Iklan

Sharemyloves Geng!

15 July 2013

Kilang susu tutup di bulan puasa ke?

Salam.

Selamat kembali untuk membaca blog yang tak pemes ini.
Walauponnn ramai jugak yang request itu ini dalam entry-entry terbaru mommycha.
Bajet glemer kah daku ini?
Hewhewhew.
Glemer suam-suam kuku kaki u ols.

Alhamdulillah nampaknya dah 6 hari kita berpuasa.
Walaupon ada antara ibu-ibu yang dah melepek macam kain buruk atas lantai.
Sebab apakah???
Sebab penat lah kan.
Especially yang sedang menyusu baby dalam bulan puasa ni.
Tak ku tahu begini tercabar mencabarnya diriku menyusu.
Rasa macam berada di padang pasir Sahara terasa kering tekaknya.
Aduhainyeponadoiiiii.

Itulah dia topik kita pada hari ini, puan-puan.
Menyusu di bulan Ramadhan.
Menyusu bayi di bulan Ramadhan yek.
Bukan menyusu daddy nye.
Itu dah lain kes.
Itu kes carik pasal batalkan puase sendiri.
Huahuahuahuahuahuaha.

Memang kalau ada ibu-ibu yang dah experience nyusu di bulan puasa ni.
Mommycha nak kasik tabik spring dekat korang.
Masyallah..kuatnya iman korang yek?
Ape tak haus ke korang eh?
Aku ni menggeletis haus bila si Kayla dok sedap nyonyot tetek aku.
Rasa macam nak mintak sikit je dekat dia.
Hehehehehe.
Kemain sedap dia chup-chup-chup-chup sedut.
Yang si omaknya dia dah telan ailio dok tahan dahaga.
Tapi takkan nak tutup kilang susu cap dada di bulan posa ni kan?
Walaupon kita ni dah tak menahan haus nye lahai...

Memang otomatik bila kita start nyusu baby especially permulaan dia nak feeding tu kita akan terasa MAHA HAUS!
Diulangi MAHA HAUSSSSSS....
Itu benda yang biasa lah terjadi kan.
Dan itulah yang dinamakan kita sudah ter nyah hidrat, yakni kurangnya air dalam badan.
Kita boleh menggagak bila kita ternyah hidrat bila kita tersa sangat dahaga, air kencing anda berwarna gelap dan berbau kuat; anda rasa seperti hendak pitam, lemah atau lesu; anda mula sakit kepala atau mengalami kesakitan lain. 
Dan kalau dah ada tanda-tanda camtu kita kenalah cepat-cepat minum. Berehat dan berbaring untuk mendapatkan semula kecegasan badan. 
Kalau tidak sia-sia pengsan. Sebab nak puasa punya pasal.
Sapa yang susah?
Diri sendiri jugak kan?


Dalam Islam sekalipun kita tidak diwajibkan berpuasa.
Seperti kata-kata dalam babycenter ni:

"Jika anda menyusu badan, anda tidak diwajibkan berpuasa pada bulan Ramadan. Kebanyakan sarjana Islam percaya bahawa wanita yang menyusukan, seperti juga wanita yang tidak sihat atau sedang bermusafir, dibenarkan untuk tidak berpuasa. Malah, ramai yang mengatakan adalah salah untuk tidak menghiraukan kelonggaran ini dengan berpuasa jika anda tidak perlu berbuat begitu".

Haa....jadinya terpulang pada kita sendiri untuk berpikir.
Kalo dah agak lemah longlai nak pitam, pengsan better kita berbuka.
Takkan kita nak berpuasa sampai memudaratkan diri kita sendiri kan?
Kita ni sebenarnya boleh merasa sendiri sekiranya badan kita ada banyak susu atau tidak.
Macam i ols, suka goncang-goncang breast.
Kalo berat maknanya susu ai ols masih banyak.
Tapi kalo tengok breast dah leper, kendur, lembik there is something wrong somewhere.
Cewah!
Maknanya, i ols perlu sesuatu untuk memperbanyakkan balik susu badan supaya budak kecik tu tak merengek bila dia tak puas menyusu nanti.

Nak perbanyakkan susu tak susah kan?
Senang saja.
Minum air suam banyak-banyak sambil berselawat Ya Matin,
Disamping jugak minum susu, tak kiralah fresh milk, susu tepung, 3 in 1 or oat, nestum, barli etc.
Itu sajalah cara terbaik untuk meningkatkan susu badan.

Tapi masalahnya sekarang bulan puasa.
Takkan rasa haus je menggelepar nak pegi minum kan?
Itu aku cakap terpulang pada keupayaan diri sendiri.
Kalo takboleh puasa, jangan teruskan.
Nanti memudaratkan diri sendiri.

Namun, kajian jugak ada menyatakan yang kalau si ibu berpuasa ianya tak langsung menjejaskan kandungan lemak susu dalam susu kita.
Diulangi kandungan lemak susu.
Tapi bukan lah kuantiti susu.
Most probably amount kuantiti oz susu akan menurun sedikit.
Disebabkan kurangnya bendalir dalam badan.
Secara otomatik kalo air kurang dalam badan camne nak produce susu yang banyak kan?

Dengan itu jugak jangan kita lupakan konsep demand & supply.
Bila bayi kerap nangis nak susu cepat-cepat kita kena bagi.
Atau bila terasa breast penuh kena pam.
The best kita bagi direct feed kalau dirumah, kecuali bayi sedang tidur boleh lah kita pam.
Sebab direct feed ni akan meransang lebih banyak pengeluaran susu ibu.
Bila otak bayi memberi signal kepada otak ibu untuk mem produce more & more milk.

Dalam bulan puasa ni, sahur memainkan peranan penting untuk ibu-ibu menyusu.
Makan lah banyak makanan yang berkarbohidrat tinggi, cth macam oat, roti, gandum, barli.
Sebabnya makanan sebegini amat lambat untuk dicerna oleh usus.
Jadinya kita akan berasa kurang lapar.
Macam mommycha selain makan nasik beserta sayur, minuman panas seperti milo atau nestum atau oat mesti wajib ada.
Tak kira lah time bersahur atau berbuka.
Please...avoid ICE.
Walaupon tengok ais tu rasa meleleh ailio nak.
Sebab bila kita minum benda yang sejuk secara otomatik badan jugak akan sejuk dan akan menyekat pengeluaran susu badan kita.
Selain itu, kenali lah apa milkbooster anda.
Macam ai ols...lebih kurang 2 bulan menyusu ni dah jumpa apa yang menyebabkan my breast bengkak dan berat iaitu...TEMPE.
Yes! ianya adalah TEMPE.
Bukan Pak Man Tempe.
Tapi tempe.
Alhamdulillah, kalau makan tempe goreng ke, tempe masak sayur lemak ke mesti breast mommycha akan bengkak dan ada susu untuk Kayla.
Think positive too.
Jangan dok pikir susu tak cukup...susu tak cukup.
Itu yang lama-lama susu merajuk dan akan kering.
Eh..dah macam pakar pemakanan pulop aku.

Oklah u ols.
Nak carik energy untuk teruskan puasa ku pada hari ni.
Tapi kalo dah takdaya memang ku skip puasa jugak.
Hehehehehe.
Bukan nak makan sangat pon.
Cuma nak minum air je sangat-sangat.
Tapi kadang-kadang bila suap nasik lunch dekat Mikhail boleh pulak menjejeh ailio aku nengok lauk ikan goreng dia.
Choiiiiii!
Hihihihihihi.

So, u ols ibu yang menyusu.
Apakah rasia korang berjaya menyusu di bulan puasa ni?
Meh la share..meh...
Jangan kedekut ilmu.
Takbaik. Tuhan marah.

Okbai.


antara benda yang aku amik, minum, hadam, untuk produce susu badan setiap hari.

paling peberet. oat + susu + kismis. 

stok EBM Kayla. Itu pon dah banyak guna sebab tinggal dia time pegi kelas. Satu storage beg letak 3oz or 4oz saja. Takboleh banyak-banyak kang dia tak minum semua. Rugi-rugi.
hasil pam semalam at 10am bulan puasa


walau tak banyak inilah rezeki anak ku. Amin!
this thing serve me very well. Love u my FS!

sharemyloves,
mommycha






16 comments:

e k i n ♥ y u s r i said...

puase+keje+menyusukan anak+suri rumah
memg sgt penat mommy cha
huhuhu
tp ku tabahkan jugak hati ini

missayu said...

nanti 2nd baby pun jugak usaha fully bf...tp syukur jugak Nia dah setahun 3 minggu ni,still dapat lagi bf walau dh campur fm...caiyok mommycha,sama2 la kita berusaha...**yang happy tetiba bulan puasa ni susu banyak dari biasa...sampai basah2 baju...

Mrs.Yana @ K.M & B.U.M.P said...

yelah mommy cha, dugaan lah kalau dah kering sgt tekak tu.. apakan daya, tugas seorang ibu kan. rezeki anak tetap kena langsaikan

e.t.t.y said...

iols dulu sebulan tak puasa. sebab menyusukan. tp tu ramai pun boleh puasa kan. tp dulu umar raihan kan dekat 2 bulan jaundice nya. dah baik jaundice, kurang vitamin dalam badan pulak. so nk elak dia kena amik darah tiap 2 minggu sekali, baik lah mak dia ganti puasa tahun depannya tu......

e.t.t.y said...

iols dulu sebulan tak puasa. sebab menyusukan. tp tu ramai pun boleh puasa kan. tp dulu umar raihan kan dekat 2 bulan jaundice nya. dah baik jaundice, kurang vitamin dalam badan pulak. so nk elak dia kena amik darah tiap 2 minggu sekali, baik lah mak dia ganti puasa tahun depannya tu......

Chekgu Azrine said...

Memang cabaran..tp alhamdulillah..masih ada susu untuk aish..tq Allah..

achiek anis said...

buat susu + kurma + badam + kismis mommycha....

Sedap dan jadi milkbooster...

Insyaallah

~ NANA ~ said...

suka dgn usaha mommy cha...last year i fully bf masa bln puasa...tak ingt dah macam mana experience...hahaha...rasanya macam ok je kot...kekekeke...tp memang penat la sbb masa pam tu rasan mcm guna tenaga byk giler

Wawa Yusoff said...

kikiki. kemain supplement.
klu jadi dealer ni dah pakai BMW 3 series.
pastu amik gambar mesti nak tunjuk ibu jari.
hahahah

m@m@yAyA said...

Nie taon ke2 daku posa+fully bf ank..taon lepas alhamdulillah puasa penuh dan dpt bwk balik hasil tenusu 20oz ..
Taon ni agak mencabar sedikit sebab ase lemah+letih+lesu +,alas nak pam..nape tah jadi gitew,hormon kah???
tapi apapun tetap dpt bwk hasil wlpn xbape memberangsangkan..2x pam dptla bwk blk 12oz,syukur..

chaiyok mommycah,kita teruskan selagi termampu..xmampu daku bkk posa jer,ngehngeh xdalah gurau jer..syiok kan bln posa dpt dok uma,leh bgun lmbt..huhu
Ngantuk nie...

amirah said...

sejak kawen ai ols cuma sekali bulan pose je x nyusu anak. tahun ni dh masuk 4 tahun. memang kalo time haus mak oii..rasa cam nk merangkak2 gituu..mcm ju on kaedahnya haus. tp skrng dh macho dh. keyword dia POSITIF. wat2 selamba je rasa mcm bukan bulan pose pulok..milkbooster rasanya kurma campor susu kot. blend2 minum. tp takat 6 hari ni blom penah wat lagi. minum esp je campo susu. 1 yr 4 mths and counting.. tu pon ade la sket lagi stok EBM arissa

mama ila said...

seronok baca n3 mommycha..hehehe..apa2 pun selamat berpuasa yer mommycha.. ila xsempat rasa menyusu badan time pose..hehehe

Mimy Hamid said...

nak medela FS..anak no.2 ini benda utama nak beli..caiyok...rezeki kayla susu mama

FieZaLieSa said...

alhamdulillah...rezeki kayla...go mommy cha.. =)
waa...sy lom start wat stok...sbb rs cuti lama lg..

lia said...

setakat pengalaman budak2 tu bf, Alhmdlh xde lak lembik lunyai... xde rahsia pon, cuma tawakal padaNYA jer, setakat ni masih ok...

With Julia said...

Suka tau tgk medela weeeeeeee syok habis...insyaAllah ada rezeki nk beli gak utk 2nd child...weeee nk tiru mommycha sebijik voley? Terharu baca...murah rezeki kayla....bila nk jumpa adik manis baby kayla nih...moh ler kiter berbuka sama2 :)

Tabung Kami

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...