Iklan

Sharemyloves Geng!

21 August 2013

Geng Supergojes Datang Beraya

Salam

Raya kan sebulan.
Dan biarlah kita bercerita pasal raya pon sebulan.
Kalo termuntah, tertelan balik pon bio lah cerita pasal raya sebulan.
Baju raya pon kalo boleh recycle lah hari-hari untuk pakai sebulan.
It's all about raya u ols.
Kelas mak jah speaking london.
:)

Actually nak story pasal geng gojes mommy blogger yang datang "baraan" di rumah.
Memula ku pelik.
Baraan?
Kejadah ape lah baraan ni.
Api yang membara kah?
Bora-bora ombak kah?
Yang pasti baraan tu bukan marhaban.

Kisahnya baraan ni according to Aty Fared adalah bahase jawa.
Macam orang kunjung mengunjung dari rumah-ke-rumah.
Kan hari raya selalunya orang buat camtu.
Jalan-jalan raya, katanye.

Bila dah ade anak kecit ni susahla nak join group gojes pegi baraan.
Anak pulak feeling princess 24jam.
Nak berbuai/berendoi/berenjut sokmo.
Pastu kalo berbuai nak kena tepok bontot sambil buai.
Kalo kita stop otomatik mata dia celik.
Hazab.
Ade tak jual kat mana-mana warehouse sale robot untuk tepok bontot budak eh?
Kalo ade roger-roger.
Nak beli satu.
Senang cite boleh jadi assistant tepok bontot anak-anak.
Kikikikiki.
:)

Ok berbalik pada baraan.
Group gojes tetiba on kata nak datang umah i ols.
I ols pon ape lagi menggelabah jet kata ko.
Dengan ade anak tecit, anak sedang-sedang tecit.
Tapi takpe kita masak yang sempoi-sempoi.
Setara dengan kemampuan i ols yang beranak dua ni yek.
Janji group gojes datang.

Siap masak mihun goreng singapore.
Sori memang terlebih masin.
Elok tengah goreng, sampai lencun-lencun ketiak gas pulak habis.
Err..lencun ketiak???!!
Tu yang termasin tu.
Korang makan abis kan? 
Kikikikiki
:p

Boleh pulak gas habis.
Buat drama betol lah tong gas ni.
Grrr.
Yang aku plak blurr.
Pi tanya laki aku.
"Errr...abang awat api ni makin pelan ni?, Rosak kot dapoq kita ni bang. Cer check tersumbat kot?"
Gitew.
Ayat manusia jarang-jarang masok dapo lah katakan.
Kuikuikuikuikui.
Sekali dia check.
"Yang oi. Ni gas abis lah. Bukan dapo kita rosak!"
Homaii-homaiii-homaiiii.
Apekah makne nya disitu?
Rajin bebenor kan aku masak sampai gas cepat habis.
:)

Siap masak terus mandi.
Pastu terus Erin sampai.
Banyak kali jugaklah dia call, wassap tanya landmark rumah la, nak paking mana la.
Akhirnya sampai jugak dengan Yumie.
Terus berdesup Erin solat Magrib.
Yumie pulak kasi gegel dia mandi.
Bersiap cantik-cantik, wangi-wangi ala princess.
Then turn Erin kasi mandi boboy dia.
Baru babies semua segar-bugar.

Kira pitstop korang ni macam R&R lah.
Siap boleh mandi, makan, solat lepakss bagai.
Suka nengok gelagat anak-anak.

Pastu Anis mama Airis sampai.
Kecik molek jer.
Selimmmm-melimmmmmm orang nye.
Gosh!
Rasa nak tikam diri sendiri tengok bdn sekeping dia.
Then, baru Wawa, Ekin, Kak Mimy, Mek Zura, Linda sampai.
Penuh terus rumah bangelow i ols itu.

Memang dah rupa taska.
Bebudak berlari sana-sini.
Si Fayel sampai mamanya dah cabut baju, suar.
Si Asyraff mood ok. Siap gelak-gelak berlari sana-sini.
Zara still malu-malu meow. Tapi comel dengan seluar kuning die.
Yaya pulak behave so good. Baik je. Geram tengok pakai headband tak bukak-bukak.
Kalo Kayla dah lama dia jerit-jerit suruh bukak headband ataih kepala.
Naila pulak demam. Siannya dia. Demam nak dapat adik, demam nak tumbuh gigi. 
Monyok je. 
Padahal dia kalo nampak Kayla dulu kemain suka. 
Nak mencium je kejenya.

Setelah lepaks. Makan. Mandi. Solat.
Kitaorang borak-borak ape yang patut.
Nasib lah umah i ols tu lapang.
Bleh jugak bebudak ni buat tempat berlari-lari.
Cuma grill kena tutup sebab ade spiderman.
Nak panjat.
Amboii fayel..hebak mung nok pajat kusi umoh momycha ye?
Pakloo kang baru tau.
Kihkihkihkihkih.
Sian tengok Kak Mimy tak terkejo nak ngejo anaknye tu.
Nak makan pon tak sempat.
Gitulah peel bebudak.

Then sessi bergambo.
Jugak kecoh.
Tapi best.
Letak semua anak-anak bloggers ni atas sofa.
Pastu makpak buat aksi badut kasi derang gelak-gelak.
Hehehehe.
Then mommy gojes lak bergambo.
Pastu daddy gojes pon tumpang sekali bergambo.
So happening lah!

Sebagai tuan umah momycha nak ucapkan terima kasih pada yang datang.
Maaf ada yang terkurang.
Memang unprepared lah u ols.
Nanti kita buat kambing golekss yer macam yang Ekin request.
Kikikikikikiki.

Ok lah geng.
Banyak keja nak buat.
Baru masuk opis la katakan.
Pening nak handle pending job.
Stress haku hoi.
Kalolah bos aku muka macam ala-ala Judika takpe jugak.
Hekhekhekhek.
:p

sharemy
mommycha


susana hari raye

sessi perkenalan anak-anak.

blogger anis, airis and yumie.

wawa nasihat ape ntah kat fayel tu eh?

mommy-mommy blogers yg gojes....

anak-anak kite :)

laki-laki kite :)

10 comments:

Allene said...

meriah geng mommy gojes ni... =)

yUmiE AzuRa said...

thanks jgk mommycha sbb sudi bg kami buat umh mommycha tu cm RnR & taska..tp seronokss beronok-ronok.makan pn sodap siap tapau bwk blk.kihkih mak dgn ank sme muka xmalu mintak kuih mommycha.tp serius kuih cucur badak tu sedap walaupun pedas.huhu..

muka daku tu nmpk sgt muka risau+pening nk berkawal si ank dara.dgn cereal mmg hantu oii.lps tu botol air org suma die nk rasa.haishh

achiek anis said...

hahaha...sabo micha...jgn tikam dirimu yang gojes itu...daku memang slim river micha...cmne nak naikkan berat entah la...makan dah mengalahkan mak buyung dah....mmg underweight dah daku ni...huhu

sedap je mami airis makan bihun..tak masin pun...siap bertambah 2x lagi...kui kui kui...by the way thanks yea micha...seronok berkenalan dgn Gojes semua...

ctmah said...

ahh prusttt la mommycha oiii..kita jumpa kat rumah aty k

e k i n ♥ y u s r i said...

tq mommycha sbb sudi terima kehadiran kami...huhu

Siti Asiah said...

meriahnya raya mummycha...;)

erin said...

sorry ye mommycha, kalut menelepon setiap saat, dahlah anak kecik nk menyusu, yg aku sibuk dok telepon je, penat doh pusing putrajaya, tak jugok jumpa2 rumahnya..haha, padahal molek je lalu tepi petronas tu hari tu..haha

m@m@yAyA said...

owh mommycha bila msla ku jd mek kelate gitew.huhuhu

best2.havoc mavoc macam kapal pecah bila nak amik gambar ank2..~
mekasih yer mommycha rajin melayan kitorg yg melepak smp malam mujur xnk tdo ctu sekali..-_-

Chekgu Azrine said...

akk baca rasa kelakar giler..gelak sesrorang..hahaha..jauh sangat la umah sis..tak dapat nk join baraan iteww...

Mimy Hamid said...

best dan terbaik wlaupun tanpa ditemani cik abg ku main redah aje kannnnnnn huhu sampai jugak untuk kali kedua...

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...