Iklan

Sharemyloves Geng!

30 August 2013

Tempat letak carseat yang betul. Depan atau belakang?

Salam

Nak tanye sesuatu dekat para ibu yang bijaksana sekalian.
Biase nya car seat baby tu u ols letak depan ke belakang eh?
Maksud belakang bukan belakang bonet.
Kang ingat nak buh car seat dalam bonet pulop.
:)

Semalam opah ade wassap micha.
Tup-tup rajin pulak nak wasap aku di siang hari.
Berdesup lah micha baca.
Takut lah anak tak sihat ke apa kan?
Rupanya dia cakap...


Ya Allah subhanallah.
Sedih bila baca wassap opah tu.
Micha terus teringat apala nasib budak umur 59 hari yang tercampak keluar tu?
Dah kritikal sekarang.
Dia masih lagi baby kan?
Nak salahkan sapa kalo jadi macam ni?

Itulah sebab nya micha nak tanya kat korang.
Safety untuk anak-anak kita.
Ramai orang tahu, tapi buat-buat tak amik tahu.
Letak anak dalam kereta umpama kita pertaruhkan nyawa dia dan opcos nyawa kita jugak.
Jangan dibawak main menda macam ni.
Nyawa ni.
Bukan boleh beli dekat Pandora hatta Habib Jewels sekalipon.

Sebenarnya micha sendiri blur nak letak depan ke belakang car seat ni.
Tambah dah ada anak dua.
Memang kena letak dalam car seat lah si Mikhail tu.
Si Kayla micha kena pegang sebab senang nak BF dia.
Tambah pulak naik myvi.
Anak dua pon dah sarat penuh dengan barang dah.
Kalo nak balik umah MIL sekali dengan buaian kena hangkut.
Beg baju anak-anak, mak-pak.
Berengkeh-rengkeh barang.
Akan diusulkan untuk beli lori 3 tan plak pasni.
Kehkehkeh.

Eh.
Berbalik pada car seat tadi.
Buat masa loni, memang kedudukan carseat tu adalah di sebelah driver.
Rasanya macam salah je.
Patut letak di belakang kan?
Tempat duduk belakang.
Sebab letak depan adalah.
Mikhail kalo berjauhan dengan baba dia mesti nak buat "amukan ablasa" bagai nak rak.
Even dah kasi menan ke, stereng menan ke, susu ke, puting ke semua di campaknye.
Kalo dah nangis gitu terjangkit lah hasil amukan tu dekat si adik pulak.
Bila dua-dua dah nangis micha pon naik menggelabah taktau nak pujuk yang mana satu.
Sekian.

Eh.
Belom sekian.
Car seat sekarang brand Recaro.
Mahal jugak sebab beli ade diskaun ciput je.
Mothercare kan?
Diskaun bape hengget sajelah.
Agak comfy brand tu.
Untuk long hours travel sangatlah ok.
Sebab comfy dan sedap kalo duduk lelama tak keras materialnya.
Berbaloi dengan regenya u ols.

Tapi bab kes-kes tercampak ni jadikan aku cuak tahap Satria Perkasa Hitam nak lawan penjahat.
Kadangkala kita terlelap dan terjadilah kes tercampak cenggitu.
Kita memang pakai seatbelt time masuk keta.
Tapi anak tu?
Anak tu pakai seatbelt sekali ke?
Tentulah tak.

So kebiasaannye camne u ols handle anak-anak dalam kereta eh.
Bagi ibu-ibu yang ade pengalaman bolehlah share dekat sini.
Supaya yang tahu boleh kongsi ilmu dan yang tak tahu boleh belajar sesuatu.
Kita ni dah le kaum mak-mak
Bila nak bawak kereta pon terkemut-kemut
Kang ade anak lagi lah double triple terkemut nak bawak kereta.
Huhuhuhuhu.

Lagi satu rasanya bukanlah isu carseat mahal atau murah yang micha nak share kat sini.
Tapi yang penting isu safety anak-anak.
Kita larik sikit dari isu baraan dan open house.
Tapi errr.... berguna jugak carseat ni.
Buatnye bapak-bapak tanak ikut pegi open house
Maka carseat adalah pembantu yang paling setia selain stroller.

Share any tips please.
Sape share tips dapat duit raye.
Kihkihkihkih.


mikhail berbaju tido di zaman kegemukan kegemilangan beliau, bersama teddy dan carseat recaro hijau.

sharemy
mommycha @ micha


15 comments:

Allene said...

lin dlu letak hafidh kat sebelah driver. tp sejak dia da pandai mengamuk nak mintak lepas, lin letak belakang sebelah lin. senang nak monitor. klu buang susu lin boleh amik. klu kat depan, takdapat la nak amik. carseat adeel lin letak kat depan. tp bila lin penat dukong je lin letak. kebynkkan masa lin dukong je dia. mcm cha ckp, senang nak bf dia.

achiek anis said...

carseat memang kena letak seat belakang mommycha..

sebabnya klu letak depan sebelah driver ada airbags...so bila accident ke terhentak ke airbags akan terbuka...so bahayakan baby sebab air bags tu melantun kuat ofkos kena baby...

tapi kena pki seatbelt la..klu letak gitu je risiko tercampak tetap tinggi la...

kat luar negara (barat) memang anak2 diwajibkan duduk carseat dibahagian belakang...kalau xde carseat nanti mak pak kena saman....

Mimy Hamid said...

berderau baca whatsapp opah...takut jugak...kita biasa letak sebelah sbb senang nak handle bagi susu ke apa...pastu senang nk pantau...salah eh letak depan...letak belakang tak konpiden sebab rasa jauh nau dari anak

e k i n ♥ y u s r i said...

ekin x pakai carseat
sbb zara lgsg xnak dok carseat
zara masuk kete je wajib crik tek die

!k@ said...

Rasa boleh je letak depan atau belakang micha..kalau nak letak depan..biasanya baby bawah 9kg letak mengadap kita.kalau dah lebih 9kg boleh letak mengadap depan.. TAPI kalau ada airbag,jgn terbalikan carseat mengadap kita..xboleh...so kena la letak belakang..yg penting, carseat tu dipasang seatbelt..baby pn kena pakai carseat safety harness tu..

erin said...

carseat aish ku letak depan, sbb kita drive senang nk handle dia. klu kereta ada airbag kat seat penumpang depan, then kena letak carseat kat belakang, sbb bahaya ada airbag,ketaku xde airbag kat seat penumpang depan tu, tu pasal boleh letak carseat kat depan.mmg dh biasakan aish duduk carseat dari baby lg, sbb aku sorang je kena ngantor dia ke bbsitter, klu g memana pun lenjan keta aku jugak, mls nak pindah randah carseat ke kereta ayah dia setiap kali jalan or balik kg. kdg menjerit jugak aish klu dok dlm carset, tapi aku bior je. lantak ko, mommy takkan angkat.

erin said...

eh nak sambung lagi..klu anak xnak duk dlm carseat, mak yg pegang tu duduklah belakang dgn anak sebaiknya, jgn duk depan, bahaya oiii, aku sejak ada anak suami haramkan aku duk depan dgn anak, wajib duk belakang. ni 2 kali komen, dapat 2 kali duit raya la jugak ye..kihkihkih

mOoN said...

homaiii... risau sangat bila baca benda2 cam ni... minta lah dijauhkan...

missayu said...

Nia sama macam zara...letak carseat bila Nia tido je....and ayu mmg letak carseat kt belakang sbb ayu pun duk belakang dengan Nia...and unfortunately,papa Nia dah makan space sbb tinggi sangat,seat sampai ke belakang,Nia dah tinggi tersepit kaki antara seat depan and carseat....

~YUN~ said...

Xsilap baby mmg kene letak belakang...klu kereta bahgian depan ada air bag mmg xblh letak dpn...bahaya...so kene letK belakang..yun pn ltk afif kat belakang,sbb tu smpai skng klu husband drive yun duk belakang,teman afif...unless kalau keretA kat depan xder airbag mungkin xpe letak depan :)

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. said...

Kalau kereta ada airbag..xleh letak kat sblh driver secara pandang blkg.kalau pandang dpn xde mslh rasanya.tp better kat blkg la sbb kt dpn byk nau 'toys' yg boleh anak buat main.jap g dia berkenan nak tarik hand brek la..nak pegang stereng la..main volume radio la apa la.kat blkg la sng.and make sure pasang car seat tu bebetul.jgn main silanh seatbelt ikut suka.huhu

Nadt said...

carseat saif pun letak sebelah driver maklumlah supermom yg nak kena usungnya sana sini.huhu..tapi kalau papanya ada pun saif tetap maintain dok dalam carseat tu. yg penting carseat tu telah diikat kemas kat seat, pastu anak tu sendiri kena ikat lorr dengan seatbelt yg ada kat carseat tu. kes baby tercampak biasanya sebab tak dok kat carseat, atau kalau dok kat carseat tu tapi tak ikat seatbelt. tapi nadt kalau travel jauh, carseat saif pindah ke belakang, tapi nadt still dok belakang sama ngan saif, senang kalau tetiba dia nak nenen ke. kalau kat depan leceh nak tertonggeng2 ambik dia. nadt x penah dok sebelah driver lagi sejak ada saif ni..sobss..

Aty_Fared said...

Kalau aty drive..mcamane pon mesti letak kat depan..kat sebelah...kalo tak qaleef ngamuk2....dok depan pon ngamuk gak taknak dok dlm carseat..tp pakse jugak..tu lbh slmt perasaanyer dr biar jer die...kalau asben druve..aty duduk kat blkng ngan qaleef duk carseat...aty mmng cukup takut jauh ngan anak..kalau takde carseat..die tidor..aty riba sampai kesudah...aty paranoid pikir bkn2...aty pikir kalau ape2 sekurang2 aty ngah peluk dia dan tak biar die tercmpk sorng2,..tngok..aty pikir...mintak dijauhkn...tp aty mmng cegitu...pikir bkn2 sbb terlampau takut...haaa acaner...hewhew....dok umah jer lah jawapnyer....ngeeee

SyimaSyaz said...

kalau long journey, letak belakang.. kalau dekat2 je letak je depan

tapi memang car seat sangat penting. ayah i kan dari dulu memang wajibkan kitorang yang bawak anak kecik ni duduk belakang sebab masa i 5 tahun, my cousin acident. takde lah teruk pun accidentnya, parents selamat.. alhamdulillah tapi my cousin tangan putus sebab kena kaca depan. masa tu cousin pangku depan dengan mak dia. so since tu ayah i memang paksa kitorang mak-mak ni dok bekalang dengan anak. biar lah si abah je duk depan memandu, mak n anak jadi bos kat belakang...

pet9 said...

salam. sekadar sharing carseat memang sepatutnya letak kat belakang di bahagian tengah. sebab kawasan tu kurang impact bila accident. baby bawah 9kg atau lebih baik bawah 2years kena rearward facing sebab kalau forward facing ada possibility untuk internal decapitation bila accident, nauzubillah. tapi i letak hamza forward facing seat belakang passenger. sebabnya kereta malaysia seperti saga myvi ni seat dia bukan isofix. seat belt tak cukup panjang nak hold carseat rearward facing...dilema betul but what to do..untung sapa yang pakai kereta luar boleh install carseat elok2

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...