Iklan

Sharemyloves Geng!

17 July 2013

Peel Mikhail yang bikin my blood goes upstairs!

Salam.

Anak adalah penyeri hidup.
Penyeri bermaksud anak boleh buat kita terhibur dengan telatah derang.
Pastu bagi mak-mak yang fanatik dekat anak derang macam saye,
Sokmolah nak snap gambo anak banyak-banyak.
Anak tido amik gambo.
Anak makan amik gambo.
Anak mandi amik gambo.
Anak pakai baju amik gambo.
Anak pakai kasut amik gambo.
Anak minum susu pon amik gambo.

Itulah mak-mak.
Pantang ade henpon, kamera mula nak amik gambo anak.
Nak amik gambo sorang-sorang apetu perkataan tu? camwhore? whorecam?
Kekdahnye...malu.
Lalu untuk cover line malu amik lah gambo bersama anak.
Kennnn??????
Jangan bohong ar, ai ols tahu u ols.
Hehehehehe.

Tapi kali ni bukan topic camwhore yang daku nak cerita.
Tapi nak cerita pasal anakku yang sulung.
Wah! anak sulung gitu.
Ai laike.
Cerita pasal peel Mikhail.
Abang si Mikayla.
Yang sejak ada adik ni perangai dia macam-macam dah.
Kelakar aku nengok.
Terbahak-bahak aku gelak.
Tapi ada jugak tahap aku naik jadi singa betina, kalau dia mula buat perangai notty.
Biasalah budak kan?

Mikhail dah pandai bercakap.
Berpatah-patah perkataan, tapi sebut satu-satu.
Contohnya, dia pandai mintak susu.
Dia akan sebut susu.
Bukan chu-chu, or bukan chuuu or nenen tau.
Pastu dia pandai sebut Mama, Baba, Opah, Wawan (MakWan), Atok, Achu, Kakak, Abang, Adik.
Semua tanpa sedikit pon pelat.
Semua bahasa dia betul.
Paling advance satu hari opah bukak radia, dan ade lagi Rembau Most Wanted.
Kan mamat tu dok sebut Warikhh (waris) terus dia pon warikhh jugak.
Kikikikiki.
Tercegat tepi radio dok dengar lagu Warikhh.

Itu pasal cakap.
Pasal makan pulak semua dia ngap.
Pagi-pagi dah 2 botol susu.
Bila nak susu dia akan cakap.."mama..susu".
Pastu, dah minum susu dia buat muka tak bersalah mintak opah pulak.
Ayat biasa, "opah..mee. mee"
Maknanya opah nak mee.
sebab dia tahu opah memang pakar buat mee basah, mee goreng untuk dia.
Hehehehehe.
Lani sibuk opah dok buat kuih raya, dia pon sibuk nak jugak.
Mula lah dia cakap.."opah..kuey.kuey"
maksudnya opah nak kuey.

Bab tunjuk petisejuk paling taktahan.
Asyik la tunjuk freezer sambil cakap.."buah-buah-buah"
kengkonon nak buah.
Tapi jangan terpedaya deknon.
Sekali ko bukak petisejuk semua dia tunjuk nak.
Sampai rempah sup Adabi pon dia nak.
Jenuh aku dok terangkan tu rempah sup anak oi.
Bukan cekedis ke hapa.
Tapi dah dasar bangsa tak paham, tak paham jugak.
Menangis melolong nak jugak rempah sup Adabi.
Hadoiaiinyeeponnn.....

Lagi satu kalo letak makanan ke air ke jangan letak ujung-ujung meja.
Memang tangan dia cepat je capai.
sekali capai dah berterabur atas lantai.
Urut dada mak ko nak.
Tapi ade adegan satu hari bila dia tarik air sampai jatuh tumpah.
Pastu secara otomatik dia pegi dapo ambik kain dan terus lap air tumpah tadi.
Sejibik macam buruh kanak-kanak tak cukup umuq.
Kikikikikikiki.
Takut mama marah lettew....

Ramai yang tanya, Mikhail tak kaco adik ke?
Jawapannya: YER, DIA KACAU!
Kayla dah muka redho bila abang dia jolok telinga, jolok mata, korek pusat, itu-ini dekat adik dia.
Ade sekali si abang ni golek punya golek, sampai tergolek atas adik dia.
Kawan tu punya menangis sampai merah-merah muka.
Adui la Mikhail!

Bila aku sibuk bukakan baju untuk mandikan Kayla dia lah orang first yang angkat semua baju adik dia masuk bakul baju busuk.
Hahahaha. Buruh paksaan sangat ko, nak.
Walhal aku tak suruh pon. Hehehehe.

Pastu paling feberet adalah isap puting old sekul dia tu.
Sampai menjejeh ailio.
Menjejeh tak hengat punya.
Sampaikan gigi dia pon dah bentuk puting.
Langsung tak hensem!
Bila aku sorok pandai pulak dia carik, hidu tang mana puting dia.
Terror sungguh Mat Mikhail ni...

Itulah antara peel anak lelaki ku.
Selain suka pakai songkok berlagak nak solat time aku solat.
Selain suka bagi puting busuk dia suap dekat mulut adik dia.
Selain suka punggah mainan dia sampai bersepah-sepah sana-sini.
Selain suka terbalikkan botol susu dan merenjis susu satu rumah.
Ala-ala upacara menghalau hantu.
Hai..macam-macam peel dia.

Apa-apa pon kita memang terrhibur tengok gelagat anak-anak kita.
Tak kisahlah anak kita putih ke, hitam ke, coklat ke, pink ke
Kurus ke, gemok ke, comel ke, comot ke
Yang penting anak kita sihat sudahla.
Anak adalah penghibur hati mommycha.
Biarpun tiap kali dia buat sepah bikin my blood upstairs..
Grrrrrrr...grrrr...grrr... makang budok!

dey tambi, kasik cuci bersih-bersih deyyy...hahahahah!

kahkahkahkah. puting tetap dimulut. tong mainan adik pulak atas kepala. hebakkk mere bettaaa...hebakkkk! 


sharemyloves;
mommycha


15 comments:

erin said...

haha comel gile oi mikhail, dh pandai menolong mama ye.

D Yatie said...

betul tu.. mcm kita selalu marah2 kat Arissa. itu belum ada adik. tapi dah marah tu penghujungnya kita gomol dia cium dia kuat2 smpai dia marah kita balik. kahkahkah. rindu nyer lah hai dekat anakanda.

Chekgu Azrine said...

hahaha...sweet je..mikhail budak encem la..biasala budak dah besar panjang akal dia..

!k@ said...

wahh..pandai mikha tolong mama dia..mcm abam2 sgt..pastu dah pandai ckp ye..bagusnye..hehehe.. =)

fifi said...

alololo...comel sangat.good boy mikha pandai tolong mama..

MimahAjil said...

besar dah...dah nampak ciri2 abang long yg boleh diharap tolong mama jugak ni...

intandayani said...

Adeh sup bunjut pun nak mam ke Abam Mikha?Ingat puting baru ke?

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

dah ada ciri2 abang mithali ni.. terutama part kasi adik puting busuk dia! hahaha.

ctmah said...

hahaha!cara u cerita buat i tak tertahan2 asyik gelak aje..hehe!comel ah abg long ni =)

Ros Anis Rusli said...

hehe..comey je abam long ni taw!

e.t.t.y said...

bahahahah dah la cakap mikhail, ala ala buruh kanak kanak, pastu ada upacara halau hantu lakkkkkk......

Mimy Hamid said...

hahaha daku tergelak giler membaca nya ada certain tu sama spesis la ngan Fayel...tgh bayang berjumpa bercekau ...aduh pitam hahaha

y.o.n.g.n.a.n.a.1.8.8.1. said...

Jom la mikha..auntie register masuk raja lawak. Dah lawak sgt dah kamu ni.hahahahah

hayati hashim said...

Abg long sgt mikha ni...pndai dh tolong2 mama eh..

Wawa said...

golek punye golek....fuh seriau!
klu naila duk golek atas adik die, siap!
hahaha

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...