Iklan

Sharemyloves Geng!

23 September 2013

Anak-anak tak sama kaler/color/coloring

Salam

Selamat hari Isnin.
Minggu ni adalah minggu debaran buat aku.
Paper Accounting menunggu aku di Dewan Naib Canselor UiTM Sabtu ni pada jam 2.00 petang.
Dah naik kelabu mata aku tengok figure debit, credit, asset, owner equity, liabilitites bla-bla-bla.
Hilangkan stress dengan menulis di blog cap ikan bilis gred c ni jap.
Muahahahaha.

Nak tulis pasal anak-anak.
Sori lah bukan sengaja nak up topic pasal anak-anak.
Kang ade pulak yang menjuih mulut cakap...
"Hek ele macam dia ni je ade anak...orang lain takde anak.."
Bukan cam tu tau.
Sebab hidup aku lately banyak bergelumang dengan anak.
Kalau ada masa 24jam, 23 jam adalah masa dengan anak.
Lagi sejam je masa untuk diri sendiri.

Berkenaan topik tak sama kaler.
Anak-anak aku memang tak sama kaler.
Banyak kali jugaklah orang tego...
"Eh pesal abang putih, adiknya gelap sikit."
Itu memang jenis tak cover line punya soklan tu.
Aci serbu jek tanya soklan mengguris hati aku tau.
Takpe.
Rilek brader..brader rilek....

Jawapan nye camni.
Penah beli setandan pisang?
Dalam setandan tu mesti ade yang cantik, dan mesti ade yang terlebih masak kan?
Haaa..cam tu jugaklah kisahnya perihal anak-anak aku.
Ade yang putih dan ade yang kureng putih.
Ade ke jadi kesah pada aku sebagai omaknya?
Tentulah tidak...

Kalau diimbau dari segi pemakanan aku time mengandung untuk kedua-dua anak aku memang jauh berbeza.
Anak sulung kan, haruslah aku PATUHI arahan KKM dengan sebetul-betulnya.
Makan obat sehari 3 kali.
Bahek mak incik misi.
Makan sayo-sayo hijau.
Bahek mak incik misi.
Makan banyak ikan.
Bahek mak incik misi.
Minum susu.
Bahek mak incik misi.

Kerenah makan aku diwaktu mengandongkan Mikhail memang terrrrrrr "paling" menjaga pemakanan sihat-sesihat-sehatnya sangat.
Siap makan nasik pon makan beras Taj Mahal.
Memang mahal pon, seiring dengan namanye.
Beras elok kata nye.
Minum susu jangan cakap la.
Berkotak-kotak aku teguk. Bukan teguk kotak. Tapi teguk susu lah eh.
Nak anak kulit putih, cantik, mulus katanye.
Gittew.
Pastu hari-hari jugak aku berulang-alik ke kafe nak makan kuih pau.
Memanjang pau.
Takdapat sehari boleh nangis.
Ketagih "candu" pau sangat aku time tu.
Kalau pau lom siap kukus, siap aku tunggu tepi pengukus beso tu dekat kafe.
Begitulah setia nya aku jadi pelanggan pau suri time tu.

Sekali kuo Mikhail memang macam kuey pau.
4.3kg ambik kau.
Pau inti ayam daging Gred A+.
Muahahahaha.

Bila time Mikayla ni aku jadi malas-malas.
Malas minum susu.
Malas makan obat.
Malas makan benda berzat.
Malas nak pegi gomen check-up.
Segala benda pon aku malas.

Memang setitik susu pon aku tak minum.
Alasan: sebab takut diabetes.
Boleh diterima pakai kan alasan tu?
Malas makan obat pulak.
Alasan: telan berketul-ketul obat still hb aku low memanjang.
Boleh diterima pakai kan alasan tu jugak?
Malas makan benda berzat.
Alasan: Time pregnantlah nak makan itu ini, kang dah dalam pantang hape pon takbley makan kan?
Boleh diterima kan alasan tu?
Hehehehehe.
Itulah aku.....bila mengandung Mikayla.

Sekali kuar memula Kayla merah menyala.
Pastu makin naik bulan ke bulan makin mendung je aku nampak anak dara aku sorang ni.
Ok takpa redo jela.
Walaupon ramai yang cakap...
"Ala dia kecik lagi nanti dah besar cerah lah tu....."
I hope so.

Tapi tak putih pon takpe. Aku suka jek kulit tanned macam Nabila Huda tu.
Cantik kan?
Nak make up senang.
Pastu boleh bajet stylo macam Kim Kardashian jek.
Muahahaha.
Saye suka...saye suka...

Aku taktau mitos minum air soya banyak-banyak anak akan putih tu betul ke tak?
Sebab aku tak geng soya sangat.
Soya buat tekak aku rasa panas macam nak demam.
Tapi petua nak dapat anak putih gebu kena makan pau banyak-banyak boleh diterima akal oleh aku.
Aku dah praktik.
Dan berjaya.
Muahahahahahhaha.

Buat Mikayla jika awak terbaca entry ni satu hari di abad yang akan datang.
Percayalah...mama tak kisah awak kaler kelabu asap ke, shoking pink ke, kuning metalic ke, emerald green ke, mint green ke, electric blue ke, pastel color ke.
Yang penting mama sayang kamu sama macam sayang abang jugak.

Buat Mikhail jika kamu terbaca entry ni jugak satu hari di abad yang akan datang.
Percayalah...budak lelaki berkulit putih sangat tak macho hokeh.
Jambu jek lebih. Jarang jadi hero.
Kena kulit ala-ala Remy Ishak baru macho dan ade style hero-hero Malaya gittew.
Tapi mama pon tetap sayang kamu, sama macam mama sayang adik jugak.

Anak-anak tak sama kaler.
Takpe.
Janji sihat.

adik memang suka jelir lidah. suka senyum simpul kasih. muahahaha.

abang pulak suka nau merengek, sikit-sikit nangis. hek ele...

okbai.

sharemy
mommycha

18 September 2013

Buai laju-laju...sampai balik sana...

Salam

Buai.
Naik menyampah dengo perkataan buai.
Sebabkan buai ni lah aku susah nak bawak anak aku berjalan.
Rasa nak humban je buai ni dalam Sungai Rajang...bior crokodail telan.
Errrrr.
Tapi buai ni jugak buat hidup aku senang-lenang.
Sekali anak aku tido membuai.
5-6 jam memang kompom-kompom dia mentido.
Muahahahaha.

Dulu-dulu orang tua-tua penah pesan.
Err. Orang tua mana pesan aku dah lupa.
Tapi pesan depa lebih kureng camni.
"Jangan ajar anak berbuai, susah nak bawak bejalan nanti."
Rupanya terkena batang idom aku sendiri.
Apo nak dikato?

Mikayla dengan buai umpama BFF.
Kalau takdapat buai umpama air coke tanpa gas nye.
Umpama Datuk K tanpa misainye.
Dan umpama Cik Ta tanpa bulu mata pelesunye.
Gitu lah perumpamaan bff Mikayla dan buai.

Mama aku selalu bebel kalo aku nak balik Shah Alam umah mertua cuti hujung minggu pon aku angkot buai.
Merengeh bahu aku hoi.
Dengan beg-beg berangkai-rangkai.
Dengan barang-barang anak.
Dengan besi buai.
Dengan mendukong si Kayla lagi.
Dengan Mat Mikhail lagi.
Boleh terlondeh spen**r aku.
Muahahaha.
Ini yang aku rase nak bayo deposit beli lori jeni.
Senang menghangkut tok nenek segala jemala barang. 
Penuh barang bersumbat dalam myvi haku Jemah oi!

Sebab tu aku try lah tak bawak buai.
Sekali ko dia punya mengamok nauzubillah.
Memang sangat-sangat-sangat aku tak reti handle.
Ubatnya terpakse aku kasi tido ngempeng.
Baru dia ok.

Selama dua hari di rumah mertua, selama tu jugak dia mengempeng saja.
Alahai.
Pedit, perit, melecet, gelecek, semua aku dah rasa.
Pasni kena gak bawak besi buai tu walau 2 hari pegi umah mentua.
Kalo tak, memang aku sendiri yang carik nahas.
Sebab bila dia ngamok takde ubat dah boleh bagi selain kasik "candu" buaian dia.
Nak #pangggg sayang pulak.
Anak sendiri lah katakan.
Hehehehe.

Penah aku ajar tepok-tepok atas katil.
Tapi tak menjadi jugak.
Sikit lagi aku tengok Kayla nak bertukar jadi incredible hulk kemain melalak menangis.
Pastu letak dalam buai, terus aman.
Amik ko....5-6 jam terus lena tido.
Susu dalam buai sambil mata terpejam pon takpe.
Janji ade buai.
Nasib buai elektrik.
Kalo buai manual mau tercabut tangan aku ni.
Itu pon kengkadang Mikhail tulun nyebok nak membuai adik dia.
Sabo jela.

Mikhail pulak memang bukan keturunan "buaian" ni.
Sebab kitaorang ajar tido sambil tepok-tepok bontot atas katil.
Berasap jugak lah tangan kami kalo nak kasi dia tido.
Kemain berzikir sambil tepok buntot.
Baru dia lelap.
Memang area tangan aku ni agak kurus sikit sebab buat senaman tampar bontot selama setahun lebih.
Punya nak kasi anak tido.
Hasih.
Demi mu anak.

Adanya Mikhail aku senang sikit.
Kengkadang bila adik siok tido berbuai aku pon siap pesan dekat dia.
"Mikhail... mama nak masak dekat dapor, kang adik tersedor bagitau mama eh?" 
Terkebil-kebil mata dia pandang aku.
Ntah paham ke dop aku taktau.
Taram jelah.
Miahahahahaha.

Itulah peel anak aku tido.
Sebab tu jugak kalo group gojes buat event aku jarang nak join.
Sebab nya anak aku tido berbuai.
Takkan aku nak heret buai pegi Kidszoona khenssss?
Hilang akai ka apa?
Muahahahaha.


inilah dia buai "berhantu" anak aku ittew..
sampai abam pon terpakse jadi buruh paksaan membuai adik dia. miahahahaha. abam mithali betul lah ko, dik!

tido atas katil gini Kayla cuma mampu bertahan sejam pastu dia bangun dan melalak. bila sorang melalak terus sorang lagi pon terjangkit melalak jugeks. hampeh...!

biase tu kemain beso mata dia tengah-tengah malam. biase tu...amboii..biase tu...abam dah hanyut naik tongkang pi Disneyland HongKong dah.

okbai.

sharemy
mommycha

nota kaki: jom reramai join FIRST GA dari my #gengkuda Aini  boleh menang Shaklee produk. Terlajakkkkk laris di pasaran :)

Saya dah try, anda bila lagi :)

11 September 2013

Mentaliti orang yang kurang cerdik...

Salam

Penah tak anak korang nangis/amukan ablasa di public place pastu ada ramai mata yang tengok dan buat muka annoying?
Buat muka annoying satu hal.
Dengan siap geleng kepala macam omaknye tak reti jaga anak pon satu hal jugak.
Kurang cerdik.

Penah tak kalo ade accident pastu tengok ramai orang kerumun, kereta pulak semua pakat dok slow sebab nak tengok accident tu?
Nampak sangat ke kepocian kita dekat situ.
Kurang cerdik.
#termasuk aku.

Penah tak bila nampak lif dah penuh, pastu dah overloading dan yang kena keluar adalah pompuan mengandong 8 bulan?
Dengan perot terheboi-heboi terpakse keluar dengan muka redho?
Nape bukan orang lain yang keluar dan beri laluan pada yang memerlukan?
Kurang cerdik.

Pernah tak bila kita tengah bawak kereta baik punya ikut line, tetiba ade kereta lain mai pintas depan kita nak potong line sesuka hati tanpa bagi sikit pon signal.
Angkat tangan apatah lagi.
Monyet betollah.
Kurang cerdik.

Pernah tak bila kita nak naik lif pastu sampah penuh tepi lif? Dalam lif? Resit tol, resit supermarket, iklan astro, iklan loan bank bersepah dalam lif?
Otak memang dekat lutut ke camne ni?
Kurang cerdik.

Pernah tak bila kita susah-susah nak paking, jenuh berpeluh ketiak pulas stereng nak cari space tetiba dah nampak dari jauh ade space kosong sekali dah belok masuk paking rupanya ada seketol motor paking dekat situ?
Mulalah kita berangin satu badan.
Rasa nak campak motor tu dengan tuan empunya motor ke longkang.
Kurang cerdik.

Itulah antara sifat-sifat kurang cerdik orang ramai.
Aku bukanlah cikgu kesedaran sivik ke apa.
Tapi benda-benda yang kita anggap kecik ni kalo dibiar boleh jadi besaq.
Macam contoh dekat rumah mommycha tu.
Dalam lif berbau hancing, ada gak yang tak dan pegi toilet ke achaner?
Ke nak jadi macam spesis kucing, main tanda-tanda kawasan pakai aiq kencing?
Hoi tak paham aku laaaa....

Pastu semalam aku bawak Mikhail pegi sedut gas dekat DEMC sebab dia lelah.
Pastu korang tau lah kan, bebudak kecik nak sedut gas harus la nangis macam kena sampok dek hantu.
Then sedang aku ngan Erie berhempas pulak pegang Mikhail aku ternampak ade sorang makcik ni menggeleng kepala siap bisik-bisik dekat anak dia pasal Mikhail nangis.
Helo..nak jer aku pegi lastik mata dia yang jeling anak aku.
Dah budak kena gas, harus lah nangis. Benda dia tak biase kena. Lain lah kalo hari-hari kena sedut gas. Mungkin dia ok.
Napelah ko wahai perempuan yang sebaya opah Mikhail tak datang dan pujuk Mikhail instead of ko bisik-bisik dan menjeling tengok anak aku camtu?
Hoi tak paham aku laaaa.....

Pada aku kan, sikap negatif ni kita kena ubah. Bila orang susah kita kena tolong.
Esok-esok kita susah, orang pulak tolong kita.
Bab lain aku malas nak bagi nasehat.
Pandai-pandai lah semua pikir yer tak?
Kuda kang baru tau....#gengwassapkuda :)

Inikalilah....
Okbai.

sharemy
mommycha

06 September 2013

REALITI bersalin czer dan normal.

Salam

Satu soalan lazim yang selalu orang tanye bila jumpe mommycha. Mana senang bersalin czer or normal? Bila tanya soalan macam tu, menjadikan mommycha pening-pening nak jawab. Sebenarnya dua-dua jugak tak mudah. Yelah satu nak kena belah atas perot, satu lagi nak kena toreh di bawah anu gitew-gitew. Tapi yang nyata manada bersalin tak sakit kan?. Auta lah kalo cakap tak sakit.

Jarak kelahiran yang cuma selang setahun juga menjadi pertanyaan orang ramai. Ye-ye-ye... untuk entry ini moh le mommycha jawab pertanyaan yang biasa korang-korang tanye eh?. So, pasni kalo orang tanye, mommycha nak suruh bukak link entry dan baco sajo. PTPTN kan ado...#ehtetibe

Bersalin secara czer memang senang. Bukak mata jer dah ada baby kat sebelah. Tapi...sakit lepas bersalin tu memang lah hazab. Cer bayangkan perot kena belah. Pastu orang gam je perot ko supaya tak terburai. Hoh! cannot imagine..sangat scary! Kalo tengah potong bawang terkena pisau sikit pon dah meraung pedih, inikan pulak perot yang berlapis-lapis "bertingkek-tingkek" ni kan?

Bersalin czer tayah push-push. So tayah kerut-kerut muka belajo cara teran berak taik beso. Hehehehe. Cuma bila kita tengah mamai tu agak scary dengar bunyi ketang-ketung aksesori operation room yang doktor guna. Memula kita akan di beri epidural sebagai penahan sakit. Kalo tak kena epidural tu mau terjungkit kaki kena belah perut hidup-hidup. Heh?

Bila kena epidural tu after a while badan ko akan shaking, almaklum le kena dadah kan. So terasa "high" disitu. Feeling-feeling lalok, layan blues dengan mata stim. Hehehehe. Then mula lah operasi doktor untuk keluarkan baby kita. Rasanya prosedur tak sanpai pon dalam 10-15 minit tetiba dah siap. Dah dengar anak ko nangis. Sementara mak nye dok layan blues, mata stim. Tapi after half hour bila bius dah hilang. Bermula lah sakit czer itu. Tak tipu...terbahekkk punya sakit sampai ke otak. Sampai nak kencing pon melalui getah, dalam kantung plastik. Nak bergerak lagi lah subhanallah sakit. Wuwuwuwu...

Itu pasal czer. Nak jalan pon ko kena bajet ala-ala pompuan jepon Geisha tu. Terkepit-kepit takut terburai perot katanya. Hehehehe. Pas setahun berlalu, aku lalui bersalin secara normal or VBAC. Penah dengo VBAC? VBAC atau vaginal birth after ceaserian ni adalah bukan mudah. Selain berkemungkinan jahitan czer ko akan terbukak sikit (only 5%) kemungkinan. So, aku ready kan diri untuk normal. Sebab bila dah normal insyallah anak pasni boleh normal lagi. Mommycha consult doktor...Please i need the second one NORMAL!

Normal delivery sakit. Lagi sakit bila mommycha di induce. On my 38weeks aku menyerah untuk bersalin. Sebab takut baby overweight, walhal estimation baby time tu cuma 3kg. Merasai induce dan sakit selama 2 hari. Contraction punya lah lama. Rasa nak cekik Erie dekat sebelah. Hehehehe. Bila doktor dah pecahkan air ketuban, makin terasa kuat sakit contraction. Then bila dah 8cm - 10 cm aku bersedia untuk push dan dibantu oleh 2 orang nurse. Humang aih, teran punya teran sampai takde tenaga. Memang disarankan untuk ibu-ibu yang akan beranak silalah makan banyak-banyak untuk tenaga bila push. Kang tak memasal ko push asyik kuar angin kentot je. Baby non-hado keluar. Hehehehehe.

Kali ni jugak aku amik epidural. ah..persetanlah ade efek kendian hari ke tak. Dah sakit nye tahap gile babas tak menahan aku. 3 kali gakle doktor bius tu topap epidural sebab  lambat nau aku nak bersalin. Dah terkencing atas tilam dekat 20x. Memang banyak air aku. Itu yang buatkan perot aku membeso bagai johan. After a few time push, tak berjaya jugak. Doktor terpakse guna forcep untuk tarik kepala budak degil itu keluar. Sekali forcep, sekali dengan nurse yang berbadan sasa tu tekan perot aku...zassss terkeluarlah taik beso aku yang degil tu. Alhamdulillah selamat sudah bersalin. Hilang segala sakit contraction yang tahap nak kasi orang sekeliling penerajang tu. Hehehehehe. Selamat sudah ku bersalinkan Mikayla sebesar 3.74kg yang lari jauh dari estimation doktor cuma 3kg ittew. 

Sakit tak dekat tempat czer lama? Ikhlas mommycha jawab....tak sakit. Tak rasa ape pon. Sikit ngilu pon takde. So, boleh le mengkome-mengkome yang nak bersalin selang setahun tu cuba bersalin normal. Hehehehe. dari segi berpantang adalah sama. Cuma bezanya bersalin czer takde hazab nak berak. Tapi bersalin normal memang hazab yang hamatttt! Sejam aku bertapa dalam toilet nak membuang air beso punya pasal. Menitik-nitik peloh. Menitik-nitik jugak darah. Haish...ngeri bila teringat balik. Ibu-ibu yang nak bersalin sila google cara untuk hilangkan sembelit time berpantang, jangan sebok dok membeli baju-bajan anak je. Tapi bab-bab dalam pantang lupa nak jaga camno. Okiesss?

Nak menyusu pon ada beza. Kalo bersalin czer kena be careful sikit takut baby terkena luka czer di perot. Kena pandai adjust sendiri la kan. Kalo bersalin normal senang sikit nak nyusu apa jua position. Malas ngan rajin nak nyusu je nanti. Takde makna nye beza bersalin czer susu kurang, normal susu melimpah ruah. Susu nya adalah sama. Tinggal atas mak-mak tu samada rajin atau malas jer. Hoccey?

Last but not least, sebab aku bersalin di sepital swasta bezanya adalah amount bil. Hehehehehe. Bersalin czer agak pricy berbanding normal. Yela banyak nau guna alatan ketung-ketang kan? Pastu bersalin czer dalam 3 hari gakle berkampong di DEMC. Kalau normal duk sehari then boleh discaj. Sebab dah boleh berjalin sndiri, berbanding czer yang ko terpakse jadi disable takbley berjalan, kencing bagai tu. Ado paham?

Erm, jika ade pertanyaan boleh je tanya dekat mommycha. Memang takdaya aku nak buat semua rumusan dalam satu entry. Kalo cite sampai besok pon tak habis. Ape-ape pon, kita kena positive kan minda dan diri kita. Yakin kita boleh, malaysia boleh...satuuu meleiiiisiaaaaa!!!. 

Alaaa..macam berak taik keras je pon...apeadahalllll? Hekhekhek. Dah-dah pasni jangan tanye aku dah, sape tanya aku charge satu soklan 50hengget. Kuikuikuikuikui...


mikhail fresh from perot. gambo mikayla non-hado sebab henpon tertinggal. gambo dia banyak dalam henpon i ols je. dah ade anak dua taksempat kamera bagai. sempat henpon jek u ols.

sharemy
mommycha








05 September 2013

Surat terbuka kepada mama saya


Rumah Tingkat 4,
Presint 18,
Putrajaya.


PER: RASA TIDAK PUASAN HATI KEPADA MAMA.

Kehadapan mama yang disayangi. Diharap mama sihat hendaknya di opis. Mikhail sehat-sehat saja disini. Tujuan Mikhail menulis surat ini adalah untuk melahirkan rasa tak puas hati pada mama. Harap mama bersedia mendengar luahan hati anak bujang mama ini.

2. Mama, kenapa sejak ada adik baru ni mama suka nau kelek adik je 24jam sehari?. Apa mama lupa mama ada lagi sorang anak yang bernama Mikhail?. Sedih hati Mikhail bila mama suka nau lebihkan adik dari Mikhail. Kalo camni eloklah Mikhail keluar dari rumah ni untuk mencari ketengan hidup di masa depan. Tapi izinkan Mikhail pecahkan tabung panda Mikhail dulu yek mama. Sebab kos nak sara diri Mikhail agak mahal. Susu jer dah RM28.90 tu pon baru 650g. Tahan untuk seminggu saje. Belom kira pampers cap pet-pet yang harga nya kengkadang murah, kengkadang mahal tu. Harap-harap duit tabung panda tu cukup bila Mikhail keluar dari rumah nanti. Heh?

3. Mama, Mikhail tau semenjak dua menjak ni, Mikha suka buat onar didalam umah. Suka nau menangis, merengek tak tentu pasal. Tapi sebab apa? Sebab nak dapatkan attention dari mama je. Yela siang hari celik mata jer mama dah pegi keja. Pukul 6ptg baru sampai rumah. Sampai-sampai terus susu adik dulu. Mana hak Mikhail selaku anak sulung mama disini? Kalo macam ni, izinkan Mikha carik mama baru yang lebih hebat dari mama. Nama calon mak angkat Mikha ade di bawah ni. Cer mama tengok..approve tak?
a) Siti Nurhaliza
b) Emma Maembong
c) Elfira Loy
d) Anzalna
e) Syatilla Melvin
f) Cik Ta
g) Lisa Surihani

4. Mama, boleh choose mana yang sesuai nak jadi mak angkat Mikhail. Pasni Mikha nak say goodbye dekat mama. Goodbye dekat baba. Tapi sebelum say goodbye, moleklah kiranya Mikha nak pinjam rm10.20 buat isi minyak keta. Pastu nak pinjam smart tag mama buat bayo tol jugak yek. Susu dalam tapeware tu pon Mikhail bawak sekali, kang senang tayah beli lain dah. Susu kan mahal.Pampers pon dah letak siap2 dalam beg. Ada 20 pampers cukupla bekalan untuk 4 hari membawa diri.

5. Mama, sejak Mikha makan hati ni badan Mikha makin kurus, selim melim. Mikha sedih ma, bila nak something dari mama. selamber je mama cakap..."Kejap lah mama ngan adik ni, adik nak susu ni." Asyik-asyik mama bagi alasan adik, walhal time tu mama tengah picit blackhead atas idong mama kan? Propa je lebih tau mama ni. 

6. Mama, di kesempatan ini Mikhail menyusun sepuluh jari agar mama maapkan lah segala perbuatan Mikhail. Mikhail sedar, bila mama nak tengok sinetron indon dekat tv, time tu jugaklah Mikhail ngamok nak tengok pin-pin (upin-ipin). Time mama nak baring lepak-lepak tie jugaklah Mikhail nak lat (cekelat) dalam freezer. Time mama baru nak duduk landing atas sofa time tu jugaklah Mikhail nak ajak mama turun main kat playground. 

7. Mama, susah rupanya nak jaga Mikhail ni yek. Itu belom kira time Mikha demam lagi, habis mama londeh baju Mikhail sampai togel tinggal pampers jer. Mikha tengok mama tak tido malam, asyik bangun lap badan Mikha sampai badan kebah. Pastu sibuklah mama dok menampal cool fever atas kepala Mikhail ni. Sedih pulak rasa nak tinggal mama ni. Errr...takjadi lah nak lari dari rumah kalo gini. Boley ke nak pospon larik? Hehehehe.

8. Mama, dikesempatan ini Mikhail nak ucapkan terima kasih sebab jadi mama yang hebat untuk Mikhail. Bila Mikha lapar mama masak, bila Mikha demam mama jaga, bila Mikha nak pegi main mama teman, bila Mikha beyak mama cebok, bila Mikha nak keluar mama siapkan, bila Mikha nak susu mama buatkan. Taksampai hati lah nak keluar rumah camni. Mikha majok kejap je, majok suam-suam kuku gitew. 

Akhir sekali, Mikha nak cakap Mikha sayang semua orang dalam rumah kita. Walaupon rumah kita takde astro, takde babytv, takde Disney channel, takde supersport Mikha tetap happy duduk dekat sini. Bila beso nanti Mikha janji cari kan mama menantu yang lawa-lawa dan kaya. Calon bini pon Mikha dah buat dalam list. Itu nanti Mikha kasi surat sambungan kedua untuk mama yer. Mikhail akhiri dengan serangkap pantun:

"Dua tiga kucing pakai terompah,
Mana nak sama si hantu gigi,
Mikhail sayang mama,baba, adik, achu, dan opah,
Tahun depan bagi le duit raye lebih-lebih lagi."
biarlah Mikhail membawa diri yang lara. vrommm-vrommmm-vrommm

Saya yang menurut perintah:
MMR (Muhammad Mikhail Riefqee)

04 September 2013

Jangan pakai duit raya anak-anak tau...!

Salam

Bulan raya dah nak habis.
Jadi sudahkah andai tunaikan kewajipan anda sebagai ibu-bapa?
Tanggungjawab apa?
Ha....tanggungjawab untuk simpan duit raya anak masing-masing.
Jangan simpan dalam poket sendirik pulop.
Babap kang....!

Semenjak ada anak dua ni.
Akulah akauntan, akulah chef, akulah bibik, akulah driver, akulah dokter.
Boleh dikatakan semua aku lah.
Dah baba nya keja nun di Shah Alam jauh kan?
Jadi segala-jemala bab anak adalah diatas tanggungan omaknya yang kental ni lah.
So, bila dah lantik diri sendiri jaga duit anak-anak kenalah amanah dan fathonah ye kengkawan.
Jangan suka nau pinjam duit anak.
Pastu buat-buat lupa nak bayo balik.
No-no-no-no-no.

Duit anak itu amanah kita.
Aku ni pesen rasa serba salah nak amik pakai duit anak.
Nak amik seringgit pon rasa bersalah sangat.
Walaupon duit kita dah beriban-riban habis untuk besarkan dia.
Biarlah duit anak aku disimpan di tempat yang benar.
Maksudnya duit tu disalur ke jalan yang benar jalan yang lurus.
No bengkang-bengkok yek.
Kikikikiki!

Tahun lepas habis jer pantang, berdesup aku pegi Tabung Haji bukak akaun Mikhail.
Tahun ni pulak berdesup lagi aku ke TH untuk bukak akaun Mikayla pulak.
Tahun depan nak bukak akaun sapa pulop?
Hehehehhe. No comment!
;p

Bab hasil kutipan duit raya dengan hasil pemberian orang ke budak-budak ini memang aku asingkan awal-awal.
Kang kalo campur jadi keliru aku nak bahagi-bahagi pulop.
Alhamdulillah aku rasa tenang hati kalo bukak dekat TH ni.
Duit dah cukup nanti boleh aku terus daftar derang pegi haji.
Molek lah kan?
Yang aku dah tua ni pon queue lagi 40 tahun baru dapat pegi haji.
Kalo daftar awal anak-anak, maka nya lagi awal lah derang dapat naik haji.
:)

Untuk ibu-bapak yang nak daftar anak akaun TH sangat senang.
Cuma bawak je IC derang, pastu terus boleh bukak akaun.
Jangan macam aku, sekali dengan surat beranak aku seret.
Hahahahaha.

Paling best bila bukak akaun tu jangan segan mulut bertanya.
"Errr...cik boleh tak saya nak tabung TH tu?" #denganmukayangpalingmanis
Kalo ko buat berat mulut, diam, muka ketat memang ar orang tu tak kasi tabung tu ke ko.
Paham tak penjelasan ringkas aku neh?

Pastu buat mak-pak yang ade duit lebih tu.
Molek jugak kiranya korang buat potongan gaji untuk anak.
Ala kalo potong sebulan rm50 pon dah ok.
Sikit-sikit lelama jadi bukit kan?
Kalo dari umur setahun dah simpan sebulan rm50.
Esok-esok umur 20 tahun dah berapa simpanan anak ko tu?
Cerrr kira darab tolak tambah sendiri.
Pastu TH jugak bagi bonus atas simpanan kita tu.
Oklah kan?

Micha suka TH ni sebab susah nak keluarkan duit.
Jadinya aku bangsa malas nak pegi bank beratoq bagai.
So duit TH memang takmau sentuh.
Tapi loni TH dah boleh keluarkan dekat bank lain jugak.
Dah tak macam dulu.
Nape lah terjadinya perkara sedemikian....!
Sobsss :(

Itu jelah entry suam-suam kuku Micha today.
Harap dapat membantu sesapa yang bertanya dan segan-silu nak bertanya.
Kita kenalah rajin sikit untuk benefit anak-anak dimasa depan.
Kata nak jadi supermom kennn?????

Oklah u ols.
Yang nak bertanya ape-ape boleh jer tanya dekat Micha.
Kan ke aku ni Pengurus Beso Lembaga Tabung Haji #lantiksendiri
Kehkehkehkeh....!

Kbai.

ni Mikayla punye

siap upah kengkawan kira duit raya anak-anak. errr upah ke eh? hahahaha

duit mikayla lagi

duit mikhail pulak

simpan duit raya Mikhail dalam TH

Mikayla dapat tabung TH tau :)

bukak akaun Mikayla jugak

simpan duit raya Mikhail

dah selamat simpan dalam bank. yeahoooo!


sharemy
mommycha @ micha

02 September 2013

Praktikaliti tudung seorang ibu.

Salam

Zaman sekarang banyak nau pesyen tudung.

Pesyen pakai serlom (sarung) ada.
Pesen pakai lilit-lilit ada.
Pesen letak je atas kepala pon ada.
Macam-macam pesen ada.
Ikat kot nu, belit kot ni, pin kot nu, pin kot ni.

Kau tengok je majalah berunsur tudung.
Bersepah jual dekat kedai.
Dulu non-hado jual pon majalah camni.
Yang mengajar kita gaya untuk melilit-lilit tudung.
Sampai kengkadang tak masuk dek akal pesen bertudung.
Siap letak rantai atas kepala sebagai aksesori tudung.
Itu belom kira aksesori lain lagi tu.
Kat youtube pon melambak yang siok seniri buat tutorial pakai tudung.
Haish.

Sebagai ibu.
Praktikaliti untuk bertudung adalah camna untuk korang?
Yang senang atau yang susah?
Yang nak lilit-lilit atau yang pakai serlom jer?
Yang nak kena iron atau yang main sauk terus letak atas kepala je?

Micha adalah kategori biase-biase saja.
Kalo bab tudung ni lagilah biasa.
Jangan jadikan aku role model untuk bergaya atau bertudung.
Dah ada anak dua ni lagilah aku kelam kabut.
Dulu time gile pesen tudung pareda yang bertingkek-tingkek tu senang lah main sarung je.
Tapi mahal lah pulop.
Rege sampai beratus.
Kini, lebih senang.
Main beli yang celop saja.
Sapa nak marah marah lah.
Kita bukan orang kaya nak beli yang mahal-mahal hanya kerna sekeping tudung.
Baik aku beli susu, pampers, makan pakai untuk diri dan anak-anak.
Yer tak?
Tutup citer tudung pareda.

Loni banyak nau kategori tudung shawl.
Ha...kalo dah bershawl tu memang nak kena melilit sakan.
Anak menangis pon aku letak tepi nak lilit shawl punye pasal.
Erie ni pulak dah taklarat nak ulang ayat yang sama.
"Tak habis nak melilit lagi ke mama??"
Aku pulak dok "jap baba..jap-japp-jap...."
Tapi tak jugak siap-siap.
Ermm...tak praktikal langsung.
Pastu mula lah pin kemana, brooch kemana.
Bila nak nyusu mula si kecik tu tarik shawl aku sampai senget-benget dah shawl ittew.
Haish...dugaan betol.

Last-last aku sarung jugak tudung ariani celop.
Senang cerita.
Dah le murah (kategori yang beli dekat pasar malam/ pinjam adik punya)
Baru RM20/RM10.
Senang cite.
Ko boleh pakai banyak kali pastu ko sangkut je belakang pintu.
Kalo ade bau, pandai-pandailah sembur perfum ke hapa.
Hakhakhakhakhak.

Itu yang paling praktikal untuk aku kalo nak bawak anak-anak berjalan.
Or other options adalah tudung bawal.
Itu pon leceh ko nak kena iron awal-awal sebab memang tudung bawal ni mudah kedut.
Pastu nak kena pin brooch kiri kanan.
Buat yang ada anak kecik susah sikit.
Takut tersauk brooch ke muka baby.
Dah pulak jadi drama melalak budak tu.
Haish.

Itulah susahnya jadi mak-mak ni.
Sementelaah anak masih kecik.
Nak bergaya memang ikut sempat je.
Kadang tu sebelah pakai eyeliner, baru nak pakai lagi sebelah anak dah nangis.
Dah terketar-ketar nak pakai eyeliner lagi sebelah.
Mulalah senget-senget eyeliner nye macam pakai eyeline time gempa bumi.
Haish.

Itu belom kira pakai shawl pastu pin peniti tercucuk dekat anak lagi.
Holohh.
Lagi lah bencana kan?
Tetiba je anak dapat akupuntur free.
Kihkihkihkih.

So kesimpulannya.
Apakah jenis tudung yang senang bagi korang-korang?
Ke senang nak pakai kain batik je.
Main letak je atas kepala.
Ala-ala kaver rambut macam heroin nama Melor, Melati, Kencana Dewi zaman dolu-dolu.
Yang ade anak kecik senang terus lilit anak sekali dalam kain batik tu.
2 in 1.
takyah guna carrier-carrier bagai. 
Hehehehehe.
Kau mampu, Senah?

lantak mama lah nak pakai tudung pesen camne pon. i ols tak kesah.


sharemy
mommycha @ micha

 



Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...