Iklan

Sharemyloves Geng!

19 August 2013

Mommycha, Mikhail, Mikayla, raya sampai pengsan....!

Salam

Bismillahhirrahmanirahim.
Dengan lafaz bismillah aku mengorak langkah menjalani hidup macam biasa.
Hidup bangun awal extra pagi untuk ke pejabat.
Bye-bye sudah sweet moments bangun lambat.
Bye-bye sudah sweet moments tengok marathon sinetron Indon.
Bye-bye sudah sweet moments dari pagi ke malam mengasuh dua orang anak.
Semuanya seperti sediakala kembali.
Cuti maternity 3 bulan sudah berlalu.

Berada di pejabat.
tapi hati, kepala otak, jantung, dada, limpa, pankreas tetap di rumah.
Macam mana lah anak-anak aku.
Dah mandi ke?
Dah makan ke?
Dah susu ke?
Dah tido ke?
Harapnya opah jaga depa elok-elok.

Rutin di pejabat baru aku ada mood nak update blog usang.
Baru terasa nak letak gambar raya.
Padahal raya dah nak basi.
Hehehehe.
Kisah ke aku raya dah nak basi?

Tahun ni raya di Shah Alam rumah mertua.
Shah Alam sunyi.
Macam padang jarak, padang tekukur.
Kalo terkentut dalam rumah pon, jiran sebelah boleh dengar.
Nak cerita betapa sunyi nya Shah Alam time tu.

Beza jugak raya di kampong dengan kat pekan ni eh?
Yang penting tahun depan giliran umah mommycha pulak.
To Mr. Baba jangan buat-buat lupe eh.
Kang ade kena tido luar kang.
:)

Raya tahun ni kami bertemakan "Red Hot Chilli Peppers"
Merah menyala, sepelaung dah nampak kelibat merah kami.
Hehehehe.
Meriahnya raya tahun ni sebab mommycha dah berempat.
Pertambahan ahli keluarga baru, yakni Mikayla.
Baru balancing kata orang.
Baru ada team spirit.
Mikhail geng baba.
Mikayla geng mama.
:)

Baju raya mommycha and baba kitaorang beli dekat PKNS Shah Alam.
Harga jangan tanya.
Baju kurung pesak bodo with manik + border lace bodo tu pon dah cecah harga RM160.
Phewww!
Dan aku rasa itulah baju termurah yang hado dekat PKNS.
Sebab kitaorang dah tawaf 3 kali.
Memang harga baju lain boleh cecah rm500 hanya untuk baju pelum manik bodo.
Bulan mencari rezeki katakan.
Tapi please ah, jangan carik rezeki sampai cekik leher orang.
Orang lain pon nak beraya jugak.
Nak pakai duit jugak.

Baju untuk Mikhail dan Mikayla mommycha order dengan group gojes blogger yang sekarang bz ber baraan sana-sini tu.
Murah saje.
Sepasang baru RM28.
Siap bersampin sekali. 
Bolehlah kan?
Budak-budak ni bukan nak pakai lama sangat pon.
Pakai sekadar nak mengambik gambo raya.
Then masing-masing ku tukar baju selesa.
Selesa sampai tido ke tengah hari.

Mak nak hadap makan pon senang.
Bapak yang takdapat cuti raya nak pegi keja pon senang.
Segala-galanya senang kalo budak berdua ni tido.
:)

Untuk entry blues baru naik keja today, rasanya cukup tahap sini.
Nanti rasa nak update, ai ols update lagi.
Sekarang sambil type entry sambil mengepam.
Sejak dah ber freestyle ni segala-galanya mudah.
Pam sambil menaip.
Pam sambil driving.
Pam sambil memasak.
Pam sambil baca buku.
Pam sambil tengok tv.
Semua tempat pon boleh pam.
Nama pon freestyle kan?
Berbaloi-baloi walaupon mahalsss...

Rasanya ini saja.
Ya ampon nak type entry pendek ciput pon amik masa 3 jam.
Banyak menyembang.
Almaklom lah lama tak jumpe kengkawan opis.
Yang penting rasa semangat nak keja, walaupooonnnn...
Walaupoonnn ape eh?
Walauuupoonnn mood raya masih dihati.
Till then, enjoy my raya pics.
And rasanya not too late..to wish all of you guys especially Geng Gojes Mommy Blogger Selamat Hari Raya, and keep up the gorjessnyesss among us!
#lagalagapipitembamsket

Nota kaki: Entry geng gajes blogger datang raya will be out soon. 
Watch out! ouch....!

anak-anak punya. Satu baju melayu and satu baju kurung.
Hehehe. super cute :)
Raya Day. Mak wan & atok melayan cucu-cucu dah 3 cucu Makwan, coming up 1 more hujung bulan ni. Tengok gelagat anak-nak buat aku rasa nak tergelak sampai tercabut gigi :)
Tegelak lagi aku nengok gambo ni, anak dah dua tapi nak amik gambo yang elok sikit memang susah, tanak bagi kerjasama langsungg hokei! Yang sorang menguap, yang sorang menangis, main songkok la, tanak pakai sampin la, tanak kena pelok la, nak tido la, nak minum air la. Grrrrr!
Suasana hari raya kami. macam-macam kaler hado. My Sil (baju purple) tgh preggie dah menunggu hari, tapi perot kecik. Haiii kalo la aku boleh perot comey molek gitu kan ke bagus..Sekali lagi aku tergelak nengok gambo ni, muka baba macam tak ikhlas je tau kena pelok. Muncung mak pulak kemain panjang nak cium aku. Kikikiki! Terbaikkkkk la....Errr. Terima kasih mak, kasik duit raya dekat Tasha :) Ko ade dapat duit raya dari mak mertua adeeeee? kikikiki.
Mak masak. Adik ipar & kak ipar masak. Serius sedap. Lontong, ketupat, lemang, rendang semua hado. 5 kali tambah pon tak puas. Patut la pas raya muka aku dah macam spongebob, kembang gemmsss semacam. Kikikiki! Errrr raya kan....makan puas-puas. Esok lusa puase ganti balik! Takpelah gemss pon janji sihat walafiat.

sharemy
mommycha


13 comments:

Wawa said...

ketupat palasssssss...............................

yUmiE AzuRa said...

micha mmg gojes sgt lah!!xpuas mata memandang.nk kurus ape lg micha.cm skrg pong dh cung melecung doh..huhu

erin said...

tenkiu sbb melayan riuh rendah k'org and phone call yg bertalu2 sbb kesesatan..hahaha

Mimy Hamid said...

mommycha i rindu ur penulisan...welcome back ...now dah citer anak anak :))

mrs kayrul said...

selamat hari raya sha...bila la nak sampai seru update blog nie...ambik gambar raya x hingat..nak upload malasnya...huhuhu

Mimy Hamid said...

jap tambah sikit...MIL awak ni rumah dia cantik ar..pandai deko....tak nampak rumah tu kecik...kem salam dia eh...eh sekali opah...

Umi Qi said...

mommycha....awatlah comey sangat hampa nih eh...tema merah red hot chilli peppers tuh ngancam sungguh...kayla ngan mikail sama sedondon merah meriahhh gitu....suka tgk mommycha sekarang selim melim...meh habaq mai rahsia kekal langsing...umi Qi nih berkandaq lemak nk pi derma tp sapa pun xmauuu hahhahaha

.ieLah. said...

Comel sgt sume micha. Harus aku ta7n depan kalet merah jugak.haha

ctmah said...

fuhhh..mmg red hot chili peppers sgt ni mommy cha!terasa api2 memancar k..hehe

Chekgu Azrine said...

cantiknya merah tu..kat mana ek korang geng gojes beli baju2 tuh,..ingat nak beli sepasang baju utk aish..

Sarah Veelara said...

Wahhh.merah

Mmg comel la bl ade dua ank.pic famili photo b4 tu cute sgt ngn peel ank2, hahaha

e k i n ♥ y u s r i said...

tahun depan dah usul cdgn kat en.suami nak tema warna merah
tp di'reject' bulat2
katenye baju daku byk sgt warna merah
asyik merah je
hahahahaha
padahal ade 1 jepon
tue x muat lg
hihihi

cha said...

selamat hari raya u. maaf zahir batin. sorry lama x visit u. busy hukhuk

cantiknya baju raya. merah lg ai like :)

tahun depan turn i raya shah alam huwaa tak best haha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...