Iklan

Sharemyloves Geng!

30 August 2013

Tempat letak carseat yang betul. Depan atau belakang?

Salam

Nak tanye sesuatu dekat para ibu yang bijaksana sekalian.
Biase nya car seat baby tu u ols letak depan ke belakang eh?
Maksud belakang bukan belakang bonet.
Kang ingat nak buh car seat dalam bonet pulop.
:)

Semalam opah ade wassap micha.
Tup-tup rajin pulak nak wasap aku di siang hari.
Berdesup lah micha baca.
Takut lah anak tak sihat ke apa kan?
Rupanya dia cakap...


Ya Allah subhanallah.
Sedih bila baca wassap opah tu.
Micha terus teringat apala nasib budak umur 59 hari yang tercampak keluar tu?
Dah kritikal sekarang.
Dia masih lagi baby kan?
Nak salahkan sapa kalo jadi macam ni?

Itulah sebab nya micha nak tanya kat korang.
Safety untuk anak-anak kita.
Ramai orang tahu, tapi buat-buat tak amik tahu.
Letak anak dalam kereta umpama kita pertaruhkan nyawa dia dan opcos nyawa kita jugak.
Jangan dibawak main menda macam ni.
Nyawa ni.
Bukan boleh beli dekat Pandora hatta Habib Jewels sekalipon.

Sebenarnya micha sendiri blur nak letak depan ke belakang car seat ni.
Tambah dah ada anak dua.
Memang kena letak dalam car seat lah si Mikhail tu.
Si Kayla micha kena pegang sebab senang nak BF dia.
Tambah pulak naik myvi.
Anak dua pon dah sarat penuh dengan barang dah.
Kalo nak balik umah MIL sekali dengan buaian kena hangkut.
Beg baju anak-anak, mak-pak.
Berengkeh-rengkeh barang.
Akan diusulkan untuk beli lori 3 tan plak pasni.
Kehkehkeh.

Eh.
Berbalik pada car seat tadi.
Buat masa loni, memang kedudukan carseat tu adalah di sebelah driver.
Rasanya macam salah je.
Patut letak di belakang kan?
Tempat duduk belakang.
Sebab letak depan adalah.
Mikhail kalo berjauhan dengan baba dia mesti nak buat "amukan ablasa" bagai nak rak.
Even dah kasi menan ke, stereng menan ke, susu ke, puting ke semua di campaknye.
Kalo dah nangis gitu terjangkit lah hasil amukan tu dekat si adik pulak.
Bila dua-dua dah nangis micha pon naik menggelabah taktau nak pujuk yang mana satu.
Sekian.

Eh.
Belom sekian.
Car seat sekarang brand Recaro.
Mahal jugak sebab beli ade diskaun ciput je.
Mothercare kan?
Diskaun bape hengget sajelah.
Agak comfy brand tu.
Untuk long hours travel sangatlah ok.
Sebab comfy dan sedap kalo duduk lelama tak keras materialnya.
Berbaloi dengan regenya u ols.

Tapi bab kes-kes tercampak ni jadikan aku cuak tahap Satria Perkasa Hitam nak lawan penjahat.
Kadangkala kita terlelap dan terjadilah kes tercampak cenggitu.
Kita memang pakai seatbelt time masuk keta.
Tapi anak tu?
Anak tu pakai seatbelt sekali ke?
Tentulah tak.

So kebiasaannye camne u ols handle anak-anak dalam kereta eh.
Bagi ibu-ibu yang ade pengalaman bolehlah share dekat sini.
Supaya yang tahu boleh kongsi ilmu dan yang tak tahu boleh belajar sesuatu.
Kita ni dah le kaum mak-mak
Bila nak bawak kereta pon terkemut-kemut
Kang ade anak lagi lah double triple terkemut nak bawak kereta.
Huhuhuhuhu.

Lagi satu rasanya bukanlah isu carseat mahal atau murah yang micha nak share kat sini.
Tapi yang penting isu safety anak-anak.
Kita larik sikit dari isu baraan dan open house.
Tapi errr.... berguna jugak carseat ni.
Buatnye bapak-bapak tanak ikut pegi open house
Maka carseat adalah pembantu yang paling setia selain stroller.

Share any tips please.
Sape share tips dapat duit raye.
Kihkihkihkih.


mikhail berbaju tido di zaman kegemukan kegemilangan beliau, bersama teddy dan carseat recaro hijau.

sharemy
mommycha @ micha


22 August 2013

Demam.

Salam

sekadar hiasan: gambaq lama tika masih rambut berekor azeroy dan kini hilang sudah ekoq azeroymu.

anak pertama demam.
anak pertama kalo demam memang panas macam bara api.
buat segala remedy tradisional semua tak jadi.
jeram kepala, bukak baju, pasang kipas, lap badan pon tak jadi.
kena bergegas pegi klinik.
nak masok ubat punkok tak reti/tak konpiden.
seeloknya, moh bawak pi klinik.

keja menimbun biaq pi ataih meja.
ikut orang nak mengata, mengata pi lah.
anak adalah paling utama.
esok-esok aku mati anak aku jugak nak sedekah doa untuk aku.
bukan nya hampa.

nasib anak pertama yang demam.
kalo mama nya yang demam, alamat korang-korang nak ber "adik" lagi.
jadi better anak yang demam.
sebab kalo mama yang demam itu tanda demam berisi.
:)
gelak sikit sebab konon buat lawak.

itu saja.
penat jugak jadi mak + isteri + pekerja makan gaji + pelajar pada satu masa.
hanya hati yang paham..memahami.
:(

sharemy
mommycha.

21 August 2013

Geng Supergojes Datang Beraya

Salam

Raya kan sebulan.
Dan biarlah kita bercerita pasal raya pon sebulan.
Kalo termuntah, tertelan balik pon bio lah cerita pasal raya sebulan.
Baju raya pon kalo boleh recycle lah hari-hari untuk pakai sebulan.
It's all about raya u ols.
Kelas mak jah speaking london.
:)

Actually nak story pasal geng gojes mommy blogger yang datang "baraan" di rumah.
Memula ku pelik.
Baraan?
Kejadah ape lah baraan ni.
Api yang membara kah?
Bora-bora ombak kah?
Yang pasti baraan tu bukan marhaban.

Kisahnya baraan ni according to Aty Fared adalah bahase jawa.
Macam orang kunjung mengunjung dari rumah-ke-rumah.
Kan hari raya selalunya orang buat camtu.
Jalan-jalan raya, katanye.

Bila dah ade anak kecit ni susahla nak join group gojes pegi baraan.
Anak pulak feeling princess 24jam.
Nak berbuai/berendoi/berenjut sokmo.
Pastu kalo berbuai nak kena tepok bontot sambil buai.
Kalo kita stop otomatik mata dia celik.
Hazab.
Ade tak jual kat mana-mana warehouse sale robot untuk tepok bontot budak eh?
Kalo ade roger-roger.
Nak beli satu.
Senang cite boleh jadi assistant tepok bontot anak-anak.
Kikikikiki.
:)

Ok berbalik pada baraan.
Group gojes tetiba on kata nak datang umah i ols.
I ols pon ape lagi menggelabah jet kata ko.
Dengan ade anak tecit, anak sedang-sedang tecit.
Tapi takpe kita masak yang sempoi-sempoi.
Setara dengan kemampuan i ols yang beranak dua ni yek.
Janji group gojes datang.

Siap masak mihun goreng singapore.
Sori memang terlebih masin.
Elok tengah goreng, sampai lencun-lencun ketiak gas pulak habis.
Err..lencun ketiak???!!
Tu yang termasin tu.
Korang makan abis kan? 
Kikikikiki
:p

Boleh pulak gas habis.
Buat drama betol lah tong gas ni.
Grrr.
Yang aku plak blurr.
Pi tanya laki aku.
"Errr...abang awat api ni makin pelan ni?, Rosak kot dapoq kita ni bang. Cer check tersumbat kot?"
Gitew.
Ayat manusia jarang-jarang masok dapo lah katakan.
Kuikuikuikuikui.
Sekali dia check.
"Yang oi. Ni gas abis lah. Bukan dapo kita rosak!"
Homaii-homaiii-homaiiii.
Apekah makne nya disitu?
Rajin bebenor kan aku masak sampai gas cepat habis.
:)

Siap masak terus mandi.
Pastu terus Erin sampai.
Banyak kali jugaklah dia call, wassap tanya landmark rumah la, nak paking mana la.
Akhirnya sampai jugak dengan Yumie.
Terus berdesup Erin solat Magrib.
Yumie pulak kasi gegel dia mandi.
Bersiap cantik-cantik, wangi-wangi ala princess.
Then turn Erin kasi mandi boboy dia.
Baru babies semua segar-bugar.

Kira pitstop korang ni macam R&R lah.
Siap boleh mandi, makan, solat lepakss bagai.
Suka nengok gelagat anak-anak.

Pastu Anis mama Airis sampai.
Kecik molek jer.
Selimmmm-melimmmmmm orang nye.
Gosh!
Rasa nak tikam diri sendiri tengok bdn sekeping dia.
Then, baru Wawa, Ekin, Kak Mimy, Mek Zura, Linda sampai.
Penuh terus rumah bangelow i ols itu.

Memang dah rupa taska.
Bebudak berlari sana-sini.
Si Fayel sampai mamanya dah cabut baju, suar.
Si Asyraff mood ok. Siap gelak-gelak berlari sana-sini.
Zara still malu-malu meow. Tapi comel dengan seluar kuning die.
Yaya pulak behave so good. Baik je. Geram tengok pakai headband tak bukak-bukak.
Kalo Kayla dah lama dia jerit-jerit suruh bukak headband ataih kepala.
Naila pulak demam. Siannya dia. Demam nak dapat adik, demam nak tumbuh gigi. 
Monyok je. 
Padahal dia kalo nampak Kayla dulu kemain suka. 
Nak mencium je kejenya.

Setelah lepaks. Makan. Mandi. Solat.
Kitaorang borak-borak ape yang patut.
Nasib lah umah i ols tu lapang.
Bleh jugak bebudak ni buat tempat berlari-lari.
Cuma grill kena tutup sebab ade spiderman.
Nak panjat.
Amboii fayel..hebak mung nok pajat kusi umoh momycha ye?
Pakloo kang baru tau.
Kihkihkihkihkih.
Sian tengok Kak Mimy tak terkejo nak ngejo anaknye tu.
Nak makan pon tak sempat.
Gitulah peel bebudak.

Then sessi bergambo.
Jugak kecoh.
Tapi best.
Letak semua anak-anak bloggers ni atas sofa.
Pastu makpak buat aksi badut kasi derang gelak-gelak.
Hehehehe.
Then mommy gojes lak bergambo.
Pastu daddy gojes pon tumpang sekali bergambo.
So happening lah!

Sebagai tuan umah momycha nak ucapkan terima kasih pada yang datang.
Maaf ada yang terkurang.
Memang unprepared lah u ols.
Nanti kita buat kambing golekss yer macam yang Ekin request.
Kikikikikikiki.

Ok lah geng.
Banyak keja nak buat.
Baru masuk opis la katakan.
Pening nak handle pending job.
Stress haku hoi.
Kalolah bos aku muka macam ala-ala Judika takpe jugak.
Hekhekhekhek.
:p

sharemy
mommycha


susana hari raye

sessi perkenalan anak-anak.

blogger anis, airis and yumie.

wawa nasihat ape ntah kat fayel tu eh?

mommy-mommy blogers yg gojes....

anak-anak kite :)

laki-laki kite :)

20 August 2013

Dan bila Kayla menulis...

Salam kawan-kawan mama Kayla

Hari ni, biar lah Kayla yang amik alih tugas mama tulis kat blog mama ni.
Kayla pon konpius ni belog mama ke belog abang Mikhail
Sebab bila Kayla bukak belog ni terselah muka abang Mikhail yang tembam tu.
Adil ke mama bubuh gambar abang je?
Kan ke Kayla pon anak mama jugak.
Mana nye gambo Kayla mama oi?
#sentapkayla
Hehehehe :)

Tapi takpelah.
Mama tu bukan teror sangat nak edit-edit gambo layout ni.
Bab komputer ni tangan mama jadi keras kejung.
Tunggu lah mama teror sikit.
Nanti mesti mama edit cun-cun belog ni.
Mama kayla kan supermommy.
Semua dia boleh buat.
Kayla tak pelik bila tengok mama sambil buai Kayla.
Masa yang sama jugak suap nasik ke abang.
Dan masa yang sama jugak sibok main Gtab sambil gelak-gelak.
Itu belom cerita mama sambil ambik test online accounting,
Sebelah tangan menyusu Kayla,
Sebelah tangan dok mencarik jawapan dalam buku akuan.
Gigih la mama.
Walaupon on spot test tu mama score 18/30 jerr.
Sebab kayla dah melalak nangis nak tido ngempeng tetek mama.
Itu sebab Kayla cakap mama tu supermommy!
:p

Itu cerita pasal mama Kayla.
Ini pulak pasal abang Mikhail.
Kayla ngeri sikit dengan dia.
Sebab ape?
Sebab dia suka gurau kasar dengan Kayla.
Selalu dia panggil Kayla ni...."attiikkk, atiikkkk" instead of adik.
Mebi lidah dia pelat ye lah dia kan kecik lagi.
Hehehehe.
Hari-hari dia nak cium Kayla.
Cium pon bukan slow-slow.
Sekali kasi cium berdentum kepala dia dengan kepala Kayla.
Bergegar otak Kayla ni unties.
Hai la abang.
Memula dulu Kayla nangis kuat, tapi sekarang Kayla da redho.
Kadang-kadang tu Kayla rasa sakit.
Tapi dah malas nak menangis.
Airmata je meleleh.
Sian Kayla kan?

Semalam lagi teruk.
Habis Kayla minum susu mama dalam botol.
Pastu mama letak botol kosong tu atas sofa.
Sedang molek abang datang terus amik botol Kayla tu baling.
Baling ke Kayla tau.
Mama dah tepis tapi tak sempat.
Gedeganggggg kena jugak kepala Kayla.
Benjol kepala.
Menangis lagi Kayla, unties.
Mama cepat-cepat taruk minyak atas kepala.
Sian Kayla kan?

Tapi Kayla tau.
Abang tu sayang Kayla.
Cuma dia pon belom reti melayu or takpaham bahasa lagi.
Sama lah macam Kayla jugak.
Masing-masing kecik lagi.
So, please kalo mama terbaca entry ni.
NO MORE ADIK for at least 3 more years okeh!!!
Siap highlite merah lagi, kalo mama tak paham taktau la.
Hehehehehe.
:)

Sekarang ni ramai jugak yang kata pasal kaler kulit Kayla.
Komplen abang lagi putih dari Kayla.
Alah.
Tu pon nak komplen!
Janji Kayla sihat tak sakit, sempurna sifat dan tubuh badan dah mencukupi kan unties?
Kayla "taint" sikit pada abang.
Biasalah tu, dah mama terkenan dekat Nabila Huda time tengok cite Teduhan Kasih.
Itu yang kaler kulit Kayla coklat-coklat sikit.
Mahal tau kaler kulit ni.
Taste omputeh tau.
Jangan memain.
:)

Eh, panjang pulak Kayla tulis ni.
Mama bz kat opis tu.
Keja mama menimbun sampai taknampak meja.
Harap mama jangan lupa pam susu untuk Kayla eh?
Kayla dah minum sekali teguk 5oz dah sekarang tau.
Tapi badan still langsing macam mama.
Erk!!!!...
Mama lansing kerrrr?
Kahkahkahkah.
Illusi je tu, dah beranak dua.
Nak langsing kat mana ntah?
Kat jari kelingking kot...!
Sori mama, Kayla terkutuk mama pulak.
Kayla tetap sayang mama, sayang baba, sayang abang, sayang opah, sayang achu.
Walaupon Kayla kerap buat amukan ablasa dekat umah sekarang.
Yela makin beso, makin cerdik lah kan?
Hehehehe.
:)

Ok lah unties.
Ini saja Kayla mampu tulis.
Nasib Kayla hafal password blog mama.
Senang nak hacked mama punya blog.
Kikikikiki.
Ape-ape pon semoga semua kawan-kawan mama hepi baca tulisan Kayla ni.
Kayla ade jumpa time unties datang melawat Kayla time raya aritu.
Kasi Kayla wet raye, cuit-cuit Kayla, cium-cium Kayla.
Nanti bebila ade masa Kayla enteprame lagi yek.
Psst! jangan gtau mama tau Kayla tulis dalam belog dia.
Kayla sudahi dengan serangkap pantun:
:)
all unties.

Pecah kaca, pecah gelas.
(habis lah pecah gelass, mama marah aiyokkk)
Pas baca harap berbalas :)


ni Kayla mase mude-mude.


ni lah Kayla sekarang Hehehehe :)

sharemy mama 
mikayla_aeesya

19 August 2013

Mommycha, Mikhail, Mikayla, raya sampai pengsan....!

Salam

Bismillahhirrahmanirahim.
Dengan lafaz bismillah aku mengorak langkah menjalani hidup macam biasa.
Hidup bangun awal extra pagi untuk ke pejabat.
Bye-bye sudah sweet moments bangun lambat.
Bye-bye sudah sweet moments tengok marathon sinetron Indon.
Bye-bye sudah sweet moments dari pagi ke malam mengasuh dua orang anak.
Semuanya seperti sediakala kembali.
Cuti maternity 3 bulan sudah berlalu.

Berada di pejabat.
tapi hati, kepala otak, jantung, dada, limpa, pankreas tetap di rumah.
Macam mana lah anak-anak aku.
Dah mandi ke?
Dah makan ke?
Dah susu ke?
Dah tido ke?
Harapnya opah jaga depa elok-elok.

Rutin di pejabat baru aku ada mood nak update blog usang.
Baru terasa nak letak gambar raya.
Padahal raya dah nak basi.
Hehehehe.
Kisah ke aku raya dah nak basi?

Tahun ni raya di Shah Alam rumah mertua.
Shah Alam sunyi.
Macam padang jarak, padang tekukur.
Kalo terkentut dalam rumah pon, jiran sebelah boleh dengar.
Nak cerita betapa sunyi nya Shah Alam time tu.

Beza jugak raya di kampong dengan kat pekan ni eh?
Yang penting tahun depan giliran umah mommycha pulak.
To Mr. Baba jangan buat-buat lupe eh.
Kang ade kena tido luar kang.
:)

Raya tahun ni kami bertemakan "Red Hot Chilli Peppers"
Merah menyala, sepelaung dah nampak kelibat merah kami.
Hehehehe.
Meriahnya raya tahun ni sebab mommycha dah berempat.
Pertambahan ahli keluarga baru, yakni Mikayla.
Baru balancing kata orang.
Baru ada team spirit.
Mikhail geng baba.
Mikayla geng mama.
:)

Baju raya mommycha and baba kitaorang beli dekat PKNS Shah Alam.
Harga jangan tanya.
Baju kurung pesak bodo with manik + border lace bodo tu pon dah cecah harga RM160.
Phewww!
Dan aku rasa itulah baju termurah yang hado dekat PKNS.
Sebab kitaorang dah tawaf 3 kali.
Memang harga baju lain boleh cecah rm500 hanya untuk baju pelum manik bodo.
Bulan mencari rezeki katakan.
Tapi please ah, jangan carik rezeki sampai cekik leher orang.
Orang lain pon nak beraya jugak.
Nak pakai duit jugak.

Baju untuk Mikhail dan Mikayla mommycha order dengan group gojes blogger yang sekarang bz ber baraan sana-sini tu.
Murah saje.
Sepasang baru RM28.
Siap bersampin sekali. 
Bolehlah kan?
Budak-budak ni bukan nak pakai lama sangat pon.
Pakai sekadar nak mengambik gambo raya.
Then masing-masing ku tukar baju selesa.
Selesa sampai tido ke tengah hari.

Mak nak hadap makan pon senang.
Bapak yang takdapat cuti raya nak pegi keja pon senang.
Segala-galanya senang kalo budak berdua ni tido.
:)

Untuk entry blues baru naik keja today, rasanya cukup tahap sini.
Nanti rasa nak update, ai ols update lagi.
Sekarang sambil type entry sambil mengepam.
Sejak dah ber freestyle ni segala-galanya mudah.
Pam sambil menaip.
Pam sambil driving.
Pam sambil memasak.
Pam sambil baca buku.
Pam sambil tengok tv.
Semua tempat pon boleh pam.
Nama pon freestyle kan?
Berbaloi-baloi walaupon mahalsss...

Rasanya ini saja.
Ya ampon nak type entry pendek ciput pon amik masa 3 jam.
Banyak menyembang.
Almaklom lah lama tak jumpe kengkawan opis.
Yang penting rasa semangat nak keja, walaupooonnnn...
Walaupoonnn ape eh?
Walauuupoonnn mood raya masih dihati.
Till then, enjoy my raya pics.
And rasanya not too late..to wish all of you guys especially Geng Gojes Mommy Blogger Selamat Hari Raya, and keep up the gorjessnyesss among us!
#lagalagapipitembamsket

Nota kaki: Entry geng gajes blogger datang raya will be out soon. 
Watch out! ouch....!

anak-anak punya. Satu baju melayu and satu baju kurung.
Hehehe. super cute :)
Raya Day. Mak wan & atok melayan cucu-cucu dah 3 cucu Makwan, coming up 1 more hujung bulan ni. Tengok gelagat anak-nak buat aku rasa nak tergelak sampai tercabut gigi :)
Tegelak lagi aku nengok gambo ni, anak dah dua tapi nak amik gambo yang elok sikit memang susah, tanak bagi kerjasama langsungg hokei! Yang sorang menguap, yang sorang menangis, main songkok la, tanak pakai sampin la, tanak kena pelok la, nak tido la, nak minum air la. Grrrrr!
Suasana hari raya kami. macam-macam kaler hado. My Sil (baju purple) tgh preggie dah menunggu hari, tapi perot kecik. Haiii kalo la aku boleh perot comey molek gitu kan ke bagus..Sekali lagi aku tergelak nengok gambo ni, muka baba macam tak ikhlas je tau kena pelok. Muncung mak pulak kemain panjang nak cium aku. Kikikiki! Terbaikkkkk la....Errr. Terima kasih mak, kasik duit raya dekat Tasha :) Ko ade dapat duit raya dari mak mertua adeeeee? kikikiki.
Mak masak. Adik ipar & kak ipar masak. Serius sedap. Lontong, ketupat, lemang, rendang semua hado. 5 kali tambah pon tak puas. Patut la pas raya muka aku dah macam spongebob, kembang gemmsss semacam. Kikikiki! Errrr raya kan....makan puas-puas. Esok lusa puase ganti balik! Takpelah gemss pon janji sihat walafiat.

sharemy
mommycha


Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...