Iklan

Sharemyloves Geng!

18 September 2013

Buai laju-laju...sampai balik sana...

Salam

Buai.
Naik menyampah dengo perkataan buai.
Sebabkan buai ni lah aku susah nak bawak anak aku berjalan.
Rasa nak humban je buai ni dalam Sungai Rajang...bior crokodail telan.
Errrrr.
Tapi buai ni jugak buat hidup aku senang-lenang.
Sekali anak aku tido membuai.
5-6 jam memang kompom-kompom dia mentido.
Muahahahaha.

Dulu-dulu orang tua-tua penah pesan.
Err. Orang tua mana pesan aku dah lupa.
Tapi pesan depa lebih kureng camni.
"Jangan ajar anak berbuai, susah nak bawak bejalan nanti."
Rupanya terkena batang idom aku sendiri.
Apo nak dikato?

Mikayla dengan buai umpama BFF.
Kalau takdapat buai umpama air coke tanpa gas nye.
Umpama Datuk K tanpa misainye.
Dan umpama Cik Ta tanpa bulu mata pelesunye.
Gitu lah perumpamaan bff Mikayla dan buai.

Mama aku selalu bebel kalo aku nak balik Shah Alam umah mertua cuti hujung minggu pon aku angkot buai.
Merengeh bahu aku hoi.
Dengan beg-beg berangkai-rangkai.
Dengan barang-barang anak.
Dengan besi buai.
Dengan mendukong si Kayla lagi.
Dengan Mat Mikhail lagi.
Boleh terlondeh spen**r aku.
Muahahaha.
Ini yang aku rase nak bayo deposit beli lori jeni.
Senang menghangkut tok nenek segala jemala barang. 
Penuh barang bersumbat dalam myvi haku Jemah oi!

Sebab tu aku try lah tak bawak buai.
Sekali ko dia punya mengamok nauzubillah.
Memang sangat-sangat-sangat aku tak reti handle.
Ubatnya terpakse aku kasi tido ngempeng.
Baru dia ok.

Selama dua hari di rumah mertua, selama tu jugak dia mengempeng saja.
Alahai.
Pedit, perit, melecet, gelecek, semua aku dah rasa.
Pasni kena gak bawak besi buai tu walau 2 hari pegi umah mentua.
Kalo tak, memang aku sendiri yang carik nahas.
Sebab bila dia ngamok takde ubat dah boleh bagi selain kasik "candu" buaian dia.
Nak #pangggg sayang pulak.
Anak sendiri lah katakan.
Hehehehe.

Penah aku ajar tepok-tepok atas katil.
Tapi tak menjadi jugak.
Sikit lagi aku tengok Kayla nak bertukar jadi incredible hulk kemain melalak menangis.
Pastu letak dalam buai, terus aman.
Amik ko....5-6 jam terus lena tido.
Susu dalam buai sambil mata terpejam pon takpe.
Janji ade buai.
Nasib buai elektrik.
Kalo buai manual mau tercabut tangan aku ni.
Itu pon kengkadang Mikhail tulun nyebok nak membuai adik dia.
Sabo jela.

Mikhail pulak memang bukan keturunan "buaian" ni.
Sebab kitaorang ajar tido sambil tepok-tepok bontot atas katil.
Berasap jugak lah tangan kami kalo nak kasi dia tido.
Kemain berzikir sambil tepok buntot.
Baru dia lelap.
Memang area tangan aku ni agak kurus sikit sebab buat senaman tampar bontot selama setahun lebih.
Punya nak kasi anak tido.
Hasih.
Demi mu anak.

Adanya Mikhail aku senang sikit.
Kengkadang bila adik siok tido berbuai aku pon siap pesan dekat dia.
"Mikhail... mama nak masak dekat dapor, kang adik tersedor bagitau mama eh?" 
Terkebil-kebil mata dia pandang aku.
Ntah paham ke dop aku taktau.
Taram jelah.
Miahahahahaha.

Itulah peel anak aku tido.
Sebab tu jugak kalo group gojes buat event aku jarang nak join.
Sebab nya anak aku tido berbuai.
Takkan aku nak heret buai pegi Kidszoona khenssss?
Hilang akai ka apa?
Muahahahaha.


inilah dia buai "berhantu" anak aku ittew..
sampai abam pon terpakse jadi buruh paksaan membuai adik dia. miahahahaha. abam mithali betul lah ko, dik!

tido atas katil gini Kayla cuma mampu bertahan sejam pastu dia bangun dan melalak. bila sorang melalak terus sorang lagi pon terjangkit melalak jugeks. hampeh...!

biase tu kemain beso mata dia tengah-tengah malam. biase tu...amboii..biase tu...abam dah hanyut naik tongkang pi Disneyland HongKong dah.

okbai.

sharemy
mommycha

nota kaki: jom reramai join FIRST GA dari my #gengkuda Aini  boleh menang Shaklee produk. Terlajakkkkk laris di pasaran :)

Saya dah try, anda bila lagi :)

18 comments:

achiek anis said...

smlm jumpa abg long mikha kat pasar malam...nak tegur tkt mak micha tak kenal...tertoleh2 daku igt micha ada sekali...hehe

Haslinda Sadiken said...

hehehe..mmg ada anak nak tido buai..kdg2 bukan kita yg ngajor tido buai..tp dia yg nak sendiri..huhuhu..

erin said...

biasaa dia ni kayla nk buai bagai..biasaa dia tuu, aunty picit kang tau la..hahaha mata buntang tu comel, eh beli la buai satu tinggal umah mertua, xyah ko duk heret buai kulu kilir

Mooniqueen said...

MQ dah merasai keperitan anak tido buai ni.. no 2 ni mmang akan ku haramkan itu buai.. payah wooo...serik dah... ;)

lia said...

candu pon kalah ni he3

as ♥ Leenda said...

asyraf tak tido buai..dulu nenek sedara ade bg present buai kt dia..tp zassss ku hantor umah pengasuh..sebab buat semak je letak kt umah..kalau tak, boleh bagi mikayla sewa..sehari rm1 pun jadiklah..hahahahha..

tp yg dlm perut ni tak tau lagi ape kes..klu jenis tido berbuai, kena mntak nenek sedara dia bagi present lagi sekali lah kot..heheheh

yUmiE AzuRa said...

hurmm lain bdk lain perangai micha.iman dlu berbuai jgk.nsb le bile blk kg kedah xde buai die ok je.tp tdo mmg xlme le weii.plg2 lama pn sejam stgh je.tp xde la die malalak teruk bile nk tdo.huhu..skrg dh msk taska lansung xnk dh buai.buai die pn dh selamat aku simpan dh utk adik die(xtau bile).kehkehkeh

Nadt said...

saif tak tido buai tapi tido dalam bouncer. bouncer ala-ala buai la tapi lagi senang nak berhangkut bagai. tapi kalau nak hangkut pi kidzoona memang xble la.huhu..memang saif jadik jenis susah nak tido. kalau tido pun sejam dua je. xpela, asalkan senang kalau nak balik kampung takpayah berangkut2 bagai.

mama ila said...

hehehe..berbuai yer..anak ila dulu sempat berbuai jugak kejap..tapi x laku...hehehe..menangis punye menangis..last2 try bagi puting kosong..terusss ok..tu pasai lekat sampai lani duk berputing..jenuh nk pisahkan dia ngan puting..aduyaiii

Umi Qi said...

hahahha kelakarlah micha...yg ptg tgk abg mikha dah besar panjang leh jaga adik kayla elok2...sayang kayla and mikha...mmmuahhh

Allene said...

adoi... bab buai ni memang susah klu da berhantu...

harris kalau dia kat umah bby sitter, memang terpaksa guna buaian.
tp kat umah sendiri.. duk la ngadap dia... huuhuh kerja lain memang susah nak buat... nak buat cmner kan...

♥ ROS ♥ said...

Memang susah tdo buai kan.. Tp kadang memudahkan.. Hahhaha.. Geng humaira jgak ni,,, :p

~ NANA ~ said...

ayish tido buat tapi nasib baik dia flexible...pegi travel takyah buai pon boleh tido, malam2 pon tak berbuai...hihi

amirah said...

anak2 akak lak tido buai pun x jadik hape. melalak jugak. kaedahnya kena bagi letih bagai nak rak baru tido lena. kalau dak harammm nak tido lena. eh, kwn akak ada beli buai apa ntah internasional le punya. dia leh lipat2 jdik kecik je. letak dlm beg je btg2 buai tu. senang beno akak nengok dia bawak kulu kilir. ringan je katanya. tktau le berapa regenya

SweetLikeWhat said...

hahahahhahahahahahaa..menangis kegembiraan aku baca entry ni micha oii...
takpela..kejap jer tu..dah besar sket pandai dah tido sendiri..
hannah pun tido dlm buai kemain lama..
kalau atas tilam jer ade ler setengah jam..

fifi said...

buai kayla macam buai rissa!tapi rissa boleh tido tanpa buai.nasib baik.takpe micha.ada pro dan kontra nya..at least kayla boleh tido lama..

Aty_Fared said...

Aku ritu pon ajar qaleef berbuai... senang ooii..lama die tido... pastu hantar bs...teror bs tu ajar anak aku tidor tak pakai buai...hahaha...skrg saje2 letak die soh tido dlm buai sbb skrg kemain payah die nak tiso lama.. tapi die sengeh2 jer ingat aku main buai2 agak nyer...huh

mrs kayrul said...

mithali betul abam mikhail...buai kat rumah kayrul nie memang dilarang masuk....takut jadi kes macam micha la...sanggup la tepuk bontoto dari berbuai...hehhee

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...