jangan boring, yek.
Kang sesia cakap "eh macam dia sorang ade anak"
Eh kang aku pulak jawab "kau apehal?"
Penumbok rusuk kiri, mau?
:)

Aku rase baru saje beranakkan Mikayla bulan 5 aritu.
Tup-tup dah lima bulan dah.
Jumaat ni seperti selalu aku kena bawak Kayla check-up.
Cucuk, ukur berat, panjang, tinggi di DEMC.
Tak sabar nak jumpe Paeds Kayla.... Dr. Koshy
:)
Ni kalau bawak Mikhail harus dia bersiap hi-5 dengan doctor tu.
Seriously Dr. Koshy is the best paeds ever for my kiddos

Berbalik kepada Mikayla Aeesya.
So far dia dah tumbuh gigi.
Yup!
It's true.
Cepat tumbuh gigi kan?
Sama macam Mikhail dulu jugak.
4 bulan dah ade gigi
:)
Dan bila bergigi ni asyik aku kena gigit je bila nak menyusu.
Ouch!
Bertabah aku menyusu sambil meleleh airmata tahan sakit kot.

Lagi perkembangan anak dara aku ialah.
Dah boleh meniarap dengan jayanya.
Bergolek tu memang hobi lah.
Kalau tak tutup grill mau dia bergolek sampai ke beranda kot.
Pastu bab mencapai benda memang laju.
Kalau aku tengah minum zassss di cekupnya cawan aku tu.
Zassss jugak air milo atas aku.
Tumpah.
Sekian.

Eh.. belum sekian.
Sambung lagi.
Mikayla Aeesya dah pandai jugak berborak.
Mulut bising jugak.
Macam aku.
Tapi dia belom mahir buat lawak macam aku.
Takpe nanti sifu akan perturunkan ilmu lawak ke dia.
Pelan-pelan kayuh, dik.
Memula aku akan perturunkan cara pakai eyeliner cleopatra "trademark" aku dekat dia dulu.
Muahahahahaha.

Oooo..ade yang tanye berat dia berapa eh?
Oh..who cares bebeh?
Berat seploh kilo ke, lima belas kilo ke, patlohpat kilo ke?
Janji anak aku sihat dah le.
Kadang tu meluat jugak tengok nak anak bammmmmbammmm je kejenya.
Sikit-sikit....eh bambammnye anak kitteww.
Eh..bambammnye anak awak.
Eh bambammmnye peha dia.
Eh bambamnye rasa nak gomol.
Pangggg kang baru tau.
Tapi kalau bammmbaammm/body michellin bagai anak tak sihat nak buat ape gak kan?
Haish.
Ape baby tak bambam tak comel ke, nyah?
#kepitsuaragarau

Mikayla & Mikhail pulak camne?
Relationship derang makin berkembang mekar.
Cewah.
Pandai dah si abang dok agah-agah adik.
Adik pulak respon gelak mengekek tengok abang jadi pak lawak.
Contoh cara Mikhail bagi adik dia gelak:
Main atas katil, lompat-lompat pastu buat-buat terjatuhhh pulak. 
Selamba muka dia cakap.."Eh! jatuh pulak...."
Pastu adik pon mengekek gelak tengok abang jatuh bergolek.
Gittew.
Aku pon takpaham lawaknye katmana.
Tapi tumpang gelak jugak.
Konon macam lawak.
Kang tak gelak kecik hati anak aku oooooi.
Ini lawak tahap babies lah, noks.
Kau ape tau?

Itu sajalah yang aku nak cerita.
Kang banyak sangat menulis termuntah hijau (emoticon muntah ijau) orang bace.
Kalau korang perasan aku jarang cerita pasal anak sangat.
Takut noks, kang orang mengata belakang-belakang.
Yelah.Yelah.
Aku sorang jelah ade anak.
Kau takde.
Kan?

Aku akan update lagi entry pasal Mikayla Aeesya bila dia kena merisik nanti.
Hoh?
Gile ko merisik.......
25 tahun akan datang lettew.
Sila sabar sampai berjanggut (emoticon kambeng).
Muahahahahaha!

takde caption.

takde caption 2.

takde caption 3.

takde caption 4.

serious takde idea nak letak caption. hahahaha :)


okbai.

sharemy
mommycha

22 October 2013

Amalan Tinggal Susu "Secoet" dalam botol

Salam

Menggedix lagi.
New entry lagi.
Che Ta lah katakan.
Harus over #kelipkelipbutumatapelesu

Eh korang.
Micha ada satu masalah nak share.
Dan kalo korang pon ade masalah yang sama please share idea & solution ok.

Kesahnya begini.
Anak dan botol susu dan susu memang tak boleh dipisahkan kan?
Bukanlah menjadi satu permasalahan berapa auns anak kau orang minum sehari.
Tapi menjadi masalah adelah...
Sikap suka "tinggal susu dalam botol".
Eh...hari-hari pulak tu.
Tinggal "secoet" je dalam botol tau.
Mesti ade left over dalam 1oz or kengkadang 2oz.
Hai spesis ape lah anak aku ni jenis suka tinggal-tinggal susu ni?

Mikhail punya peel memang camtu.
Memula mintak "mama...susu or mama syu-syu"
Pastu kasi dia minum....sroot-sroot-srottt hisap tetiba dia letak botol tu kat tepi dia.
WAJIB hokeh ade tinggal secoet dalam botol.
Eh..ehhh.ehhhhhhhhhh!
Geram nye.
Bila cakap "habiskan lah Mikhail"
Dengan muka sardin dia jawab "nanakkk"
Hoi sardin sungguh lah.

Dalam hati aku cakap oooo mebi aku buat banyak dia tak boleh habiskan.
Ok. Takpe-takpe.
Next session tu aku buat less than first session.
Pastu hisap bahek punye srooot-srooot-sroootttt.
Tetiba....tinggal jugak "secoet" dalam botol tu.
Oh hoi!
Memang bangsa pesen suka tinggal "secoet" budak ni.
Ish-ish-ish.

Selalu cakap dengan dia, habiskan susu kalau tak mama tanak beli dah.
Lagi berdouble dia buat muka sardin dekat aku.
Then tengok aku 5 saat je.
Pastu buat dek pegi main menan dia.
Perumpaan paling tepat untuk contoh di atas adalah:
"umpama menjirus air ke daun keladi"
Menangis airmata darah mak dia ni.
Dahle minum susu mahal.
>..<

Bila nak basuh botol tu rase alahai sayangnye nak buang susu.
Tapi takkan nak recycle pulak eh?
Tak gamak aku nak recycle susu untuk anak even dekat kotak tu tulis leftover boleh simpan dalam freeze dan panaskan semula dan boleh bagi dekat anak.
Kang tak memasal sakit perot pulak Mikhail.
Dah le kurus sekarang...bertambahlah kurus.
Jadinya bila basuh je botol, mesti aku buang je susu lebihan "secoet" tu.
Basi lak kang kalo simpan-simpan.

So konklusinye, adakah korang jugak mengalami nasib yang serupa macam aku?
Ataupon anak korang ok jer minum susu.
Takde tinggal "secoet" macam Mikhail tu?
Mujur Mikayla still fully breastfeed.
Kang dia pon dok buat minum tetek pastu tinggal left over "secoet" dalam tetek aku camne?
Muahahahahaha.
Kuang ajo Micha buat lawak camtu.
Eh? Lawak ke tak tu?

#ratulawakundurdiri

okbai.


contoh peninggalan susu "secoet" Mikhail.

Amaran dari Mikayla untuk abangnye, Mikhail. Hehehehe :)

sharemy
mommycha

Kerana mu..... CHEESEKUT / CISKUT

Salam

Macam mana nak bagi mak mertua sayang?
Sayang betul-betul.
Bukan sayang main-main tau.
Adakah dengan melaburkan wang yang berjuta-juta?
Adakah dengan memberi intan berlian bergunung ganang?
Adakah dengan memberi hadiah mahal-mahal?
Atau dengan memberi pujian "bermakna" kepada mak mertua?

Bila kau orang berkahwin dengan suami kau orang.
Bermakna kena jugak "berkahwin" dengan keluarganya sekali.
Makna yang mendalam sedikit adalah kenal hatibudi keluarga mertua jugak.
Jangan main kawinnnnnn je.
Yang lain takreti.

Aku ambik hati mertua dengan cara ni saja.
Yang lain aku tak pandai.

Aku pon bukan ada duit berjuta-juta nak belanja mak mertua aku.

So atas sebab itu sesekali aku buatkan ni untuk dia.
:)

Hari tu suami aku request buatkan ciskut untuk potluck office dia.
Aku beria lah nak buat.
Sebab laki aku ni bukan senang nak mintak suruh buat ape-ape kecuali benda tu memang sedap.
So, dah alang-alang buat aku buat lebih untuk mak mertua jugak.
Seriously akak opis Erie ramai pulak yang memuji.
Hahahahah :)
Ditambah dengan pujian dari mak mertua kan?
Terus "kembanngggg semangkok" punggung aku ni.
Hahahahahaha.

#menantumithali
#kauade

haaaaaa....tengok tu.....kau mampuuuuuu? mammpuuuu ke aku tanye ni??? muahahahahaha!


ini antara bahan yang aku guna cream cheese baaeekk punyo!

ini adalah base ciskut yang aku sempat snap, sepah nye keje aku oi!

meriah tak setoberi aku?

aku post ni dekat IG aku. ramai komen macam ni bila tengok setoberi tu:

hehehehe :) ctmah suka nyakat aku tau!
ini aku kasi mak mentua ku. lama nau pinjam tapeware dia, sekali aku bukak tudung siap dah pecah sebab dah mereput hahahahah! nampak sangat pinjam takreti balas balik. kahkahkah!

juling mata tak tengok buah merah ni?

oklah itu je pon nak update.
semakin tegar aku menghapdate blog nampaknye.
"aku yang dulu bukanlah yang sekarang....dulu ditendang sekarang ku disayang....dolu-dolu-dolu ku menderitaaaa sekarang akuu bahagiaaaaa"
Muahahahahahaha!

sharemy
mommycha

21 October 2013

KIDSZOONA: Jaya Jusco Equine/Seri Kembangan/Putrajaya mari main disini!

Salam

Hari minggu sudah berakhir.
Bermakna waktu "berjimba" bersama anak dan suami jugak dah berakhir.
Kemanakah destinasi korang sabtu dan ahad lepas?
Aku takde la pegi mana pon.
Pergi Paris dalam mimpi jela JJ Equine je pon.
Dekat, senang, pantas dan menjimatkan masa.
Takde tol pulak tu :)

Berada di Putrajaya ni memang naik lemau kalo nak pergi Alamanda je memanjang.
Sikit-sikit alamanda, sikit-sikit alamanda.
Boring la pulak.
Lama-lama muka pon macam alamanda jugeks.

Jadi mohle kita pegi JJ Equine pulak.
Try new atmospehere mat salleh kata.
Bukan aku yang kata tau!
Heh?...

Mulanya aku pegi jumpe si Nurul dekat Puchong amik ergo infant inserter tu.
Pasal ergo carrier nanti aku cite next entry.
Ni nak fokus cerita pegi JJ je dulu.
Baru pegi JJ heboh macam dapat pegi Harrods, London.
Panggg kang baru tau.

Oi.
Bukan senang aku nak bawak family kecik aku keluar jalan.
Sebenarnya bukan koser sangat nak bawak anak kecik keluar.
Adoi boleh berperang bawak dua orang anak ni huwaaa...
Itu baru anak dua orang.
Kalau anak 5,6,7,8 orang mau tercetus perang nuklear ni.
Sabo jela.

Terus cerita JJ yek.
Sesampai di JJ pusing dulu.
Belanje Mikhail makan eskrem.
Pastu kitaorang pusing punya pusing terjumpa lah pulak tempat main untuk budak-budak.
Hey! It's Kidszoona lahhhh.
Apelagi terus zassss bawak Mikhail & Mikayla main dekat situ.
Per entry adalah RM15 per kids.
Parents FREE!
Ok ini sudah bagus.
Bermainlah kamu sampai lebam anak oi.
Untuk info lagi baby under 6 months adalah FREE jugak, kalo over age kena lah bayo.

Inilah first time aku sampai di Kidszoona.
Before this main dekat The Curve tu apekenama ntah lupa dah aku.
Yang tu agak expensive per entry RM50.
Reasonable price jugaklah dekat Kidszoona ni.
Tapi aku pelik Mikhail ni boleh pulak takut nak main dekat situ.
Boleh dia bantai menangisssssss je.
Haru betoi.

Bagi aku Kidszoona di Equine overall ok.
Tempat pon luas dan amat selesa untuk anak-anak bermain.
Banyak permainan jugak dekat situ.
Berbaloi lah kau bayar RM15.
Cuma tak berbaloi bila kau bayor pastu anak kau taknak main.
Hangin tak?
Mak pak pulak terpakse main.
Hehehehe.

Jadinya pasni untuk mak-mak area Putrajaya, Bangi, Kajang, Cyber
Bolehlah datang ke JJ Equine bawak anak-beranak main tang tu.
At least ade jugak tempat dari korang bawak anak-anak depan OldTown White Coffee Alamanda tu je kan?
Eleh jangan tipu situ jer tempat nak bawak main kan? kan?kan?
Hahahahahaha! Disebabkan tempat yang luas dan comfy,
Sempat jugak aku curik time menyusu Kayla sampai dara tu tertidor kekenyangan.
Baba pulak sibuk layan Mikhail yang "jakun" nak main.
Itu yang sampai nangis-nangis tu.
Jakun benar.
Haish...semua dia nak main last-last pening nak pikir nak main yang mana.
Last-last nangis.
Berapa banyak last-last daa aku type ni?
Heh....

Itu jelah korang.
Sungguh aku tak reti nak review tempat main budak-budak ni.
Jadi kaku pulak aku menulis ditambah tatabahasa yang tunggang langgang.
Nanti aku up next entry yang bagus sikit tatabahasa dan penulisan nye eh.
Ini kalo cikgu BM aku tengok aku menulis gaya gini mau tersembam muka dia dekat papan hitam kalo baca.
Maafkan aku Cikgu Mariam.
Hehehehehe.
Seee..nama cikgu BM pon ingat lagi tau.
Hehehehehe.

Okbai cikgu Mariam.
Eh?
Hahahaha.

kidzooona rupanye ejaan yang betul. hakhakhak :)

susun atur playroom Mikhail hahahahha. Dalam mimpi le kalo bilik main anak aku camni oi.

Ko tengok si Kayla tu pon macam reti je nak join main

baba walaopon tak menutup aurat, ku tetap sayang padamu dan keting drumstik mu tetap pojaan lobang idongku!

stress aku tengok budak ni, perasaan berbaur happy+ceria+merengek+buat perangai semua ada. Pangg kang baru tau. eh?
jelas tak "kerupaan" ibu Mithali disitu? jelas tak??????
baba jenuh pujuk dia naik ni, tetap nak buat perangai nangis dia. nampak antu kot dalam tu?
eh si adik tu...eh-eh...eh....

sayelah duta tak rasmi kidzooonia, moh le kengkawan datang sini. supaya sama-sama best macam saye :)

sharemy
mommycha

18 October 2013

RESIPI SIMPLE: Ayam "lekat-lekat"

Salam Jumaat

Anda suka masak?
Tapi sering "pening" nak masak ape?
Jangan risau meh Micha perkenalkan resipi ayam.
Resipi yang maha simple yet delicious ni ditujukan khas untuk semua mommy yang nak masak sepantas sap-sap soi!

Kita masak ayam jela sonang.
Tak mahal sangat berbanding lain-lain lauk.
Oh! Oleh sebab ni musim raya korban, molek jugak kiranya u ols nak guna daging.
Jangan sampai terlebih makan dan darah tinggi tetiba naik sudah le, sayang-sayang sekalian.

So, sila muncungkan mulut ke depan dan pendekkan lidah tuan-tuan.
Baru gaya #chefwan sikit.
Kata nak feel memasak kan?

Menu kita: Ayam "lekat-lekat"
Sebab ape lekat-lekat?
Sebab ayam ni memang akan melekat kalo dah siap masak nanti.

Bahan-bahan:
- ayam (dipotong kecik ala nak buat tomyam)
- bawang putih 8 ulas
- sos tiram
- kicap (manis ke masin ikut u ols)
- garam
- kunyit (untuk goreng ayam)
- cili padi
- bawang beso dihiris

Caranya:
- Goreng ayam (tambah kunyit + garam) goreng sampai agak garing. Pastikan ayam dipotong kecik baru feel nak makan itu datang.
- Kopek bawang putih dan tumbuk. Agak-agak la bawang tu banyak mana. Micha suka letak banyak sebab bawang putih tu yang akan lekat-lekatkan ayam tu nanti. Bawang merah tayah okeh. Tak termasuk dalam senarai. Hehehehe.
- Angkat ayam yang digoreng tadi, lepas tu tumis bawang putih yang ditumbuk tadi. After dah garing bawang tu masukkan sos tiram dan kicap. Kacau sebati.
- Masukkan ayam yang digoreng tadi, lepas tu ketuk cili padi dan gaul rata. Perisakan sedikit dengan garam, jangan over letak garam sebab kicap tu dah masin kan? Kang high blood pulok....! Kuang-kuang-kuang...
- Last taruk bawang beso yang dihiris bulat. 
- Jangan lupa pas bawang dah layu, tutup api kang terbako rumah lak.
- Tak payah letak air sebab nanti ayam tu basah, so tak jadi lekat-lekat.

Itulah saje cara untuk buat ayam "lekat-lekat" mudah dan simple. Orang buta pon boleh buat tau. Hehehehehe.

Anak-anak pon boleh makan tapi jangan le taruk cili padi seguni kan? Itu caik penyakit namanye. Muahahahaha. Bukan takat anak takbley makan, makpak pon mulut boleh terkuor api jadi naga terus. Kehkehkehkeh. Terus Gongxi Pak Choi kata nyer!

Sehingga ketemu lagi di lain hari diwaktu dan blog yang sama.
Jangan serik untuk mecuba menu "setahun sekali" dari ku ini. Muahahahahhaha!
Coba tau resipi ni...coba-coba jangan tak coba.

Baiiiii bayaaa....#sengau alachefwan

jadi la pelepas tekak tok laki katanye :) #hebat-hebat rase megi cukup raseeeee......

sharemy
mommycha

17 October 2013

Product Review: Moogoo For Eczema (bagus ke tidok)

Salam

Garuk-garuk, tergaruk-garuk.
Menggaru-garu.
Itulah dia keadaan anak ku sejak kecit sehingga kini.
Pfftttt.
Apo nak buek?
Mikhail dan eczema memang tidak boleh dipisahkan.
Umpama cheesekut dan cheesenye.
Umpama roti canai dan kuah karinya.

Semenjak kecik Mikhail sering jadi mangsa kegatalan, kemerahan kulit.
Segala jenis ubat, krim, sama ada tradisional ataupon kaedah moden Micha dah try.
Tapi hasilnya?
Adalah...hampa.
Bukan hampalah hangtu.
Tapi hampa...duka...keciwa...nestapa.
Alaa...kassiiimmm selamat.....

Ubat/krim yang bersteroid tinggi.
Yang takde steroid.
Yang sapu-sapu.
Yang jenis makan-makan semua dah Micha try.
Takde kesan pon pada Mikhail.
Kalau hari ni elok, baik kulitnye, esok lusa mesti merah balik.
Kalau time panas berpeluh lagi lah merah kulit dia.
Oh...wahai anak.

Sebab itu Micha sentiasa gigih bertanya kaum kerabat mahupon kengkawan pasal eczema dan cara untuk treat penyakit ni.
Sebenarnya eczema ni penyakit "berterusan" kalau kita salah pilih ubat yang betul.
Masalahnya dah ubat tu doktor bagi kan?
Kita pulak tanpa sangsi memang terus guna untuk cure penyakit anak kita tu.
Nama pon doktor kan?
Takkan nak melawan cakap tuan doktor...yang belajo tinggi ke menara taming sari gading tu.

Dan sebenarnya.....#bukanlaguyuna
Ubat klinik/sepital memang tinggi kandungan steroid nya.
Itu sebab bila kita sapu ke badan anak akan pulih, tapi after a week merah-merah tu akan datang balik.
Tambah pulak ubat jenis ber steroid ni akan menipiskan kulit baby kita.
Sayangnye kulit yang lembut dan mulus tu makin menipis dek kerna obat-obat yang "menjahanamkan" kulit anak-anak.

So ape aku buat untuk solution nye?

Hasil pemerhatian dan pertanyaan pada semua orang aku telah try produk Moogoo.
Dengar cerita produk ni terbukti berkesan pada budak eczema.
Jadi moh le kita try.

Aku beli pon online di website moogoo.
Sebab google punya google brand ni hanya terdapat di caring pharmacy dan beberapa selected pharmacy including a few selected Watsons.
So no pening-pening, ber online lah kita.

Micha cuma try beli milkwash & ISB (Irritable Skin Balm).
Baunya adalah bau lembu / diary milk.
Milkwash adelah sangat banyak foam (buih) dan bila pakaikan dekat Mikhail kulit dia terus lembut & moisturize gitu.
After shower terus jer Micha sapukan ISB dan yesssss satu badan mamat tu berbau susu lembu.
Muahahahahaha.
Tapi so far after a week consume kulit dia less merah dan tak nampak sangat kering.
Kalau tak memang nampak kering dan bersisik sajo.

Tipu lah kalo Micha cakap pakai terus hilang merah kan?
Gatal-gatal tetiap malam tu memang ada lagi.
Cuma dah less than before.
Alhamdulillah.

Micha tak beani nak review banyak-banyak lagi sebab 100% result belom nampak.
So far ku akui product ni agak bagus.
Nak rekemen pon tak berani sebab kena try lama lagi dan tengok hasil pada Mikhail.
Mikhail ni pulak bangsa sawan nak makan ayam jer memanjang.
Dah tu pakai toknek moogoo pon takbley nak baik/elok kulit dia.
Sebab ayam tu kan gatal dan sah-sah aku rase dia allergic dengan ayam.
Aku kengkadang nak pulas jer telinga upin-ipin sebab asal derang nak makan memanjang ayam gorenggg je.
Mana lah anak aku tak terpengaruh?
Dah le upin ipin tu idola dia.
Coiii!

Tetiba teringat MIL aku cerita kalau dia meniaga nasik lemak mesti ada budak sorang nak beli nasi lemak dengan ayam upin-ipin (ayam goreng peha).

Tak peha tanak beli tau.
Kuat betul pengaruh kartun kembar tu :)
Cabut gigi kang!

So guys, this is it.
Part ending dah.
Suka saye nak tekankan disini adalah setiap produk/ubat adalah berlainan ke atas kanak-kanak #gentelmisai
Jadi jangan pulak bila ko beli brand moogoo ni pastu "tak rasi" dengan anak ko pehtu nak maki hamun kata aku tipu pulak kan?
Setiap individu adalah berlainan tindakbalas nye kan?
Tapi perlu jugak mencuba sampai ketemu ubat yang sesuai.
Gittew.


Dari riwayat Imam Muslim dari Jabir bin Abdillah  dia berkata bahwa Nabi  bersabda,

لِكُلِّ دَاءٍ دَوَاءٌ، فَإِذَا أَصَابَ الدَّوَاءُ الدَّاءَ، بَرَأَ بِإِذْنِ اللهِ عَزَّ وَجَلَّ
“Setiap penyakit pasti memiliki ubat. Bila sebuah ubat sesuai dengan penyakitnya maka dia akan sembuh dengan seizin Allah Subhanahu wa Ta’ala.” (HR. Muslim)

Renung-renungkan dan selamat beramal yu ols.

Chowbedah tong gas!


kotak dia sangat comey. mampuuu ke letak punkok sendiri jadi cover parcel???? mampuu? mampuu?

beli dua barang ni yang sangat comel terus harum satu bilik aku bau lembu ;p

tengoklah tu badan anak teruna, mak.

kalo time merah datang menyerang kemain dia sedap garu sampai gini.

ni gambo keding dari depan, merah jugak :(

aku terdaya tak pakaikan baju if eczema menyerang semakin teruk. biar jelah togel gitu sambil dia melukis/mengaler berseorangan. Janji tak nangis udah.


tengkiu moogoo for this awesome product. i love u lah, lombu!

sharemy
mommycha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...